uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 333 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 973-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 364-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 333 obunachiga ega bo‘ldi.

06 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -133 ga, so‘nggi 24 soatda esa -2 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 4.63% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 1.96% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 756 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 320 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 08 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 333
Obunachilar
-224 soatlar
-247 kunlar
-13330 kunlar
Postlar arxiv
Emosi bukan musuh kita Kadang bila rasa bersalah, sedih, atau tak yakin diri, kita anggap ia kelemahan. Hakikatnya, emosi itu
Emosi bukan musuh kita Kadang bila rasa bersalah, sedih, atau tak yakin diri, kita anggap ia kelemahan. Hakikatnya, emosi itu sebenarnya mesej penting daripada tubuh & hati kita. 👉 Rasa bersalah boleh jadi pengingat untuk lebih hadir pada anak 👉 Rasa sedih mendalam isyarat badan perlukan rehat & sokongan (boleh dilihat dengan Body Map of Emotions) 👉 Rasa tak yakin diri tanda kita perlu lebih self-compassion, bukan hukuman Bila kita mula faham bahasa emosi, ia tak lagi menakutkan. Malah boleh jadi panduan untuk kembali tenang & lebih kuat. 📌 Dalam webinar 30 Ogos ini, saya akan tunjukkan cara praktikal untuk urus emosi dengan lebih sedar & penuh kasih. Daftar segera sebelum yuran meningkat lagi: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk Maznah

Bila anak menjadi cermin hati kita Pernahkah anda perasan? Bila kita penat atau sedih… anak juga jadi lebih murung atau mudah
Bila anak menjadi cermin hati kita Pernahkah anda perasan? Bila kita penat atau sedih… anak juga jadi lebih murung atau mudah marah? Seolah-olah mereka menyerap terus apa yang kita rasa. Hakikatnya, anak-anak ibarat cermin hati kita. Mereka ‘membaca’ emosi kita walaupun tanpa kita lafazkan. Apabila kita mula menjaga emosi sendiri, kesannya besar: ✅ Anak rasa lebih selamat & tenang ✅ Suasana rumah jadi lebih damai ✅ Hubungan dengan pasangan lebih mesra Inilah hadiah sebenar buat diri kita dan keluarga, suasana yang lebih tenteram, anak-anak yang membesar dengan yakin, dan kasih sayang yang lebih mengalir dalam rumah. Dalam webinar Sabtu malam Ahad depan, saya akan kongsikan model “Tangki Emosi” & teknik praktikal bagaimana ibu bapa boleh mula urus emosi dengan lebih sedar & penuh kasih. Daftar segera sebelum yuran meningkat lagi minggu ini: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk?utm_campaign=mgrs-tc2 Maznah Ibrahim

Di sebalik senyuman itu… Ramai ibu bapa yang saya temui dalam sesi kaunseling sebenarnya memikul rasa bersalah, kesedihan mendalam dan kurang keyakinan diri, walaupun di luar nampak tabah dan sentiasa berusaha untuk keluarga. Dan saya tahu, perasaan ini bukan hanya dialami oleh klien saya - mungkin juga pernah singgah dalam hati anda. Mungkin ketika teringat masa yang kurang bersama anak, saat hilang sabar, atau ketika membandingkan diri dengan orang lain. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi beban berat, menjejaskan hubungan dengan anak dan pasangan, malah membentuk corak emosi yang boleh diwarisi generasi seterusnya. Dalam Webinar Mengurus Rasa Bersalah, Kesedihan Mendalam & Kurang Keyakinan Diri ini, saya akan kupas: ✅ Memahami emosi negatif yang biasa dialami ibu bapa ✅ Kesan emosi negatif kepada anak & keluarga ✅ Teknik praktikal urus emosi (self-awareness, self-compassion, reframing, aktiviti terapeutik) ✅ Membina sistem sokongan & rutin penjagaan kendiri >> Pendaftaran dibuka sekarang – Yuran Early Bird terhad untuk 20 pendaftaran pertama atau sehingga masa promosi tamat. Klik sini untuk daftar ➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk Maznah

photo content

Esok! Jom sertai saya malam esok. ✅ Nak faham kenapa komunikasi suami isteri tak efektif dan macam mana nak jadikannya efekti
Esok! Jom sertai saya malam esok. ✅ Nak faham kenapa komunikasi suami isteri tak efektif dan macam mana nak jadikannya efektif. 👍Efektif = Ada perubahan tingkahlaku / respon. Link daftar: https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi p/s: Rakaman disediakan

