cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Dr. Ustaz Talhah Ajmain

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
1 252
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+27 kunlar
+830 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Beberapa Hari ni (Genap 1 minggu) Saya diuji kesihatan, maaf tidak sempat membalas beberapa mesej dan Komen. Tempoh, Allah beri kerehatan bertenang untuk "recovery" yang lepas² & "memecut" khidmat semula selepas² ini. Dalam tempoh ini, bersyukur rasa, masih boleh menghela nafas, dan disapa boleh Majikan, rakan sekerja yang semuanya² khaiyr. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Disamping keluarga, sedara mara, sahabat handai yang terus menerus ziarah, sapa & bertanya khabar, termasuk mesej dari seorang ibu. Saya simpan mesejnya. Itulah juga sebenarnya harapan seluruh ibu dan ayah kita semua. Moga kita terus bersyukur setiap hari, setiap kali akan nikmat sihat dan kesihatan. Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
00:48
Video unavailableShow in Telegram
7.27 MB
Nama negeri dalam Palestin
Hammasini ko'rsatish...
Eid Adha. Di Kampung Tangkak, Johor. Belasan tahun sudah tidak berkumpul ramai. Dalam gambar hanya 5 keluarga dari 10 keluarga. Alhamdulillah, dapat gathering seramai 8 keluarga (3 keluarga lagi tiada dalam gambar) Ya, dahulu saya dibesarkan dengan kelasakkan disini. Ketika kecil sehingga sekolah menengah, setiap minggu pulang ke Kampung tangkak, Saya lah orangnya yang akan terpacak di parit dari petang. Kalau malam ada cahaya & matahari, rasa stay lagi tu. Sehingga arwah atok standby dah siap² ikan untuk cucu dia, kalau tak dapat ikan. Mungkin boleh tanya, haiwan air apa yang tidak disauk? Ikan todak, udang, ketam, belut? Labi-labi pun pernah dapat. Jika cuti sekolah, ada ruang balik Kampung, akan tangkap guna sauk dan camping (masak, makan bagi orang lain). Saya hanya bermain dengan ikan, abg saya main anak ayam Muhammad Hafizul Amin Jimaain , seorang lagi bagi fokus haji :) Inilah Kampung yang mengamit ribuan Nostalgia. "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" Benarlah, tuhan mengajar hambanya interaksi dengan Alam dan bersosial dengan manusia. Ia akan menumbuhkan rasa adab & akhlak. Rasa manusiawi dan sensitiviti. سَنُرِيهِمۡ ءَايَٰتِنَا فِي ٱلۡأٓفَاقِ وَفِيٓ أَنفُسِهِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? [Surah Fuṣṣilat: 53] Walaupun singkat pertemuan, Moga Allah Redho. Moga Allah tautkan ukhuwwah silaturrahim ini. Moga ini bukan kali terakhir tapi asbab pertemuan lagi sesudah ini. Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Asbab 2017. Menjadi "Duyuf ar-Rahman". Allah temukan dengan Haji Pak Sheikh. Asbab ukhuwwah inilah, Allah temukan dengan rakan sekerja lain, dapat mengenali Pendaftar UTM, Puan Nor Azizah binti Ismail. Benarlah, Antara "ruh" Haji itu sendiri adalah mengenali khabar saudara ummat Islam sedunia, menjalinkan ukhuwwah sesama Muslim yang lain. Tidak rugi, Insya Allah. Jika ada ruang, saya kongsikan pengalaman mencari seorang sahabat Haji yang "hilang" ketika melontar jamrah. Kerana ukhuwwah yang hadir untuk nak membantu sehabis baik merentas hubungan darah & baru sahaja mengenali dalam tempoh Haji ini. Buat para tetamu Allah yang dipilih kesana, tempoh jadang 40 hari atau kurang lebih disana tempohnya. Maka, hubungkanlah silaturrahim, tautlah ukhuwwah islamiyah. Boleh ikuti di telegram: https://t.me/usttalhahajmain
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
BELAJAR MENDIDIK ANAK DARI KISAH IBRAHIM AS DENGAN ANAKNYA, ISMAIL AS Surah as-soffat: 102 _*فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ*_ "Tatkala anak itu 'telah baligh' berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia (Ismail) menjawab: 'Wahai Ayah ku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" 1. Terkandung mesej pendidikan buat ayah ke atas anaknya. Ada kaedah dalam mendidik seorang anak yang telah baligh. Dari sudut makna 'baligh,' Ibn Kathir mentafsirnya sebagai anak itu mampu bekerja dan berusaha sebagaimana yang dilakukan ayahnya. Dalam mendidik anak, ayah perlu menujukkan contoh teladan dengan anak, bukan sekadar memberi arahan. 2. Imam Muqatil berpendapat, suasana ayat tersebut adalah ketika Ibrahim berjalan dengan anaknya. Maknanya disamping menjadi teladan, perlu melakukannya bersama-sama. Itulah didikan yang baik ketika anak itu di usia remaja atau baligh. 3. Ketika Ibrahim AS (ayah) menceritakan mimpi kepada anaknya, Ismail AS, ia berlaku dalam bentuk bermusyawarah (berbincang), mendengar keluhan dan pandangan anak serta memberikan pandangan sebagai seorang ayah. 4. Bagaimana Nabi Ismail boleh menjawab dengan mengatakan, "lakukan sahaja sembelihan tersebut!" Pastinya Ismail AS menerima didikan rabbani daripada seorang Ibu sepanjang ketiadaan ayah di sisinya. Betapa peri pentingnya pendidikan daripada rumah. Bukan mengharap pada pihak yang lain untuk mendidik anak kita. Sebuah tesis bertajuk Hiwar al-Aba' Ma'a al-Abna Fil Qur'anil Kariim wa Tatbiqatuhu at-Tarbawiah yang ditulis oleh Sarah Halil menyatakan; Al-Quran memuatkan dialog antara orang tua dan anak sebanyak 17 kali. Perinciannya, Dialog ayah dan anak 14 kali. Dialog Ibu dan anak 2 kali. Dialog ibu ayah pada anak 1 kali. Jumlah dialog antara ayah dan anak, di dalam al-Quran lebih dominan. Ajaran seorang ayah lebih berkesan dalam hati dan fikiran sang anak. 5. Dialog antara ayah dan anak yang sangat berakhlak dan tenang. Apabila ayah memanggil Ismail AS dengan panggilan يَٰبُنَىَّ (wahai anak ku), begitu juga Ibrahim berakhlak menanggil panggilan yang mulia pada ayahnya, يَٰٓأَبَتِ (wahai ayah ku). Hormat menghormati dan berkasih sayang antara Ibu bapa dan anak-anak, golongan berusia dan golongan muda, perlu saling di lakukan. Bukan satu pihak sahaja. 6. Adab kepada Allah. Ismail AS memberitahu ayahnya bahwa ia siap bersabar diikuti kalimah 'Insya-Allah,' kerana sesuatu tidaklah terjadi tanpa kehendak Allah SWT. Walaupun Ismail AS seorang Rasul, Baginda melafazkan 'Insya-Allah.' Kita tidak boleh jamin diri kita seorang yang ikhlas, istiqamah, sabar lalu soleh selamanya, melainkan perlu berdoa dan serahkan kepada Allah SWT dengan ungkapan 'Insya-Allah.' Boleh ikuti di Telegram: https://t.me/usttalhahajmain
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.