Majlis Perwakilan Pelajar JMTI
Kanalga Telegram’da o‘tish
Segala info dan maklumat terkini untuk para pelajar Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). MPP 2025/2026
Ko'proq ko'rsatish1 034
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
-130 kunlar
Postlar arxiv
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua yang telah mengisi Google Form, dimohon untuk menyertai kumpulan WhatsApp melalui QR Code di bawah bagi memudahkan penyampaian maklumat, hebahan dan sebarang perkembangan berkaitan program.
Sila sertai kumpulan secepat mungkin. Terima kasih atas kerjasama semua. 😊
Nama2 berikut yang belum hadir lapor diri, Sila hadir ke BPPL. Kelewatan lapor diri di BPPL boleh menyebabkan anda DIGAGALkan pada semester ini. SILA AMBIL MAKLUM. SEGERA.
1. KODIN RAJ - VJ13 sem 5
2. MUHAMMAD TAUFIQ - DEME34 Sem 2
3. MUHAMMAD ZUHAIRI - DFPJ04 Sem 2
4. AINUR TASNIM - DFPJ04 - Sem 5
5. MOHAMAD SYAIDI ADDEEN - VJ12 - Sem 3
6. NANDA KUMARAN - G01 - Sem 2
📢 📢 HEBAHAN PENYERTAAN NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MPP JMTI membuka penyertaan kepada pelajar yang berminat menyertai _National Training Week (NTW) 2026_ yang akan diadakan di UiTM Permatang Pauh.
Tarikh 🗓️: 25 - 26 Julai 2026
🚌 Pengangkutan disediakan (bas JMTI)
💯 Semua aktiviti adalah PERCUMA
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan!
📌 Tempat adalah TERHAD (80 orang sahaja) dan pemilihan adalah berdasarkan first come, first served.
🔗 Daftar sekarang melalui Google Form:
https://forms.gle/1MeyVg6CxRiyceCW6
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, menambah kemahiran dan memperoleh pengalaman baharu. Jumpa anda di NTW 2026! 🚍✨ Isi google form tauuu 🫶🏼
Sebarang masalah/pertanyaan sila hubungi:
Karyna - (019- 641 0516)
JEMPUTAN MENYERTAI LATIHAN PROSTAR JMTI
Latihan PROSTAR atau Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah dan Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, BPPL JMTI akan diadakan seperti berikut :
Tarikh: 18 dan 19 Julai 2026 / Sabtu dan Ahad
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama JMTI.
Pakaian : Smart Kasual
Sijil akan diberikan kepada peserta dan makanan disediakan!
Terbuka kepada semua pelajar JMTI. Isi penyertaan anda di sini! https://qrco.de/bgv8ay
Objektif program:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai risiko jangkitan dan cara pencegahan HIV/STI/Hepatitis.
2. Memberi pendedahan maklumat kepada remaja mengenai rawatan serta kepentingan menangani isu berkaitan stigma dan diskriminasi
3. Melahirkan remaja yang resilien dan mempunyai jati diri.
4. Melatih remaja yang berupaya menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan HIV/STI/Hepatitis.
5. Meningkatkan penglibatan remaja sebagai sukarelawan khidmat sosial / PRS dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja lain JOM SERTAI PROSTAR!
Kempen Derma Darah @ JMTI 📣
🗓️ 22 Julai 2026 (Rabu)
🕘 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lobi , Bangunan Utama Japan - Malaysia Technical Institute (JMTi) Semua kakitangan dan pelajar digalakkan hadir menderma darah.
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dilampirkan carta organisasi JMTI yang terkini untuk makluman semua pelajar.
Harap maklum. Terima kasih.
Unit Perkhidmatan JMTI
Mencari Penyanyi yg Berbakat ‼️
Kepada sesiapa yg berminat , kami mencari 2 penyanyi (1 lelaki , 1 perempuan) utk majlis konvokesyen . Penyanyi akan menyertai live band dari student politeknik .
