𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”
Kanalga Telegram’da o‘tish
2 650
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kun
Ma'lumot yo'q30 kun
Postlar arxiv
2 650
💥ZIKIR HARI RABU💥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْه
💦ASTAGHFIRULLAH HAL A’ZIM
💦Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan yang maha Agung.
💦Fadhilatnya #
~ Setiap kali dibaca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan ke atas hamba-Nya.
@ImanQowiyy🐝
05 Fev 2019, 17:25
2 650
📌Tazkirah Ringkas
📑ALLAH BERI PERINGATAN KEPADA KITA AGAR KITA TAKUT KEPADANYA
Firman Allah SWT :
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
[Surat Al-Baqarah 187]
Terjemahan :
"Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa."
📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti
Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com
05 Fev 2019, 17:25
2 650
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Hormati Yang Tua, Hafiz & Pemimpin Adil
عن أَبي موسى قَالَ: قالَ رسولُ اللَّه ﷺ: إِنَّ مِنْ إِجْلالِ اللَّهِ تَعَالَى: إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبةِ المُسْلِمِ وَحَامِلِ الْقُرآنِ غَيْرِ الْغَالي فِيهِ والجَافي عَنْهُ وإِكْرَامَ ذِي السُّلْطَانِ المُقْسِطِ .
Daripada Abu Musa dia berkata, bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati seorang muslim yang beruban (sudah tua), pembawa Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan padanya (dengan melampaui batas) dan tidak menjauh (dari mengamalkan) Al-Qur’an tersebut, serta memuliakan pemimpin yang adil.” (HR. Abu Daud No: 7/354) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Antara cara mengagungkan Allah adalah dengan:
a. Menghormati orang Islam yang lebih tua
b. Memelihara al-Qur’an dengan tidak berlebih-lebihan padanya (dengan melampaui batas) dan tidak menjauh (dari mengamalkan) al-Qur’an tersebut.
c. Memuliakan pemimpin yang adil
2. Menghormati orang yang lebih tua kerana banyak pengalamannya, juga mendalam ilmu dan ibadahnya.
3. Rasulullah SAW bersabda:
الْبَرَكَةُ مَعَ أَكَابِرِكُمْ
“Barakah itu bersama orang-orang tua dari kalian.” (HR. Ibnu Hibban, Al-Hakim, lihat Shahihul Jami’ no. 2884)
4. Imam Nawawi rahimahullaahu menerangkan: “Diambil faedah dari hadis ini bahawa kekokohan dan kuatnya pandangan hati adalah ketika seorang telah sempurna umurnya, banyak pengalamannya, dan kuat pemahamannya.” (Fathul Bari 12/287).
5. Mengagungkan Allah juga dengan memelihara hak al-Quran dan mengamalkannya.
6. Memuliakan pemimpin yang adil juga adalah sebahagian daripada akhlak yang mulia.
JOM hormati orang yang lebih tua, pemelihara al-Qur’an serta muliakan pemimpin yang adil.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
06hb Februari 2019
01hb Jamadil Akhir 1440
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
05 Fev 2019, 17:14
2 650
Jodoh tu rahsia Allah, kita hanya mampu ikhtiar sehabis mungkin 😊❤️
@HatiMilikAllah
05 Fev 2019, 10:51
2 650
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sayangi Yang Muda Hormati Yang Tua
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يَرْوِيهِ قَالَ ابْنُ السَّرْحِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيَعْرِفْ حَقَّ كَبِيرِنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Dari Abdullah bin Amru ia meriwayatkan; Ibnu As Sarh berkata; dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang tidak menyayangi anak kecil di antara kami dan tidak mengenal hak orang tua di antara kami, maka ia bukan dari golongan kami." (Abu Daud No: 4292) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya saling menyayangi dan menghormati orang lain.
2. Sayangi orang yang lebih muda dari kita dan hormati yang lebih tua.
3. Antara cara menghormati orang tua adalah
a. Memanggil dengan gelaran serta panggilan yang baik
b. Bercakap dengan sopan santun
c. Berjalan dibelakang atau di sisi bukan dihadapan orang tua
d. Meminta laluan jika melintasi orang tua
e. Jika dinasihati, dengar dengan baik walaupun kita mungkin tidak bersetuju
f. Jika ingin menasihati, gunalah saluran yang betul serta menjaga adab yang baik seperti penggunaan bahasa yang beradab.
