BAGAIMANA NAK BERI KASIH SAYANG TAK BERSYARAT KEPADA ANAK?
Adalah dengan cara 👉BERI PENGARUH POSITIF BERARAH BERTERUSAN👍😊
.
Saya petik konsep asal dari Khalifah Method, oleh Allahyarham Prof Dr Muhammad,
.
dan Teknik adalah dari Teknik Nabi, dari Kajian Tim Pengkaji Hadith Psikologi Nabi Muhammad s.a.w diketuai oleh Pn Ainon Mohd.
.
.
Fahami 3 teknik / steps ini,
Amalkan Berterusan,
Agar Kesan Kasih Sayang Bersyarat Ibubapa kepada Anak Tidak Berlaku.
.
1⃣ Beri GANJARAN setiap kali anak buat perkara POSITIF (baik), walau perkara kecil.
.
2⃣ Beri GANJARAN setiap kali anak TIDAK melakukan perkara NEGATIF/ tidak baik (yang telah di 'highlight' ibubapa sebelum itu)
.
3⃣ Beri MAKLUMBALAS secara LEMBUT tetapi TEGAS di atas KESALAHAN yang telah dilakukan dengan menjelaskan kepada anak CARA yang BETUL dalam melakukan sesuatu perkara itu.
.
.
Nampak mudah,
Tapi tidak mudah sebab tak biasa.
.
NAMUN TIDAK MUSTAHIL kita latih diri lakukan demi kejayaan mendidik permata hati kita ni.
.
Okay, saya beri Contoh ya.
.
✳️ Nota:
✅ Ganjaran boleh berlaku sama ada secara sosial non material atau material.
.
✅ Ganjaran Sosial Non Material bermaksud anda tidak kurang apa pun, seperti senyuman, usapan, pelukan, tepukan, kata pujian, hatta memandang tepat wajah anak dengan kasih sayang (beri perhatian).
.
✅ Ganjaran Material bermaksud anda akan kurang sesuatu kerana beri / beli sesuatu untuk si anak, seperti mainan, atau kertas percuma di lipat jadi kad ditulis ayat positif.
.
Digalakkan beri GANJARAN SOSIAL NON MATERIAL sebab ia lebih 'long lasting',
Iaitu kesan positif bertahan untuk jangka masa panjang.
Jika material, lepas dapat, nak lagi dan lagi, mak ayah pening 😓🙆
.
Contoh situasi.
.
Situasi 1: Anak bergaduh berebut mainan sesama adik beradik.
Tiba-tiba anda dapati anak bermain dengan baik.
.
1⃣ Beri Ganjaran serta merta, noted akan situasi baik berlaku ini, puji spesifik tingkahlaku anak beserta impak.
.
"Alhamdulillah Mama tengok Abang dan Adik main bersama, kongsi mainan baru ni. Bagusnya. Nanti Allah suka, macam lagu Omar Hana tu kan (Impak 1). Senang hati Mama tengok korang ni (Impak 2). Syukur Alhamdulillah moga jadi anak soleh solehah (Doa: Impak 3).
.
.
Situasi 2: Anak berebut, tetapi kali ni si Abang berusaha bersuara rendah, tidak menjerit marah adik, kemudian bila adik taknak dengar, si Abang datang kepada anda untuk beritahu / mengadu (seperti pernah anda ajar /sarankan sebelum ini).
.
2⃣ Beri ganjaran bila anak berusaha tidak buat tingkahlaku negatif kebiasaan dia, yang mana anda pernah ajari kaedah solusi alternatif.
.
"Abang, Mama bangga bila Mama dengar Abang cuba cakap elok-elok tak suara tinggi dengan adik bila adik nak rebut mainan. Bila adik masih tak dengar, Abang datang bagitahu Mama. Macam nilah yang Mama nak, iaitu Abang ingat apa yang Mama ajarkan tempoh hari.
OK lepas ni Abang bagi masa kat adik, lepas tu Abang cuba usap belakang adik, dan offer adik main gilir-gilir, okay". (Tambah skill baru).
.
.
Situasi 3 : Abang menjerit kuat marah si Adik masa adik tak dengar kata Abang untuk tak tengok TV dekat dekat.
3⃣ Beri maklumbalas lembut tegas, dan tunjukkan cara.
.
"Abang, (sambil pandang mata dan pegang bahu) cakap elok-elok dengan adik, Abang cakap macam ni: "Adik, tolong ke belakang sedikit dari TV sebab Abang tak nampak, nanti mata adik tak sakit, meh duduk sebelah Abang ni ya Adik Sayang.... "
Nanti adik akan dengar la sebab Abang bersuara lunak merdu sedap didengar. Bila abang menjerit, Adik akan lagi sakit hati dan lagi tak dengar cakap Abang, tapi bila Abang cakap elok, bahasa elok, nanti Adik akan lagi hormat kat Abang, dan layan Abang baik sampai besar. Mama yakin Abang akan boleh buat sebab Abang ialah model terbaik untuk adik" (peluk usap dia).
.
.
TAKE HOME MESSAGE
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Kat sini jika perasan, semuanya positif, kan?
Jadi ibubapa positif ni perlu banyak PAUSE
dan ber RESPONSE dengan BIJAK
bukan REACT dengan emosi negatif.
.
Kita cuba usaha ya.
.
.
❤️❤️❤️
Refleksi dan Susunan,
Maznah Ibra