Sebarang pertanyaan bole ctc , aimi-0198702603
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🇲🇾✨
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 👑.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta terus memimpin dengan penuh kebijaksanaan demi kesejahteraan rakyat dan negara 🤲✨.
“Daulat Tuanku.” 👑🇲🇾
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2025/2026 ✨🇲🇾
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌙✨
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H 🐄🕌 kepada seluruh warga.
Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT 🤲✨. Semoga sambutan yang penuh bermakna ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang serta meningkatkan semangat saling membantu sesama insan ❤️
Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada erti sebenar pengorbanan dan keikhlasan dalam kehidupan seharian 🌸
“Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan rahmat kepada kita semua.” 🌙✨
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2025/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌙✨
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H 🤍 kepada seluruh warga.
Hari Arafah merupakan hari yang penuh kemuliaan dan keberkatan bagi umat Islam 🕌. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan-amalan sunat agar memperoleh keampunan dan rahmat daripada Allah SWT 🤲✨
Semoga Hari Arafah ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan keimanan, memperbaiki diri serta mengeratkan ukhuwah sesama insan 🌸
“Semoga segala amalan diterima dan diberkati Allah SWT.” 🌙
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2025/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga JMTI 😊
Nak tengok gambar program-program JMTI dari program terawal sampailah yang terkini? 📸✨
Boleh join channel Telegram rasmi gambar program di bawah:
https://t.me/gambarjmti
Semua gambar aktiviti, program, event dan kenangan warga JMTI akan dimuat naik di channel ini dari semasa ke semasa.
Jom join dan share kepada kawan-kawan yang lain 👍
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan Pertandingan Kreativiti & Inovasi Pelajar 2026 yang melibatkan kategori Pembuatan, Mekatronik, Elektronik dan Komputer pada ketetapan berikut:
📅 Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
🕗 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat : Lobi Utama, JMTI
Pelajar semester akhir DIWAJIBKAN menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut berkaitan penyertaan akan dimaklumkan oleh penyelaras bahagian masing - masing.
Semua pelajar, pengajar dan staf yang berkelapangan dijemput untuk memeriahkan pertandingan ini.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perhatian kepada pelajar yang meletakkan motosikal di kawasan ini. Diminta untuk mengosongkan parkir di hadapan bangunan DKU dan segera mengalihkan kenderaan bagi memastikan kelancaran program perhimpunan yang akan berlangsung esok.
Kerjasama anda amat hargai. Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada seluruh pelajar Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI),
Dimaklumkan bahawa satu sesi perhimpunan bersama Pengarah JMTI akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📆Tarikh: *Jumaat, 15 Mei 2026*
📑Pendaftaran: 8:45 pagi
🕘 Masa: *9.00 pagi*
📍 Tempat: *Dewan Kuliah Utama (DKU)*
🏢 Jabatan terlibat: Semua jabatan
👕 Pakaian: *Baju Korporat JMTI*
Kehadiran adalah *WAJIB* bagi semua pelajar. Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk hadir tepat pada waktunya dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi berlangsung.
Segala perhatian dan kerjasama daripada semua pelajar amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2025/2026
+2
🔥 ROAD TO CHAMPION CONTINUES 🔥
Malam penentuan buat semua pasukan!
Siapa akan terus mendominasi bracket dan siapa bakal tersingkir? 👀⚔️
━━━━━━━━━━━━━━━
🏆 UPPER BRACKET — BO5
⚔️ EXETUTOR vs PEMUDA BERIMAN
━━━━━━━━━━━━━━━
━━━━━━━━━━━━━━━
🔥 LOWER BRACKET — BO3
⚔️ TEAM LIQUID JMTi vs 5 ORANG HITAM
━━━━━━━━━━━━━━━
📅 Selasa | 12 Mei 2026
🕘 9:00 PM
📍 Dewan Besar JMTi
Confirm malam ni penuh draft gila, savage, clutch moment dan trashtalk 😮💨🔥
Jangan lupa datang support team pilihan korang!
