cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Black Shadow [ the bayang hitam]

Cahaya diperlukan untuk membentuk bayang yang hitam—· Tarbiah diperlukan untuk menyucikan hati yang kotor—· est 110417

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganTil belgilanmaganToif belgilanmagan
Reklama postlari
1 824
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam? JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon. Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram. Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar: قَالَ الشَّيْخُ أَبُوْ مُحَمَّدٍ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ نَفَعَ اللهُ مَا مُلَخَّصُهُ ظَاهِرًا لِلَفْظِ الزَّجْرِ عَنِ التَّشَبُّهِ فِي كُلِّ شَيْئٍ، كَذَا عُرِفَ مِنَ اْلأَدِلَّةِ اْلأُخْرَى أَنَّ الْمُرَادَ التَّشَبُّهُ فِي الزِّيِّ وَبَعْضِ الصِّفَاتِ وَنَحْوِهَا لاَ التَّشَبُّهُ فِي أُمُوْرِ الْخَيْرِ. Maksudnya: “Telah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.” [Fathul Baari] Kesimpulan Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya. Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam. Wallahua’lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya? JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat. Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam. Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya. Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain. Berkata Imam Nawawi: قال أصحابنا : يشير عند قوله : ( إلا الله ) من الشهادة ، ويشير بمسبحة اليمنى لا غير ، فلو كانت مقطوعة أو عليلة لم يشر بغيرها لا من الأصل باليمنى ولا اليسرى ، والسنة أن لا يجاوز بصره إشارته ، وفيه حديث صحيح في سنن أبي داود ويشير بها موجهة إلى القبلة ، وينوي بالإشارة التوحيد والإخلاص . والله أعلم . Maksudnya: “Dan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca إلا الله dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri. Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.” [Kitah Syarah Sahih Muslim] Wallahua'lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran? JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya. Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Quran dari paparan pada telefonnya itu. Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin: {قوله وينحى الخ } أى ويندب له ان ينحى أى يزيل منه شيء الذي كتب عليه معظم وذلك لما صح أنه صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل الخلاء وضع خاتمه وكان نقشه محمد رسول الله، محمد سطر ورسول سطر والله سطر وفي مغني مانصه وهذ الأدب مستحب Maksudnya: “Disunatkan baginya menghilangkan suatu yang tertulis padanya suatu yang dimuliakan kerana Nabi SAW adalah apabila memasuki tandas ditanggalkan dulu cincinnya yang tertulis Muhammad Rasulullah.” Wallahua’lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju. Adakah suami berhak atas duit isteri? JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya. Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah: ذهب جمهور الفقهاء (الحنفيّة والشّافعيّة وهو الرّاجح عند الحنابلة) إلى أنّ المرأة البالغة الرّشيدة لها حقّ التّصرّف في مالها، بالتّبرّع، أو المعاوضة، سواء أكانت متزوّجةً، أم غير متزوّجة. وعلى ذلك فالزّوجة لا تحتاج إلى إذن زوجها في التّصدّق من مالها Maksudnya: “Telah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin. Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.” Kesimpulan Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya. Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya. Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini. Wallahua’lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Benarkah makruh orang yang belum mandi hadas besar tidur dengan tidak ambil wuduk? JAWAPAN: Barangsiapa yang junub ia pada malam maka yang afdhal dia mandi hadas sebelum tidur supaya tidur ia dalam keadaan suci daripada hadas akan tetapi jika dia belum mahu mandi kerana berhajat mandi pada waktu subuh nescaya tidaklah berdosa akan tetapi sunat dia mengambil wuduk untuk tidur pada malam itu. Jika dia tidur tanpa mengambil wuduk maka hukumnya adalah makruh. Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari: وفي الصَّحِيحَيْنِ كان النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم إذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وهو جُنُبٌ غَسَلَ فَرْجَهُ وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ وكان صلى اللَّهُ عليه وسلم إذَا كان جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أو يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ وقيس بالجنب الحائض والنفساء إذا انقطع دمهما وبالأكل والشرب والحكمة في ذلك تخفيف الحدث غالبا والتنظيف وقيل لعله ينشط للغسل Maksudnya: “Dan tersebut pada kitab sahih Bukhari & Muslim adalah Nabi SAW apabila hendak tidur dalam keadaan junub beristinjak dulu dan mengambil wuduk seperti wuduk bagi sembahyang. Dan adalah Nabi SAW apabila sedang junub dan hendak makan atau tidur nescaya mengambil ia akan wuduk seperti wuduk untuk sembahyang. Dan diqiaskan dengan junub itu akan perempuan yang haidh dan nifas apabila telah putus oleh darahnya dan diqiaskan dengan makan itu akan minum. Dan hikmah yang demikian itu ialah meringankan hadas dan membersihkan diri. Dan kata setengah ulamak hikmahnya ialah merajinkan bagi mandi.” [Kitab Asnal Matalib] Wallahua’lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Ketika seorang itu sedang junub diharamkan membaca Quran. Bagaimana kalau orang yang junub itu berzikir adakah diharamkan juga? JAWAPAN: Harus hukumnya disisi syarak berzikir menyebut Allah bagi orang yang sedang berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas kerana sungguhnya perintah berzikir itu datang ia secara mutlak tanpa ada dikaitkan dengan berhadas atau suci. Dan adalah Nabi SAW sentiasa berzikir menyebut Allah pada sekelian gerak dan diamnya dan pada sekelian keadaannya. Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: كان رسولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم يذكرُ الله عزَّ وجلَّ على كلِّ أحيَانه Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berzikir menyebut Allah Azza Wa Jalla atas setiap keadaannya.” [Hadis Riwayat Imam Muslim] Yang dilarang ke atas orang yang berhadas besar hanyalah membaca Quran. Ada pun selain dari membaca Quran seperti berzikir dan selawat dan istighfar dan doa dan seumpamanya maka tidak ada larangan dengan ijmak ulamak. Telah berkata Imam Nawawi: أجمع العلماءُ على جواز الذكر بالقلب واللسان للمُحْدِث والجُنب والحائض والنفساء، وذلك في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والدعاء وغير ذلك Maksudnya: “Telah ijmak oleh para ulamak atas harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas dan yang junub dan haidh dan nifas. Zikir itu ialah tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat ke atas Rasulullah SAW dan doa dan lain dari yang demikian itu.” [Kitab Al-Azkaar] Wallahua’lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat? JAWAPAN: Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak. Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah: قال ابن المنذر(أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم – غير ابن سيرين – على أن التبسم في الصلاة لا يفسدها). وقال ابن قدامة(وأكثر أهل العلم على التبسم لا يفسدها – أي لا يفسد الصلاة) وقال النووي: قال أكثر العلماء: لابأس بالتبسم. Maksudnya: “Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir: Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat. Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah: Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat. Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).” Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya: لا يقطع الصلاةَ التبسمُ Maksudnya: “Tersenyum itu tidak memutuskan solat.” KESIMPULAN: Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat. Wallahua’lam Follow Instagram: instagram.com/firdausraizen @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka. Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak? JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan. Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga. Allah SWT berfirman: فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ Maksudnya: “Maka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.” [Surah An-Nisak: 140] Berkata Imam Ibnul ‘Arabi: لا يخلو أن يكون ما قالوه مِن ذلك جدا أو هزلا ، وهو كَيْفَمَا كان كُفْر ، فإن الهزل بِالْكُفر كُفْر لا خلاف فيه بين الأمة . اه Maksudnya: “Tiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir. Tiada perselisihan pada hukum tersebut. Wallahua’lam @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...
Assalam hi sahabat semua.. salam Sayyidul Ayyam! semoga semua sihat sentiasa🤲🏻 banyak-banyakkan berdoa! saya nk tambah kenalan di Instagram.. yg mna nk berkawan dan berkenalan boleh follow saya di LINK di bawah: https://www.instagram.com/firdausraizen • jangan risau saya followback🤩 Ajak ke arah kebaikan bersama kongsi ilmu... thanks semua!
Hammasini ko'rsatish...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Apakah hukumnya apabila dibina sebuah masjid lalu diletakkan nama orang yang membinanya atau yang mewakafkannya atau seumpamanya? JAWAPAN: Harus hukumnya meletakkan nama masjid dengan nama seseorang samada orang tersebut yang membinanya atau yang mewakafkannya atau yang memilik tanahnya atau seorang yang lain sekalipun dia seorang yang kaya asalkan bukan bertujuan riak dan bermegah-megah. Berkata Syeikh Athiyah Saqr: لا مانع من إطلاق أسماء بعض الناس على المساجد، وهذا الإطلاق قد يكون من غير من بنى المسجد، وذلك لتخليد اسم شخص عالم أو حاكم أو مصلح، وقد يكون هو الذى بنى المسجد وميزه باسمه. أما تخليد أسماء بعض الناس بنسبة المساجد إليهم فلا مانع منه إذا كان هذا الشخص يستحق ذلك، وإذا كانت نية من قاموا بهذا العمل حسنه. وأما كتابة بانى المسجد اسمه عليه فيرجع فيه أيضا إلى نيته، فإن كان لمجرد تمييزه عن غيرة وسهولة الاستدلال عليه أو عمل الإجراءات اللازمة له فلا مانع، وإن كان للفخر والرياء فممنوع، والنصوص فى وجوب الإخلاص لله وتحريم الرياء كنيرة، والحديث معروف " إنما الأعمال بالنيات Maksudnya: “Tiada halangan dari meletakkan nama seseorang kepada masjid. Yang demikian itu terkadang bukan nama orang yang membina masjid itu. Maka itu adalah kerana mengabadikan nama seorang yang alim atau seorang yang bijak atau seorang yang melakukan kebaikkan. Dan terkadang diletakkan nama orang yang membina masjid. Dan terkadang mengabadikan nama setengah orang-orang kepada masjid yang tiada ada halangan daripadanya apabila adalah individu tersebut memang berhak dengannya apabila tujuan orang-orang yang melakukannya adalah tujuan yang baik. Ada pun menulis akan nama tukang bina masjid maka kembali juga kepada niat. Maka jika semata-mata tujuannya supaya terbeza masjid tersebut dari yang lain dan memudahkan menunjukan kepadanya atau pekerjaan yang lazim baginya maka tidaklah menjadi halangan. Dan jika adalah meletakkan nama seseorang kerana berbangga-bangga dan riak maka ia adalah dilarang. Dan segala nas pada wajibnya ikhlas kerana Allah dan haramnya riak sangat banyak. Hadis segala amal itu dengan niat sangat masyhur." Wallahua’lam @wnmuhdfirdaus
Hammasini ko'rsatish...