uz
Feedback
Hann's Lavenders ๐Ÿ’œ

Hann's Lavenders ๐Ÿ’œ

Yopiq kanal

Aแดœแด›สœแดส€ แดษชsแดขสœแด€ษดษด แดา“า“ษชแด„ษชแด€สŸ แด›แด‡สŸแด‡ษขส€แด€แด แด„สœแด€ษดษดแด‡สŸ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Ko'proq ko'rsatish
1 043
Obunachilar
-224 soatlar
-57 kunlar
-1530 kunlar
Postlar arxiv
Takde sape ke rajin nak editkan cover IDT? AHAHAHAHAHAHA! Rasa nak tukar cover tapi takde masa nak buat๐Ÿคง

Okay kejap but thiss AHWBWOCNAKBEQKBXSKBSIDBWWKBXOWBWOWNXISBSOWBXKSBSJSHWOS THANK YOU READERS HANYA SERIES BOOK 1 ๐Ÿ˜ญโฃ๏ธโฃ๏ธโฃ๏ธโฃ๏ธ
Okay kejap but thiss AHWBWOCNAKBEQKBXSKBSIDBWWKBXOWBWOWNXISBSOWBXKSBSJSHWOS THANK YOU READERS HANYA SERIES BOOK 1 ๐Ÿ˜ญโฃ๏ธโฃ๏ธโฃ๏ธโฃ๏ธ i cant believe #AdSyai story dpt nombor 1 in shortstory๐Ÿคงโฃ๏ธ Boleh tidur terlajak lena malam ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜โฃโœจ

Nite. Semoga mimpi yang indah sajaโฃโœจ
Nite. Semoga mimpi yang indah sajaโฃโœจ

Saya terfikir nak buay semua yg jahat2 masuk penjara. Korang rasa okay ke? Ke nak ending sama macam dalam wattpad?
Anonymous voting

Im in the middle nak siapkan manuskrip my half cinderella. This one publisher ask me to add some plot before send the full manuscript to them. Sebab minimum yg depa tetapkan 90K words. MHC sebelum ni 60K words je. So, saya tambahlah some plot untuk jadikan cerita ni more interesting! Jadi, i just want to ask about the ending since idk how i should write the ending.

And i want to ask you guys a few question. Heheheh.

#DeedOfTheDay
#DeedOfTheDay

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Rasulullah SAW Amat Pemurah Melakukan Kebajikan ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽุฌู’ูˆูŽุฏูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุจูุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽุฌู’ูˆูŽุฏูŽ ู…ูŽุง ูŠูŽูƒููˆู†ู ูููŠ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุฌูุจู’ุฑููŠู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู… ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู„ู’ู‚ูŽุงู‡ู ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ุณูŽู†ูŽุฉู ูููŠ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽู†ู’ุณูŽู„ูุฎูŽ ููŽูŠูŽุนู’ุฑูุถู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ููŽุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู‚ููŠูŽู‡ู ุฌูุจู’ุฑููŠู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽุฌู’ูˆูŽุฏูŽ ุจูุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูู†ู’ ุงู„ุฑู‘ููŠุญู ุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ูŽุฉู Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. 2. Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah bersedekah dan bertadarus al-Qurโ€™an. Setiap Muslim dituntut membaca al-Qurโ€™an pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana dengan bertadabbur makna dan kandungan al-Qurโ€™an akan meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan. 3. Marilah kita bersama-sama mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca, dan mentadabur al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya digandakan. 4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu. 5. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala. ู…ูŽุง ุนูู†ู’ุฏูŽูƒูู…ู’ ูŠูŽู†ู’ููŽุฏู ูˆูŽู…ูŽุง ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจูŽุงู‚ู โ€œApa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekalโ€ (QS an-Nahl: 96) 6. Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul. #1hari1hadis

#DeedOfTheDay
#DeedOfTheDay

Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Bab 3 Publishโฃโœจ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Berbuka Dengan Rotab atau Tamar atau Air ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠููู’ุทูุฑู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูุทูŽุจูŽุงุชู ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ุชูŽูƒูู†ู’ ุฑูุทูŽุจูŽุงุชูŒ ููŽุชูู…ูŽูŠู’ุฑูŽุงุชูŒ ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ุชูŽูƒูู†ู’ ุชูู…ูŽูŠู’ุฑูŽุงุชูŒ ุญูŽุณูŽุง ุญูŽุณูŽูˆูŽุงุชู ู…ูู†ู’ ู…ูŽุงุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุนููŠุณูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ุบูŽุฑููŠุจูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุนููŠุณูŽู‰ ูˆูŽุฑููˆููŠูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠููู’ุทูุฑู ูููŠ ุงู„ุดู‘ูุชูŽุงุกู ุนูŽู„ูŽู‰ ุชูŽู…ูŽุฑูŽุงุชู ูˆูŽูููŠ ุงู„ุตู‘ูŽูŠู’ูู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูŽุงุกู Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadis hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air. (Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib. 2. Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah, lembut dan baru). 3. Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering). 4. Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air. 5. Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering) 6. Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air. 7. Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan 45% fruktosa. 8. Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi fructose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga dengan cepat. Penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Justeru, berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia di samping dapat mencegah keletihan yang bersangatan. 9. Pengambilan kurma dalam pemakanan boleh mengelakkan daripada sembelit, penyakit jantung dan merendahkan kolesterol jahat. Kurma mengandungi peratusan serat tidak larut dan larut air antara 10 dan 20%. Serat tidak larut air sangat penting untuk membantu pergerakan najis dalam sistem penghadaman manusia seterusnya boleh mencegah sembelit. Manakala, serat larut air penting untuk mencegah penyakit jantung, dan mencegah peningkatan kolesterol jahat dalam darah. #1hari1hadis

