uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 301 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 285-o'rinni va Malayziya mintaqasida 906-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 301 obunachiga ega bo‘ldi.

20 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -389 ga, so‘nggi 24 soatda esa -8 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 8.78% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.02% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 3 187 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 734 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 21 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 301
Obunachilar
-824 soatlar
-957 kunlar
-38930 kunlar
Postlar arxiv
Soalan: Bagaimana dengan 1 topik boleh dipecahkan menjadi banyaknya posting? Jawapan: Asingkan menggunakan matlamat menulis #content. Saya beri contoh mudah, nasi goreng. Macam mana nak cambahkan idea untuk tulis beberapa posting hanya gunakan perkara ini. Jika matlamat posting to educate, maka postingnya akan jadi resipi nasi goreng. Jika matlamat posting to inform, maka postingnya tentang di mana nasi goreng paling sedap di Bangi. Jika matlamat posting to inspire, maka postingnya tentang kejayaan bisnes nasi goreng Makcik si polan binti si polan. Dapat 3 posting hanya kerana nasi goreng. Itu keseronokan menulis guna content. Dari 1 isi, boleh pecah menjadi ribuan content yang best. Bayangkan produk, perkhidmatan, nak buat posting iklan, serta nak bangunkan follower, semua boleh dibina. Kita boleh ada beribu follower, boleh juga jana jutaan ringgit. Hanya dengan bangunkan content yang tersusun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi teruslah ke https://t.me/ContentKHM

Pandai buat karipap, jual karipap. Pandai buat agar-agar, jual agar-agar. Pandai buat nasi lemak, jual nasi lemak. Emak saya pernah jual aiskrim Malaysia di tepi tingkap dapur. Budak sekolah balik lalu tepi rumah akan ketuk dan emak jual. Berapa sen sangatlah waktu itu. Kami berdua juga pernah jual nasi lemak tepi jalan bersama-sama tahun 1998. Seawal 4 pagi emak dah bangun memasak. Emak tak berhenti cuba buat kek dan biskut, lebih 30 tahun emak terima tempahan-tempahan dari kawan rapatnya. Kawan-kawan, Buat sahaja. Itu paling penting. Kalau belum kaya dengan duit, kita kaya pengalaman. Saat Allah beri kepada kita peluang untuk membesarkan semuanya, kita dah ada segala skill dan pengetahuan. Pergi belajar, cari guru, cari mentor. Luaskan ilmu, panjangkan silaturrahim, lebarkan pandangan. Terima sebanyak-banyaknya keindahan dalam proses nak berjaya. Kawan-kawan, kalau semalam tak buat, hari ini kita mula. Kalau 10 tahun dulu tak mula, hari ini masih lagi boleh bermula. Selagi hidup, tak kira umur berapa, selaga bernafas, kita masih boleh berusaha! Kalau dah tak boleh nak buat apa-apa, mula ja jadi ejen sesiapa, jadi dropship dulu, belajar sahaja semuanya! Ambil keyakinan dari leader. Ambil ilmu-ilmu mereka buat penguat dalam perjalanan nak majukan bisnes! Tenang sahaja ambil langkah kecil. Berhenti lihat orang lain. Lihat diri sendiri sahaja. Apa akan jadi 1 tahun, 5 tahun akan datang adalah apa yang kita nak mulakan hari ini. Bangkit gais! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad 💪

Ya ampun! Tinggal 5 seat sahaja gais Copywriting Power Masterclass ini. Kelas diadakan esok secara live pada Jam 8.30 sehingg
Ya ampun! Tinggal 5 seat sahaja gais Copywriting Power Masterclass ini. Kelas diadakan esok secara live pada Jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Mana tak sempat, boleh tonton rakaman. Terus tekan link di bawah ini. https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Allah uji kita dengan 3 cara: 1. Beri apa kita hendak, mahu dan perlu, kemudian Dia lihat kita bersyukur atau tidak, cara kita bersyukur dan cara kita berkongsi. 2. Tangguh memberi apa kita nak, mahu dan perlu untuk lihat bagaimana kita bersabar, adakah kita masih mengharap dan masih berdoa kepadaNya. 3. Terus tak beri apa kita nak, mahu dan perlu untuk uji kepercayaan kita kepadaNya. **** Allah beri, ujian. Allah tangguh beri, ujian. Allah tak beri dan ganti dengan lebih baik, juga ujian. Kita hamba yang beriman, sentiasa syukur dengan segala apa yang Allah beri sama ada nikmat atau ujian. Kita belajar proses ini. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. 🥰

