uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 279 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 962-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 359-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 279 obunachiga ega bo‘ldi.

19 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -118 ga, so‘nggi 24 soatda esa -2 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 5.83% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.61% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 950 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 426 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 20 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 279
Obunachilar
-224 soatlar
-237 kunlar
-11830 kunlar
Postlar arxiv
REPOST Tips #50 ( Tingkahlaku Kanak-kanak Ialah Bahasa Untuk Keperluan Mereka ) 'Behaviour' adalah tips of iceberg sahaja, Sebab sebenar ialah dasar di bawahnya. Hanky panky anak kecil berpunca dari keperluan asasi : fisiologi dan emosi tidak cukup dipenuhi. Baca tingkahlaku anak sebagai suatu bahasa petunjuk. Petunjuk sesuatu. Apakah yang dia PERLU sebenarnya? Anak besar sedikit, apakah dia MAHU (plan/objektif dia) sebenarnya? Time in, spend masa, komunikasi same-eye-level dan nyatakan kemungkinan keperluannya: "adik sebenarnya mengantuk ya?" "adik sebenarnya lapar/haus?" "adik sebenarnya bosan ya?" Then terus channel atau bawakan dia kepada solusi terbaik anda pada waktu itu. CARE ❤️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan #breakthecycle #tangkiemosi #kerenahanakadalahtipsoficeberg

