MAPIM MALAYSIA
Kanalga Telegram’da o‘tish
Channel rasmi telegram MAPIM Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini dan update semasa isu dan kerja peduli Ummah dalam dan luar negara www.tabunggaza.com #365HariAkuUntukUmmah #MAPIMMalaysia
Ko'proq ko'rsatish4 313
Obunachilar
-124 soatlar
-97 kun
-5530 kun
Postlar arxiv
4 313
80 HARI MENUJU RAMADAN 1448H
Ya Allah, panjangkanlah usia kami, kurniakan kesihatan dan kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadan.
Semoga Ramadan yang bakal tiba membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.
#MAPIMMalaysia #MenujuRamadan #Ramadan1448H
19 Noy, 21:02
4 313
SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
Setiap anak berhak menikmati zaman kanak-kanak yang penuh kasih sayang, keselamatan dan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.
Namun, masih ramai anak-anak di seluruh dunia, khususnya di bumi Palestin, membesar dalam suasana konflik, kehilangan tempat tinggal dan kekurangan keperluan asas.
Anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan tidak seharusnya dilupakan. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menyantuni, melindungi dan memastikan hak serta kebajikan mereka terbela.
Kerana setiap anak berhak untuk tersenyum, bermimpi dan menikmati masa depan yang lebih baik.
#MAPIMMalaysia #HariKanakKanakSedunia
19 Noy, 19:04
4 313
BANJIR DI GAZA, 350,000 RAKYAT PALESTIN HILANG TEMPAT BERLINDUNG
Hujan lebat dan banjir yang melanda Gaza menyebabkan kira-kira 350,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa bermalam dalam keadaan terbuka tanpa perlindungan mencukupi.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Munir al-Bursh, mendedahkan ribuan khemah masih terkandas di pintu sempadan akibat sekatan regim zionis.
Selain itu, kira-kira 70,000 khemah dilaporkan ditenggelami banjir, manakala beberapa bangunan yang rosak akibat serangan terdahulu runtuh dipukul ribut.
Sekatan berterusan regim zionis terhadap bekalan perlindungan dan bahan pembinaan terus memburukkan penderitaan rakyat Gaza. Kanak-kanak dan keluarga yang kehilangan rumah kini terpaksa berdepan ancaman banjir, kesejukan dan ketiadaan tempat berlindung.
Sumber: Anadolu
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
08 Noy, 21:43
4 313
BEKAS JURUCAKAP TENTERA ISRAEL DEDAH MANIPULASI FAKTA MENGENAI PALESTIN
Bekas jurucakap tentera regim zionis, Ayelet Kroizer, mendedahkan bahawa maklumat berkaitan serangan di Gaza dan Tebing Barat sengaja dimanipulasi bagi membentuk persepsi masyarakat serta meraih sokongan terhadap operasi ketenteraan.
Beliau mengakui rakyat Palestin yang tidak bersalah sering dilabel sebagai “pengganas”, manakala kenyataan rasmi disesuaikan mengikut sasaran untuk mendapatkan sokongan rakyat dan legitimasi antarabangsa.
Kroizer turut menyifatkan unit jurucakap tentera sebagai sebuah jentera perhubungan awam yang mengutamakan pembentukan imej tentera berbanding hak masyarakat mengetahui kebenaran.
Pendedahan ini mengangkat persoalan penting tentang ketelusan maklumat dan bagaimana naratif peperangan dibentuk ketika rakyat Palestin terus menanggung kesan serangan dan kemusnahan.
Sumber: Utusan
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
04 Noy, 01:17
4 313
15 ORGANISASI MEDIA DESAK EU DEDAH DOKUMEN KEMUSNAHAN INFRASTRUKTUR GAZA
Sebanyak 15 organisasi media, persatuan wartawan dan badan kebebasan akhbar menggesa Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan dokumen berkaitan projek infrastruktur yang dibiayainya di Gaza.
Desakan itu menyusuli siasatan Ombudsman EU terhadap keengganan Suruhanjaya Eropah mendedahkan 17 dokumen yang dimohon portal berita EUobserver sejak Februari lalu.