Bermodalkan RM59 sahaja, kalian dapat belajar bagaimana menulis copywriting untuk tarik followers dan tingkatkan sales di med
Bermodalkan RM59 sahaja, kalian dapat belajar bagaimana menulis copywriting untuk tarik followers dan tingkatkan sales di media sosial! Sungguh! Paling best, dengan ilmu copywriting power ini ada yang telah buat jualan jutaan ringgit, malahan ada juga dapat mencapai 100,000 followers dalam masa 3 bulan. Kelas Copywriting Power ini diadakan pada Rabu 26 Januari 2022 (8.30 malam) secara live di Zoom Meeting. Mana tak sempat, boleh tonton rakaman. Terus tekan link di bawah ini. Seat tinggal 7 sahaja gais. Cepat daftar di link ini: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Saya dapat kisah ini dari kelas online socmed malam kelmarin. Guru kami dari Amsterdam bercerita hal ini. Suatu hari ada seorang lelaki miskin berdiri kesejukan di luar rumah seorang hartawan. Semasa hartawan itu pulang ke rumah dan terserempak dengan orang tersebut. Beliau menegur sapa kepada si miskin "kamu kesejukan di luar, kasut tiada, baju tebal pun tiada. Hebatnya kamu! Si miskin jawab "saya dah terbiasa begini. Saya kena lalui untuk 1 lagi hari, hari esok." Kemudian hartawan itu menjawab "kamu tunggu di sini, saya dapatkan baju sejuk dan kasut untuk kamu." Beliau terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa anak-anak dan ahli keluarganya, dijemput makan malam dan terus terlupa dengan si miskin yang menanti di luar. Keesokan harinya, kecoh di luar ada polis bagai. Lalu si hartawan keluar dari rumah dan melihat si miskin sudah mati kesejukan. Beliau terus terduduk dan menangis. Beliau menceritakan hal itu kepada polis, lalu polis itu beritahu "Aku sudah bertahun jumpa orang yang sangat kuat pendirian untuk hidup. Kepercayaan mereka buat mereka sangat hebat untuk meneruskan kehidupan. Dalam kes ini, si miskin jadi lemah kerana janji yang diberikan kepadanya. Awalnya dia letakkan dalam kepala yang dia boleh hidup dalam apa pun cabaran, namun setelah mendapat "pertolongan" dari mulut kamu, maka dia terus hilang percaya dia itu seorang yang kuat. Kamu telah hancurkan kepercayaan dia dan dia menanti baju sejuk untuk dia teruskan hidup. Dia tak dapat, maka dia kecewa dan dia mati di sini." Kawan-kawan, Sama juga seperti kita. Jika kita nak buat sesuatu, pastikan kita memberi percaya kepada lebih banyak kehidupan. Bukannya membawa kepada kematian satu-satu hal. Jika berjanji, tepati. Jika memberi harapan, usahakan. Tidak boleh sesekali meninggalkan sesuatu hal selepas kita sudah pun mencurah keyakinan kepada orang lain. Kata cikgu saya, sebagai seorang usahawan dalam apa juga hal, kita hanya boleh cakap, boleh janji, boleh nak memberi apa yang ada di tangan sahaja. Yang belum, Yang baru nak buat, Yang baru ada dalam kepala, Jangan sesekali berjanji. Ia akan buat team atau seluruh organisasi kecewa jika ia tidak berlaku. Boleh jadi, hancur luluh hati mereka nak percaya apa tujuan dan hala tuju kita semua nanti. Percaya ini bukan hal kecil, sekali hilang, mati semua. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pesanan buat diri sendiri ini sebenarnya.