3 hari Lagi ! Belum daftar lagi? Jom sertai saya: ✔ Faham beza cara fikir lelaki vs wanita ✔ Belajar minta tolong tanpa hint-
3 hari Lagi ! Belum daftar lagi? Jom sertai saya: ✔ Faham beza cara fikir lelaki vs wanita ✔ Belajar minta tolong tanpa hint-hint ✔ Anak tenang sebab ibu‑ayah satu pasukan Semua ni dalam webinar LIVE Sabtu ni, 26 Julai, 9 malam. Link daftar: https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi?utm_campaign=com-tc5 p/s: Rakaman disediakan

Pernah tak rasa… orang luar macam lebih “tahu” hal rumah tangga kita? Mak bagi nasihat. Adik-beradik bagi pandangan. Kawan-ka
Pernah tak rasa… orang luar macam lebih “tahu” hal rumah tangga kita? Mak bagi nasihat. Adik-beradik bagi pandangan. Kawan-kawan pun rajin menyumbang idea. Hakikatnya… mereka cuma tahu sidikit saja cerita kita. Bukan keseluruhan. Yang hadap kesannya tetap kita berdua. Suami isteri. Bukan orang luar. Sebab tu… kesepakatan antara suami isteri jauh lebih penting. Anak tanya sesuatu. Mak jawab A. Ayah jawab B. Anak pun keliru. Rumahtangga mula rasa tak stabil. Komunikasi yang baik bukan sekadar redakan tekanan… Tapi jadi pendinding dari "nasihat" orang luar yang tak sesuai dengan value dan keadaan keluarga kita. Jom tambah baik komunikasi dalam *Webinar Live Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama* . 🗓 26 Julai (Sabtu) | 9:00 malam | Rakaman disediakan 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi Daftar sekali, boleh tonton sama-sama suami isteri. p/s: Yuran akan naik hari ini, daftar segera takut terlepas nanti.

Bayang anak cuba double check: Tanya ayah: “Tak boleh, dah lewat.” Dua minit lepas tu tanya Ibu: “Boleh kan, Bu?” 😅 Bila jaw
Bayang anak cuba double check: Tanya ayah: “Tak boleh, dah lewat.” Dua minit lepas tu tanya Ibu: “Boleh kan, Bu?” 😅 Bila jawapan bercampur, disiplin di rumah cepat kabur & anak pun pandai manupulasi pula nanti. Penting ibu ayah berikan keputusan yang sama, satu suara, supaya anak rasa selamat, lebih berdisiplin dan emosi ibu ayah terjaga. Tip pantas-Pocket/Team/Pillow Talk 5 minit sebelum tidur: Sembang sekejap, selaras peraturan & skrip. Next time anak minta screen-time ekstra, jawapan kita dah sama. Sertai Webinar Live “Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama” 🗓 26 Julai (Sabtu) | 9:00 mlm | rakaman disediakan Daftar di sini: KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi Satu pendaftaran, tapi boleh tonton sama pasangan. Mari kukuhkan suara satu haluan - baru boleh seiring, sejalan 😁 p/s: Yuran akan naik; daftar awal ya, takut terlepas nanti.

