cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

PERKONGSIAN TAZKIRAH

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
1 879
Obunachilar
+124 soatlar
-17 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar
Postlar arxiv
Kaya itu bkn ketika mampu membeli Tapi kita mampu memberi baru itu kaya
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Hammasini ko'rsatish...
01:11
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Wadi Annuar : sasaran dajjal* *Youtube : Ustaz Wadi Annuar Official*
Hammasini ko'rsatish...
01:24
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Wadi Annuar : isteri nusyuz, suami dayus* *Youtube : Ustaz Wadi Annuar Official*
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Hammasini ko'rsatish...
02:54
Video unavailableShow in Telegram
*Tuan Guru Sidek Nor : rajin baca Al-Quran*
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Hammasini ko'rsatish...
01:22
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Muhaizad : cara Allah bersihkan dosa manusia*
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Jadilah Cermin Mukmin Lain* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ _*Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan (ikut menanggung kesusahannya) serta menjaganya (membelanya) dari belakang."*_ (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan *Pengajaran:* 1.  Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahawa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya. 2.  Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang. 3.  Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain. 4.  Seorang mukmin akan saling bertolong bantu sesama mukmin jika berada di dalam kesusahan dan membela mukmin yang lain jika mereka dianiaya atau dizalimi. Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain. Bangunkan Jiwa Taqwa. 21hb April 2024 12hb Syawal 1445H
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Bersifat Lemah Lembut dan Penyayang* عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ _*Daripada Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan dari kebaikan.*_ (HR Muslim  No: 4694) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Sifat penyayang dan lemah lembut dituntut ke atas setiap Muslim 2.  Orang yang tidak mempunyai sifat penyayang atau lemah lembut terhadap orang lain akan dijauhkan dari rahmat Allah. 3.  Saling menyayangi dan mengasihi adalah tanda kesempurnaan iman. Rasul SAW. bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا *Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai* (HR Muslim No: 81). Sempena kita masih berada dibulan Syawal ini, marilah kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap orang lain. Moga kita menjadi warganegara yang saling menyayangi. Kemenangan Dirai Silaturrahim Bersemi. Bangunkan Jiwa Taqwa. 20hb April 2024 11hb Syawal 1445H
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah* حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي _*Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"*_(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila: 1.  Saling mengasihi kerana Allah 2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah 3.  Saling menziarahi kerana Allah 4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah 5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain semata-mata kerana Allah. Ambillah kesempatan di bulan Syawal ini untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah sesama Muslim antaranya melalui ziarah menziarahi. Kemenangan Dirai Silaturrahim Bersemi. 19hb April 2024 10hb Syawal 1445H
Hammasini ko'rsatish...
00:27
Video unavailableShow in Telegram
00:30
Video unavailableShow in Telegram
00:19
Video unavailableShow in Telegram
00:19
Video unavailableShow in Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Jadilah  Pengasih Untuk Dirahmati Allah*   سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ _*Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih"*_ (Sahih Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim 2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga. 3.  Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat saling hormat menghormati, saling bermaafan serta sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah,  sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat. 4.  Di musim lebaran ini, suburkanlah sifat mengasihi orang lain dengan mendoakan kebaikan, membantu mereka yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah. 5.  Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial. Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak. 18hb April 2024 09hb Syawal 1445H
Hammasini ko'rsatish...
Repost from Kapsul Tazkirah
Umpama Berpuasa Sepanjang Tahun Kita baru sahaja menunaikan ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima ibadat kita. Disamping ibadat puasa fardhu, terdapat juga galakan untuk kita mengerjakan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984) Status: Hadis Sahih Berdasarkan hadis di atas, mereka yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 60 hari atau dua bulan”. Terdapat juga hadis yang menerangkan kelebihan kepada mereka yang berpuasa sunat selain Sunat Syawal. Antaranya puasa tiga hari setiap bulan, sama ada puasa Isnin atau Khamis juga puasa pada hari-hari Puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda, صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979) Puasa tiga hari menyamai puasa tiga puluh hari atau sebulan. Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya, يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ “Wahai Abu Zar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761) Hadis Hasan. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih Di kesempatan Syawal yang masih ada ini, bagi yang belum memulakan puasa sunat Syawal, jom rebutlah peluang yang ada untuk berpuasa sunat, kerana kita tidak pasti akan bertemu Syawal pada tahun akan datang atau tidak. https://t.me/kapsul_tazkirah
Hammasini ko'rsatish...
