cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

ᴘᴇɴᴄᴀʀɪ ᴄɪɴᴛᴀ 𝙸𝙻𝙻𝙰𝙷𝙸

𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗷𝘂 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗮𝗯𝗮𝗱𝗶, a 𝘯𝘦𝘢𝘳𝘯𝘦𝘴𝘴 𝘫𝘰𝘶𝘳𝘯𝘦𝘺 𝘵𝘰 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎. Penulisan: ۵ bernada puisi, Catatan | Tulisan | Tinta Hati ۵ Reminder ۵ Perkongsian Copy/Share, Halal sertakan link ⤵️

Ko'proq ko'rsatish
Indoneziya105 312Til belgilanmaganToif belgilanmagan
Reklama postlari
204
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan🤍 Semoga Ramadhan 1443H, menjadi medan latihan untuk kita perbaiki segala kekurangan dan cacat cela yang ada pada diri, menjadi Ramadhan terindah dan jauh lebih sempurna berbanding Ramadhan tahun lalu, asbab terbukanya pintu hati untuk menambah amal ibadah terutamanya dalam menjadi hamba-Nya yang lebih baik, hati yang bersih dan bercahaya, ketenangan dan kesyukuran sentiasa menghiasi jiwa dan diampunkan segala dosa yang disengajakan mahupun tidak sengajakan, yang kecil mahupun yang besar. Semoga berkat kebaikan dari sifat Allah Ar-Rahman Ar-Rahim serta berkat bulan mulia menjadi asbab doa kita dikabulkan dan dosa kita digugurkan serta yang sakit diberi kesembuhan, yang sedih diberi kebahagiaan dan yang kehilangan dihadirkan pengganti. Ameen thumma ameen🤲🏻 Bi idznillah Ya Allah. Selamat bertarawih dan selamat berpuasa ✨ 🔖1 Ramadhan 1443H
Hammasini ko'rsatish...
💚 Anjuran amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab 1. Memperbanyakkan puasa Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah al-Muharram”. [Riwayat Muslim (1163)] Niat Puasa Sunat Bulan Rejab: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى “ Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah ta'ala.” 2. Memperbanyakkan doa Kita dituntut untuk berdoa dan mintalah kepada Allah agar diampunkan segala dosa dan terbukanya pintu pengampunan kerana sebaik-baik isi doa adalah diampunkan Allah atas segala dosa yang telah dilakukan. “ Lima malam yang dimustajabkan berdoa ialah pada dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), malam Nisfu Sya'aban dan malam satu Rejab.” [Imam Asy-Syafie Rahimahullah] Lazimkan bacaan doa ini sepanjang bulan Rejab: اَللَّهُمَّ بَارِك لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعبَن وَبَلِغنَا رَمَضَان “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban ini dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.” 3. Memperbanyakkan dzikir dan istighfar 4. Memperbanyakkan membaca al-Qur'an 5. Memperbanyakkan bersedekah. ; Serta amalan-amalan sunat yang lain. 🌿 Anjuran amalan ibadah pada bulan Rejab ini adalah bersifat umum selagimana seseorang itu mampu untuk melakukannya dan tidak merasa terbeban darinya. Semoga bulan Rejab menjadi bulan penghapus dosa dan menjadi medan latihan sebagai persiapan dalam menyambut kedatangan bulan mulia, Ramadhan Al-Kareem InshaAllah Amiinn Allahumma Amiinn🤲🏻 Selamat beramal ibadah, bi idznillah⭐️✨ Petikan sumber serta rujukan: - http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2010/08/bulan-haram.html?m=1 - https://harianpost.my/doa-bulan-rejab-niat-puasa-sunat/ -https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tahqiq-al-masail/888-tahqiq-masail-siri-ke-3-bulan-rejab-dan-isu-isu-berkaitan-dengannya
Hammasini ko'rsatish...
Telegram.me/PencaricintaIllahi ١ رَجَبْ ه١٤٤٣ Ahlan wa sahlan Rajab Al-Mubarakah✨ 🌟 Bulan-bulan Haram Assyahrul hurum adalah empat bulan yang diharamkan oleh Allah daripada melakukan beberapa perkara yang besar padanya seperti berperang. Empat bulan Haram itu ialah, Muharram, Rejab, Dzulqa’edah, Dzulhijjah. Bulan-bulan ini di istimewakan oleh Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ dengan kesuciannya dan Dia menjadikan bulan-bulan ini sebagai bulan-bulan pilihan di antara dua belas bulan dalam satu tahun hijriyah. 💫 Dalil penciptaan dua belas bulan dan empat bulan Haram Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ berfirman, إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ “ Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri (1) kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” {QS. At Taubah: 36} 1) Maksudnya janganlah kamu menganiaya dirimu dengan mengerjakan perbuatan yang dilarang seperti melanggar kehormatan bulan itu dengan mengadakan peperangan ( bagi kaum yang terdahulu). Pengharaman ini bermaksud menyucikan bulan-bulan tersebut daripada melakukan beberapa perkara yang merosakan diri sendiri dan orang lain. Ini kerana dosa perbuatan dzalim di Bulan Haram lebih daripada bulan-bulan yang lain demikian juga sebaliknya pahala bagi perbuatan amal ibadah lebih daripada bulan-bulan yang lain.
Hammasini ko'rsatish...
استغفار رجب.pdf.pdf4.49 KB
Telegram.me/PencaricintaIllahi Carilah satu perkara untuk disyukuri setiap hari kerana tidak setiap hari yang dilalui penuh suka dan tawa namun tidak pula ada hari yang terlepas dari dipayungi rahmat dan kasih-Nya. Bersyukur selalu walaupun untuk sekecil-kecil perkara.
Hammasini ko'rsatish...
Bagi yang nak join melalui youtube tekan link ni⤵️ https://youtu.be/m5EN6HO0baw
Hammasini ko'rsatish...
Majlis Ta'lim Darul Murtadza ᴴᴰ l 28 January 2022

