uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 35 137 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 278-o'rinni va Malayziya mintaqasida 897-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 35 137 obunachiga ega bo‘ldi.

05 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -290 ga, so‘nggi 24 soatda esa -23 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 8.67% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 0 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 06 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

35 137
Obunachilar
-2324 soatlar
-847 kun
-29030 kun
Postlar arxiv
Inilah strategi Call-To-Action yang kita semua perlu tahu. (Baca selajutnya di https://khairulhakimin.com/strategi-cta-yang-k
Inilah strategi Call-To-Action yang kita semua perlu tahu. (Baca selajutnya di https://khairulhakimin.com/strategi-cta-yang-kita-perlu-tahu/ )

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara. Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 28,000 pengikut. Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan. Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. Beliau beri step by step, Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu: 1. Orang boleh faham terus 2. Orang boleh buat terus. 3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting) 4. Boleh beli terus. 4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien. Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Maksud nama manusia ialah nama orang. Jika guna nama samaran atau nama popular atau nama panggilan, tidak mengapa. Yang penting nama manusia. Tidak boleh letak nama di Facebook: Kedai Basikal, Bulan Purnama, Gojes, Mangkuk, Wang Besar dan sebagainya. Untuk ruang profil, bina kreadibiliti. Di page, bina produk. Di sana letaklah nama kedai dan nama produk, ia berkesan. Ringkasan Nota dari Naskah Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad.

Perkara penting dalam hal menulis di media sosial ini ialah ia perlu dieja dengan betul. Tanpa singkatan, tanpa bahasa WeChat dan tanpa kesalahan. Walau mengikut DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun tak boleh dalam menulis #content. Ia adalah kerana: 1. Hari ini Facebook sudah menguasai lebih 240 bahasa untuk diterjemah melalui “see translation.” 2. Lebih dari itu algorithm hari ini ada kaitan dengan % ejaan. Dikatakan sekiranya Facebook tidak boleh membaca posting kita kerana terlalu banyak ejaan yang salah / silap, maka “reach” posting itu juga akan dikurangkan, ia dianggap sebagai posting yang rosak. 3. Namun di page, ia masih dibolehkan dan dibahaskan kerana ia berkait rapat dengan bayaran iklan (FBAds). 4. Ia tiada kaitan dengan Instagram. Di sana nak mengeja sesuka hati masih dibolehkan. 5. Facebook Personal Account hari ini meningkatkan daya kredibiliti owner bisnes (bagi pendiri bisnes), ia juga melibatkan integriti seseorang dalam bidang yang diceburi. Bagi yang bermain suka-suka, sekadar membaca dan bersosial, mereka ini dianggap sebagai “the loyal follower” yang mana bertugas sebagai silent reader namun mahu membaca perkara yang senang difahami, mudah diikut dan boleh ditiru. Ia adalah dengan mengeja betul tanpa ada kesalahan yang disengajakan. 6. Secara peribadi, saya sendiri dijemput menjadi tukang masak kepada laman web Cookly pada tahun lalu hanya kerana menulis resipi di dalam bahasa melayu yang dieja dengan betul. Web tersebut bermula di Kanada dan beroperasi di seluruh dunia. Ini memberi makna sekiranya kalian menulis dengan bahasa apa pun namun menjaga ejaan, ianya berkembang ke seluruh dunia melalui features “see translation.” 7. Lebih dari itu, dikatakan di Digital World Media Forum tahun lalu di Amsterdam, hari ini Facebook berusaha mendapatkan perkataan yang ada kaitan dengan emosi untuk memberi features baru setiap hari. Sebab itu jika kita tulis hebat, peluk, dan sebagainya ia memberi impak berbeza yang menarik. Ia juga ada kaitan dengan algorithm yang menaikkan reach sekiranya posting itu memberi kesan positif kepada komuniti. Bagusnya menulis dengan ejaan betul hari ini. Semua orang perlu lakukannya sama ada di Whatsapp, Facebook atau di mana-mana lapangan komunikasi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu pun kelaut, sekarang kita kempen sama-sama. Nak tips content lagi terus ke sini ya, free ja: https://t.me/ContentKHM

