Hann's Lavenders 💜
Yopiq kanal
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Ko'proq ko'rsatish1 045
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-47 kunlar
-1130 kunlar
Postlar arxiv
1 045
Saje je nak share. Ni heheheh! Korang je yang tahuuu😁
New cover for cinta series next year insya allah!🙈🤍
Nampak yang keempat tu?
Cinta series season 2, insya allah januari 2023🥰
Doakan ya🥺🤍
1 045
Ahhh! Lupa nak cakap.
Ada special price jugak untuk yang grab 6 ebook cinta series season 1 ni!
Cinta series + edisi puasa raya.
6 ebook dgn 1 harga berpatutan!
Tunggu esok okay!
1 045
Tadaaa!
Comel kan cover? Nak nangis sbb akhirnya boleh share setelah lama peram sorang🥺
Pre-order esok! Dan ada freegift untuk mereka yang pre-order. Tempoh lama sampai hujung bulan ni or maybe awal bulan 6.
Jadi, boleh kumpul duit duluuuu😘
1 045
BLURB :
Disebabkan kehadiran orang yang tak pernah ambil peduli dengan suaminya itu mula menggegarkan rumah tangga Eryna dan Eric.
"Betul ke anak tu anak Eric? Aku ragu-ragu. Aku tak ada kepercayaan pada kau tau. Entah siapa-siapa saja ayah kepada anak kau ni." - Aunty Maria
Eryna terima dirinya dihina, diherdik dan dicaci. Tapi, kalau anaknya yang menjadi mangsa, Eryna tak boleh duduk diam.
"Aunty awak hina anak kita, Eric! Awak nak saya buat apa? Tepuk tangan? Bersorak gembira?" - Eryna Eshal
"Tolong sayang. Bertahan dengan abang. Bagi abang peluang betulkan semua ni." - Eric Denzel
"Berapa banyak peluang lagi yang awak nak, Eric? Saya... Dah penat." - Eryna Eshal
Bukan penat kerana mahu bertahan tetapi tidak sanggup melihat anak kecilnya terseksa secara batin.
"Kerajaan yang abang dah bina, takkan runtuh semudah itu. Dan dengan izin Allah, bersaksikan bulan yang penuh keberkatan ini, abang akan pertahankan rumah tangga kita. - Eric Denzel
Dan dengan izin Allah, kerajaan yang dibina seutuhnya dengan rasa cinta ini, dikekalkan oleh sang pencipta.
1 045
BLURB :
"Cinta?"
"Ya, cinta."
Kalau dulu, Adel selalu menyebut bahawa Wafa itu dunianya. Katanya, Wafa yang banyak mengajarkannya perihal rasa.
"Kenapa... Makin sakit rasanya kalau saya cuba untuk pertahankan semua ni?" - Adel Rayyan
"Awak nak lepaskan saya ke, Adel?"
Badai menimpa, Adel melayan rasa perit sendirian tanpa mengira duka isterinya.
"Abang salah, Wafa. Abang salah. Tolong, maafkan abang." - Adel Rayyan
"Semoga bulan mulia yang tiba ini, menjadi kunci kekuatan kita semula." - Wafa Imani
Peluang kedua diberi. Dan disebabkan anak-anak, Wafa bertahan.
"Wafa bertahan semata-mata sebab Wafi dan Waiza ke?" - Adel Rayyan
"Anak-anak tu alasan kedua. Alasan yang pertama adalah sebab saya yakin yang cerita kita takkan berakhir seperti ini." - Wafa Imani
Disebabkan itu, Adel melawan perasaannya. Hati Wafa, cuba didapatkan kembali.
Daripada mamat yang buta perasaan, terus berubah jadi romeo yang manis perilakunya.
"Wafa Imani! Pandang sini!"
"Sayang, jom dating. Wafi dengan Waiza, abah umi jagakan."
"Our photobook! Cantik kan abang hias?"
Dan seperti Wafa percayakan takdir Tuhan, dia tahu cerita ini akan berakhir indah.
1 045
BLURB :
"Tak guna untuk pegang tali perhubungan ni kalau gunting yang abang pilih." - Ain Izzati
"Abang cuma nak Ain bahagia." -Haaim Shah
Disebabkan sikap serkap jarang, Haaim mula bertindak melulu. Sehinggakan terdetik untuk cemarkan bulan mulia ini dengan... Talak.
Semuanya disebabkan bisnes kafe yang semakin lama, semakin jatuh. Haaim berfikir, Ain tidak akan mampu bertahan.
"Semua orang ada peluang kedua, kan?" - Haaim Shah
Apabila sudah sedar akan kekhilafan diri, Haaim mula mencari cara untuk mendapatkan semula kepercayaan Ain.
"Percaya Ain untuk abang tak pernah terhapus. Tapi luka yang berbekas ni... Macam mana Ain nak sembuh?" - Ain Izzati
Dan disebabkan itu, Haaim berusaha keras untuk pulihkan kembali perasaan 'chipmunk' kesayangannya.
"Sayang, jom buka puasa dekat luar!"
"Chipmunk! Tak baiklah makan asam banyak sangat."
"Ayyash, kata dekat ibu, ayah masak memang tak sedap tapi bolehlah untuk kita semua makan."
Haaim Shah, seorang lelaki yang bijak tingkah dan manis katanya.
Orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Namun, Ain si chipmunk ini pula rela untuk jatuh ke dalam lautan kasih sayang Haaim Shah sedalamnya.
1 045
Alhamdulillah! Habis semua prsentation harini😭🤍
Dan, disebabkan miss ada angkat bakul sikit hrini (alhamdulillah), kita reveal cover cinta series petang ni!!!
1 045
Tak ingat ebook yg sy jual ada berapa tapi mostly cover sy buat sendiri. Setakat ni, saya baru tempah kat 5 org.
Posmen cinta - kak moon leeya zafrina
Jangan Degil Boleh Tak? - Zulfaith
Random Caller 2022 - theayra
Syahadah - Eisha malik
From regular to forever - naz balqis
1 045
Both pun okay je. But, saya respon lebih cepat di telegram. So, you can reach me dlt tele. Chat je @HanaHanisah
1 045
No need to sorry pun hiks!
Saya belajar di universiti sultan azlan shah, Perak. Saya ambik course islamic counselling🥰
1 045
Jom main sesi qna. Saya bosan😭🥲
Boleh tulis soalan2 anda kat link bawah ni✨
https://secretm.me/message.php?id=u2t6sj95
1 045
Baru nak sleep, terdetik nak bukak google form review selepas lama tak bukak.
Ni review JDBT🥺🤍
Manis betul yaaa sangat manis sedangkan saya rasa JDBT tu hanyalah cerita biasa2 saja. Cerita kedua yg paling sy tak rangka. Tapi alhamdulillah ramai yang sayang farah, aiden dan nia✨
Terima kasih buat yg sudi membaca tulisan kerdil saya selama ini tak kisah yang lama atau baru 🥺🤍
Idk malam ni tetiba emo🥲
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 — yilning asosiy insaytlari 