"Malam ni masak apa?" Petang tu, si isteri baru je balik kerja. Dalam kepala, dah plan nak masak kari ayam, kegemaran si suami. Dia buka peti ais... tapi belum sempat capai bawang, si bongsu mula menangis nak didukung. “Ingatkan sekejap je,” bisik si isteri dalam hati. Tapi rupa-rupanya, hampir setengah jam si kecil tu ‘melekat’. Dapur masih gelap, bawang pun tak sempat kupas. Tak lama lepas tu, si suami balik. Letak beg, tarik nafas lega... dan dengan selamba bertanya: “
Sayang, malam ni masak apa?”
Si isteri diam. Muka terus berubah, muncung panjang. Si suami blur. Dalam hati dia tertanya-tanya, “Apa salah aku ni?” 😅 Hakikatnya, si isteri memang nak masak. Tapi dia penat, anak perlukan perhatian, dan semuanya berlaku serentak. Si suami pula tak nampak apa yang berlaku sebelum tu. Jadi soalannya kedengaran macam “expectation”, bukan “nak tolong ke atau nak beli makan?” Dan macam tu je… rumah jadi senyap. Dua-dua makan hati, diam tak bersuara. Ini antara situasi kecil yang nampak biasa, tapi boleh jadi punca renggang kalau dibiarkan berlarutan. Kadang kita harap pasangan “faham sendiri”, padahal dia bukanlah boleh membaca fikiran kita. Kalau waktu tu si isteri cakap, “
Bang, anak tak boleh lepas ni… boleh tolong order makan dulu?”
Pasti si suami dah capai telefon atau kunci motorsikalnya. Kuncinya? Komunikasi yang jelas, terus dan tenang. Bila si isteri dapat luah dengan tepat, si suami pun mudah faham dan ringan tangan nak bantu. Anak pun tak kena tempias stres mak ayah. Semua ini kita akan kupas dalam webinar LIVE terbaru ini: “Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama” - Sabtu, 26 Julai - 9:00 malam Daftar segera di sini ya: ➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi Jom, kita ubah soalan “Malam ni masak apa?” jadi ruang untuk saling memahami, bukan perang senyap/slient treatment. Jumpa nanti, insya-Allah. Maznah Ibrahim

photo content

Pernah jadi begini? Isteri penat lipat baju, tengok sinki penuh, harap suami “nampak” dan basuh. Tunggu punya tunggu, suami selamba layan telefon. Akhirnya isteri basuh sendiri sambil senyap seribu bahasa. Suami pula hairan, “Apa salah saya?” 😅 Bukan isu pinggan—ini isu komunikasi Mars vs Pluto. Kalau tak faham bahasa emosi pasangan, benda kecil boleh jadi gunung berapi. Saya jemput anda ke webinar live terbaru: “Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama” 👉Sabtu, 26 Julai, 9.00 malam Kita bincang: – Kenapa lelaki tak tangkap “hint” isteri – Cara minta tolong tanpa marah atau merajuk – Langkah jadi satu pasukan semula depan anak-anak Daftar segera di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi Jumpa nanti insyaAllah. Maznah Ibrahim

[Pendaftaran Dibuka - Early Bird Webinar LIVE] Pernah rasa tinggal sebumbung tapi macam berjauhan? Cakap ada, tapi tak sampai
[Pendaftaran Dibuka - Early Bird Webinar LIVE] Pernah rasa tinggal sebumbung tapi macam berjauhan? Cakap ada, tapi tak sampai. Akhirnya dua-dua senyap, makan hati dalam diam. Kalau ya, ini untuk anda. WEBINAR LIVE TERBARU BULAN INI "Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama" - Tarikh: Sabtu, 26 Julai - Masa: 9.00 malam Sesuai untuk ibu ayah yang nak: - Rapat semula dengan pasangan - Pulihkan komunikasi yang hambar - Lindungi anak dari kesan hubungan ibu ayah yang renggang Early Bird dibuka SEKARANG - Untuk 20 pendaftar terawal atau - Sehingga Isnin 11.59 malam (yang mana lebih dulu) ➡️ Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi Sama-sama kita perbaiki hubungan demi diri, pasangan dan anak-anak. Maznah Ibrahim