Jangan kurang tidur! Nanti sakit! - sesetengah usahawan akan kurang tidur kerana mahu siapkan perancangan tahunan. - hanya kurang tidur sekitar 1-2 hari dalam sebulan sahaja, bukan setiap malam. Jangan banyak sangat duduk! Nanti sakit! - sesetengah usahawan akan duduk di meja kerja lebih 12 jam sehari. Namun itu hanya berlaku sekitar 1 atau 2 kali sebulan sahaja untuk audit dan checklist kerja mereka. Jangan banyak sangat berfikir nanti stress! - sesetengah usahawan tak akan berhenti berfikir kerana mereka sangat suka stress. Hanya dengan stress mereka akan cari peluang, cari ruang dan cari jalan untuk menang. Ubah cara berfikir gais. Susah sedikit tak tidur sehari dua untuk dapat hasil jutaan setahun. Susah sedikit duduk tak bangun-bangun sehari dua untuk semak kesilapan supaya tak berulang dalam setahun. Susah sedikit untuk berfikir dan cari jalan supaya sentiasa kaya dan banyak bantu orang lain setiap hari. Ah kita pilih kita nak apa. Nak senang terbungkang depan tv tanpa masalah atau kita nak hidup lebih banyak beri erti dengan adanya cabaran, halangan, ujian dan keindahan dalam Allah memberi sentuhan kepada kita. Orang hebat, diberi ujian yang hebat-hebat. Tenang sahaja apabila ada nasihat itu ini kepada kita, mereka tak tahu apa kita lalui. Mereka hanya nampak kita beli rumah baru, belikan kereta untuk emak ayah dan isteri dan sebagainya, mereka tak tahu berapa banyak malam kita tak tidur, berapa banyak sakit kepala kita lalui. Relaks okey! Kita tahu Allah takkan sia-siakan orang yang berusaha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

Benar kan? Bersyukur gais. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya!
Benar kan? Bersyukur gais. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7). Selamat malam, semua.

Ini kelas terakhir untuk penulisan E-Book. Lekas tinggal 7 seat sahaja lagi. Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book diadak
Ini kelas terakhir untuk penulisan E-Book. Lekas tinggal 7 seat sahaja lagi. Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book diadakan pada malam ini. Pelajari 'step-by-step", bagaimana dari mendapat idea e-book sehingga kepada strategi launching e-book sehingga boleh jana RM10,000. Kelas ini nilainya RM799. Namun kita buat last call price dengan harga RM59.00 sahaja. Kelas diadakan malam ini Jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Siapa yang terlepas, boleh tonton rakaman. Lekas tekan terus link di bawah ini: https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt

Ini kelas terakhir untuk penulisan E-Book. Lekas tinggal 7 seat sahaja lagi. Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book diadak
Ini kelas terakhir untuk penulisan E-Book. Lekas tinggal 7 seat sahaja lagi. Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book diadakan pada malam ini. Pelajari 'step-by-step", bagaimana dari mendapat idea e-book sehingga kepada strategi launching e-book sehingga boleh jana RM10,000. Kelas ini nilainya RM799. Namun kita buat last call price dengan harga RM59.00 sahaja. Kelas diadakan malam ini Jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Siapa yang terlepas, boleh tonton rakaman. Lekas tekan terus link di bawah ini: https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt

Itu hari, saya ke Bank. Depan bank ada makcik jual kerepek. Saya singgah beli. Saya beli 3 bungkus. Sebungkus RM6. Kali 3 RM18. Saya kasi RM20 dan cakap ke makcik tersebut tak payah baki. Makcik itu cakap "Ya Allahhhhh. Terima kasih dikkkk terima kasih dikkk, terima kasih Allah! Terima kasih Allah! Ya Allah terima kasih Allah! Alhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulillah, moga kau murah rezeki dikkk." Sampai sekarang saya terngiang. Beliau hanya dapat RM2. Namun kesyukurannya itu Ya Allah sangat tinggi. Besar pelajaran hari itu. Alhamdulillah. Khairul Hakimin Muhammad. Begitulah.

