CTC.FM NEWS
Kanalga Telegram’da o‘tish
Hub berita dan isu-isu semasa. Juga yang terkini dalam dunia ekonomi, perniagaan dan kewangan tempatan dan global.
Ko'proq ko'rsatish1 895
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kunlar
-1530 kunlar
Postlar arxiv
1 895
Menteri Luar Negeri Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, berkongsi pengalamannya membina ejen AI peribadi dalam ucapan di persidangan AI Engineer Singapore.
Menariknya, keseluruhan sistem ejen AI peribadi yang sangat membantu tugas harian beliau itu hanya dikendalikan menggunakan perkakasan komputer mikro Raspberry Pi.
Ini membuktikan bahawa penggunaan AI yang efektif dan berkuasa kini sangat mampu milik serta boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Berita Sumber : Ministry of Foreign Affairs Singapore
Gambar Hiasan : APIC-ADVA Summit
1 895
Hubungan perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia, China dan Amerika Syarikat, menyaksikan perkembangan positif apabila kedua-dua negara bersetuju untuk meneruskan semua perjanjian komersial yang telah dimeterai sebelum ini.
Baca berita penuh : https://ctc.fm/china-as-tubuh-majlis-perdagangan/
1 895
Serbuan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat ke kedai makan di Saujana Putra baru-baru ini mendapati tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
Pemeriksaan turut mendapati terdapat sisa makanan dibuang ke dalam longkang yang boleh menjejaskan kebersihan persekitaran serta mengundang pencemaran.
Susulan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran beberapa notis yang perlu diselesaikan oleh pemilik premis dengan serta-merta.
Berita Sumber : @mpkl.kualalangat (Instagram)
Gambar Sumber : @mpkl.kualalangat (Instagram)
1 895
Interaksi di laman media sosial X itu menunjukkan warga Jepun berkenaan terus bersikap angkuh walaupun telah ditegur oleh ramai netizen lain.
Beberapa tahun kebelakangan ini, suara anti Islam di Jepun mula bergema dengan lebih kuat melalui hantaran yang seringkali mengkritik gaya hidup muslim di sana.
Pelancong dan pelajar Malaysia dinasihatkan untuk tidak patah hati untuk ke sana dan sebaliknya bersikap lebih berhati-hati dan menghormati budaya mereka.
Berita Sumber : X
Gambar Sumber : X
1 895
Terkini!
Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad umum Parti Bersama Malaysia (MU) sebagai platform baharu hala tuju politik mereka.
Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut mengesahkan yang mereka akan keluar dari PKR berkuat kuasa 19 Mei 2026.
Presiden Parti Bersama Malaysia (MU), Tan Gin Theam (kanan) menyerahkan sijil pendaftaran parti itu kepada mereka sebagai langkah simbolik.
Berita Sumber : @SinarOnline (X)
Gambar Sumber : @imnormgoh (X)
1 895
Ketua Pemuda PKR Cabang Batu dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi, mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada parti.
Beliau menegaskan bahawa PKR kini telah tersasar jauh daripada prinsip dan idealisme perjuangan reformasi yang diyakininya selama ini.
Menurutnya, selepas PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selama lebih separuh penggal, hala tuju parti dilihat mula berubah demi kepentingan tertentu.
Berita Sumber : Free Malaysia Today
Gambar Sumber : Free Malaysia Today
1 895
Bukit Aman mengesahkan akan menyiasat dakwaan mengenai kepulangan rahsia ahli perniagaan 'wanted', Jho Low, ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat sulit.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menyatakan status kesasihan laporan berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini.
Isu ini mula mendapat perhatian selepas sebuah portal berita dalam talian melaporkan bahawa Jho Low terlibat dalam rundingan rahsia Malaysia dan China.
Berita Sumber : Farik Zolkepli (The Star)
Gambar Sumber : Borneo Post
1 895
Langkah intervensi ini diambil bagi memastikan kawalan keselamatan rantaian makanan negara sentiasa berada pada tahap yang optimum dan mematuhi piawaian.
Baca berita penuh : https://ctc.fm/malaysia-perketat-import-siakap-udang-thailand/
1 895
Barisan Nasional (BN) mengesahkan bakal bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Keputusan yang diumumkan oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyaksikan tiada sebarang kerjasama politik akan dibentuk termasuk Pakatan Harapan (PH).
Langkah bertanding di semua kerusi disifatkan sebagai tawaran manifesto yang jelas kepada rakyat Johor bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan kuat.
Berita Sumber : CNA
Gambar Sumber : Bernama
1 895
Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Zaliha Mustafa, mempertahankan tindakan beliau mengeluarkan nikotin cecair daripada Akta Racun 1952 pada Mac 2023.
Beliau menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah penting untuk mengawal selia industri vape bernilai berbilion ringgit yang sebelum ini dikuasai pasaran gelap.
Menurut beliau, kerajaan tidak boleh membiarkan sebuah industri yang besar beroperasi tanpa sebarang rekod, pendaftaran, dan pemantauan rasmi.