Dokumen berkenaan penting bagi meneliti sejauh mana serangan regim zionis telah memusnahkan infrastruktur Palestin yang dibangunkan menggunakan dana EU.
Mereka memberi amaran bahawa kerahsiaan dokumen menghalang wartawan dan masyarakat daripada meneliti penggunaan dana awam serta menuntut ketelusan dan akauntabiliti terhadap kemusnahan di Gaza.
Sumber: Utusan
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
29 Okt, 22:07
4 313
EMPAT KANAK-KANAK PALESTIN MENINGGAL DUNIA AKIBAT MENINGITIS, SEKATAN REGIM ZIONIS BURUKKAN KRISIS KESIHATAN
Empat kanak-kanak Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat meningitis bakteria di Kompleks Perubatan Nasser, Khan Younis, dalam tempoh sebulan, ketika hospital berdepan kekurangan antibiotik dan bekalan perubatan penting.
Ketua Jabatan Pediatrik hospital, Dr. Ahmed Al-Farra, mengesahkan enam kes meningitis direkodkan dalam tempoh sebulan, berbanding hanya satu hingga dua kes setahun sebelum perang.
Krisis ini semakin memburuk akibat sekatan regim zionis yang mengehadkan kemasukan bekalan perubatan ke Gaza, sekali gus menyukarkan petugas kesihatan mendapatkan ubat dan rawatan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak.
Bekalan ubat dan bantuan perubatan perlu dibenarkan masuk segera bagi mengelakkan lebih banyak nyawa kanak-kanak Palestin terkorban akibat krisis yang semakin meruncing.
Sumber: QNN
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
26 Okt, 23:25
4 313
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat negeri Selangor dengan adil dan saksama.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
25 Okt, 00:20
4 313
60,000 KANAK-KANAK GAZA KEHILANGAN IBU BAPA AKIBAT GENOSID REGIM ZIONIS
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan lebih 60,000 kanak-kanak di Gaza kehilangan seorang atau kedua-dua ibu bapa akibat serangan dan pembunuhan berterusan oleh regim zionis, termasuk selepas gencatan senjata diumumkan.
Menurut UNICEF, lebih 340 kanak-kanak turut dibunuh dan ratusan lagi cedera dalam tempoh selepas gencatan senjata, berdasarkan data yang tersedia.
Kira-kira 800,000 kanak-kanak masih kehilangan tempat tinggal, dengan kebanyakannya berlindung di dalam khemah atau bangunan rosak yang membahayakan keselamatan mereka.
Di sebalik angka ini, puluhan ribu anak Palestin terpaksa membesar dalam kehilangan, trauma dan ketidakpastian. Mereka berhak mendapat perlindungan, rawatan, pendidikan dan masa depan yang selamat.
Sumber: The Malaysian Reserve
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
20 Okt, 04:49
4 313
+1
WORLD MENTAL HEALTH DAY
Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesihatan diri yang merupakan nikmat daripada Allah SWT.
Tidak apa untuk mengakui bahawa kita sedang tidak baik-baik sahaja. Setiap daripada kita pernah melalui saat letih, keliru atau kesepian. Beri diri ruang untuk berehat, dan jangan takut untuk mendapatkan sokongan apabila diperlukan.
Tidak perlu sentiasa kuat. Cukup terus mencuba, satu hari pada satu masa.
#MAPIMMalaysia #WorldMentalHealthDay
09 Okt, 20:01
4 313
+5
AMALAN HARI JUMAAT
Hari Jumaat adalah kesempatan untuk kita memperbanyakkan ibadah, berselawat ke atas Rasulullah SAW, berdoa kepada Allah SWT dan membaca Surah Al-Kahfi.
Semoga setiap amalan yang dilakukan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan ketenangan dalam kehidupan kita. Manfaatkan hari yang mulia ini dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Salam Jumaat
#MAPIMMalaysia #SalamJumaat #AmalanJumaat
08 Okt, 21:50
4 313
+1
3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA: PALESTIN TIDAK AKAN DILUPAKAN
7 Oktober 2023 menjadi titik penting dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin. Peristiwa Taufan Al-Aqsa membuka kembali perhatian dunia terhadap penderitaan, penjajahan dan hak rakyat Palestin yang sekian lama dinafikan.
