Hann's Lavenders 💜
Yopiq kanal
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Ko'proq ko'rsatish1 025
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kun
-430 kun
Postlar arxiv
1 024
Random : #Beast
"Waail."
Tak, dia tidak mahu dengar suara itu. Kenapa... hatinya semakin sakit apabila suara itu menembus gegendang telinga? Peristiwa hitam yang lama, semakin menujah minda.
"Waail."
Cukup! Dia mahu bangun dari tidurnya sekarang! Tolong, bangunkan dia!
"Waail Fahd!"
Terus mata terbuka luas. Dadanya turun naik dek nafas yang tidak teratur.
"Kau okey tak ni?"
Qardhawi mula cemas melihat wajah rakan serumahnya basah dengan peluh. Sudahlah tertidur di sofa. Apabila dikejut, begini pula jadinya.
"Bangun, tidur dalam bilik." Belum sempat Qardhawi angkat kaki, Waail segera memanggil.
"Dhawi."
Langkah Qardhawi mati. Tubuh kembali dipaling menghadap Waail. "Apa dia?"
"Kau..." Halkum Waail turun naik kerana menelan air liur berkali-kali. Kerongkong terasa perit, sulit sekali ingin dia ajukan soalan ini.
"... baru lepas jumpa Nabila?"
Qardhawi tersungging senyum sinis. Lagi dan lagi, Nabila yang menjadi isunya.
"Kalau ya pun, kenapa?"
"Kau dah janji dengan aku, Dhawi. Kau sekadar nak jaga dia... untuk aku."
"Tapi bukan salah aku kalau Bella pilih aku, Waail. Kau yang tak ada usaha nak perjuangkan dia. Sekarang, hadaplah apa yang jadi."
Tidak menunggu Waail menjawab, Qardhawi terus naik ke biliknya.
Satu keluhan berat kedengaran. Ayat Qardhawi tadi terngiang-ngiang di telinganya.
"Kau yang tak ada usaha nak perjuangkan dia."
Giliran Waail yang tersenyum sinis sendiri.
"Aku? Tak ada usaha nak perjuangkan Nabila? Aku... tak ada usaha?"
Mungkin ya.
Atau...
Mungkin tidak.
1 024
https://vt.tiktok.com/ZSkYXtJgq/
Memang banyak hal yang menimpa kehidupan tapi terlalu banyak juga perkara yang boleh disyukurkan. Terima kasih atas perkenalan ini, semoga nanti sama-sama kita bertemu dalam versi terbaik, di tempat yang paling terbaik.
Sayang semuaaa! 🤍
1 024
Today! 5 orang terawal yang datang dan beli buku dekat booth, dapat bunga comel and wish card. Yang datang mai jumpa, saya kasi free hug(girls only) and gula-gula okeyy!💜🩵
1 024
Saya ada meet and greet dekat booth lawa lingo juga ya, petang insya-Allah! Esok saya up proper poster 💜
1 024
WOINA PDC MASUK CARTA BRAYYY TODAYYY ALHAMDULILLAH NOMBOR TIGA LAK TU MEKASIH YA ALLAH 😭🤲🏻 MEKASIH SEMUA YANG SUDI BELI PDC SAYANG SEMUA ORANG SEMOGA SETIAP 'DIYYAH' DAPAT 'IRSA' DAN SETIAP 'IRSA' DAPAT 'DIYYAH' AAMIIN AAMIIN MEKASIH SEMUA ORANG SAYANG SEMUA MUAH SEMOGA HABIS CETAKAN KEDUA AAMIIN 😭💜
1 024
Btw ya Allah sorry sangat2 kalau tak menyempat nak promote pape. Saimen banyak lagi ni😭 tapi semoga anak2 saya baik2 saja dan ramaiii yang akan beli🥹
1 024
Koranggg, harga PB dekat pbakl 30 ringgit je tauu!!! Murah sangat sangat ni! Siapa yang pergi pbakl tu, jangan lupa grab PB tauu!!! 🩵
1 024
Tadi terlanggar meja dekat kelas, sumpah rasa cam terlanggar biasa je. Tapi rasalah perit sikit tu. I thought biasa jelah kan, sekali nohhhh, lebam warna biru dah 😭😭😭
1 024
https://www.facebook.com/share/p/1BeZwfmWUD/
Btw lavenders sekalian, yang mana ada facebook, boleh ke nak minta jasa baik kalian like page ni untuk tugasan berkumpulan saya hehe🥹 Thank you yang sudi membantu! Semoga Allah mudahkan segala urusan kamu semuaaa!
1 024
+1
Assalamualaikum dan bismillah! 🥹🩷
Saya berdebar juga sebenarnya ni sebab first time buka service ini. Dah lama fikir, jadi... inilah dia!
Beta reader service hana kini dibuka! Servis ini juga khas buat penulis-penulis baru yang mungkin tak tahu nak dapatkan beta reader di mana atau siapa yang sudi berikan pendapat dekat cerita2 anda.
Jadi beta reader ni, apa keperluannya dalam proses penulisan?
Beta reader ni selalunya pembaca pertama selepas satu cerita/manuskrip itu siap ditulis dan diedit. Kalau ada yang nakkan pendapat penceritaan, mata lain untuk detect salah ejaan/tanda baca/struktur ayat yang minor, insya-Allah saya boleh bantu setakat yang saya mampu😊
Namun, di sini saya tegaskan bahawa saya bukan editor. Penceritaan anda takkan saya ubah, saya hanya betulkan/berikan pendapat berdasarkan apa yang sudah ditulis sahaja.
Tiada tarikh tutup tempahan slot, available selalu sehingga diberitahu jika saya mempunyai apa2 urusan. Terima kasih 🫶🏻.
https://wa.me/601110728101
1 024
Kalau ada penulis2 baru yang tak tahu nak dapatkan khidmat beta reader dekat mana or maybe perlukan pendapat about your manuscript, this is for you! Malam sikit i drop the details okayyy 🫶🏻