4. Antara cara menyayangi yang muda adalah:
a. Memberi contoh yang baik
b. Menasihatkan dengan cara yang baik jika dia melakukan kesalahan atau kesilapan
c. Ajarlah serta bimbing mereka dengan cara yang terbaik
d. Jangan mengherdik atau memaki hamun jika dia melakukan kesilapan
e. Hargailah sesuatu yang telah dilaksanakan walaupun kecil
f. Elak dari merendah dan meremehkan apa yang dilakukan oleh mereka
5. Rasulullah SAW tidak mengaku sebagai umatnya kepada orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua.
JOM sayangi yang muda dan hormati yang tua.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
05hb Februari 2019
30hb Jamadil Awal 1440
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
04 Fev 2019, 18:26
2 650
📌Tazkirah Ringkas
📑INGATLAH! ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG KITA KERJAKAN
Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
[Surat Al-Baqarah 181]
Terjemahan :
"sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti
Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com
04 Fev 2019, 18:26
2 650
Termenung sejenak
Memikirkan
Adakah jodoh mahu ajal
Yang sampai terlebih dahulu??
Ajal
Jodoh
Itu rahsia Illahi
Mati itu sudah pasti
Namun jodoh
Belum pasti
Sama ada kita temukan si dia
Di dunia
Mahupun di akhirat sana
Akan tetapi
Manusia sering leka
Dan meneka neka
Jodoh mereka
Sedangkan setiap manusia
Sering dihadiri
Malaikat penyabut nyawa💔
"Mati itu pasti"
Kerana sudah termaktub di dalam kitab suci al-Quran
Jadi?
Adakah harus melengah lengahkan taubat!!
Tepuk dada tanya iman lah😎
@HatiMilikAllah
04 Fev 2019, 18:05
2 650
Tsunami disana sini
Gambaran awal kiamat menanti
Belum kena pada malaysia ini
Bolehlah berhooray hoorey lagi
Kerana difikiran akal ini
"Kiamat lama lagi"
"Rileks lah"
Oleh itu,
Adakah kita perlu
Menunggu sampai kiamat itu tiba
Menunggu sehingga matahari mula terbit dari barat
Adakah kamu tahu
Bahawa orang yang sudah berada di alam kubur
Iginkan kembali pada dunia
Hanya dan hanya
Mengabdikan diri pada-Nya
Namun kita?
Masih berfoya foya dengan kepalsuan kebahagian dunia ini💔
@HatiMilikAllah
04 Fev 2019, 18:00
2 650
Hujan diluar sana🌧
Membasahi dunia yang fana🌏
Disertakan angin🌬
Laju kencangnya🍃..
Baru begini
Manusia sudah kalut dan takut😰
Ini kan pula
Hari kiamat yang akan pasti tiba🤯
@HatiMilikAllah
04 Fev 2019, 17:49
2 650
Perkahwinan itu tidak sempurna tanpa pasangannya,
Pertandingan itu tidak sempurna dengan adat kalah menangnya,
Pagi itu tidak sempurna subuhnya,
Hidup ini tidak sempurna dengan keperibadian mulianya
Akhlak mulia umpama satu kunci untuk kau terus aman dan tenang
Menjaga hubugan manusia sesama manusia
@HatiMilikAllah04 Fev 2019, 17:45
2 650
I feel really happy when I see you, because when I look at you and see your smile, it also makes me smile.
@HatiMilikAllah 🌸
04 Fev 2019, 09:38
2 650
Don’t promise me the moon or the stars . Just promise you’ll stay under them with me forever .
@HatiMilikAllah 🌸
04 Fev 2019, 09:23
2 650
Setiap manusia melakukan kesilapan, jadi kita tak perlu nak bersedih atau berasa janggal dgn org lain apabila kita melakukan kesilapan
@HatiMilikAllah
04 Fev 2019, 08:25
2 650
Kenapa perlu ada
model
muslimah
sedangkan dalam islam wanita tidak dibenarkn sama sekali menanyang tubuh badan mereka di depan khalayak ramai..
Mahupun menutup aurat atau pon tidak
@HatiMilikAllah
04 Fev 2019, 07:31
2 650
Pilih Universiti itu umpama memilih jalan untuk masa depan sendiri😭😭😭
@HatiMilikAllah
04 Fev 2019, 07:29
2 650
Lelaki bila kena tinggal dengan gf, dia akan lebih hargai wanita yang hadir dalam hidup dia.
Perempuan bila kena tinggal dengan bf, dia akan lebih hati hati nak pilih lelaki yang nak masuk dalam hidup dia.
☹️ hmmm
@HatiMilikAllah 🌸
04 Fev 2019, 07:15
