cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qilingยป, bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Info semasa official

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
505 830
Obunachilar
+15424 soatlar
+6 0037 kunlar
+10 15930 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

๐Ÿคฎ 123๐Ÿฅฑ 55๐Ÿ‘ 31๐Ÿฅด 13โค 7๐Ÿ—ฟ 6๐Ÿ™‰ 2๐Ÿ˜ก 2๐Ÿคก 1๐Ÿ˜ด 1
Lelaki melutut depan isteri Caprice Kuala Lumpur : Pempengaruh sensasi, Caprice atau Ariz Ramli menarik perhatian ramai apabila rakaman video menyaksikan dia membawa seorang lelaki untuk memohon maaf dan bertemu isterinya, Farra Inalis di kediaman mereka. Lelaki berbaju putih berseluar jeans yang dikenali sebagai Irfan berkenaan kemudian kelihatan dimarahi Farra serta dipaksa melutut selepas didakwa menghina anaknya Airiel Qashaf, berusia dua bulan seperti haiwan ke masjid. "Kau umur berapa sekarang? Baru 23 tahun nak buat perangai macam sampah. Kau patut bersyukur kau jumpa Caprice. Kau patut bersyukur sebab Caprice boleh tenangkan aku sekarang. "Kau nak minta maaf, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut, kau minta maaf dengan aku dan anak," kata Farra atau mesra disapa Elis yang kelihatan begitu emosi dalam video itu. Berbanding isterinya, Caprice lebih tenang menghadapi situasi berkenaan, termasuk sanggup memberi pilihan kepada Irfan sama ada dia mahu ke balai polis atau pun ke masjid. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Caprice dan mengingatkan agar pengguna media sosial berhati-hati untuk menulis komen kurang baik terhadap anak orang lain kerana ia perkara sensitif. "Bab anak jangan main. Semua 'parents will react like her' (Ibu bapa akan bertindak seperti perempuan itu)," komen netizen. "Jadikan pengajaran kat budak-budak lain, jangan main sedap saja tulis bukan-bukan," ujar seorang wargamaya. "Sedihnya sebagai ibu, bila anak-anak muda tak jaga adab dan akhlak," luah warganet. "Baik Caprice. Siap bagi duit raya untuk mak dia," tulis seorang netizen lagi. Sebelum ini Caprice mendedahkan beberapa tangkap layar mesej (DM) diterimanya daripada seorang pemuda yang sangat keterlaluan apabila menyamakan bayi lelakinya seperti haiwan. Caprice bernikah dengan Farra pada November 2022 dan menimang cahaya mata sulung mereka pada Mac lalu. Sebelum bertemu jodoh dengan Caprice, isterinya sudah memiliki seorang anak perempuan daripada perkahwinan dulu. Disiarkan pada: Mei 3, 2024 @ 9:48pm #infosemasa @infosemasaofficial https://t.me/infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
Info semasa official