Tiga tahun berlalu, Gaza terus menyaksikan kehilangan nyawa, kemusnahan tempat tinggal, sekolah, hospital dan infrastruktur, sementara rakyat Palestin berdepan penderitaan yang amat berat.
Namun, di sebalik segala kehilangan, semangat rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air, maruah dan hak mereka terus hidup.
Hari ini, kita mengenang mereka yang telah terkorban dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan menuntut keadilan, kebebasan dan kehidupan yang bermaruah.
Gaza tidak dilupakan. Palestin tidak dilupakan.
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
07 Okt, 04:04
4 313
INDEKS KESIHATAN UDARA KEMBALI MEROSOT
Kualiti udara kembali menjadi perhatian apabila bacaan indeks kesihatan udara di beberapa kawasan menunjukkan peningkatan pencemaran.
Jerebu bukan sekadar udara berkabus. Partikel halus boleh menjejaskan mata, hidung, tekak, paru-paru dan jantung, terutama bagi golongan berisiko.
Kurangkan aktiviti luar jika bacaan udara tidak sihat, gunakan pelitup muka yang sesuai dan sentiasa peka dengan perkembangan kualiti udara semasa.
Jaga diri, jaga kesihatan.
#MAPIMMalaysia #Jerebu
06 Okt, 22:22
4 313
PANDANGAN NEGATIF TERHADAP ISRAEL TINGGI DI BANYAK NEGARA
Tinjauan Pew Research Center 2026 menunjukkan pandangan tidak memihak terhadap Israel berada pada tahap tinggi di beberapa negara yang dikaji.
Antara yang mencatat peratusan tertinggi ialah Türkiye 97%, Pakistan 95%, Malaysia 89% dan Indonesia 86%.
Tinjauan tersebut melibatkan 44,657 orang dewasa di 36 negara, dengan kajian dijalankan antara 8 Februari hingga 13 Mei 2026.
Sumber: Pew Research Center
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
05 Okt, 01:54
4 313
REGIM ZIONIS LANGGAR GENCATAN SENJATA GAZA LEBIH 5,100 KALI, 1,421 RAKYAT PALESTIN DIBUNUH
Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan pasukan regim zionis telah melanggar gencatan senjata di Gaza sebanyak 5,147 kali sejak ia berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025.
Pelanggaran tersebut mengorbankan 1,421 rakyat Palestin dan mencederakan 4,983 yang lain, manakala 198 rakyat Palestin turut ditahan atau diculik dalam tempoh sama.
Akses bantuan kemanusiaan juga terus disekat. Daripada 210,600 lori bantuan dan pembinaan semula yang sepatutnya memasuki Gaza, hanya 72,826 dibenarkan masuk, iaitu kurang 35 peratus daripada sasaran.
Lebih 1.5 juta rakyat Palestin masih kehilangan tempat tinggal dan hidup di khemah, manakala regim zionis kini mengawal lebih 60 peratus wilayah Gaza. Penilaian UNOSAT turut mendapati lebih 201,000 bangunan, atau kira-kira 82 peratus struktur di Gaza, telah rosak.
Sumber: Press TV
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
29 Sen, 21:43
4 313
+4
PASPORT MALAYSIA KINI NO. 2 DUNIA
Pasport Malaysia kini berada di kedudukan kedua dunia dalam The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat daripada tangga ketiga tahun lalu. Pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia.
Pencapaian ini mencerminkan keluasan mobiliti rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dalam misi kemanusiaan pula, mobiliti menjadi ruang untuk membina kerjasama, merentas sempadan dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Kerana mobiliti bukan sekadar tentang bergerak, tetapi tentang membawa harapan merentasi sempadan.
