Tidak Mudah Untuk Berubah Tetapi Tidak Mustahil
Tida mudah untuk berubah dari satu-satu aspek yang menjadi kebiasaan kita, kita sedar itu kurang tepat dan dalam masa sama kita nak sangat ubah.
Ia spontan.
Saya juga struggle dan banyak belajar.
Mulakan dengan niat dan usaha nak tangani dengan ilmu (sedar diri namanya).
Ilmu memang kunci kepada usaha atasi apa jua isu manusia.
Selepas cari ilmu spesifik, kita sudah boleh move on.
Level Tahu (diberitahu/disampaikan/dll).
Level Amal (perlu buat, praktik, mula langkah 1 buat).
Level Biasakan (pakar kata buat 21 hari, untuk saya buat dulu 1 hari 5 kali pun dah baik sangat dah).
Maka pindah ke Level Jadi habit.
.
5 Step Ini Mungkin Boleh Bantu Untuk Konsisten:
.
1️⃣. Mulakan dengan meminta kepadaNya. Kerana Dia cipta kita, dia segalanya yang serba Tahu dan boleh Bantu kita. Kembali mengakui dan berserah diri kepadaNya.
i. Aku nak berubah ya Allah.
ii. Tunjuki aku jalannya ya Allah.
iii. Bantu aku amalkannya ya Allah.
.
2️⃣. Mulakan satu dulu ilmu yang telah datang dalam hidup anda dan biasakan yang tak biasa.
Contoh : belajar cara bernafas relaks 4-2-8
Latih itu dulu, carilah masa.
Anggap sedekah 30 saat untuk diri extra time selepas solat tu sebab ia amat penting.
Paling mudah ikut timeframe solat tiang 5 tu.
Confirm dah boleh buat 5 kali sehari latihan.
Tiap kali tu buatlah 3-6 kali cycle (breathing technique tu).
Dalam ehsabar memang saya dah test bernafas 6 kali tu makan masa 35 saat macam tu. Sekejap je pun...
Lain, buatlah zikir istighfar tu 100 kali, sebut selepas solat.
Amalkan, konsistenkan. Kalau dapat buat 1 kali selepas solat pun dah syukur sangat. Dapat setiap kali solat, maka dapatlah 500 kali atau pecah kepada 20 kali tiap kali solat. Jenis macam saya jenis lumpsum sekaligus. Ada orang suka sikit dan kerap, buatlah 20 kali x 5 kali = 100 atau boleh 100 kali x 5 solat = 500 kali sebut.
.
3️⃣. Habis je buat 1 kali tu, teruslah puji diri. Notis diri. Ini penting, sebab takda sapa nak puji kita melainkan kita sendiri sedar telah berbuat sesuatu usaha kecil untuk diri kita.
Buat inner speech.
Alhamdulillah syabas diriku telah berjaya hari ini buat 1 kali teknik pernafasan tenang 3 kali bernafas, 2 kali waktu solat. Takpa esok aku buat lagi sampai 5 kali selepas solat. Well done diriku ❤💖🧡.
Alhamdulillah tadi aku berjaya senyum kat anak lama tanpa berkata apa-apa, rupanya anak suka dan kata mama baiklah hari ini. Ya Allah sukanya 😚😊😁, aku nak senyum selalu lah setiap kali anak tengok muka aku.
Sama juga teknik lain, teknik tarik nafas sewaktu nak marah anak ke, teknik senyum aja kepada anak ke, teknik tundukkan badan cakap kat anak ke, peluk anak 16 saat ke, simple dan practical : 1 teknik kecil yang mudah untuk anda mulakan.
Dah selesa baru tambah teknik lain nak amal,
Tak perlu tamak nak buat semua,
manusia ni bila tak menjadi atau tak sukses dia mudah all or nothing, dari cuba buat terus langsung balik ke square back one. Kadang jadi lagi teruk.
.
4️⃣. Selalu muhasabah dan self checking. Sebelum tidur buat closure hari itu dengan refleksi diri, puji diri dan niat diri esok nak tambahbaik. Betulkan semula allignment dalam diri.
Kalau jenis bayang, bayang aja, jenis catat, untuk ingat, catatlah rekod diri baru puas revisit nanti, jenis kena cakap, cakaplah kat anak ke, Allah ke, pasangan ke, asal luah terus rasa lega habis tutup buku.
Yang Penting Buat.
Jum.
CARE 💗,
Maznah Ibrahim.
.
.
Telegram channel psikologi anak dan parenting:
⏩
T.mazn.me/chan
Kelas webinar dengarlah anakku 23 Oktober 9.15 malam telah dibuka semula, klik untuk maklumat lanjut :
⏩
webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t