uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 35 027 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 277-o'rinni va Malayziya mintaqasida 905-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 35 027 obunachiga ega bo‘ldi.

11 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -314 ga, so‘nggi 24 soatda esa 0 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 10.04% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 3.23% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 0 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 1 134 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 12 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

35 027
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-1017 kun
-31430 kun
Postlar arxiv
Posting kehidupan yang ada content bermaksud: 1. Pergi kedai makan, jika sedap, bersih dan selesa, maka cerita menu yang dimakan (subjek) kemudian beritahu sedapnya tahap mana, bersihnya bagaimana, dan letak lokasinya dengan detail. Terus masuk dalam kategori posting “To Inform”. 2. Masuk meeting, tup-tup bos ada beri beberapa ayat motivasi. Terus ambil itu sebagai subjek di dalam posting. Contohnya bos cakap “teamwork adalah kerja berpasukan, kau buat bahagian kau, aku buat bahagian aku, kemudian kita bersatu dalam kerja-kerja kita, itulah pasukan.” Tulis ia dari siapa, mengapa dia cakap begitu dan apa perasaannya dapat kata-kata begitu. Maka ia akan jadi posting “To inspire.” 3. On the way nak balik rumah, teringat nak pergi Daiso nak beli barang. Sampai sana terjumpa beberapa organizer untuk simpan mainan anak-anak. Terus ambil gambar dan apabila dah balik buat step by step bagaimana nak asingkan mainan anak-anak. Posting ini terus masuk sebagai “To Educate.” 3 jenis posting ini akan buat orang klik butang share. Dan apabila share bertambah, maka follower juga bertambah. Ia dinamakan sebagai posting umpan. Selepas 3-4 posting begini, letak posting iklan produk kalian pula, kasi tebar jala! Sosial media mesti bersifat kehidupan individu yang memberi impak positif kepada audien. Jika kita tak habis-habis up iklan, wall kita akan mula jadi kedai, dan ia akan buat audien semakin menyampah. Begitulah. Selamat mencuba. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsContentKHM.

Waktu bermalam di Syria, saya kena gastrik teruk sekitar jam 3.00 pagi. Di sana, eletrik hanya ada jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam sahaja. Saya mula makan phanto, kemudian diikuti dengan bascopan, gaviscon pun saya telan. Semua tak berapa nak jalan. Berguling dah sakitnya. Rasanya sebab lambat makan kerana kami sibuk mengagih daging hingga malam hari baru dapat makan. Saya pun kejutkan Musa. Minta Musa siapkan air panas. Tengok ada 3 in 1 yang kami bawa dari Malaysia. Musa pun siapkan Milo. Terus dia bawa dalam bilik dan saya minum. Waktu itu sakitnya bukan kepalang. Saya terus sahajalah cakap, “Ya Allah, tak ada lain yang aku duk minta, sembuhkanlah perut ini, esok masih nak agih daging Ya Allah. Kalau tak sihat, bagaimana nak kerja.” Tahu tak apa yang berlaku? Terus tak sakit. Ya Rabb. Seriusly sakit itu hilang begitu sahaja. Saya terus berbaring dan termenung. Duk pegang-pegang perut. Betul ke tak dah tak sakit. Saya bangun duduk semula dan pegang lagi perut. Ya Rabb sungguh dah tak sakit. Pagi itu Musa tanya, “cepatnya baik. Dekat Lombok itu hari sampai balik Malaysia tak ok lagi.” Saya pun tak tahu nak jawab apa. Yang saya tahu, Allah makbulkan doa. Itu sahaja. Saya belajar satu perkara dalam hal ini, selama ini kalau saya demam, kalau saya sakit, saya hanya minta saya nak sembuh sahaja. Saya tak beritahu kenapa perlunya saya sembuh. Terus teringat doa emak abah kita semua, mereka kalau sakit selalu minta kita doakan suruh sihat semula, supaya dapat jaga anak-anak. Nampak kan benda itu? Kena ada matlamat apabila nak sihat. Tak boleh sesaja nak sihat namun tiada objektif. Sungguhlah, dalam hidup ini, memang kena ada matlamat. Kalau tak ada, bagaimanalah Allah nak perkenankan doa kita. Nak kaya, kena ada matlamat kenapa nak kaya. Nak berjaya, kena ada matlamat kenapa nak berjaya. Nak murah rezeki, kena ada matlamat kenapa nak banyak rezeki. Ya Rabb, begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga kita semua terus sihat untuk berbuat baik.