Selama ini saya fikir jika kita beri duit, layan dengan baik, semua akan ok. Rupanya ada lagi yang perlu dibaiki. Antaranya i
Selama ini saya fikir jika kita beri duit, layan dengan baik, semua akan ok. Rupanya ada lagi yang perlu dibaiki. Antaranya ialah... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/setiap-rezeki-ada-waktunya-setiap-waktu-ada-rezekinya/ )

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan. 3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi. 4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais. 5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian. 7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja. 8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. * Habis itu bagaimana nak menjual? Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content. Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Bila dah elok, ada posting yang viral, orang akan klik profile, eh dia suka, terus dia tekan butang follow. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menulis, Memasak, Mengembara. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Sebab gaji kita kecil, kita tak percaya ada orang bergaji RM140,000 sebulan. Jika kalian rajin google atau membaca annual report, majalah dan buku, ada ja semua maklumat tersebut. Ini saya beri contoh gaji top man (director) di Malaysia mengikut Majalah Labur: Pengarah CIMB Group - RM823,750 sebulan. Pengarah AmBamk - RM284,583 sebulan. Pengarah Genting Group - RM14,000,000 sebulan. Pengarah Genting Malaysia - RM6,717,500 sebulan. Pengarah Hong Leong Bank - RM676,250 sebulan. Pengarah IHH Healthcare - RM2,814,212 sebulan. Pengarah IOI - RM1,929,083 sebulan. Pengarah KLK - RM873,500 sebulan. Pengarah Maybank - RM842,634 sebulan. Pengarah Nestle - RM277,332 sebulan. Pengarah Press Metal - RM190,000 sebulan. Ada ramai lagi, kalian boleh baca di sini: http://www.majalahlabur.com/saham/senarai-gaji-pengarah-syarikat-top-30-fbmklci/ Ini pula posting saya beberapa hari lepas tentang seorang Dato yang gajinya RM140,000 dan separuh dari gajinya itu beliau beri dalam bentuk kebajikan kepada orang lain, https://www.facebook.com/1409650354/posts/10219844389646053?s=1409650354&sfns=mo Semoga bermanfaat kawan-kawan. Rezeki Allah tak terbatas. Yang penting ia halal. Banyak-banyak kemudian berkat, lagi seronok! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kerja yuk!

Kawan-kawan, kita kena ada asas kekuatan. Semua kisah ini adalah kekuatan saya... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin
Kawan-kawan, kita kena ada asas kekuatan. Semua kisah ini adalah kekuatan saya... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/sosial-media-jadi-lubuk-pahala/ )

Salam Sitizoners. Tahun 2020 ini kami jemput semua untuk bersama kami dalam SNP! Kalian akan jadi keluarga besar kami dalam mempromosikan perniagaan di SNP termasuk mengenai Dato Sri Siti Nurhaliza! Paling indah ialah kita semua merasa rezeki sama-sama. Kita promosi dan dapat menjana pendapatan. Lagi bertambah berkat dan kita pun dapat bantu sesama kita. Lekas buat pendaftaran di sini, ada 2 kali borang kalian kena isi. Yang pertama, klik link ini: https://snp.onpay.my/order/form/affiliatesnp Selepas itu, kalian kena semak email untuk daftar dan bina akaun kedai kalian di dalamnya. Best! Nantikan produk yang kami akan isi ya!

photo content

Jika anda ada bakat bercakap, menyanyi, miming, dan menari, maka platform anda ialah Instagram, Youtube, Tiktok. Jika anda ti
Jika anda ada bakat bercakap, menyanyi, miming, dan menari, maka platform anda ialah Instagram, Youtube, Tiktok. Jika anda tidak punya bakat... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/itulah-media-sosial-hari-ini/ )

