cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Melaka Hari Ini

Selamat datang ke Telegram Rasmi Melaka Hari Ini. Saluran ini adalah untuk berkongsi berita terkini dengan anda semua.

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
6 440
Obunachilar
+124 soatlar
-37 kunlar
-1930 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Produk interaktif 3D di Menara Taming Sari BANDARAYA MELAKA 4 Mei – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) dijangka akan memperkenalkan produk baharu berbentuk lebih interaktif menggunakan kaedah visual tiga demensi (3D). Ketua Pegawai Eksekutif MTSB Nasrul Ahmad berkata, perkara itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat mempunyai kepakaran teknologi 3D. Menurutnya, perancangan itu antara fokus pihaknya dalam usaha memperkenalkan lebih… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/produk-interaktif-3d-di-menara-taming-sari/ )
Hammasini ko'rsatish...
Ulat parkir ‘terciduk’, tiga positif dadah BANDARAYA MELAKA 4 Mei – Lima ‘ulat parkir’ termasuk dua wanita yang dipercayai aktif dalam kegiatan parkir haram dicekup pada satu operasi khas yang dijalankan malam tadi. Operasi di sekitar kawasan parkir Kampung Hulu, bermula 8 malam itu dijalankan penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibantu Agensi… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/ulat-parkir-terciduk-tiga-positif-dadah/ )
Hammasini ko'rsatish...
👏 1
Lantik penterjemah bahasa isyarat untuk khutbah Jumaat AYER MOLEK 4 Mei – Semua masjid negeri dan daerah di Melaka disaran melantik penterjemah (bahasa isyarat) bagi membantu jemaah dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu memahami khutbah yang disampaikan. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata setakat ini hanya Masjid Al-Azim Bukit Palah yang… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/lantik-penterjemah-bahasa-isyarat-untuk-khutbah-jumaat/ )
Hammasini ko'rsatish...
👍 1
10,000 meriahkan Aidilfitri di Sungai Udang SUNGAI UDANG 4 Mei – Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sungai Udang yang diadakan di Japerun Sungai Udang, malam tadi. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam. Majlis yang bermula seawal jam 8 malam itu turut menyediakan lebih 20 jenis juadah… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/10000-meriahkan-aidilfitri-di-sungai-udang/ )
Hammasini ko'rsatish...
👍 1
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang yang dirampas daripada sindiket pelaburan itu merupakan hasil kegiatan haram dan mangsa tidak boleh dianggap mempunyai kepentingan… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/kerugian-wang-mangsa-penipuan-pelaburan-tidak-dapat-dikembalikan/ )
Hammasini ko'rsatish...
Rumah terbuka DUN Ayer Molek erat silaturahim AYER MOLEK 3 Mei – Selain meraikan Syawal, penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek turut menjadi medan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan penduduk di DUN itu tanpa mengira bangsa atau agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata, penganjuran itu turut digunakan untuk menyantuni penduduk dan… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/rumah-terbuka-dun-ayer-molek-erat-silaturahim/ )
Hammasini ko'rsatish...
Tahfiz TVET skuba Pulau Besar – Exco AYER MOLEK 3 Mei – Maahad Tahfiz Bistari (MTB) Pulau Besar akan dijadikan sebagai Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz pertama di Malaysia pada Julai depan. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata pusat tahfiz itu akan menyediakan kursus selam skuba, sekali gus membuka jalan untuk… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/tahfiz-tvet-skuba-pulau-besar-exco/ )
Hammasini ko'rsatish...
Polis tahan lelaki disyaki dera anak perempuan berusia dua tahun KUALA LUMPUR, 3 Mei – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera anak perempuannya berumur dua tahun di sebuah rumah di Taman Pinggiran Cheras, Jalan Kuari, Ampang di sini dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan pada 10.30 malam susulan laporan yang dibuat… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/polis-tahan-lelaki-disyaki-dera-anak-perempuan-berusia-dua-tahun/ )
Hammasini ko'rsatish...
Remaja 13 tahun mengaku salah bakar anak kucing KAJANG, 3 Mei- Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini, bulan lepas. Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menetapkan 27 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap remaja itu dan bagi… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/remaja-13-tahun-mengaku-salah-bakar-anak-kucing/ )
Hammasini ko'rsatish...
Wajah baharu kios Menara Taming Sari Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat BANDARAYA MELAKA 3 Mei – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang untuk menaik taraf dan menambah jumlah kios di perkarangan Menara Taming Sari dalam usaha mempelbagaikan lagi produknya. Ketua Pegawai Eksekutif MTSB Nasrul Ahmad berkata, perancangan juga itu adalah bersempena ulang tahun ke-16 Menara Taming Sari. Katanya, apabila siap… Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/wajah-baharu-kios-menara-taming-sari/ )
Hammasini ko'rsatish...
👍 1