9 Hari Menuju Seminar “The Power Of Content”! https://ift.tt/33BqA8x

#KelasContentOnline, harganya RM280/pax. Namun jika kalian beli Ebook Zero to Hero tulisan Dato Sri Aliff Syukri, anda dapat sertai kelas itu secara percuma. Ebook itu ada 8 langkah nak berjaya jadi usahawan tegar. Dan saya pula akan kongsikan teknik menulis content di media sosial. Amacam? Hanya dengan beli melalui link ini, kalian akan dapat jemputan tersebut. Link lain tak ada. Hihi. Cuma beli ebook tersebut dengan harga RM85, saya akan ajar kalian bagaimana menulis dan berniaga betul-betul di media sosial. Amacam? Yang dah beli pun akan dapat jemputannya ya. Kami akan mula jemput pada awal September nanti. Beli di sini: https://bit.ly/2SRmvYZ https://bit.ly/2SRmvYZ https://bit.ly/2SRmvYZ

8 Teknik Analisis Content https://ift.tt/306fiHx

Content Wajib Share https://ift.tt/2z1xjus

1. Tak semua orang suka berniaga. Kita kena tanamkan perkara itu dalam kepala. 2. Jadi dalam media sosial, asingkan posting berniaga dan posting kehidupan. 3. Posting kehidupan wajib lebih banyak dari posting berniaga. Ini sosial media, orang mahu lebih selesa bermain tentang ulas isu, perkara kesukaan yang punya titik persamaan, minat, hiburan serta memberi maklumat. Jika banyaknya berniaga, orang akan mula berundur dari kalian. 4. Nisbahnya ialah setiap 3-4 posting kehidupan, barulah up 1 posting berniaga. 5. Ramai orang suka shopping, namun tak semua orang ada duit setiap masa. Jadi susun iklan dengan sebaiknya. 6. Dikatakan, hari isnin dan rabu ramai peniaga mega membuat jualan besar. Follow sahaja langkah itu. Iklan soft sell dan hard sell pada 2 hari ini biasanya menjadi dengan baik. 7. Buat posting kehidupan yang beri impak positif untuk orang share posting kalian. Apabila tinggi share, orang mula follow kalian. Process ini dinamakan sebagai feeding atau beri umpan untuk audien klik butang follow. 8. Kemudian, kasi tebar jala (buat iklan). Kita mungkin akan dapat ikan bilis, atau ikan jerung atau sotong kurita. Besar crowd (jumlah follower) besar jugalah potensi hasil dari iklan. 9. Tak perlu pun membina follower menjurus kepada produk. Ia adalah posting yang punya content berimpak positif dan pastinya consisten sahaja. Ia adalah perkara yang kalian minat, suka atau mahir. Walau tak sama dengan produk, ia tetap menaikkan follower. 10. Di media sosial, Content adalah segalanya. Bina, susun dan jadualkan. Kalian akan dapat hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsContentKHM

Ada lagi 15 hari nak buat duit tepi dengan menjual ebook Zero to Hero Dato Sri Aliff Syukri. 1. Buat pembelian di sini (RM85 sahaja). >> https://bit.ly/2SRmvYZ 2. Kemudian akan dapat link pengesahan, link ebook, link pendaftaran affiliate dan link Group Support. 3. Daftar Affiliate. 4. Sertai Group Support. 5. Tengok di Group Support semua copy writing dan teknik menjual. Senang gais. Ada yang letak link sana sini boleh jana sampai 5-10 unit sehari (RM400-800 sehari). Lekas buat pembelian di sini ya: https://bit.ly/2SRmvYZ https://bit.ly/2SRmvYZ https://bit.ly/2SRmvYZ

