uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 285 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 283-o'rinni va Malayziya mintaqasida 907-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 285 obunachiga ega bo‘ldi.

22 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -387 ga, so‘nggi 24 soatda esa -16 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 9.02% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.02% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 0 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 734 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 23 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 285
Obunachilar
-1624 soatlar
-947 kunlar
-38730 kunlar
Postlar arxiv
Tak boleh tinggal 3 perkara ini: Bantu keluarga walau sedang susah, sedekah walau sedang sempit dan bersangka baik dengan Allah apabila diuji. Buat ini sentiasa; hati lapang, jiwa tenang dan penuh dengan rezeki tak disangka-sangka.

Bangun pagi, sebut alhamdulillah. Tengok keluarga ada bernyawa di sisi, sebut alhamdulillah. Dapat mandi, bersihkan diri, alh
Bangun pagi, sebut alhamdulillah. Tengok keluarga ada bernyawa di sisi, sebut alhamdulillah. Dapat mandi, bersihkan diri, alhamdulillah. Ada tuala nak lap badan, alhamdulillah. Ada pakaian nak pakai, alhamdulillah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/praktis-bersyukur/

Saya tak tahu kesusahan dia. Namun melihat cara dia bersyukur dapat makanan buat saya sendiri belajar banyak benda. Antaranya
Saya tak tahu kesusahan dia. Namun melihat cara dia bersyukur dapat makanan buat saya sendiri belajar banyak benda. Antaranya bab-bab bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/dalam-rezeki-kita-ada-rezeki-orang-lain/

Ingat ini: 1. Orang bisnes takkan letak jawatan di saat syarikatnya memberi keuntungan besar dan kejayaan berganda. 2. Orang bisnes takkan keluar dari syarikat dalam keadaan syarikatnya kaya raya. 3. Orang bisnes takkan tinggalkan syarikat dan lantik orang baru kepalai syarikat tersebut jika syarikat sedang sedap memberi faedah, kemudahan dan keseronokan kepada seluruh pasukan. Tak mungkin mereka keluar selepas untung, selepas kaya raya dan selepas dapat team yang best gila. Berilah alasan apa pun tak ada siapa akan percaya. Kita hanya rasa nak keluar (atau terus keluar) atau terus tutup apabila syarikat rugi teruk, ada banyak masalah, tak boleh selesaikan isu, atau tak boleh sediakan berbagai kemudahan kepada kakitangan dan tak beri pulangan langsung. Semua alasan ini terpakai belaka. Kita adalah apa yang kita buat. Orang bisnes wajib jatuh cinta dengan bisnes dia, supaya dia pegang seluruh jiwa raga dia ke situ sebab dia tahu itu akan bawa dia kepada ramainya orang yang dia boleh bantu dan akan angkat dia ke tangga yang jauh lebih tinggi dari itu selepas ini. Jadi, waktu susah, kita ikat perut kita. Biar team dapat makan, kita lapar pun tak apa. Waktu senang, kita kongsi sama-sama. Ingat pesanan ini gais. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sayang dengan apa yang kita sama-sama usahakan.

Akhir-akhir ini ramainya yang muat naik status tentang mereka ada sejumlah follower atau friends namun setiap kali menaikkan status, hanya beberapa kerat sahaja yang like. 5,000 friends, namun yang like 23 orang. Lalu orang-orang ini memuat naik status kecewa, sedih dengan jumlah kawan yang ada. Jujurnya ia bukan tentang kuantiti friends atau follower, ia tentang kualiti posting yang dimuatnaik. Berhenti menyalahkan orang lain (friends atau follower), salahkan diri sendiri. Posting syok sendiri, marah sana, benci sini, negatif begitu, pusing begini semuanya orang tak berkenan. Jika kalian nak reaction yang positif, bina posting yang bagus-bagus, bangunkan #content yang boleh beri manfaat kepada orang lain. Friend tak salah. Follower tak salah. Mereka buat benda betul, tak like dan tak react kepada posting yang boring adalah perkara yang betul. Kita yang kena berubah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Tips mudah nak menulis di wall masing-masing: 1. Tulis dengan ejaan betul tanpa kesilapan, tanpa singkatan, tanpa perubahan e
Tips mudah nak menulis di wall masing-masing: 1. Tulis dengan ejaan betul tanpa kesilapan, tanpa singkatan, tanpa perubahan ejaan. – ia memudahkan kefahaman. – tidak ada skema atau baku. Ia hanya ejaan betul. – rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat ejaan sebenar. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tips-mudah-menulis-di-wall-masing-masing/