🔴 LIVE MAJLIS TA'ALIM DARUL MURTADZA Join live ⤵️ https://t.me/habibalialhamid?livestream ; Sebarkan kepada keluarga, sahabat dan kenalan moga menjadi asbab kebaikan🤲🏻
Hammasini ko'rsatish...
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Telegram.me/PencaricintaIllahi Dalam banyak-banyak permintaan doa kita kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ jangan lupa untuk minta agar kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik yang membawa kebaikan dan yang mendekatkan kita dengan-Nya. Sebab keberkatan hidup terletak pada sejauh mana kita mengingati Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ dalam usaha mendekatkan diri dengan-Nya.
Hammasini ko'rsatish...
Telegram.me/PencaricintaIllahi 🌻Jumu'ah Mubarakah🌻 Jika tidak dapat melakukan kebaikan, jangan hingga mendekati jalan kemungkaran. Jika tidak dapat menyampaikan berita kebaikan, jangan membuka pintu keaiban. Jika tidak dapat menjauhi kejahatan, jangan terleka dalam kedustaan. “ Pilihan dicipta untuk memilih maka pilihlah untuk kebaikan bukan atas dasar keduniaan.”
Hammasini ko'rsatish...
Telegram.me/PencaricintaIllahi Tulisan: Teruntuk kamu yang memerlukan Menangisi sesuatu yang telah berlalu dengan berlebihan itu hanya akan membuatkan semuanya ternampak kelam. Sudah, jangan terus menangis untuk hal yang tidak ditakdirkan menjadi pinjaman buatmu kerana Tuhan lebih tahu kadarnya untuk membahagiakanmu lebih dari dirimu sendiri. Semoga segera terangkat segala sedih dan berganti dengan hal yang baik, yang lebih baik 🤲🏻 ; Bagi kalian yang suka baca penulisan bernada puisi jemput singgah ke channel ini, T.me/naawrites T.me/lakarankatahati Semoga membawa erti🌻
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.