Repost from Kapsul Tazkirah
Perjuangan Tiada Kesudahan Jihad yang berlaku demi mempertahankan tanah air dan Kota Suci Bait al-Maqdis merupakan perjuangan panjang yang perlu disokong seluruh umat Islam. Perjuangan ini telah mengorbankan jiwa, harta, masa dan segalanya. Namun, kita yakin setiap pengorbanan ini pasti diganjari dengan ganjaran agung di sisiNya. Kita pula di negara yang aman damai, jihad kita termasuk lah jihad nafsu, jihad ilmu, jihad melawan godaan syaitan dan sebagainya. Kesemua jihad ini sedikit sebanyak menginsafi penderitaan saudara-saudara kita di bumi yang bergolak khususnya Palestin saat ini. Firman Allah SWT; وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” Mari kita berusaha untuk berjihad dengan penuh kesungguhan sama ada dalam bidang ilmu, kepakaran, pekerjaan, menentang hasutan syaitan dan hawa nafsu. Kita sambung semangat berkobar kita melawan hawa nafsu sewaktu Ramadan hingga kita bertemu Ramadan akan datang. اللهم انصر إخواننا في فلسطين 🇵🇸 اللهم ثبت أقدامنا في جهادنا https://t.me/kapsul_tazkirah
Hammasini ko'rsatish...
*💙MATA ADALAH RODA KITA DI SIRATH...🖊️* . Sebab di antara pandangan-pandangan yang di jaga dari yang harom itu adalah sebab yang sangat kuat untuk melalui shirat dengan cepat dan mulus. . Di antara pandangan yang bisa membuat kita cepat melalui sirat adalah : 1) Memandang kaum mukminin dengan pandangan rohmat dan kasih sayang . 2) Memandang kaum sholihin dengan pandangan pengagungan dan penuh cinta . 3) Memandang orang-orang fasiq, ahli maksiat dan kekafiran dengan iba dan kasihan kepada mereka . 4) Memandang alam semesta ini dengan pandangan ( tafakkur ) yang mengingatkan kita kepada keajaiban Allah Ta'ala . 5) Menggunakan mata itu untuk memandang huruf-huruf, kalimat-kalimat al-Qur'an firman Allah Ta'ala . 6) Menggunakan mata kita dengan memandang kepada kalimat-kalimat yang keluar dari ucapan Nabi Muhammad ﷺ dalam haditsnya . 7) Menggunakan mata kita dengan memandang kalam kalam yang tertulis dari ucapan kaum 'Arifin dan Sholihin . 8) Menggunakan mata kita untuk memandang setiap Syiar-Syiar agama Allah dengan penuh pengagungan . Pandangan yang semacam ini akan membantu engkau untuk meluncur melalui Shirat dengan cepat. . Mudah mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang sholeh... . Aamiin... (Al Habib Umar bin Hafidh)
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Ucapan Salam Dan Bersalaman Menggugurkan Dosa* عن حذيفة بن اليمان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِنَّ المُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ _*Daripada Huzaifah al-Yaman RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Jika seorang mukmin bertemu dengan mukmin lainnya lalu mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya lalu menjabatnya, maka berguguranlah dosa-dosa mereka seperti gugurnya daun-daun dari pepohon”*_  (Mu’jam Awsat li Tabarani No: 247) Maktabah Maarif.  Status: Al-Munziri kata tiada perawi dalam jalur sanad ini yang dikritik. *Pengajaran:* 1.  Satu daripada adab yang perlu dilaksanakan apabila bertemu sesama Muslim ialah mengucapkan salam. 2.  Ucapan salam juga tanda kecintaan kepada sesama Muslim. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ *“Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlan (ucapkanlah) salam diantara kalian.”* (Sahih Muslim No: 54) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih 3.  Berjabat tangan adalah ibadah yang disyariatkan ketika bertemu dan berpisah 4.  Berjabat tangan juga menjadi sunnah para sahabat, sebagaimana digambarkan dalam riwayat berikut: عَنْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ *Daripada Qatadah ra, aku berkata kepada Anas bin Malik, “Apakah berjabat tangan selalu dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah SAW?” Anas menjawab, “Ya”.* (Sahih Bukhari No: 5908) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih 5.  Ibn Hajar mengatakan, “berjabat tangan adalah melekatkan telapak tangan pada telapak tangan yang lain.” (Fathul Bari, 11/54). Menurut Imam An Nawawi dalam al-Adzkar - ditahan beberapa saat, selama tempoh waktu yang cukup untuk menyampaikan salam.” 6.  Muslim yang berjabat tangan apabila bertemu akan menggugurkan dosa-dosanya seperti dedaun Ambillah kesempatan Syawal untuk saling kunjung-mengunjung, ambil kesempatan mengucapkan salam dan bersalaman sesama jantina yang dibenarkan syarak. 15hb April 2024 06hb Syawal 1445H
Hammasini ko'rsatish...