🎙️ Caster Today By : @Wanz
#MLBB #RoadToChampion #MobileLegends #MLBBTournament #Esports #JMTi
Majlis Perwakilan Pelajar JMTI ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja! 💼✨
Setiap usaha, setiap titik peluh, dan setiap pengorbanan adalah asas kepada kejayaan hari ini. Terima kasih kepada semua yang terus berusaha tanpa jemu demi masa depan yang lebih baik.
Teruskan melangkah, teruskan berjuang kerana setiap kerja yang dilakukan dengan ikhlas pasti membawa makna. 💪
#HariPekerja #KerjaItuIbadah #SemangatBekerja
MPP JMTI 25/26
🎉 SUKAN PRA-ILJTM JMTI 2026 KINI TIBA ❗️❗️❗️ 🎉
🔥 Lebih meriah, lebih sengit, lebih padu!
Bersedia untuk buktikan siapa paling power di gelanggang? 💪
Inilah masa untuk tunjuk skill, stamina dan semangat berpasukan anda!
🏆 SUKAN PRA-ILJTM JMTI 2026
🗓 Tarikh Bermula: 21 April 2026
🛑 Tarikh Tutup Pendaftaran: 20 April 2026 (ISNIN) @ 5 PM
🔥 Antara sukan yang bakal menggegarkan JMTI:
🏸 Badminton (L)(P)
⚽️ Futsal
🏐 Bola Tampar
🏀 Bola Jaring
🥅 Sepak Takraw
🏓 PingPong
📢 Pendaftaran kini dibuka!
⏰ Tempat adalah TERHAD — siapa cepat, dia dapat!
💥 PERCUMA sahaja!
🎯 Terbuka khas untuk pelajar JMTI
📲 Tekan link untuk pendaftaran👇🏻
https://pendaftaran-sukan-pra-iljtm.my.canva.site/
📞 Sebarang pertanyaan:
Faiz: 019-512 8676
Karyna: 019-641 0516
🔥 Perlawanan Mobile Legends JMTI 2026 🔥
Dengan penuh semangat, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 25/26 JMTI ingin menjemput seluruh warga pelajar untuk menyaksikan Tournament Mobile Legends yang akan diadakan seperti berikut:
🗓 Tarikh: 15 April 2026
🕗 Masa: 8:00 Malam – 11:00 Malam
📝 Mula : 8:00 Malam
📍Aplikasi: TikTok *@RZSUKATIDO*
💥 Saksikan perlawanan sengit antara pasukan-pasukan terbaik JMTI dan berikan sokongan anda!
📱 Livestream juga akan diadakan secara langsung di TikTok: ❗️❗️ *RZSUKATIDO*❗️❗️
Jangan lupa follow dan tonton untuk merasai kemeriahan tournament walaupun dari jauh!
Mari saksikan skill terbaik mereka dan lihat siapa yang paling hebat di Land of Dawn!
Mari kita meriahkan malam ini dengan semangat e-sukan dan kebersamaan 🎮🔥
"Semua Pelajar Dijemput Masuk!"
🏆 ARENA JMTI KINI DIBUKA! 🏆
Panggilan kepada semua hero Land of Dawn! Adakah anda dan pasukan mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi juara? Inilah masanya untuk buktikan skill anda dalam E-SPORT TOURNAMENT MOBILE LEGENDS: BANG BANG!
🔥 Jangan sekadar main, jadilah legenda! 🔥
📍 Lokasi: Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
🔗Pendaftaran: https://forms.gle/od5oWT5PhPhQ7Z2x8
Slot adalah terhad! Daftar sekarang sebelum terlambat. Tag kawan squad korang kat bawah! 👇
Pendaftaran akan ditutup pada 15/4 jam 4.00pm
#MLBB #JMTI #ESportMalaysia #MobileLegends #JMTITournament