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

๐Ÿคฎ 31๐Ÿ‘ 16โค 7๐Ÿฅฑ 2๐Ÿคฉ 1๐ŸŽ… 1
JOHOR 03/05/2024. Kemalangan kereta dekat depan Kampung Paya, selepas Taman Sri Bayu, Simpang Renggam siang tadi. Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubungan dengan kejadian. Sumber โžก๏ธ media sosial #infosemasa @infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 23๐Ÿ˜ญ 7๐Ÿ˜จ 7โค 6๐ŸŽ‰ 1๐Ÿ†’ 1๐Ÿ‘พ 1
๐Š๐„๐Œ๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐“ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐-๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐† ๐ŸŽ๐Ÿ‘ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’, jam lebih kurang 0830 hrs BSPTD IPD Kuantan telah menerima maklumat, satu kemalangan maut melibatkan (1) m/kar di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran Mahkota Golf and Country Club. (1) mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di tempat kejadian. Mangsa dibawa ke Unit Forensik HTAA Kuantan untuk siasatan lanjut. Kredit โžก๏ธ Polis Trafik Kuantan #infosemasa @infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 13๐Ÿ˜จ 10โค 6๐Ÿ‘ 1๐ŸŽ‰ 1
PERAK 03/05/2024 Kemalangan Jalan Raya di Kilometer 321.7 Arah Utara ( Tapah - Gopeng ) yang melibatkan dua buah kenderaan. Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dilokasi, seterusnya dibawa oleh pihak KKM untuk rawatan selanjutnya. Sumber โžก๏ธ media sosial #infosemasa @infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 10๐Ÿ˜จ 9โค 4๐ŸŽ‰ 3
Rakaman video kemalangan motosikal di Lebuhraya. Masa dan lokasi kejadian tidak dinyatakan. Punca serta keadaan mangsa juga tidak dinyatakan. Video โžก๏ธ media sosial #infosemasa @infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ˜ญ 41๐Ÿ˜ข 18๐Ÿ‘ 14๐ŸŽ‰ 3โค 1๐Ÿคฎ 1
Lori terbalik dan terbakar di Lebuhraya KL - KARAK, KM 36.0 arah Kuala Lumpur, dari Genting Sempah ke Gombak sekitar jam 7.30 malam tadi. Sumber โžก๏ธ LLM #infosemasa @infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 10๐Ÿ˜จ 9๐Ÿ”ฅ 3โค 2๐ŸŽ‰ 1
Umur 19 tahun,. syarikat dah bernilai RM26 juta?!! Kecoh budak ni semenjak dua ni, jual barang kucing je pun orang tak brain lansung. Pesaing pun tak banyak, boleh lah ambik sebagai inspirasi Tngokla weh harga dia ๐Ÿ‘‰ https://s.shopee.com.my/20Z8GEZ7Ez Pehh taknak kalah gak harga, patutlah jutawan. Yelah agen under dia pun dah berapa ramai, korang try la jual. Katanya tengah laku keras Korang umur 19 buat apa? ๐Ÿ˜
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿคฎ 38๐Ÿ‘ 12โค 3๐Ÿคก 2๐Ÿคทโ€โ™€ 1
๐Ÿ˜ข 27๐Ÿ‘ 11โค 7๐Ÿฅด 4๐ŸŽ‰ 2
Akhyar Rashid disamun dua lelaki berjaket hoodie KUALA TERENGGANU โ€“ Pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 25, cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di bawah sebuah apartmen didiaminya di bandar raya ini malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 8.53 malam itu, bintang Harimau Malaya terbabit terpaksa menerima enam jahitan akibat kecederaan pada bahagian kepala dan tapak kaki kiri. Pemain pinjaman dari Johor Darul Taโ€™zim (JDT) terbabit juga kerugian RM4,800 selepas beg tangan jenama LV dan dompet jenama Coach dilarikan dua penjenayah yang memakai jaket hoodie berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati Muhammad Akhyar telah didatangi dua lelaki tersebut sejurus keluar dari kereta yang diletakkan di hadapan apartmen terbabit. โ€œSebelum kejadian, mangsa (Muhammad Akhyar) baru pulang dari menjalani sesi latihan bersama TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus. โ€œSebaik tiba berhampiran lif yang terletak berhampiran lobi apartmen itu, seorang suspek tiba-tiba memukul kepala dan kaki mangsa dengan sebatang besi boleh laras,โ€katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Azli berkata, dua suspek kemudiannya melarikan beg tangan milik Muhammad Akhyar yang turut mengandungi telefon pintar jenis iPhone 7, kad pengenalan dan lesen memandu pemain bola sepak terbabit. Beliau berkata, telefon iPhone 7 milik mangsa yang menyertai TFC pada bulan Februari lalu kemudiannya dijumpai dibuang di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. โ€œMangsa telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Dia menerima empat jahitan pada bahagian kepala dan dua jahitan pada tapak kaki kiri. โ€œSetakat ini, serangan dipercayai bermotifkan samun dan mangsa juga tidak mengenali suspek serta tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa,โ€ katanya. Azli berkata, dua suspek yang memakai penutup muka sedang dikenal pasti identitinya dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. โ€“ KOSMO! ONLINE Oleh MOHD AZLI ADLAN 3 Mei 2024, 11:05 am Artikel โžก๏ธ Kosmo #infosemasa @infosemasaofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 29โค 8๐Ÿ˜จ 4๐Ÿคฌ 2๐ŸŽ‰ 1