Berita Sumber : Tarrence Tan (The Star)
Gambar Hiasan : Bernama
1 895
Satu perhimpunan solidariti bagi menyokong Sultan Selangor telah diadakan semalam dengan penyertaan sekitar 5,000 orang awam serta barisan pemimpin politik tanah air.
Baca berita penuh : https://ctc.fm/5000-berhimpun-pertahan-titah-sultan-selangor/
1 895
Rempuhan kereta api dan sebuah bas awam di Bangkok telah mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa serta mencederakan 25 orang yang lain.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa impak perlanggaran yang kuat itu telah mencetuskan kebakaran besar yang marak dengan pantas di kawasan kejadian.
Insiden tragis yang berlaku di Jalan Asok-Din Daeng ini turut memusnahkan beberapa buah kereta dan motosikal yang berada berhampiran.
Berita Sumber : Reuters
Gambar Sumber : Media Sosial
1 895
Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meluluskan laluan kemasukan baharu bagi pemegang Unified Examination Certificate (UEC) ke universiti awam.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa syarat ketat tetap dikenakan di mana semua calon wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Pada peringkat permulaan, ruang kemasukan ini kemungkinan besar akan dihadkan kepada beberapa kursus pengajian terpilih sahaja sebelum diperluaskan.
Berita Sumber : Bernama
Gambar Hiasan : Free Malaysia Today
1 895
Kebangkitan semula ini berlaku selepas Amazon menempuh tempoh prestasi hambar selama lima tahun, di mana pertumbuhan sahamnya sebelum ini berada jauh di bawah prestasi indeks Nasdaq 100 dan S&P 500.
Baca berita penuh : https://ctc.fm/strategi-ai-lonjak-nilai-pasaran-amazon-hampiri-as3-trilion/
1 895
Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan yang jutaan ringgit akan dibelanjakan untuk menyiarkan Piala Dunia Bola Sepak ke kaca tv tempatan.
Dalam masa yang sama, Kementerian Kewangan juga mengumumkan potongan bajet bagi sektor kesihatan dan pengajian tinggi untuk langkah penjimatan.
Kontradiksi ini mengundang perbincangan dan pendapat yang pelbagai dari rakyat negara ini berkenaan kepentingan yang sebenar.
Berita Sumber : X
Gambar Sumber : X
1 895
Belanjawan syarikat-syarikat terkemuka mula mengalami kebocoran ekoran kos pelaburan AI yang kini dilaporkan lebih mahal berbanding pembayaran gaji pekerja.
Fenomena ini mencetuskan perdebatan baharu mengenai kos jangka panjang antara pengambilan tenaga kerja manusia dengan penggunaan infrastruktur digital.
Beberapa firma gergasi mula mengakui bahawa mereka kini lebih banyak berbelanja untuk infrastruktur AI berbanding mengekalkan saiz tenaga kerja sedia ada.
Berita Sumber : Madison Mills (Axios)
Gambar Hiasan : Kittipong Jirasukhanont (Phonlamai Photos)
1 895
Penggemar jam tangan mewah pasti kenal dengan jenama Audemars Piguet (AP) yang terkenal dengan model jam tangan Royal Oak.
Baru-baru ini AP telah mengumumkan kerjasama bersama jenama Swatch untuk menghasilkan jam poket berwarna-warni, Royal Pop.
Langkah itu dikatakan adalah untuk cuba menembusi pasaran akseseori beg yang didominasi oleh keycahin popular 'Labubu'.
Berita Sumber : Jack Seemer (Gear Patrol)
Gambar Sumber : Monochrome
1 895
Langkah ini menyusul selepas Presiden China, Xi Jinping, memberi amaran keras bahawa kesilapan langkah dalam isu sensitif membabitkan Taiwan boleh mengheret kedua-dua negara ke kancah peperangan.
Baca berita penuh : https://ctc.fm/trump-amaran-taiwan-jangan-isytihar-merdeka/
1 895
Ketegangan ini memuncak sejak April lalu apabila lebih 30,000 pekerja Samsung mengadakan aksi protes bagi menuntut bahagian keuntungan yang lebih adil.
Mereka membandingkan pakej kebajikan mereka dengan syarikat pesaing, SK hynix, yang menjamin bonus bernilai sehingga $477,000 tahun ini.
Pekerja Samsung berasa terpinggir kerana walaupun syarikat mereka memegang pasaran yang lebih besar, jumlah bonus yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah.
Berita Sumber : Jowi Morales (Tom's Hardware)
Gambar Sumber : The Korea Times
1 895
Satu perkongsian oleh laman berita The Edge Malaysia mendedahkan yang tangga kenaikan gaji di Malaysia begitu perlahan kerana graduan bekerja di bidang yang salah.
Separuh dari potensi gaji yang diterima oleh graduan hilang kerana kelulusan yang diterima tidak selari dengan industri yang diceburi.
Dalam masa yang sama, syarikat dan firma yang menawarkan gaji yang lumayan juga berkembang dengan perlahan menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan.
Berita Sumber : The Edge Malaysia
Gambar Sumber : The Edge Malaysia
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 — yilning asosiy insaytlari 