photo content

5 TIPS 'STAYING AT HOME PARENT WITH SMALL KIDS' AGAR EMOSI POSITIF DAN 'LESS STRESS'. Saya nak ucapkan SYABAS TAHNIAH kepada anda semua #IbuBapaKini sebab telah berjaya berpuasa, Duduk aja di rumah dengan keluarga. . Untuk saya telah 2 minggu sejak anak cuti sekolah, semua anak duduk di rumah bersama. Bunga-bunga kecil 'unknown reason meltdown' si Yumna toddler telah nampak sejak malam tadi berlarut ke pagi ini. . Saya kongsikan 5 tips penting yang boleh saya senaraikan agar anda sebagai IbuAyah kekal positif (ini penulisan awal-awal PKP bermula, saya review semula) . 1. Memandangkan kurang aktiviti luar rumah yang makan tenaga, masa, maka tenaga dan masa anak sepenuhnya di dalam rumah. Ia mudah mengundang stres, kepada kanak-kanak sebenarnya, sebab segalanya terhad. -- maka, UBAH SUSUNATUR PERABOT agar lebih luas, lapang untuk anak lakukan aktiviti fizikal seperti merangkak, berlari pusing, melompat, berbasikal kecil tricycle/kereta kecil dll. -- beli di shopee alat gayut (door chin bar pasang kat rumah nanti boleh gayut), buaian dan alat panjat, kolam besar agar anak ada aktiviti indoor dan outdoor . 2. Tidur juga mudah lewat sebab tenaga banyak reserve, banding hari biasa banyak travel ke sekolah, aktiviti di sekolah, tenàga saling berpindah dengan individu lain (kanak-kanak/orang dewasa), maka anda akan dapati anak kurang letih gitu. Jika tidur biasanya lepas isya kini jadi lepas pukul 10 mungkin.😊 Jadi PENATKAN mereka dengan AKTIVITI 'HOUSE CORES' harian anda. Mana yang boleh mop, mop, kacau bancuhan cekodok, mem vakuum, sidai baju, melipat kain atau hang ke hanger, dll. Ia PELUANG BAIK sebenarnya, untuk latihan anak dan juga kurangkan bebanan anda. Libatkan mereka, ok. Dan ia untuk bantu emosi anda clean and clear bila rumah walau sepah sebab anak kreatif, namun bersih dan sedikit kemas. Benar, rumah sepah buatkan emosi, kepala semua serabut, emosi pun meledas aja 😨😡. Juga penatkan mereka dengan SEKURANGNYA 30 minit dua kali sehari sesi pagi dan petang, aktiviti outdoor, untuk anak dapat cahaya matahari. Cahaya ini bantu rembes hormon antistress anak-nak dan mak pak sekali. . 3. Jaga makan, makananan seimbang dan baik, meal utama dan selingan serta minuman air kosong/jus yang sesuai. Ajar anak makan apa yang ada, katakan zaman dulu jika darurat tak boleh keluar rumah, makan ubi kayu aja, tanam luar rumah. Kita ada pandafood atau grab food, order makanan sedap, kan 😁, maka syukurlah dan makan lah apa Mama masak untuk semua orang ok... Banyakkan real food, kurangkan jajan biskut gula semua, buah dan aiskrim homemade as jajan / meal selingan juga. . 4. Banyakkan aktiviti free play dan sedikit aktiviti struktur yang anda plan, agar anda tak rasa macam teruk sangat tak bagi anak aktiviti sihat yang sesuai perkembangan dia (selain tonton tv kan). Maka, jika ada jadual, memang lebih baik. Jadual masa terbaik ialah berdasarkan 5 waktu solat fardhu, yang diselitkan celahnya aktiviti bersesuaian, seperti sedikit kognitif dan sensori motor pagi, tidur tengahari, free play petang, art n craf petang, dan memasak 1 kali dengan anak-anak. Sebenarnya aktiviti rutin menjadikan kanak-kanak kurang stres sebab tahu apa boleh di expect seperti di sekolah. Cumanya bukanlah terlalu rigid sebab anda adalah seorang ibu, yang juga perlu lakukan tugas bersih kemas seperti 'pembantu guru', dan memasak seperti 'tukang masak sekolah kantin', kan, selain jadi 'Prime Teacher' 😉. . 5. Gunakan peluang ini untuk solat jemaah keluarga, jika dapat, untuk dekat dengan spiritual, dan selitkan agenda spiritual, keyakinan kepada Tuhan dan tanggungjawab dalam diri sebagai khalifah, pelihara alam dari mudarat. Jika anda belum tahu, elemen spiritual adalah penstabil manusia. Manusia yang lebih tinggi spiritualnya, lebih tenang dan stabil 😊😊😊. . Care♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Tips Keibubapaan #65 (Kekal Positif Perlu Dicipta) Dalam keadaan semasa yang banyak tenaga emosi kurang enak, Kita perlu memilih, mencari atau mencipta. Fokus kepada positiviti. Cari positiviti. Aktifkan positiviti. Dan sebarkan positiviti. CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Tips Keibubapaan # 64 ( Parent Self Care ) Adalah amat penting #IbuBapaKini juga menjaga keperluan diri sendiri dari sudut fizikal, emosi, kognitif, sosial dan spiritual, Selain juga menjaga keperluan anak-anak dari seluruh sudut perkembangan dan keperluannya. Agar parental burn out tidak berlaku. Semoga semua kita sentiasa sihat sejahtera dan seimbang. CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Tips Keibubapaan # 63 ( Positifkan Emosi Tak OK Kepada OK) Sebagai #IbuAyahKini dalam situasi semasa Covid-19 ini, Banyak perkara bermain di fikiran. Sampai boleh jadi pemikiran melampau, terlalu jauh, kabur/tak pasti yang tentunya tidak banyak membantu. Ingat, anak-anak menyerap emosi ibubapanya sepantas milisaat? . . Saya kongsikan 6 Langkah Macam Mana Nak Switch Emosi Negatif kepada Positif : 1. Pejam mata lakukan pernafasan dalam dulu. Dalam sampai ke perut, bukan ke dada, ok. . 2. Kemudian rasakan apa yang hati anda rasai. Bukan fikir, tapi rasa. Namakan ia. Pilih 1 yang paling kuat dirasai. . 3. TERIMA EMOSI TAK OK ini. Akui dengan menyatakan 'Ya, aku rasa sedih / bimbang / takut / marah'. . 4. Tarik nafas lagi, niatkan untuk LEPASKAN EMOSI TAK OK semasa HEMBUS NAFAS keluar melalui hidung. . 5. Tarik nafas lagi dan niatkan TENANG semasa tarik nafas. In - TENANG Out - EMOSI TAK OK (spesifik contoh sedih/ bimbang/ takut / marah) . 6. Usaha cari, dan sebutkan, 3 KEBAIKAN YANG ANDA NAK SYUKURI, yang anda ada, masih nikmati, saat ini, hari ini. Senyum 😊. CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Relax Parenting bak kata Dr Putri Afzan dalam video di TBS semalam 😍
Relax Parenting bak kata Dr Putri Afzan dalam video di TBS semalam 😍