Bangun pagi, selepas setiap solat, semasa pergi kerja (tutup radio semua), sampai di tempat kerja, dah duduk di kerusi, mula
Bangun pagi, selepas setiap solat, semasa pergi kerja (tutup radio semua), sampai di tempat kerja, dah duduk di kerusi, mula kerja, balik kerja, masuk rumah, sebelum tidur, semuanya kita beristighfar. Akan ada jalan keluar, akan ada rezeki yang mencurah. Itu janji Allah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jika-kita-dalam-kesulitan-ingat-2-perkara-ini/

Soalan: Apa benda yang boleh dikongsi di media sosial ini jadi bahan untuk menarik minat orang ya tuan? Jawapan: Semua. Kita boleh kongsi apa sahaja perkara. Yang menjadikan ia bahan penarik kepada audien ialah content. Ada beza posting meletak gambar makanan bersama caption "sedapnya!" Dengan meletak lokasi tempat makan, tahap kesedapan, harga, bagaimana mahu ke sana. Asas bahan penarik kepada rakan lain untuk mahu membaca apa yang kita tulis kemudian tekan butang share ialah elemen posting tersebut mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Makan, orang suka. Pakaian, orang suka. Kereta, orang suka. Travel, orang suka. Sukan, orang suka. Bisnes, orang suka. Kisah kejayaan, orang suka. Dan banyak lagi. Pilihlah dan tulis dengan konsisten. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik. Walau datang juga ujian, alhamdulillah, dapat tangani dengan sebanyak-banyaknya hemah. 1. Labur (invest) 1 jam sehari untuk baiki diri. Investment bermaksud - boleh jadi kena keluarkan duit. - boleh jadi kena kerah tenaga. - boleh jadi penat dan tak larat. Ia kerana pelaburan ini ada kaitan dengan buku, kelas, ilmu serta banyaknya pengetahuan yang baru. Ia mesti dilaburkan supaya kita tak berada di tempat yang sama. Jadi saya cuba mula membaca 1 jam sehari walau sibuk dengan kerja kilang waktu itu. Saya juga berusaha cari story di dalam tren, komuter, tempat awam, cuba resipi, beli buku, tidur 2-3 jam sehari hanya kerana pelaburan ini. Selepas 1 tahun setengah, ia memberi hasil. Alhamdulillah. Dan semua pelaburan ini dah jadi rutin harian. 2. Berusaha bantu orang setiap hari. Saya pernah ditanya oleh seorang mentor (Tan Sri S), selepas saya soal beliau murahnya rezeki beliau, saya minta apa doa yang beliau panjatkan setiap hari, Tan Sri S cakap, “berapa ramai awak tolong setiap hari? Hari ini ada? Kita sibuk minta merayu-rayu dari Allah suruh Allah tolong kita, namun adakah kita ada tolong orang setiap hari? Orang nak masuk lane, beri signal, kita beri, itu kita tolong dia. Orang buat posting media sosial, nak derma, anak sakit dan sebagainya, kita nampak, kita transfer RM2, itu kita tolong dia. Adik beradik susah, tak boleh itu tak boleh ini, kita minta nombor akaun dia, transfer RM50, itu kita tolong dia. Nampak pengemis, nampak tabung, letak RM1, itu kita tolong juga. Pergi masjid, surau, bawa duit kecil atau besar, masukkan dalam tabung, itu kita tolong. Semua itu kita tolong. Nampak sampah, ambil dan kutip, buang. Itu semua menolong. Sama juga jika balik kampung, ziarah sesiapa, konsep tolong ini kena guna hari-hari, emak-emak kita dah buat lama. Dia pergi rumah orang, orang sedia air, emak-emak akan kemas dan bawa semua cawan piring ke dapur. Itu mereka amalkan, dan itu yang memurahkan rezeki. Ikutkan, kita tak senang mana, namun membantu sedikit atau banyak akan melapangkan rasa, buat orang selesa dan banyak berdoa untuk kita.” 3. Lihat diri sendiri dalam berbincang atau mendengar. Jika semasa bercakap kita rasa (atau kita yakin) kita punya hujah yang betul, namun kita boleh kawal dan kita berundur, maka kita sudah menang dalam perbahasan tersebut. Ada ramai orang mahu melihat diri menang dalam bersembang. Namun tak ramai orang yang sanggup menerima kekalahan itu dan berusaha baiki diri. Dalam setiap hal yang dibincang, perlu ada tolak ansur dan kasih sayang. Jika yang itu betul, maka kita rai. Kita kita salah, maka kita berundur. Namun di pihak sana yakin mereka betul, kita juga rasa dan yakin kita betul, maka untuk kali itu jadilah orang yang berundur, itulah kemenangan yang sebenar. *** 3 benda ini tak ada dalam diri saya 10 tahun lepas. Sungguh. Saya tak reti banyak benda. Sebab itu saya sering kena marah, sering juga disuruh buat itu buat ini, saya ikut sahaja semua itu. Selepas buat 3 perkara di atas, Hati rasa lega, Saya tidak bersaing lagi dengan sesiapa, Saya usaha dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlu dan mahu. Semua orang boleh guna 3 hal tersebut. Dalam dunia saya, saya pakai untuk kehidupan membangunkan #content saya. Dan alhamdulillah, hari-hari ada orang tanya, orang nak jumpa, orang beri job itu dan orang raikan yang ini. Semua itu Allah bantu. Alhamdulillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat untuk diri dulu, baru orang lain.

Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan dir
Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/semua-hal-ini-menentukan-hari-kita/

Ada lagi 27 pek! Habiskan gaisss! Isnin kami kurier terus. Memang ada ready stok. Lekass! Hanya RM39 sahaja FREE kurier. Dapa
Ada lagi 27 pek! Habiskan gaisss! Isnin kami kurier terus. Memang ada ready stok. Lekass! Hanya RM39 sahaja FREE kurier. Dapat rasa 6 jenis biskut terus. Klik sini lekas: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Cari kawan yang sembang idea, yang boleh nampak masalah kepada peluang, kepada pasukan, kepada keseronokan dan dapat bantu or
Cari kawan yang sembang idea, yang boleh nampak masalah kepada peluang, kepada pasukan, kepada keseronokan dan dapat bantu orang. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cari-kawan-sembang-idea/

Soalan: Saya selalu travel, namun tak tahu nak tulis apa. Tengok orang lain, seronok ja menulis. Jawapan: Ada banyak benda yang boleh ditulis semasa mengembara. Dan jika nak beri kesan baik kepada orang lain, penulisan itu mesti impaknya positif. Jika negatif, tak perlu tulis. Ini senarai perkara yang boleh ditulis sebelum, semasa dalam perjalanan atau selepasnya: 1. Itinerary, jadual serta perancangan perjalanan yang tersusun. Jika jenis yang langgar semua benda, tulis dan post semua itu selepas travel. 2. Budaya, hal budaya orang, cara makan, cara hidup, perkahwinan, anak-anak, cara cakap hello, hai, berterima kasih dan sebagainya semuanya boleh ditulis. Contohnya di Turki, Istanbul terutamanya, sekiranya kalian solat di mana-mana masjid, selepas ambil wuduk pastikan kalian kesat dan lap semua bahagian yang basah menggunakan tisu yang disediakan. Kemudian, pakailah stokin untuk menunaikan solat. Budaya di Turki mengutamakan kebersihan, kering dan berstokin merupakan budaya yang masih digunakan sehingga hari ini. Ini salah 1 posting mudah tentang budaya. Senang kan? 3. Makanan, halal haram, cara nak simpan, cara nak bawa, dos and donts. 4. Tempat menarik, tempat wajib yang perlu dilawati. - review (to inform) 5. Penginapan, hotel, AirBnB, homestay semuanya boleh ditulis. - review (to inform) 6. Kaitan dengan filem, drama. - lokasi pengambaran dan aksi yang dilakukan di situ. 7. Transportation. Publicnya bagaimana, kalau boleh bawa kereta macam mana. 8. Orang. Boleh review sesiapa yang pernah datang ke sini atau yang menjadi ikon atau idola di tempat itu. 9. Sejarah. Ini antara benda yang best untuk dibuat posting. Historical building atau mana-mana kesan sejarah akan buat posting lebih menarik dibaca. Dan banyak lagi kawan-kawan! Walaupun dalam negara, kita tetap ada banyak benda untuk ditulis, apatalah lagi di luar. Yang perlu kita buat ialah susun satu demi satu. Tak perlu kalian ambil semua benda dan tulis dalam satu posting. Tenang-tenang. Ada ramai antara kita yang bercuti percuma hanya kerana diminta untuk menulis di tempat tersebut. Mereka diberikan tiket penerbangan, penginapan, makan, transport semuanya free dan hanya perlu menulis sahaja di media sosial masing-masing. Menulislah untuk beri orang lain faham atau tahu atau beri ilmu kepada orang lain. Dunia pengembaraan penuh dengan pengalaman yang hebat, perkongsian kalian akan bawa banyaknya cita-cita dan harapan untuk ikut kalian ke tempat yang kalian pernah tuju. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Saya suri rumah, anak ramai, macam mana nak menulis? Saya kerja 8 pagi sampai 6 petang, malam nak urus anak-anak, tak ada masa nak menulis #content. Saya buat dua tiga kerja sehari, susahlah nak fokus menulis. Baik, begini. Kita susun baik-baik. Kita tidur sehari: 6 jam. Kerja (suri rumah kita letaklah kerja juga, nak basuh nak masak nak urus rumah kan?): 8 jam. Total sudah 14 jam. Ada lagi 10 jam. Solat, mengaji dalam 30 minit sehari. Baki 9.5jam. Tengok TV, 1 jam. Baki 8.5 jam. Oh! Driving ke tempat kerja dan balik rumah. Sejam setiap perjalanan, jadi 2 jamlah. Baki 6.5 jam. Makan! Okey 2 jam sehari. Layan sambil membawang. Baki 4.5 jam sehari. Layan anak ulangkaji, 2 jam sehari. Baki 2.5 jam. Ha apa lagi yang kalian nak buat? Ada lagi 2.5 jam lagi. Buat bisneslah! Menulis di media sosial okey. Kawan-kawan, Kita sangat bijak bab memberi alasan. Dan perkara itu akan lemahkan kita. Tenaga akan berkurangan dan kira rasa kita tak mampu buat. Sedangkan kita ada ja masa nak buat itu ini dalam sehari. Allah takkan sesaja letak kita ada 24 jam sehari. Ia adalah masa dan waktu paling cantik, paling optimum paling sesuai dalam banyak benda. Tinggal nak susun sahaja. Sebab itu ada orang boleh buat 10 kerja sehari. Bangun, masak, membaca, mengurus anak, basuh baju, masak semula, urus dapur, angkat kain, lipat baju, menulis, buat sales, hantar anak, ambil anak, suami pergi kerja, balik kerja, layan suami, layan anak, kemas rumah, shopping, dan sebagainya. Dan hidup mereka ini Allah mudahkan, Allah lapangkan diri dia dengan minda yang sihat kerana dia tak banyak beri alasan. Ingat pepatah ini, “Orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya dulu pun begini, kemudian berubah. Marilah! Kita buat sama-sama. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Ganti kawan toksik dengan mentor, Ganti banyak komplen dengan bersyukur, Ganti rasa gagal dengan seronok belajar, Ganti suka hentam dengan pegang tanggungjawab, Ganti overthinking dengan bertindak, Ganti telefon dengan buku, Ganti tangguh dengan terus buat, Ganti membazir dengan sedekah dan simpanan, Ganti melepak dengan bersukan dan sihat. Ganti terlalu sibuk kerja dengan bahagia berkeluarga. Gais, kalau kita berjaya ganti semua ini dengan banyaknya perkara kebaikan, hidup kita pasti berubah. Tanya diri bahagian mana kita susah nak buang dan gantikan dengan benda lain. Dekat situ kita akan nampak kita tersangkut dekat mana. Jadi lekas-lekas repair. Kita yang urus masa kita, kita yang kawal diri kita. Maka kita adalah jawapan kepada apa yang kita buat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pagi gais!

Menulis Content positif setiap masa ini ada naik turunnya, lebih lagi apabila kalian diperli rakan baik atau sesiapa sahaja “
Menulis Content positif setiap masa ini ada naik turunnya, lebih lagi apabila kalian diperli rakan baik atau sesiapa sahaja “takkan kita kena positif untuk semua benda.” Jujurnya ia normal gais. Kena perli, kena sindir, semua itu benda biasa. Fokus sahaja tulis kebaikan, kalian akan dapat lebih lagi idea dan kepuasan. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/baiki-diri-kita-dan-kekal-positif/

