uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 242 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 281-o'rinni va Malayziya mintaqasida 903-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 242 obunachiga ega bo‘ldi.

26 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -376 ga, so‘nggi 24 soatda esa -9 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 4.24% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 538 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 27 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 242
Obunachilar
-924 soatlar
-727 kunlar
-37630 kunlar
Postlar arxiv
Kawan-kawan, apabila bermain media sosial, ingat pepatah ini: “Penyokong paling kuat yang ada ada ialah dari mereka yang anda tidak kenal. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha menjatuhkan anda adalah mereka yang anda kenal.” Sudah terjun dalam bidang ini, 1. Jiwa kena kuat. Kena kecam beberapa kali tak boleh tumbang. 2. Jika kena kecam atas sebab salah faham, tersilap, tersalah, lekas baiki dan minta maaf. Turunkan post tersebut dan teruskan dengan post #content yang lain. 3. Tak perlu buat post yang sengaja mahu dikecam. Ia mengundang doa keburukan yang amat banyak. 4. Memang ada orang benci dan tak suka kita tak bersebab. 5. Memang ada orang benci kita kerana kita ada ramai follower, dia tak ada. 6. Memang ada orang benci kita kerana kita buat posting positif dan kebaikan. Ini normal, syaitan memang sifatnya begitu. 7. Fokus tulis perkara kebaikan. Hargai follower dan beri mereka tambah nilai setiap hari dalam penulisan yang penuh makna. 8. Pergilah ke mana-mana pelusuk dunia, kebaikan yang akan menang di sisi Allah. Jadi fokus dan tetapkan diri. 9. Kental, kental, kental. Nak bina kebaikan bukan kerja mudah. Ada sahaja yang melawan, menghalang, mencabar. Itu juga normal. 10. Bermain media sosial adalah ruangan tanpa limit. Semua orang boleh beri apa sahaja pandangan terhadap kita. Ia adalah bagaimana kita kawal, kita lawan atau kita berdiam. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif tulis perkara kebaikan okey!

Jika dah terbiasa membuat sales, promosi, letak testimoni dan sebagainya, boleh jadi reach dan engagement akan jadi rendah. Ianya menyebabkan posting-posting kita semakin kurang orang nampak dan tak sampai kepada audien. Apa yang kalian boleh lakukan ialah memuat naik posting side. Ianya akan dapat membuat orang like dan komen posting tersebut. Ianya bukan #content 100%, ia adalah strategi kecil yang boleh membantu mendapatkan perhatian audien. Matlamat posting side ini ialah untuk maintain atau menaikkan sedikit engagement. Ia tidak dikongsi (dishare) namun akan banyak like dan komen. Engagement itulah yang kita mahukan. Contoh posting side ialah: 1. Selfie. 2. Wefie. 3. Punchline. 4. Pick up line. 5. Contest / peraduan. 6. Video lucu. 7. Gambar lucu. 8. Pepatah / quotes. 9. Soalan 10. Infografik. Buat posting ini selepas 1 atau 2 jam selepas memuat naik posting sales ya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Panggilan terakhir untuk Kelas Content Sales Mastery. Kelas mula 10.00 pagi hari ini (secara online). Masih boleh daftar, Klik sini ya. https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

Semasa ke Dubai sekitar 2 tahun lalu, kereta-kereta mewah ini sangat banyak di jalan raya. Kami menyusuri bandar dan menuju ke Abu Dhabi, masih berdentum bunyi enjin kenderaan sebegini. Dapat ke Dubai Outlet Mall, saya bertembung dengan sekeluarga dari Malaysia. Mereka suami isteri bekerja di sana. Saya tanya apa yang jadikan Dubai ini dipenuhi dengan orang kaya? Jawabnya: “Mereka berkongsi kekayaan.” Saya terdiam. Kisahnya mudah sahaja. Kalau mereka buat bisnes makanan, yang supply adalah kawan-kawan, yang buat marketing juga kawan-kawan dan yang uruskan juga adalah kawan-kawan. Semua “kawan” itu adalah partner bisnes mereka. Masing-masing menjaga kualiti demi nak teruskan perniagaan. Siapa yang bermasalah, terus ditukar sahaja supplier dan mana-mana yang lain. Tak ada cakap banyak. Berbeza dengan kita, kita mahu uruskan semuanya kan? Namun tak jadi masalah pun. Boleh sahaja. Ini yang saya belajar dari team-team berniaga yang hebat. Mereka membina pasukan cemerlang dengan kredibiliti yang sama namun berbeza kerja dan task. Ada partner buat marketing, Ada partner yang jadi front person, Ada partner yang jaga admin, Ada juga partner yang jaga kilang. Mereka sebumbung dan membawa agenda syarikat ke misi dan visi yang sama. Teruslah mereka kaya sama-sama. Kita juga boleh begitu kawan-kawan. Mahu cari partner, cari yang beza dengan kita, yang boleh buat kerja apa yang kita tak sempat. Dia mahir, dia hebat dan dia tahu apa tujuan kita. Syarikat berjaya, kita kaya dan dapat bantu ramainya orang lain. Begitulah. Semoga kalian dapat sesuatu. Khairul Hakimin Muhammad. Sekarang setiap tahun singgah Dubai. Hihi nak ikut?