Macam Mana Nak Atasi Anak Yang Degil? Saya mendapat banyak soalan dalam support group dan email mengenai anak yang dikatakan sebagai ‘degil’ atau tak dengar kata ini. Jika bayi toddler ok lagi, bila dah fasa usia 4 ke atas banyak ibu terlepas cara dengan hukum tak sesuai kepada anak jenis ini. Betulkan Mindset Kita Dulu ------------------------------------ Saya tekankan perkataaan yang sesuai ialah ‘Tidak’ dan disusuli ‘Apa Yang Kita Mahu Anak Jadi’ (Hypnoscript) iaitu : "Anak Saya Tidak Dengar Cakap Saya, Puan. Macam Mana Saya Nak Atasi atau Handle Anak Ini" Sebab kita berhasrat anak-anak ini akan jadi seorang anak yang mendengar kata kita (insyaAllah), maka anak ini BELUM dengar kata kita lagi, dan kini kita sedang mencari solusi atau alternatif pendekatan lebih baik kepadanya (elak LABEL: ANAK DEGIL) Pendekatan Sesuai Untuk Anak Ini --------------------------------------------- Saya percaya anak-anak ini, masih dalam peringkat dibentuk, belum jadi buluh keras lagi. Ikut usia perkembangan, ada fasa normal untuk anak sangat tak ikut apa kita kata, dan egosentrik (2-7 tahun). Namun pastinya ada cara yang lebih baik berbanding turut sama menjadi ego seperti si kecil ini (kecut membayangkan mak ayah 30 tahun pun jadi sama tantrum macam si anak 3-4 tahun). Apa Sebenarnya? ----------------------- Berita baiknya anak ini sebenarnya anak yang tinggi karektor kepimpinan dan ketegasan dalam diri, iaitu anak ‘Strong Willed’, dan ‘High Sensitive Child’, apa saja yang kita cakap dan apa saja yang kita buat kepada dia mahupun kepada orang lain, dia amat sensitif dan terkesan (saya suspek ia anak jenis ekstrovert di otak menurut ilmu STIFIn). Hinggakan apa kita cakap dan kita buat, sesaat masa itu saja dia sudah tiru, heheheheh. Hebat dahsyat anak ini (Semua anak kita hebat dengan cara tersendiri tau). Ia tidak pelik, anak pertama saya hingga kini masih banyak cuba melakukan sebaliknya dari apa yang kami cakapkan. Fateh, jum solat Jemaah. Kita nak masuk syurga sama-sama kan. Waktu solat Jemaah Maghrib itulah lagi dia buat perkara lain; lambat-lambat, tekan-tekan piano lagi, main dengan Yumna lagi dan macam-macam lagi, kemudian baru join masuk saf sampai habis. Memikirkan fasa ini masih fasa 2 dalam Prophet Parenting atau fasa 4 psikososial: Inisiatif vs Rendah Diri untuk didorong, dibimbing (7-12/14 tahun), maka kami masih positif dan tidak menghukum dia. . Apa Approach/Pendekatan Terbaik dan Paling Sesuai Untuk Anak Jenis Ini? ---------------------------------------------------------------------------------- Ha saya dah kaji dan dah lakukan sejak anak saya ini usia 4 lagi. Jika perasan banyak penulisan saya juga mendekati ke arah pendekatan ini. Iaitu teknik negosiasi dan Time In, bukan berkeras sampai retak patah. Ada 3 pendekatan yang boleh kita gunakan untuk anak jenis ini: iaitu i) Work With Them; ii) Negotiate, dan iii) Inspire Them. Dan anda boleh tonton video penjelasan saya dengan Dr Amalina, Founder Toddible selama sejam lebih, dalam Toddible Baby Summit (TBS) 2020, pada satu masa yang ditetapkan (minggu 23-27 Mac 2020), dalam satu website Summit yang akan diberi link kepada yang daftar TBS 2020 ini. Pada saya jika anak anda usia sekolah rendah dan menengah, semua ilmu ini tidak rugi, sebab ingat entropi: sesuatu tak dibuat apa-apa akan menghala kepada 'disorder'? Tiada istilah terlambat, sebab tugas dan tanggungjawab kita sebagai #IbuBapaKini adalah seumur hidup. . . Antara TOPIK yang saya telah kupaskan ialah: Macam mana nak atasi anak degil/ tak ikut arahan? (Puan Maznah Ibrahim): 1. Kenapa anak degil? 2. Macam mana nak atasi anak degil? 3. Hukuman untuk anak yg tidak dengar kata? 4. Cara mendidik anak mengikut usia masing2. Baby, toddler, preschool, school age, teenagers 5. Macam mana nak ubah sikap anak yg degil? 6. Contoh kes yg puan pernah dengar 7. Pesanan terakhir pada mak mak. . Boleh daftar TBS 2020 ini di sini: https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit Yang menghimpunkan 27 speakers berkaitan Parenting Journey kita semua,