00:34
Video unavailableShow in Telegram
*Doaku Hari Ini*
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Hammasini ko'rsatish...
01:50
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Wadi Annuar : buat sesuatu kerana Allah* *Youtube : Ustaz Wadi Annuar Official*
Hammasini ko'rsatish...
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA Kita tidak pernah tahu bagaimana jalan yg ALLAH bentangkan untuk kita menggapai cintaNYA. Jalan taqdir yang berbeza-beza. Namun di sana.... Ada petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang menjadi pedoman untuk kita semua. Renung - renungkan Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah. Aamiin. 🪵🪵🪵🪵🪵🪵🪵🪵
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Pertemuan Dua Muslim Mengampunkan Dosa* عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا _*Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah”*_ (Sunan Abi Daud No: 5212) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih *Pengajaran:* 1.  Ambil peluang sempena Syawal ini saling ziarah menziarahi, bertemu dan bersua muka antara satu sama lain 2.  Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang saling berjabat tangan (pastikan bukan berlainan jantina yang dilarang). 3.  Moga Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah. Marilah kita  mengambil kesempatan di Syawal yang mulia ini untuk saling bersalaman serta bermaafan. Bangunkan Jiwa Taqwa. Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 22: وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ *“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”* 14hb April 2024 05hb Syawal 1445H
Hammasini ko'rsatish...
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA Jika rasa resah dan gelisah.... Ambillah Al Quran dan baca. Dengarlah alunan ayat Al Quran. Tadabbur Al Quran. Al Quran itu penawar paling mujarab pada hati. Menyuburkan jiwa yang sedang tandus. Melembutkan hati yang keras bagai batu. Al Quran syifa dan cahaya kehidupan. Kebahagiaan dalam sinar rumahtangga. Renung - renungkan Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah. Aamiin. 👑👑👑👑👑👑👑👑
Hammasini ko'rsatish...
00:37
Video unavailableShow in Telegram
*SOSMED SEBAGAI AMAL DAKWAH* Jadikanlah sosmedmu menjadi ladang pahala amal jariyah untuk akhirat dengan menggunakan nya sebagai sarana dakwah dan kebaikan dan motivasi agar kelak di hisab menjadi saksi di akhirat nanti. Gunakanlah sosmed mu untuk terus menebarkan dan mengajak kepada kebaikan agar dapat bermanfaat untuk mu dan untuk orang banyak sehingga semua kebaikan yang kamu lakukan di sosmed dapat menjadi amal jariyah yang bermanfaat untuk akhirat mu... Mudah mudahan Allah memberikan redha dan rahmatnya sehingga menjadi orang beruntung dan mati membawa iman serta husnul khotimah 🤲🏻
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
00:21
Video unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Hammasini ko'rsatish...
01:14
Video unavailableShow in Telegram
Ustaz Nik Bakri Nik Mat *Doa Anak Kepada Mak Ayah*
Hammasini ko'rsatish...
05:31
Video unavailableShow in Telegram
Ustaz Buya Ar-Razi Hashim "doa menyentuh qalbu dan menggetarkan jiwa 😭😭"
Hammasini ko'rsatish...
01:05
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Wadi Annuar : cari kebenaran* *Youtube : Ustaz Wadi Annuar Official*
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Foto daripada Cahaya Qalbu
Hammasini ko'rsatish...
01:59
Video unavailableShow in Telegram
*Ustaz Jafri : jalan jem ketika perayaan*
Hammasini ko'rsatish...
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA Nasihat itu bila terkena pada diri sendiri, baru rasa sakit itu macam mana. 'Sakit' itu ubat untuk kita memperbaiki diri jadi insan yang lebih baik. Renung - renungkan Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah. Aamiin. 🐠🐠🐠🐠🐠🐠🐠🐠
Hammasini ko'rsatish...