#MAPIMMalaysia #MisiKemanusiaan #Kemanusiaan
29 Sen, 04:46
4 313
SALAM TAKZIAH
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, serta menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayat beliau.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
27 Sen, 22:37
4 313
DELEGASI PBB KELUAR BERAMAI-RAMAI, NETANYAHU DIKECAM KETIKA MULAKAN UCAPAN
Sebilangan besar delegasi meninggalkan dewan ketika Perdana Menteri regim zionis, Benjamin Netanyahu, mula menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beberapa delegasi turut mengecam kehadiran Netanyahu ketika beliau mengambil pentas, dalam perkembangan yang berlaku di tengah kritikan antarabangsa terhadap tindakan ketenteraan regim zionis di Gaza.
Tindakan keluar beramai-ramai itu mencerminkan bantahan terbuka sebahagian delegasi terhadap kehadiran Netanyahu di pentas PBB ketika penderitaan rakyat Palestin di Gaza terus menjadi perhatian dunia.
Sumber: TRT World
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
24 Sen, 21:48
4 313
PELAN BINA SEMULA GAZA AS$2.4 BILION DIBENTANG, SERANGAN REGIM ZIONIS TERUS RAGUT NYAWA
Lembaga Keamanan yang disokong Amerika Syarikat mencadangkan pelan AS$2.4 bilion melibatkan 66 projek bagi memulakan pembinaan semula Gaza, ketika serangan regim zionis masih berterusan dan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin.
Menurut pelan tersebut, kos keseluruhan pemulihan dan pembinaan semula Gaza dianggarkan sekitar AS$35 bilion dalam jangka sederhana, selain AS$71.4 bilion untuk tempoh 10 tahun berikutnya.
Wakil tinggi lembaga itu, Nikolay Mladenov, berkata pelaksanaan pelan tersebut bergantung kepada pelucutan senjata Hamas.
Namun, laporan dari Gaza menunjukkan kemajuan di lapangan masih amat terhad, manakala serangan dan pelanggaran gencatan senjata terus berlaku.
Sumber: Al Jazeera
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
23 Sen, 21:33
4 313
MACRON: KREDIBILITI DUNIA TERGADAI JIKA TERUS BERDIAM TERHADAP GAZA
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, memberi amaran bahawa kredibiliti masyarakat antarabangsa dipertaruhkan jika dunia terus tidak bertindak terhadap keadaan di Gaza. Beliau menyifatkan sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan sebagai sesuatu yang memalukan.
Dalam ucapan di Perhimpunan Agung PBB, Macron berkata dakwaan bahawa keamanan telah dicapai di Gaza belum disusuli peningkatan penghantaran bantuan kemanusiaan.
Beliau turut mempersoalkan nilai pengiktirafan terhadap Palestin jika negara-negara yang berbuat demikian kekal tidak bertindak terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Macron turut mengecam pelanggaran berterusan di Tebing Barat yang diduduki serta menegaskan hak sah rakyat Palestin mesti dihormati, termasuk hak mereka untuk wujud sebagai sebuah bangsa.
Sumber: TRT World
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
22 Sen, 22:22
4 313
PENEROKA ZIONIS CEROBOH AL-AQSA, LAKUKAN RITUAL IBADAH DI PERKARANGAN
Peneroka zionis dilaporkan sekali lagi menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan melakukan ritual ibadah Yahudi di kawasan perkarangan masjid.
Tindakan itu berlaku menjelang Yom Kippur, hari paling suci dalam kalendar Yahudi, ketika pencerobohan oleh ahli politik dan peneroka zionis ke kawasan suci tersebut semakin meningkat.
Menteri Keselamatan Negara regim zionis, Itamar Ben-Gvir, turut dilaporkan menceroboh kompleks Al-Aqsa pada Khamis bersama beberapa pihak lain.
Perdana Menteri regim zionis, Benjamin Netanyahu, pula mengunjungi terowong di bawah Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan menyertai ritual doa Yahudi di Tembok Barat, dikenali umat Islam sebagai Tembok Al-Buraq.
Sumber: Al Jazeera
⸻
MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org
#MapimMalaysia
#WakeupForGaza
#GazaYouAreNotAlone
21 Sen, 00:15