Amacam dah masuk Toddible Baby Summit semua ? Saya dengar video di malam hari selepas anak tidur, Pukul 12 ke atas pula, malam tadi sempat dengar Dr Amir Hamzah dan Dr Rozanizam. Sangat banyak info dan membantu. Jum sempat lagi masuk percuma untuk slot hari ini dan esok naa. Maznah Ibrahim

photo content

Tenang Tenang Walau Ada Bimbang Lagi bimbang lagi banyak kebimbangan mendatang ya. Itulah seni fokus. Sedangkan bimbang banyak ke arah tidak pasti akan perkara itu, banyak fokus kepada masa depan, dan banyak bermain di fikiran kita saja. . Kita ubah fokus. Apa nak difokuskan? . 4 perkara ini sahaja : 1. Penjagaan diri anda sendiri. 💪☺️ Self care amat penting. Pastikan diri anda cukup makan, cukup tidur, cukup beraktiviti, dan cukup melakukan perkara yang anda suka buat, dan buat anda gembira. Apakah ia? Kenalpastikan ianya... Kadang, dengan berbual dan meluahkan, anda rasa banyak lega. Kadang, dengan pelukan, anda juga rasa tenang. Kadang dengan menulis, anda juga rasa ringan. Dan bermacam lagi. . 2. Lakukan aktiviti bermanfaat dan berkualiti dengan ahli keluarga.😍👍 Jika selama ini kurang berpeluang solat jemaah keluarga, mungkin ini masanya kan? Jika selama ini selalu berada di luar, berjalan, dan tak berpeluang nak memasak, inilah masanya nak cuba, lakukan dengan anak-anak. Banyak peluang sebenarnya.😊 . 3. Jika anda bekerja, mungkin banyak tugasan kini perlu dilakukan secara online. Bahagikan masa dengan sebaiknya ya. Beritahu anak yang anda ada sedikit kerja, dan akan kembali kepada mereka setelah selesai.😊 4. Hanya mendapat input mengenasi situasi semasa dari sumber yang sah dan membantu anda sahaja. Selainnya, pilih input yang membantu, bukan menambah beban diri pula.👍 Senyum, sabar dan bersangka baik.😀😀😀 Luah dan kongsikan kepada orang yang dipercayai saja ya. CARE♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me

photo content

Mulakan hari ini dengan syukur. Syukur masih dapat menikmati satu kehidupan. Syukur kepada pelbagai nikmat walau sekecil zarah udara yang dihirup, Nikmatnya amat besar, kan ? Bila rasa lelah nak mengalah, Fikirkan aku harus TABAH, Kerana ramai masih memerlukan diriku. Dan Ya, AKU TABAH, AKU POSITIF, AKU MEMILIH untuk SYUKUR DAN BAHAGIA. CARE♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

photo content

7 Hari. Syukur seminggu telah berlalu. Anda telah berjaya mengharunginya. Apakah cabaran paling besar anda ? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1420687448105835&id=477691842405405 CARE♥️ Maznah Ibrahim #StayAtHomeParentCovid19