photo content

Semoga bermanfaat kawan-kawan. Sama-sama amalkan doa ini.

Sudah lancarr! Dan ready stok! Kalian boleh buat tempahan di sini ya, isnin kami kurierkan insya-Allah. Rahsia Penulisan Berpengaruh. RM30 tak termasuk kos pos. Stok terkini ada 500 sahaja! Siapa cepat dia dapat! Klik sini https://bykhm.onpay.my/order/form/brpp

+3

Sedikit tips Penulisan Berpengaruh yang saya amalkan dari tahun 2015 dan kini mempunyai lebih 274,000 pengikut. 1. Ejaan Betul. Tidak kira kalian siapa, santai atau rojak atau biasa, tulislah dengan ejaan yang betul tanpa 1 singkatan pun. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti, memberi kefahaman yang baik dan membantu ‘see translation’ berfungsi dengan sempurna. 2. Perkataan biasa. Sebaiknya guna perkataan yang biasa. Tidak perlu sampai menulis dengan perkataan canggih dan bombastik hingga akhirnya memberi orang lain sukar untuk faham. 3. Beri ayat yang tepat. Tak perlu panjang lebar memberi penerangan. Sekiranya boleh diringkaskan dan sudah memberi kefahaman, terus titik noktah. Panjang-panjang nanti akan jadi membebel. 4. Satu lagi hal membebel iala banyaknya pengulangan perkataan yang sama di dalam 1 perenggan. Elakkan. Ia akan tambah bosan orang membaca. 5. Pastikan 4-5 baris ayat, buat perenggan. Ia mesti ada ruang antara 1-1 perenggan itu supaya ia memudahkan orang membaca menggunakan telefon bimbit. Ingat, 90% pengguna media sosial, guna telefon bukan laptop. 6. Pastikan tulisan kita beri impak positif kepada audien. Jika tidak, sukar benar mereka ingin klik butang share. 7. Tenang dalam menggunakan perkataan. Sama ada marah, gelisah atau teruja, pilih perkataan yang sesuai. Dilarang sama sekali berkasar, mencarut dan sebagainya. 8. Tulis perkara yang kita mahir, suka dan sudah kaji. Jika tidak, kita akan dapat soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. 9. Jika ingin banyak share (untuk naikkan follower), tulis perkara yang banyak titik persamaan di antara kita semua. Jika tulis perkara rare, orang akan keliru dan kita sahaja yang akan faham. 10. Untuk dapat like dan komen (bagi naikkan enggagement) tulis perkara yang menghiburkan orang. Audien yang tersenyum biasanya akan setia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat sampai jadi.

Saya tanya apprentice saya tentang sales 11-11 semalam. Tiada teaser, tiada iklan awal, tiada fancy-fancy. Mula 10.00 pagi, berakhir 12.00 tengah malam tadi. Saya tanya apa rahsia sampai berjaya buat jualan RM21k dalam 14 jam ini? Beliau jawab: “Saya ikut cakap tuan. 1. Bina #content berasingan untuk dapatkan follower dan jualan. Tak boleh bersama, orang akan keliru dan boring. 2. Untuk naikkan follower, saya fokus tulis perkara simple namun orang akan klik share. Apabila share berlaku, follower saya bertambah. 3. Apabila saya buat jualan. Saya tak ada buat ayat berbelit. Saya fokus sahaja. Perenggan pertama terus beritahu ada sales. Beritahu ada urgency, beritahu dan paksa orang beli awal. Menjadi. 4. Malam tadi, saya buat live. Situ satu-satunya tempat untuk orang berinteraksi terus dengan saya. Jualan dari RM9k, naik terus ke RM21k dalam beberapa jam sahaja. Rasa rugi tak buat live awal. Huwaaaa. 5. Apapun, content marketing adalah segalanya. Tak pandai main dengan content, memang rugi besar. Saya akan kejar Year End Sales pula! Terima kasih tuan!” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Orang jual kuih pun RM20k sehari. Ya Allah Alhamdulillah. Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