Itulah proses gais. Mereka sudah lalui kesusahan semasa mendaki, apabila dah sampai puncak, mereka menikmati keindahan itu...
Itulah proses gais. Mereka sudah lalui kesusahan semasa mendaki, apabila dah sampai puncak, mereka menikmati keindahan itu... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/terus-sukses-kawan-kawan/ )

Semua orang ada kisah mereka yang tersendiri. Yang bezakan kita ialah bagaimana mereka berusaha belajar... (Baca selanjutnya
Semua orang ada kisah mereka yang tersendiri. Yang bezakan kita ialah bagaimana mereka berusaha belajar... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/semua-orang-ada-kisah-tersendiri/ )

Asas Facebook ialah teks. Selain dari itu, semuanya adalah aksesori termasuk video, gambar, background, check in, tagging, feeling dan sebagainya. Paling menarik, aplikasi yang ini membina platform ini dengan berjaya menterjemah lebih 240 bahasa di seluruh dunia. Dengan kata lain, jika kalian bangunkan content positif, ianya boleh dibaca di mana-mana dengan hanya perlu klik ‘see translation’. Syaratnya ialah kalian hanya perlu tulis dengan ejaan betul sahaja. Tahun lepas, saya dihubungi oleh team Cookly dari Kanada untuk saya join team mereka sebagai chef. Mereka menemui profile saya hanya dari posting resipi yang viral. Kesemua resipi yang saya tulis, saya eja dengan betul. Dan menjadikan ianya mudah untuk diterjemah. Untuk resipi, saya perlukan gambar, dan segala bentuk kaedah langkah demi langkah yang saya buat, membantu ramai orang untuk faham apa yang saya sampaikan. Dan syukur, ia menjadi dengan baik. Itulah content. Ianya ada di sisi kalian sahaja. Kalian suka memasak, kongsi resipi. Kalian suka travel, kongsi tempat menarik. Kalian suka memancing, kongsi port terbaik. Semua boleh. Yang penting, ianya menjadi manfaat kepada yang lain. Itulah kebaikan sosial media, ianya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bersifat global. Lagi banyak share, lagi meluas ilmu yang kalian beri. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli... (Baca selanjutnya di https:
Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tulis-beri-manfaat/ )

Manusia akan react kepada #content yang relevan. Ia termasuk kepada topik yang dipilih, emosi yang diletakkan di tempat yang sesuai serta maklumat yang tepat. Kebiasaannya, emosi akan mendahului diri kita untuk menekan mana-mana butang yang kita mahu. Dan itu juga yang akan mendorong seseorang menekan butang share kerana yakin ia perlu dihebahkan. Syarat untuk dapatkan “share” tersebut ialah: 1. Ianya posting yang mempunyai titik persamaan dengan orang lain. Sama minat, sama hobi, sama kesukaan, sama perkara yang dicari dan dinanti. 2. Ianya apabila dibaca, boleh dibuat terus. 3. Ianya apabila dibaca, difahami terus. 4. Ianya apabila dibaca, boleh dibeli terus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Emosi kena kuat. Cewah. Mahu tips lagi sertai channel saya ya https://t.me/ContentKHM

Kawan-kawan, pelajaran besar dari Covid-19... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/pelajaran-besar-dari-covid-19/
Kawan-kawan, pelajaran besar dari Covid-19... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/pelajaran-besar-dari-covid-19/ )

Apapun yang kita susun di media sosial ini, kena letak dalam kepala, pastikan ia memberi manfaat. (Baca selanjutnya di https:
Apapun yang kita susun di media sosial ini, kena letak dalam kepala, pastikan ia memberi manfaat. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/pastikan-ia-memberi-manfaat/ )

Kawan-kawan, kalau kalian ada akaun sosial media dan kalian berterusan cakap kalian susah, tak boleh hidup,... (Baca selanjut
Kawan-kawan, kalau kalian ada akaun sosial media dan kalian berterusan cakap kalian susah, tak boleh hidup,... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/banyak-perkara-tak-perlu-modal-sesen-pun/ )

photo content