uz
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

Kanalga Telegram’da oā€˜tish

Impak positif kehidupan seharian ✨

Ko'proq ko'rsatish
6 154
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kun
-3530 kun
Postlar arxiv
Diri ini melihat ramai pasangan yang telah mencapai hari bahagiannya. Semoga berbahagia didunia dan akhirat, tabah atas segala ujian yang bakal diberi Allah. Pesanan orang soleh banyakkan ā€˜bersabar’ jika diuji. Tak semua yang kita rancang itu milik kita, tetapi yang tidak dijangka itu ia adalah milik kita. Doakan saya. #halimghani Music : Alif Satar - Sesungguhnya Aku

Ramai yang mensia-siakan waktu tanpa pedulikan ayahnya, malah menyakitkan hati ayahnya. Lebih utamakan teman lelakinya dari ayahnya. Muhasabah diri kembali, sedang ayahmu pelihara dirimu dari kecil hingga kamu berkahwin. Jika salah memiliki teman lelaki mereka akan merosakkan dirimu. Jadi berhati-hatilah, biarlah orang tuamu restu atas hubunganmu. Jagalah saham Akhirat ayahmu, tutuplah Aurat. Disebabkan kita ayah mendapat dosa. Jika selepas kahwin kamu baru hendak menutup Aurat, itu menunjukkan kamu hanya menyayangi suami tetapi tidak menyayangi Ayahmu. Selagi punyai waktu ini. Hijrahlah kepada kebaikan. Al fatihah, kepada ayah mereka yang telah meninggalkan dunia ini. #halimghani Music : Sad Instrumental - Turkish

Manusia, semua pernah rasai tangisan. Tapi siapa yang tabah ia paling kuat. Kuat hadapi sesuatu ujian. Awak tak boleh sering bersedih. Memang ada kebaikan bersedih itu, tapi jangan sedih yang keterluan sampai tidak mahu meneruskan hidup. Percaya takdir, akan ada lebih baik. Apa yang terjadi, perlu teruskan. Ujian itu tanda Allah peduli, nak beri kita jadi lebih baik. #halimghani Music : Wali Band - Baik Sayang

Terima kasih join Telegram. #pesanandiriku by halim ghani. Semoga manfaat. Doakan saya 😊

Khas buat ibuku... Maafkan aku ibu jika aku belum boleh memberikan dan tunaikan apa yang ibu inginkan. Tapi aku berusaha menjadi anak yang Soleh, yang mendoakan dirimu apabila ibu meninggalkan diriku ini nanti. Aku sayang padamu wahai ibuku... #halimghani Music : Ummi

Menjadi wanita, ada 2 pilihan. Menjadi sebesar-besar fitnah atau menjadi sebaik-baik perhiasan. Muhasabah diri, Adakah sekarang ini kita telah pelihara diri dengan sebaiknya atau telah membuat fitnah terhadap dunia. Niat itu seperti Surat, salah tulis Alamat akan sampai tempat yang salah. Jadi sentiasalah berniat kerana Allah. #halimghani Music : Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga

Tak perlu berpura-pura dengan pasangan, kelak nanti pasti ia akan mengetahui. Pesan guru, jika kita banyak berpura-pura terhadap pasangan nanti ia akan nampak perangai sebenar. Masa bila? Bila dah berkahwin. #halimghani Music : Ungu - Cinta Dalam Hati

Ramai manusia yang sudah mendapatkan rezeki yang ia nak, tapi ia terlupa untuk membantu mereka yang memerlukan. Apabila kita sudah berada diatas lihatlah mereka yang masih berada dibawah. Bantulah, selagi boleh bantu. Allah pasti akan tambahkan rezekimu. Janganlah jadi manusia yang sudah berada diatas tetapi ego tidak mahu melihat dibawah. #halimghani Music : Beautiful

Ramai yang mati dijalan dakwah, ada dulu yang berhijrah namun kuat untuk berdakwah. Tapi sebab datangnya teman wanita/lelaki, datangnya kekayaan, datangnya kemasyhuran (femes) hilanglah semua dakwah-dakwahnya dan akhirnya terdiam. Ya Allah, semoga Allah istiqomahkan kita melakukan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan semoga Allah kurniakan kita taufik dan hidayah serta kekalkan hidayah pada diri kita semua. Betulkan niat kerana Allah Ta’ala. Ingatlah, apa yang berlaku pada diri kita kadang kita tidak sedar. Kenapa? ISTIDRAJ, Allah tetap berikan apa yang kamu nak tapi semua dalam kesesatan dan kerugian. Allahu... Allah.. #halimghani Music : The Faith - Dengarilah

ā€œMati itu tidak mengenal Usia,Pangkat & Darjat. Bersiap sedialah akan amalan-amalan yang kita lakukan. Bila sampai waktu, kita akan kembali kepada-Nya.ā€ #halimghani Music : Ungu - Andai Ku Tahu

Kedengaran dari teman-teman yang menceritakan bahawa sangat ramai sekarang ini yang sudah muda-muda telah bercerai. Allahu, ada yang tidak berhijab ada juga berhijab ada juga yang berniqab semua telah bercerai dalam masa yang singkat selepas berkahwin. - Yang buat diri saya sedih lagi adalah dirinya telah diceraikan dan ada anak dikandungan lagi, ditinggalkan begitu saja. Ramai berlaku sekarang ni kes cerai dalam usia muda. Allahu, moga tabah pada diri yang belum merasai alam perkahwinan. Moga dapat kebahagiaan dan cukup atas niat akhirah bersama suami/isteri. - Pesan Guru : Sebaiknya jika kalian mahu bertunang atau bernikah, niatlah kerana Allah Taala, dan perbanyakkan niat terutamanya menuju ke akhirah bukan semata-mata Nafsu dan Keduniaan saja. Waallahualam. #halimghani Music : Sheila On 7 - Berhenti Berharap