Autonomi anak usia 10–12 tahun (Sekolah Rendah Tahap 2) Ketika ini anak mula ada autonomi sosial dan pemikiran, serentak dengan perkembangan ke arah membina identiti awal. Serentak dengan autonomi, perkembangan industriousness, dan kesan jangka panjang pada peringkat pra remaja ini. memang agak 'crucial' uga. Anak-anak mula membina autonomi bukan sahaja dari segi tugasan harian, tetapi juga dalam membuat keputusan, memilih kawan, dan membentuk pendapat sendiri. Mereka mahu rasa suara mereka didengari, dan ingin diberi peluang untuk menyumbang dalam dunia sekeliling mereka. Bila autonomi ini dihormati dan dibimbing dengan hikmah, anak membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, berkeyakinan dan matang dalam berfikir. Tetapi bila suara mereka sering diketepikan atau dikawal ketat, mereka mungkin membesar dengan rasa tidak berharga, sukar mempercayai kebolehan sendiri, atau memberontak secara senyap.. di sinilah yang biasanya konflik ibu bapa dan anak awal remaja bermula. Poin penting di sini: -Ini merupakan fasa kritikal anak mula mahu "jadi diri sendiri" dalam lingkungan keluarga dan kumpulan sosial. -Ibu ayah perlu mula beralih daripada arahan ➔ kepada perbincangan. -Autonomi yang dihormati membina asas untuk identiti remaja yang sihat nanti. [Contoh Tingkah Laku Autonomi Anak 10–12 Tahun] -Mahu buat keputusan sendiri — contohnya memilih aktiviti kokurikulum, memilih pakaian, memilih apa yang mahu dibeli. -Mula menetapkan matlamat peribadi — contohnya bercita-cita mahu jadi ketua kelas, menyertai pertandingan, atau belajar kemahiran baru😍. -Mula mempertahankan pendapat — contohnya berani memberi pandangan sendiri semasa berbincang, walaupun tidak semestinya tepat. -Mahu urus jadual sendiri — contohnya merancang sendiri waktu belajar, waktu bermain, atau aktiviti hujung minggu. -Mula memilih kawan berdasarkan minat sendiri — bukan lagi ikut pilihan ibu ayah semata-mata😮. -Bertanggungjawab terhadap tugas tertentu — contohnya mengurus kerja rumah tanpa diarah berulang-ulang (namun masih ramai ibu ayah struggle pada ketika fasa ini kerana faktor autonomi sewaktu usia 0-6 tahun dahulu). -Cuba selesaikan konflik sosial sendiri — contohnya berbincang atau berbaik dengan rakan selepas bergaduh kecil. Bagaimana Kita Boleh Sokong Autonomi Anak 10–12 Tahun Tanpa 'Loose Control'? ✅ Berikan pilihan, bukan arahan keras. ➔ Contoh: "Kamu nak siapkan kerja rumah dulu atau nak kemas bilik dulu?" ✅ Libatkan anak dalam keputusan keluarga kecil. ➔ Contoh: "Kita nak pergi bercuti, Kakak nak tolong pilih tempat makan atau cari hotel?" ✅ Bimbing, bukan arah tanpa sebab. ➔ Contoh: Terangkan kenapa sesuatu keputusan dibuat, contohnya: "Mama setuju kamu main game, tapi maksimum 1 jam supaya mata kamu rehat cukup, ok?". ✅ Raikan pendapat anak, walaupun tidak semua diterima. ➔ Contoh: "Cadangan Abang ni menarik, cuma kali ini kita ikut plan asal sebab kita dah janji dengan keluarga kita yang lain ya." ✅ Beri ruang buat silap dengan selamat. ➔ Contoh: Jika anak tersalah pilih aktiviti yang tidak sesuai, gunakan peluang itu untuk berbincang bersama tentang pembelajaran daripada pengalaman tersebut, bukan menyalahkan mereka macam memulangkan paku keras tu 😄 Kuncinya:- Beri mereka rasa dipercayai, sambil tetap beri SEMPADAN yang JELAS dan KONSISTEN. Maznah Ibrahim Telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak-anak kita: T.mazn.me/chan