Ramai pm tanya mengenai kelas malam ini. Ikutkan kita sudah tutup penyertaan. Memandangkan Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis
Ramai pm tanya mengenai kelas malam ini. Ikutkan kita sudah tutup penyertaan. Memandangkan Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book ini adalah yang terakhir, kami berbesar hati untuk tambah 10 seat lagi untuk kalian. Kalian akan didedahkan 'step-by-step", bagaimana dari mendapat idea e-book sehingga kepada strategi launching e-book sehingga boleh jana RM10,000. Kelas ini nilainya RM799. Namun kalian daftar sekarang, kita beri harga RM59. Tawaran ini akan tamat sehingga 5 petang hari ini. Kelas diadakan malam ini Jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Siapa yang terlepas, boleh tonton rakaman. Lekas tekan terus link di bawah ini: https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt

Tips happy setiap hari isnin: - Fokus ilmu apa yang kita dapat hari ini. Konsisten cari ilmu baru walau sekecil-kecil hal. Caranya ialah banyak mendengar dari banyak bercakap. - pilih nak persoal atau tanya. Persoal akan menyebabkan tegang, tanya pula akan buat orang selesa. Mempersoal ada kaitan dengan merendahkan orang. Jadi berhati-hati semasa bertanya. Elak guna "kenapa". Guna "bagaimana" akan lebih cantik hubungan. - pilih nak negatif atau positif. Kita tentukan hati kita bukan ikut-ikut orang. Kita nak happy, kita nak bahagia, kita nak tenang, jadi kita pilih. Majoriti tak semestinya betul. Ada orang dia pilih nak bergaduh dengan suasana beramai-ramai tunjuk tak puas hati itu ini, namun bab bayar bil, dia kena bayar sendiri-sendiri. Kita tentukan kita nak happy atau tak dalam kumpulan atau individu. - berhenti takut-takut makan sendirian. Berhenti takut-takut keluar window shopping sendirian. Berhenti takut-takut melepak sendirian. Orang yang fokus kepada diri dia tak takut kalau dia tak berkawan. Dia tenang, dia relaks dan dia tahu nak pilih kawan waktu mana untuk duduk bersama atau tak. - pakai pakaian yang selesa. Jika dah pakai kemudian takut orang kata apa, maka ia sudah mengganggu fikiran. Jika ia selesa, sudah cukup untuk happykan diri sendiri cakap ia bagus untuk aku, bukan untuk orang lain. Letak mindset apa yang ada di tangan kita, kita bersyukur sangat-sangat. Kawan-kawan, Berhenti mengeluh. Berhenti ikut rentak tak betul. Baiki diri sendiri sahaja. Kita boleh lihat kita bagaimana setiap hari isnin. Isnin boleh jadi penentu bagaimana minggu itu ok atau tak. Kalau kita pilih nak negatif manjang, perbualan kita, pemikiran kita, hati kita semuanya akan membawa kepada banyaknya buruk dari baik. Balik rumah, masih sakit hati. Nak tidur, masih sakit hati. Nak makan, masih tak berpuas hati. Jadi di mana letaknya syukur kita kepada Allah. Pilihlah untuk terus buat baik kepada diri sendiri. Allah akan beri lebih lagi dan lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah. Mula terus hari ini.