photo content

Hari ini sahaja! Kelas Content Digital RM159! Harga asal RM299 gais! Siap dapat percuma 5 Buah Ebook Content yang berharga RM
Hari ini sahaja! Kelas Content Digital RM159! Harga asal RM299 gais! Siap dapat percuma 5 Buah Ebook Content yang berharga RM431! Klik sini lekaihhh https://bykhm.onpay.my/order/form/sales1111

Pada tahun 2016, beliau berada jauh di belakang saya. Beliau hadir kelas #content yang kami adakan di Johor Bharu, kemudian beliau terus mengorak langkah. Beliau fokus menulis tentang: 1. Hal perubatan. 2. Kisah Seram. 3. Masakan. 4. Jual buku. 4 hal ini beliau tulis dengan konsisten tanpa ada gangguan hal lain. Nak viral ke tak, hal ke-2. Beliau terus tulis perkara yang beri impak besar dalam komuniti. Maksud beri kesan itu ialah: 1. Apabila orang baca, orang faham. 2. Apabila orang baca, orang buat terus. 3. Apabila orang baca, orang beli. Hari ini, follower beliau mengatasi saya, 278,000orang. Dan jualan buku sentiasa best seller. Itu belum lagi produk lain. Kawan-kawan, Ini salah 1 contoh orang yang bermula dengan kosong, yang mana kesibukan beliau melayan pesakit tak dijadikan alasan untuk berkongsi hal kebaikan. Beliau fokus dan konsisten menulis content yang beliau ada. Tak ikut orang, tak juga pergi sibuk tengok sana sini. Fokus! Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan antara doktor yang ada pengikut ramai dalam negara kita. Dan saya yakin jika beliau teruskan rentak ini, tahun hadapan entah-entah sudah cecah 500,000 orang! Sesiapa sahaja boleh kawan-kawan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

photo content

#Content crowd = bina follower. Posting itu tiada share, baru ubah plan. Kalau ada walau 1, teruskan dan konsistenlah. #Content side = maintain engagement. Posting itu tiada like, tiada komen, baru ubah plan. Kalau ada walau 1, teruskan dan konsistenlah. #Content RM = Dapat sales. Posting itu tiada like, tiada komen, tiada share, namun ada sales walau 1, okey sahaja. Kalau tiada, baru ubah plan. Ha, mari sini. Kalian kena fahami jenis content dulu baru sembang okey. Ini jenis perli kenapa KHM buat posting iklan tak ada orang share pun? Kata Bapa Viral Kebangsaan? Kahkahkah. Kau tahu ke berapa sales kami dapat dari posting tersebut? Kikikiki. Ada benda, tak perlu heboh bising. Diam-diam sudah. Kalau dah faham positioning, jenis posting, jenis content, matlamat serta apa yang kita nak cari, okey mari bincang. Kalau tak, duk diam okey. Kasi kami layan media sosial ini baik-baik. Siapa yang dah datang belajar, mereka akan senyum sahaja. Hihihi. Ada rakan kami datang bootcamp sampai 2 kali. Orang Kuching. Follower belum sampai 100,000 pun, namun sales sudah RM5juta. Apa ada hal dengan cakap-cakap orang gais. Beliau ialah Tuan Hafizul Hakim. Tak semua pun posting beliau viral. Yang beliau buat ialah fokus dan konsisten menulis topik yang dipilih. Itu sahaja. Berhenti sembang kencang okey. Mari buat. Biar lambat, biar mula kecil, asal ia menjadi. Dari pumpang pumpang, tak jadi apa, sendiri geram. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips percuma lagi, nah pergi sini https://t.me/ContentKHM

Eh lagi 2 jam lagi untuk kalian dapatkan kelas tulis Content SALES dengan harga RM89! Mula jam 12 tengah malam dah naik ke RM129 gais! Klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