La hai, baru masuk gambar semalam. Hehe

Wefie dulu sebelum mula kerja gais! Ini masih di Harran, Sanliurfa. Wajah-wajah ceria anak-anak yang dapat gula-gula dan dagi
Wefie dulu sebelum mula kerja gais! Ini masih di Harran, Sanliurfa. Wajah-wajah ceria anak-anak yang dapat gula-gula dan daging. Kami bersama Cinta Syria Malaysia - CSM semalam sampai jam 8.00 malam masih duk agih sana sini. Huhu. Alhamdulillah!

Remind Pelanggan https://ift.tt/2H5yjSJ

Jika setiap hari anda membuat purata 3 posting, maka anda telah berjaya memuat naik status di Facebook sebanyak 90 kali dalam sebulan. Dan dalam setahun, ia jadi 1,080 buah posting. Cuba kira semula berapa banyak posting kalian yang ditulis dengan baik, memberi impak positif kepada pembaca dan berapa banyak pula yang bertukar kepada jualan? Jika 10% (108 posting) dari posting tahunan (dari 1,080 buah posting) tersebut, menjana sekurang-kurangnya RM1,000 jualan, maka jualan setahun ialah RM108,000. Kita ambillah jadi dropshipper dapat komisen 25% maka bersih yang kita dapat ialah sebanyak RM27,000 setahun. Bahagi 12 bulan, dapatlah bersih RM2,250 sebulan. Dah sama macam gaji seorang eksekutif okeh. Itu kalau jualan RM1,000. Jika RM1,500? RM2,000? Semua boleh sahaja. Kawan-kawan yang baik, Gunakan media sosial sebaiknya. Jika kalian tulis perkara yang beri kebaikan dan impak positif kepada audien, maka audien akan klik butang share. Dan dari share itulah follower kalian akan meningkat. Kemudian, tebarlah jala dan buat jualan dengan berstrategi. Kalian akan dapat hasilnya. Hari ini, ramainya suri rumah sudah handal membuat jualan dan menulis banyaknya perkara kebaikan di media sosial. Dan bergaya duduk di rumah menjadi dropshipper yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan namun langsung tak mengeluarkan sesen pun modal. Dan saya sebagai orang yang berkongsi hal penyusunan content, membina bagaimana cerita terbentuk serta bagaimana menulis dengan betul di media sosial, amat-amatlah bersyukur. Alhamdulillah. Dan kawan-kawan, Tak terlambat untuk mulakan hari ini. Gunakanlah media sosial ini dengan sebaiknya. Anda yang tentukan hasilnya bagaimana. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sekadar berkongsi ilmu #TipsContentKHM kepada kalian. Alhamdulillah.

Tips tulis nombor dalam media sosial yang akan memudahkan bacaan: 1. Jika dalam ribu, pastikan ada koma. Contoh, 1,000 unit, 6,000 botol atau RM230,456. 2. Jika mahu tulis nombor telefon, pastikan ada 2 kali jarak, contohnya: 012 345 6789. Atau jika mahu ia menjadi warna biru (boleh klik terus, tulis dengan link whatsapp dan tidak lupa nombor kod antarabangsa seperti +6012345689 3. Tak perlu tulis dalam ejaan seperti dua puluh lima. Terus tulis 25. 4. Gunakan simbol kepada istilah seperti: Peratus = %, namun untuk tambah, tolak, bahagi dan darab, elok guna perkataan. 5. Untuk tulis masa atau waktu, terus tulis 5 petang, 7 pagi. Atau 7.00am, 9.00pm, 24 jam, 12 bulan, 1 tahun. Ok sahaja. Tak perlu tulis lapan malam, Sepuluh pagi. Ia akan memudahkan pembacaan. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad Mudah kan?

4 Asas Menulis Content https://ift.tt/2KuVbgM

Raya Korban tahun ini saya:
Anonymous voting

Content Industri Makanan https://ift.tt/2YWp6X9

Semua dah balik kampung ke?
Anonymous voting