Jika J.K Rowling ada Arthur Levine yang edit buku Harry Potter, saya juga ada Kapten Hamk sebagai editor. Gituh! Beliau kini
Jika J.K Rowling ada Arthur Levine yang edit buku Harry Potter, saya juga ada Kapten Hamk sebagai editor. Gituh! Beliau kini aktif mengadakan banyaknya Kelas Content dan Copywriting Power untuk kalian belajar menulis di media sosial. Kelas Copywriting Power ini diadakan pada Rabu 26 Januari 2022 (8.30 malam) secara live di Zoom Meeting. Mana tak sempat, boleh tonton rakaman. Terus tekan link di bawah ini. Seat tinggal 11 sahaja gais: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Soalan: Tuan, posting saya dah 2-3 kali viral. Tapi follower saya tak naik, kenapa ya? Jawapan: Profiling. Baiki semuanya semula. Gambar cover mesti ada elemen kehidupan, gambar profile letak gambar seorang, nama guna nama orang, elak bercampur atau bergabung nama produk dan syarikat, Teks bio letak benda kita suka, kita minat, kita selalu buat, bahagian about working baru letak kita punya bisnes dan kerjaya. Kalau di bahagian profile kita dah sibuk nak jadikan ia sebagai kedai, orang singgah selepas baca posting viral, terus tak jadi klik butang follow. Nak kasi orang follow, kena beri orang selesa dengan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

FUHHH! MANA NAK JUMPA KELAS MENULIS E-BOOK MACAM INI. Kalian akan didedahkan 'step-by-step", bagaimana dari mendapat idea e-b
FUHHH! MANA NAK JUMPA KELAS MENULIS E-BOOK MACAM INI. Kalian akan didedahkan 'step-by-step", bagaimana dari mendapat idea e-book sehingga kepada strategi launching e-book sehingga boleh jana RM10,000. Kelas ini nilainya RM799. Mahal sebenarnya, namun untuk 5 orang hari ini, kita beri harga RM59. Lekas tekan terus link di bawah ini: https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt https://bit.ly/3FBdpGt

10 Mitos di Facebook yang kita sering dengar: 1. Kena penuhkan ruangan friend baru follower naik. Sebenarnya tak perlu. Hanya setkan butang follow sahaja. 2. Posting sales mesti jam 3pm setiap hari. Sebenarnya waktu aktif bermain media sosial di Malaysia dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Buatlah sales banyak mana pun. 3. Facebook akan buang posting kita yang buat sales. Sebenarnya tak, Facebook hanya buang posting orang report atau menyalahi etika sahaja. 4. #Content sales dan content crowd kena sama. Kalau tak nanti orang tak kenal kita siapa. Sebenarnya tak perlu, sosial media bukan hanya untuk jualan sahaja. 5. Algorithm Facebook sering berubah. Sebenarnya tak. Ianya ada kaitan dengan Facebook kita yang tidak mendapat engagement dari audien. 6. Kena letak gambar produk di ruangan cover photo baru orang tahu kita jual apa. Sebenarnya menjual semua kena di posting. Letak di ruangan profile akan buat orang undur diri. 7. Tag seramai mungkin untuk dapatkan reach yang tinggi. Sebenarnya tak. Hanya orang yang ditag sahaja mendapat notifikasi dan jujurnya perbuatan tag tanpa sebab amat menjengkelkan. 8. Sesiapa yang diunfriend akan jadi follower secara otomatik. Sebenarnya Unfriend akan terus unfriend. Nak follow kena manual semula. 9. Facebook tak detect bahasa selain dari Bahasa Inggeris. Sebenarnya Facebook sudah membangunkan terjemahan lebih 240 bahasa seluruh dunia dan semua itu adalah untuk ia mengesan bahasa yang kita guna perkataan demi perkataan. Jadi tulis dengan ejaan betul! 10. Hanya yang set see 1st akan dapat tengok posting kita. Sebenarnya yang see 1st dan yang sering engage akan dapat lihat selalu posting kita. Atau kalau tak, kita kena cari secara manual. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pegang pada fakta gais.