photo content

Sebagai Ibu Bapa, Kita Ingin Lebih Hadir Tahun baru Maal Hijrah ini, kita tidak perlu berazam menjadi ibu bapa yang sempurna. Kalau perasan, selalu Azam tinggal Azam. Sama ada lupa, atau terlalu besar nak dicapainya, langsung ditinggalkan begitu saja 😄. Dalam era teknologi digital kini, Cukuplah jika kita berazam untuk lebih hadir, 'be present' dalam hidup / momen bersama anak-anak — dengan hati, dengan niat kerana Allah. 💎Setiap Hari Kita boleh mula dengan perkara kecil yang membina jiwa anak-anak: – Peluk mereka tanpa perlu sebab. – Pandang mata mereka dan senyum, walau sesibuk mana pun kita. – Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk duduk bersama, mendengar tanpa gangguan — tanpa telefon, tanpa ‘nanti dulu’. Kerana perhatian adalah bahasa cinta yang paling jujur. 🍂 Setiap Minggu Kita bawa mereka keluar dari rutin biasa: – Lihat alam, sentuh tanah, dengar suara angin dan burung. – Bercerita tentang hidup dari pandangan yang tenang. – Belajar bersama dari pengalaman – bukan hanya dari arahan. Kerana anak belajar paling dalam bila kita ‘hidup’ bersama mereka. 🌳 Setiap Bulan Kita cipta kenangan yang akan tinggal dalam hati mereka: – Mungkin perkhemahan, mungkin berjalan ke sungai, atau sekadar tidur di luar rumah sambil tengok bintang. – Bercakap tentang ciptaan Allah, dan bagaimana rasa syukur tumbuh dari detik yang ringkas tapi dalam. – Berdoa bersama, agar mereka tahu… Allah itu dekat, bukan hanya di masjid, tapi dalam pelukan kita juga. ❤️ Spiritualiti dalam Keibubapaan Keibubapaan adalah jalan pulang kepada Tuhan. Setiap pelukan, sabar, doa dan didikan — adalah ibadah. Hijrah kali ini bukan hanya untuk diri, tapi dalam cara kita mencintai anak-anak. Selamat Maal Hijrah 1447H buat semua ibu ayah Semoga kita membesarkan anak-anak yang bukan hanya kuat jasadnya, tapi juga lembut hatinya dan kenal Tuhannya. InsyaAllah apabila niat yang baik dan kerana Dia yang Satu, penat lelah kita bertukar kepada kekuatan yang tekal, luar biasa. Maznah Ibrahim

*🎙️ SERTAI KAMI DALAM PROGRAM “MALAYSIA PETANG INI”!* Adakah anda ibu bapa, pendidik atau individu yang prihatin terhadap kesihatan mental remaja masa kini? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan istimewa dalam program Malaysia Petang Ini yang akan bersiaran pada hari Isnin, 16 Jun 2025, jam 5.00 hingga 5.30 petang di Bernama TV! *Topik Yang Akan Dibincangkan:* 🔴 Jeritan Emosi Remaja Terpendam *Bersama Tetamu Jemputan:* 👩‍⚕️ Puan Maznah Ibrahim Pegawai Psikologi (Kaunseling) Hospital Putrajaya Dalam episod ini, Puan Maznah akan mengupas secara mendalam mengenai isu tekanan emosi dalam kalangan remaja — suara hati mereka yang sering tidak didengari, emosi yang terpendam, serta cabaran yang mereka lalui dalam dunia serba mencabar hari ini. *Antara Intipati Menarik Yang Bakal Dikongsikan:* ✅ Punca utama tekanan emosi remaja ✅ Tanda-tanda awal remaja yang sedang berjuang secara senyap ✅ Peranan ibu bapa, guru dan komuniti dalam menyokong kesejahteraan mental remaja ✅ Teknik dan pendekatan kaunseling yang berkesan *📺 TONTON DI:* • Astro 502 • unifi TV 631 • MYTV 121 • Live di Facebook & YouTube: BERNAMA TV https://www.facebook.com/share/v/1CsAUETiAy/?mibextid=oFDknk 🗓️ Ayuh! kongsikan hebahan ini bersama rakan serta keluarga! Sama-sama kita cakna & peka terhadap suara hati remaja kita ❤️ #HospitalPutrajaya #HPJ25Tahun #MalaysiaPetangIni #BernamaTV

photo content

photo content

30 minit lagi KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - akan ditutup sebentar lagi Boleh terus dapatkan guna
30 minit lagi KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - akan ditutup sebentar lagi Boleh terus dapatkan gunakan link di atas.

Dibuka Sekarang - 3 Jam Sahaja KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - Peluang ke 2 Dibuka sekarang 😊👍.
Dibuka Sekarang - 3 Jam Sahaja KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - Peluang ke 2 Dibuka sekarang 😊👍. Boleh terus dapatkan gunakan link di atas. Tawaran Flash Sale ini dibuka hingga jam 12 malam ini sahaja (Rabu - 11 Jun)