Waktu aktif orang di Malaysia bermain media sosial ialah sekitar jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Dah tak ada waktu premier macam dulu, kan dulu ada jam 12 tengah hari lah, 3 petang lah, 8 malam lah. Sekarang tak ada. 7 pagi sampai 10 malam itu ada 15 jam. Ha tulislah, uplah sampai pengsan. Ok je nak up iklan ke crowd ke side ke semua hokeh ajee

Hari terakhir gais untuk dapatkan harga RM89. Mula 12.00 malam ini harganya naik ke RM129. Kelas pada 14hb ini insya-Allah. C
Hari terakhir gais untuk dapatkan harga RM89. Mula 12.00 malam ini harganya naik ke RM129. Kelas pada 14hb ini insya-Allah. Content Sales Mastery. Mari sama-sama belajar untuk: - belajar copy writing untuk produk / perkhidmatan kalian. - bagaimana nak visualkan emosi untuk produk dan perkhidmatan kalian. - bagaimana nak tulis ayat "apabila orang baca, orang terus beli?" Jom gais! Klik sini ya! https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

Ada 10 Perkara Yang Beri Anda Respek Dalam Apa Jua Hal. 1. Tepati masa. Jumpa kawan, mesyuarat office, apa sahaja yang penting atau tak, jika menjaga masa, kalian akan dapat hormat yang sangat tinggi. 2. Etika. Waktu berkawan waktu kerja waktu keluarga, ada etika tersendiri. Waktu kerja, onkan etika kerja, offkan hal keluarga. Waktu berkawan, offkan hal kerja. 3. Berusaha. Bangun, bekerja, fikir, dan push sampai limit. Kalian akan dapat hasil apabila banyak mencuba dengan berbagai cara. 4. Energetic. Sentiasa bertenaga untuk lakukan kerja. Bukannya lemah, lembik dan tidak ada upaya berbuat sesuatu. 5. Menunjukkan minat dalam banyaknya hal. Kurang komplen, terus kepada solusi dan berusaha sebaiknya dalam menguruskan sesuatu hal. 6. Menunjukkan body language yang betul. Terutama apabila melakukan kesilapan dan kesalahan, inilah waktunya respek akan diambil kira dalam sesebuah hubungan kerja atau dalam keluarga. 7. Boleh ditegur. Orang yang boleh mengambil teguran biasanya orang yang boleh baiki kesilapan dengan baik dan cepat. 8. Boleh diajar. Orang yang sanggup jadi botol kosong walau sudah ada sijil bagai, kemudian botol itu diisi dengan banyaknya ilmu, pengalaman, sabar serta tenang dalam belajar adalah orang yang akan dapat hormat yang tinggi. 9. Suka dalam keadaan bersedia untuk apa sahaja keadaan. Tak suka banyak tidur atau banyak berhibur. Hanya dimasukkan % yang kecil untuk berehat, berhibur dan bersosial. Lebih suka siap sedia menambah ilmu dengan banyaknya membaca dan menyertai kelas dan program. 10. Suka buat sesuatu dengan ekstra. Jika diminta buat 1-1 hal, mereka ini akan kreatif buat dengan jauh lebih baik. Beyond the expectation kata orang putih. Begitulah. Zaman ini zaman orang bersembang cakap pumpang-pumpang untuk dapat respect. Namun kawan-kawan, untuk dapat semua itu, mesti selari dengan perbuatan. Penghormatan akan diberi oleh semua orang apabila kita banyak berbuat dari banyaknya bercakap. Ia semulajadi, bukan dibuat-buat. Khairul Hakimin Muhammad, Sedang usahakan.

Soalan: Adakah letak testimoni di media sosial berkesan? Jawapan: Ya, berkesan. 1. Pastikan testimoni itu betul dan sahih. 2. Review testimoni tersebut dengan baik dan tersusun. 3. Sama ada mahu guna testimoni sebagai hard sell atau soft sell, itu terpulang kepada produk. Biasanya produk kurus, ubat kuat, produk kesihatan sangat suka hard sell tentang testimoni. Namun ada juga penjual / peniaga tudung, fabrik serta kain suka menggunakan testimoni di dalam cerita (soft sell). 4. Hanya perlu 1 atau 2 kali seminggu sahaja dimuat naik. Paling penting ialah awareness dan juga promosi. 5. Buat susunan posting supaya di wall lebih banyak kisah kehidupan berbanding menjual dan memuat naik testimoni. Terus kekalkan akaun personal ini sebagai pemilik bisnes, bukannya kedai. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Khairul Hakimin Muhammad - Telegram kanali @contentkhm statistikasi va tahlili