3 ayat yang kita kena tukar apabila bercakap kepada diri kita sendiri. 1. Apabila kita berbuat kesilapan, kita akan cakap apa kena dengan diri aku ini? Kenapa teruk sangat? - ayat yang betul ialah, di mana aku nak baiki kesilapan aku, diri aku tak ada salah silap, cara kerja aku sahaja perlu diperbaiki. - jika ia tentang kerja, ia tak ada kaitan dengan diri kita. Ia tentang kerja. Ingat itu. Walau boses atau rakan sekerja kata kita bodoh, kita teruk, namun buang perkataan itu cepat-cepat dari dalam kepala. Fokus kepada cara kerja, baiki semua sistem. 2. Apabila kita terbuat kesilapan yang berulang kita akan cakap "bodohnya diri aku, kenapalah tak terfikir nak buat gitu gini." - ayat yang betul ialah, "alhamdulillah belajar lagi. Silap kali ke-2, kali ke-3 takkan salah lagi. Sekarang lagi clear nak buat apa. - tak semua orang belajar pada kali pertama buat salah. Ada orang, dia akan belajar berkali-kali. Kita sebagai rakan, wajar bantu bukannya hina dan sindir seteruk-teruknya. Selagi dia berusaha, selagi itu kita bantu. 3. Apabila kita buat silap, kita akan cakap "apalah yang depa fikir pasal aku. Mesti depa kata aku teruk." - ayat yang betul ialah "aku takkan benarkan otak aku fikir pasal apa orang fikir tentang aku. Aku kena fokus baiki kesilapan aku. Orang takkan berhenti bercakap, aku pula takkan berhenti baiki dan berubah jadi lebih baik." Kawan-kawan, Tak semua dari kalangan kita ini pandai dan hebat seperti Elon Musk, Jeff Bezos atau Dr Amalina. Kita boleh jadi hebat dengan dapat belajar dari kesilapan kita hari ini, kemudian kita baiki terus untuk buat lebih baik esok hari. Kita jadi hebat apabila kita berusaha berbuat kebaikan. Sama ada sama seperti semalam atau lebih baik, itu keutamaan. Buang segala apa yang tak baik untuk difikirkan dan dicakapkan kepada diri, cakap hal baik sahaja. Tak baik, buang terus dari kepala. Kita kawal diri kita, Kita kawal otak kita, Kita kawal jiwa kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mahu jadi lebih hebat dari hari ini, bismillah 💪

Syukur sesangat dengan feedback seperti ini. Ramai dah tahu cara macamana nak bina content dengan mudah. Tak perlu bazir masa
Syukur sesangat dengan feedback seperti ini. Ramai dah tahu cara macamana nak bina content dengan mudah. Tak perlu bazir masa berfikir tentang idea. Segala-galanya kita tunjuk cara 'step-by-step'. Lekas hadirkan diri ke Content Mapping Masterclass. Kelas content advanced yang telah melahirkan ramai influencer dan melonjak jualan usahawan. Tekan di sini cepat: https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT

Sudah masuk Tahun 2022 gais. Jadi dah sampai masa untuk pertahankan diri kita untuk terus kekal positif dengan circle sedia a
Sudah masuk Tahun 2022 gais. Jadi dah sampai masa untuk pertahankan diri kita untuk terus kekal positif dengan circle sedia ada. Ingat, 6 jenis manusia ini, kita berundur perlahan-lahan. Tak perlu putus kawan, hanya tenang-tenang keluar dari circle tersebut. Mereka ialah: 1. The Energy Drainer. 2. The Fake Complimentor. 3. The Pessimist. 4. The Criticiser. 5. The Manipulator. 6. The Victim. Kesemua jenis perangai manusia ini boleh juga jadi kepada kita, jauh-jauhkan segera. Kita orang bisnes, nak main media sosial guna #content bagai, nak bina empayar, wajib ada circle yang best. Yang saling bantu, sering support dan terus terbang. Kalau tak, sukar kita nak pergi jauh. Semoga tahun ini kita jauh lebih sukses dari hari semalam. Ingat kawan-kawan, kita tak boleh kawal orang lain, kita hanya boleh kawal diri kita sahaja. Jadi undur dua-tiga langkah, pecut pula di selekoh, kasi potong dan “tinggalkan” perangai-perangai ini ya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terbang sama-sama jom!