cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

🌻 KONGSI APA HARI INI 🌻

Berkongsi Kata² Motivasi, Pelbagai ILmu & Iklan, Tips Rezeki, Doa & Amalan Harian Skrip Doa 📚 bukudoaku.wasap.my Nafas Doa 💻 https://osini.co/kelasnafasdoa99 Buku FTR 📒 bit.ly/rezkiimelimpah Wakaf FTR 💚 bit.ly/jomswakaf

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
721
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
-1030 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

00:18
Video unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum ... Di hari Jumaat, penghulu segala hari kita sama-sama panjatkan doa pada Allah. Semoga apa yang kita hajati dan usahakan dipermudahkan. Aamiin.. ✨🤲
Hammasini ko'rsatish...
00:57
Video unavailableShow in Telegram
Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah 🤲
Hammasini ko'rsatish...
Apa jaminan kita akan bangun semula bila kita tidur? Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kematian semasa tidur. Apa jaminan kita akan pulang semula ke rumah selepas berangkat ke pejabat? Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kemalangan yang meragut nyawa. Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib. Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan lupa membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa. Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga. Imam al-Ghazali berpesan: "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati." Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah? Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin. 🤲 . . Sumber : Ahmid Shazwan . #SemogaBermanfaat
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Siapkan Bekal Kita Pulang!
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
RUQYAH DIRI SENDIRI Tak rugi berzikir setiap hari dan setiap waktu dalam apa jua keadaan. Tambah-tambah kalau zikir tu ittiba' rasul, bukan zikir rekaan yang mengikut logik akal tau. Untuk apa zikir ruqyah diri sendiri ni? 📌 ALLAH SWT akan nampakkan kepada kita mana perkara yang haq (kebenaran) dan mana perkara yang bathil (kesesatan). 📌 ALLAH SWT nak angkat segala pengaruh yang tidak baik dalam diri kita seperti rasa was-was, rasa ketakutan. Lalu ALLAH SWT gantikan pula dengan kekuatan rabbani dalam jiwa kita sehingga segala yang tidak baik itu hilang. 📌 ALLAH SWT nak keluarkan segala sifat jelek (buruk) dalam diri kita seperti pengaruh dari hawa nafsu dan pengaruh dari bisikan syaitan (perasaan was-was). 📌 ALLAH SWT akan memberikan kecukupan dalam segala urusannya di dunia dan di akhirat. Ilmu dari Tuan Guru Ustaz Adi Hidayat. C&P Jzkk حاجه شيريل
Hammasini ko'rsatish...
00:38
Video unavailableShow in Telegram
Teruslah berjalan, nanti Allah akan selesaikan. Teruslah berdoa, nanti Allah akan kabulkan. Teruslah berusaha, nanti Allah akan mudahkan. Tugasmu hanya yakin, bahawa Allah akan selalu ada untuk kita.. 🤍 #SemogaBermanfaat Himpunan Skrip Doa Bahasa Melayu http://bukudoaku.wasap.my/
Hammasini ko'rsatish...
Pengajaran: 1.  Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Ada diantara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. 2.  Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. 3.  Beruntunglah kepada orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. 4.  Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut: a.  Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ia sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita. b.  Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan. c.  Bersungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan. d.  Sentiasa beribadah kepada Allah, khususnya solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan munkar. e.  Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab. f.  Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali atau tidak, agar kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat. g.  Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan h.  Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada yang lain. Marilah kita berusaha menjadi pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan. #SemogaBermanfaat Himpunan Skrip Doa Bahasa Melayu http://bukudoaku.wasap.my/
Hammasini ko'rsatish...
00:17
Video unavailableShow in Telegram
Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.” (HR. Ibnu Majah no. 237) Status: Hadis Hasan
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
1)Dibacakan -Al Fatihah 7/21x -Ayatul Kursi 7x -Al Ikhlas 11x -Al Falaq 3x -An Naas 3x -Selawat 21x Mohon pada ALLAH hajat yg diinginkan. Air diberi minum kepada yg sakit. Air untuk sapuan ke tubuh diasingkan. Jika utk mandian, dibacakan pada garam dan dicampurkan ke dalam baldi air biasa, sambil gaul sebati sambil Selawat. 2) Untuk kaedah jarak jauh. Terlebih dulu diberi peringatan. DIHARAMKAN kalian yg menerima ijazah ini MENAWARKAN perkhidmatan rawatan jarak jauh. Jika ada, ijazah ini dibatalkan ke atas kalian. Ini merupakan peringatan keras. Kaedah jarak jauh ini untuk ahli keluarga/sahabat/saudara yg tinggal berjauhan - Diminta mereka sediakan air sebaldi - Kalian dari jauh Bacakan semua ayat di atas dengan diniatkan kepada Roh mereka yg bermasalah tersebut. - Mohon pada ALLAH sampaikan hajat kita melalui air yg mereka sediakan - Selesai semuanya, minta mereka minum/sapu/mandi seperti perkara (1) 3) Diijazah izin amal kepada sekalian yg dapat membaca Edaran ini. Ajaztukum. بارك الله فيكم
Hammasini ko'rsatish...
👍 2