Soalan: Disiplin apa yang diperlukan dalam aktiviti menulis atau membangunkan #content di media sosial? Jawapan: Ada beberapa benda yang #wajib dibuat, sekiranya tak buat, baik fokus benda lain yang serasi dengan kalian. Ia adalah: 1. Membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. - ia akan tambah perkataan dalam kepala - memberi latihan kepada otak dan menambah cerdas. - buat minda sentiasa aktif dan sering berfikir. - menambah rasa yakin dan banyak menghormati perkara baru. 2. Set disiplin berapa banyak perkataan yang perlu ditulis setiap hari. - contohnya dah set 100 patah perkataan. Jadi kena cuba, saya guna Ms Word di laptop. Senang nak jejak berapa patah. - tulis apa sahaja, janji 100 patah perkataan. - saban tahun, naikkan ikut kemampuan diri. Kalian akan lihat sendiri ianya bertambah dengan baik. Disiplin ini mesti dibuat setiap hari. 3. Buang dan susun Aps yang tak berguna di dalam telefon. - contoh: game dan shopping. Perkara ini akan buat kalian tersasar dari disiplin menulis. - bagi media sosial lain, maksimum melihat / menggunakan Facebook / Insta / Twitter ialah 20 minit setiap kali mahu tengok. Selepas itu membaca / menulis atau buat kerja lain. 4. Rancang untuk travel. - wajib untuk keluar dari rumah dan pergi mengembara. Tak kisah dalam atau luar negara. Dekat atau jauh, semua ok sahaja. Janji keluar. - travel akan beri kita menghargai apa yang kita ada dan bersyukur melihat dunia luar. - travel adalah aktiviti yang buang duit, duit akan hangus, namun yang dapat adalah pengalaman dan keseronokan belajar tentang dunia luar. 5. Pergi kelas setiap tahun. - dapat ilmu dan refresh cara baru. - pergi kelas kena guna duit, duit itulah jadi pelaburan hangus untuk kita dapat networking yang best, berjumpa dengan ramai orang dan belajar teknik yang membahagiakan aktiviti kita dalam membuat duit. 6. Berhenti rasa pandai. Tak boleh rasa hebat. Kena sentiasa merendah diri dan selalu rasa nak repair mana yang boleh. Ini disiplin besar yang perlu ada dalam diri sesiapapun. - jika kena tegur, ambil dan simpan dalam dada. - jika nak menegur, ambil itu tegur diri dulu sebelum tegur orang lain. 7. Yakin dengan Allah. Disiplin yang ini ada dalam solat, ada dalam selawat ada dalam bab menghormati emak ayah, adik beradik dan keluarga. Ia kena jadi disiplin bab membantu, bab menolong serta bab support kepada mereka. - jadikan setiap kali dapat panggilan meminta tolong, bantu tanpa alasan. - tak boleh persoal kenapa kena bantu. - Allah takkan sediakan kalian ujian begini jika bukan untuk maju. * Dalam apa sahaja yang kita buat, kena campur disiplin kerja dengan disiplin hidup. 2 benda ini kena dikahwinkan supaya perjalanan kita dalam nak buat apa pun, Allah bantu. Sekiranya sibuknya nak berjaya, bangunkan disiplin diri namun membuang disiplin kebaikan dan kemurahan hati kepada keluarga, kalian akan tetap jumpa jalan buntu. Ingat ini, Tidak ada pertolongan dari Allah, tiada juga kejayaan, tiada ujian dan tiada harapan nak buka banyaknya pintu rezeki yang terbentang luas tersebut. Mula hari ini, tak boleh tangguh lagi okey! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Bermain dengan media sosial, kena fokus. Pembangunan #Content yang kita dah buat, kena fokus. Susunan idea, pemilihan topik,
Bermain dengan media sosial, kena fokus. Pembangunan #Content yang kita dah buat, kena fokus. Susunan idea, pemilihan topik, kemudian tinggal nak jadikan ia sebagai posting, kena fokus. Kita dah tahu semua asas. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jalan-terus-buat-dan-fokus/

Kalian boleh bangunkan berapa banyak pun platform, namun akan ada yang lebih terampil dan kena dengan jiwa kalian. Dan biasan
Kalian boleh bangunkan berapa banyak pun platform, namun akan ada yang lebih terampil dan kena dengan jiwa kalian. Dan biasanya yang itu lebih tinggi followernya. Ya. Akaun media sosial kalian yang kalian sendiri suka, akan lebih bagus, lebih ceria dan lebih manfaat. Ia adalah kerana itulah jiwa kalian. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/lain-platform-lain-unsurnya/

Dulu saya ada perangai sama ja dengan kalian. Orang yang saya tak suka, saya unfriend, pasti saya nak tengok semula wallnya.
Dulu saya ada perangai sama ja dengan kalian. Orang yang saya tak suka, saya unfriend, pasti saya nak tengok semula wallnya. Manalah tahu kot dia ada kutuk saya. Hahaha. Namun selepas pulang dari Lubnan, Syria dan Turki pada Januari 2020 saya ubah semuanya. Ada sesuatu yang berlaku buat saya berfikir panjang... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/mula-semula-semuanya/