#DeedOfTheDay
#DeedOfTheDay

Goodnight and sleep tight! Jatuh katil bangun sendiri๐Ÿ˜‚โฃโœจ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Melewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฐูŽุฑู‘ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูุจูู„ูŽุงู„ู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ูŠูŽุง ุจูู„ูŽุงู„ู ุชูุคูŽุฐู‘ูู†ู ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ุณูŽุงุทูุนู‹ุง ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ููŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุง ู…ูุนู’ุชูŽุฑูุถู‹ุง ุซูู…ู‘ูŽ ุฏูŽุนูŽุง ุจูุณูŽุญููˆุฑูู‡ู ููŽุชูŽุณูŽุญู‘ูŽุฑูŽ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู„ูŽุง ุชูŽุฒูŽุงู„ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูŽุง ุฃูŽุฎู‘ูŽุฑููˆุง ุงู„ุณู‘ูŽุญููˆุฑูŽ ูˆูŽุนูŽุฌู‘ูŽู„ููˆุง ุงู„ู’ููุทู’ุฑูŽ Daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: "Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini, " lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepat berbuka." (Musnad Ahmad No: 20996) Dar Ihya Turath Arabi. Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1. Rasulullah SAW adalah contoh dalam kita melakukan ibadat termasuk amalan berbuka dan bersahur ketika berpuasa. Ia juga adalah amalan para Nabi. 2. Antara amalan yang perlu dicontohi ketika berpuasa ialah segera berbuka apabila masuk waktu berbuka. 3. Melewatkan bersahur juga merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat yang kita digalakkan mengikutinya. 4. Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh Anas bin Malik RA dari Zaid bin Tsabit: ุชูŽุณูŽุญู‘ูŽุฑู’ู†ูŽุง ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ู‚ูู„ู’ุชู ูƒูŽู…ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฐูŽุงู†ู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽุญููˆุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุฏู’ุฑู ุฎูŽู…ู’ุณููŠู†ูŽ ุขูŠูŽุฉู‹ "Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah", Anas berkata kepada Zaid: "berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?" Zaid menjawab: "sekitar bacaan al-Quran 50 ayat" (Sahih Bukhari No: 550) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 hingga 15 minit sebelum subuh) yang juga disebut waktu imsak (atas dasar berhati-hati). Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, โ€œPara sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.โ€ (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199) Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan bersegera berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur. #1hari1hadis

#DeedOfTheDay
#DeedOfTheDay

Assalamualaikum and hai. So today, just want to share my thoughts with you guys. Kepuasan setiap manusia itu berbeza-beza. Ada yang puas bila dapat makan. Ada yang puas bila dapat tidur. Ada yang puas bila dapat buat hal yang dia suka. And kepuasan diri saya terlalu banyak. Jujur saya kata, perkara yang buat saya bahagia itu sangat sederhana. Saya happy kalau saya dapat minum air masak. Saya happy kalau saya dapat bangun dari tidur. Saya happy bila saya tak buat apa2. Terlalu banyak hal yang buat saya happy termasuk menulis. Suka hatilah orang nak gelar aku ni apa skalipun. Aku menulis untuk diri sendiri, untuk buat diri aku happy. Aku prnh ckp skali yg aku akan menulis walaupun pembaca aku hanya seorang. Aku hargai semua org yang baca cerita2 aku. Sangat. So, when someone said, "baru ribu and puluh ribu je. Org lain siap juta2 lagi. Apa yang kau nak banggakan?" This is too rude! Ofc im happy bila ada org baca my stories and bile views naik, aku sangat gembira. Org lain tu org lainlah. But this is me. Kalau rezeki aku lambat, takpe. aku boleh tunggu tapi aku takkan henti usaha. Rezeki aku tak sampai lagi untuk dikenali smpai ratus ribu atau juta2 baca cerita aku. Allah tahu yang terbaik untuk aku. Aku percaya pada perancangan Allah. Kalau Allah tak bagi sekarang, maknanya, sekarang bukan masa yg tepat. Allah dah atur semuanya. Aku hanya perlu jalani. Aku happy dengan diri aku. No need to compare yourself with others pun sebab hal tu yang akan membuatkan kita rasa tak bersyukur dan mula salahkan takdir. Aku bersyukur dengan diri aku yg sekarang. For those yang berikan kata2 'semangat' tu pada aku, aku nak ucapkan thanks. Sebab korang buatkan aku lagi bersyukur dgn apa yang aku ada. For those yg slalu support my stories, i love you guys!โฃโœจ p/s : sorry bebel panjang. Geram!๐Ÿ˜Œ

Doa sebanyak mungkin kerana doa ini hanya ada tiga jawapan. 1) ya, aku akan tunaikan sekarang 2) ya, aku akan tunaikan tetapi nanti. 3) ya, aku akan tunaikan tetapi di syurga. Allah tak pernah cakap tak. Walaupun dosa kita setinggi gunung, apabila kita mengangkat tangan untuk berdoa, dan berkata, "ya rabb," Allah terus memandang kita dan bertanya, "ya wahai hambaku. Apa yang mampu aku tolong?" So, keep doa okay! Allah adalah pencipta yang maha baik dan maha pengampunโฃโœจ

#1hari1hadis
#1hari1hadis

#DeedOfTheDay
#DeedOfTheDay

Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Bab 2, publishโฃโœจ