SEKIRANYA ANDA SUKAR NAK AJAK ANAK MANDI DENGAN RELA HATI DAN BERKERJASAMA.... CUBA 3 TEKNIK INI
===================================
Saya ada beberapa cara nak galak anak mandi. Teknik dan usaha saya dan suami memang ada evolusinya 😂😂. Sejak usia 2 lagi bila Fasa Autonomi, anak Strong Willed ini jika tak kena caranya akan berkeras tak mahu dimandikan. Memang beza anak kedua si anak solehah yang lebih mudah dipujuk dan didorong.
.
Tak Mengapa... Dari anak kita belajar banyak perkara. Lebih kreatif dan berusaha 💪
.
TEKNIK 1: Distract (alih perhatian) dari Topik Mandi kepada Topik Lebih Menarik, iaitu dorong anak,
.
tarik anak apa yang menarik di bilik air. Contohnya eksperimen belon masuk air, kapal kertas di bath tab baby dan seumpamanya.
.
Biasanya berkesan untuk anak kecil yang masih innocent dan ala-ala tertipu (tapi tipu sunat untuk kebaikan, bersih tak pa la kan).
.
Atau alih perhatian dengan menyebut apa ganjaran, instead off sebut ancaman. Ni saya sentuh dan kupas dalam Ebook 'Saya TakNak Marah Anak Lagi' Siri 1.
(Link:
https://taknakmarahanak.ml)
.
Adik, cepat mandi. Lepas mandi boleh beli donut kat makcik hujung tu.😍
Adik jum mandi, cepat mandi, cepatlah kita ke taman permainan yang best tu.😍
Adik jum mandi, lepas mandi Mama buka kartun kegemaran adik tu. 😍
.
.
TEKNIK 2: SASU (Sayang Anak Seawal Usia) - boleh Follow Puan Siti Norlaila yang dikasihi.
.
Ia berkesan pabila si anak usia besar sedikit, kenal Allah dan suruhannya dari Al Quran. Namun boleh saja anak usia kecil lagi dari 3. Saya mula masa Fateh genap 4 tahun.
.
"Wallahu Yuhibbul Mutohhirin. Dan Allah mencintai orang-orang yang bersih.
Bestnya jadi orang yang Allah suka..❤, kan".
.
Jadi masa tak belajar lagi skrip SASU ni (potongan ayat Al Quran), saya hanya kerap kata, "Bila Fateh mandi, Fateh akan bersih, wangi, ramai orang suka. Allah pun suka".
.
Kadang sahaja jadi, banyak masa berperang juga.
.
Bila jadi, si anak kecil usia 2 plus ni biasanya akan kata iaitu ulang: "Mummy, Fateh dah mandi, Fateh wangi... bersih..... mesti Allah suka Fateh kan?".
.
Anak kecil sememangnya sukakan yang indah-indah dan ganjaran berbanding ancaman / hukuman. Ia berkait dengan otak nya, Perkembangan Moral oleh Kohlberg, anak kecil mengejar reward dan tidak faham ancaman/hukuman.
.
Jadi buang masa denda anak kecil sebab mereka takkan faham kenapa mak denda tak beri itu ini hanya sebab?? ?
.
Dia tak perasan perkaitan dengan tak dapat tengok TV rupanya sebab mandi. ... Cubalah tanya si anak, bila dia dah besar, bila Papa pukul dulu, adik tahu tak sebab adik salah apa? Confirm dia kata tak tahu :)
.
TEKNIK 3 : Hypnoscript Anak.
.
Saya biasa guna masa anak nak tidur awal-awal tu, saya sebutkan skrip untuk tingkahlaku dan emosi dia yang saya mahu.
.
Letakkan nama si anak di depan disusuli apa tingkahlaku dan emosi baik dia yang kita mahu dia capai.
.
Contoh:
1. Fateh suka mandi.
2. Fateh suka baca Quran.
3. Fateh suka solat.
4. Fateh cinta ilmu.
5. Fateh main elok-elok dengan rakan.
6. Fateh buat sentuhan selamat sahaja dengan orang.
7. Fateh senyum dengan semua orang.
8. Fateh anak soleh dengar kata Mummy dan Ayah.
9. Fateh sabar.
10. Fateh kool.
.
Baru-baru ini saya belajar teknik terapi baru dan apply terus. Ia dari Puan Rosmaria Mohd Sahat, dalam Seminar Say It Right. Berjaya juga ❤🙌👏
.
Masa dia nak tidur, saya tepuk bahu kiri dia dan ucap selama 60 saat: (tujuan rakam di minda bawah sedar dia, di otak kiri).
.
Bila Mummy suruh Fateh mandi,
Fateh AKAN terus masuk bilik air dan mandi.
.
Hehe memang menjadi.
.
Menariknya si adik Khairunnisa 2.9 tahun observe, ikut sama dan dengar skrip saya ini, sebab ikut saya (si abang tidak tidur siang maka tidur malamnya awal la kan, adik nya malam belum tidur sebab siang tidur),
.
Maka pagi tadi, si adik Khairunnisa puji si abang, MasyaAllah 😍,
.
"Mummy, bagus Abang Fateh pergi mandi la..... Baaagus!"
.
Mak aih, bagusnya si adik kecil ni puji si abang😂😂😂 Mak terkesima. Kihkih.
.
Okay, moga bermanfaat dan sharekan untuk rakan anda ya.
.
Refleksi