cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Cantik Di Mata, Indah Di Hati ❤️

April 2016 Ilmu itu ibarat haiwan liar dan tali pengikatnya ialah catatan Dakwah KeranaNya

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
1 454
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kunlar
-1330 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Jika putih itu indah kenapa ada hitam dalam hidup Ini.. Jika melati itu suci kenapa ada mawar berduri.. Jika kita punya mata untuk menatap masa depan. kenapa kita harus memejamkan mata untuk berkhayal.. Hidup ini indah bila saja kita mengerti Tentang kehidupan.. Hidup ini indah Jika kita saling menghargai dan.. Hidup ini akan jauh lebih indah jika tak ada sedikitpun rasa benci ... kerana kita hidup untuk saling melengkapi...
Hammasini ko'rsatish...
♡ HATI ♡ Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan kita dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik, atau setidaknya peluang dan kesempatan untuk bisa berbuat baik. Maka isi hati kita dengan prasangka baik, harapan baik, keinginan baik, dan tekad untuk menjadi lebih baik. Hati yang bersih lebih manis dari wajah yang tampan. Dan hati yang lembut lebih indah dari pakaian yang menawan. Ketahuilah jika kita melihat keindahan pada orang lain maka sebenarnya ada keindahan dalam diri. Namun bila kita selalu melihat keburukan pada orang lain maka itu adalah pertanda buruknya hati kita.
Hammasini ko'rsatish...
Meningkat dewasa membuatkan dirimu tidak ambil peduli tentang perkara yang tidak bermanfaat. Hal-hal yang remeh dan tidak penting. Kerana jika terlalu banyak perkara yang awak fikirkan akan membuat overthinking, sesuatu benda itu awalnya baik tapi lama kelamaan menjadi tidak baik. Jika sesuatu perkara itu bukan urusanmu, jangan terlalu ambil tahu kelak membebankan diri. Stay positive ⚡️
Hammasini ko'rsatish...
Selamat Tahun Baru Hijrah 1 Muharam 1446H! Semoga tahun ini membawa keberkahan, kedamaian, dan kebahagiaan bagi kita semua. Mari kita perbarui semangat hijrah menuju kehidupan yang lebih baik, lebih taat, dan penuh makna. Aamiin ya Allah
Hammasini ko'rsatish...
TAKDIR ... Ada satu ketika .. Kita rasa mahu saja menghentikan masa. Kerana kita.. tak mahu mendengar.. apa yang perlu kita dengar. Kerana kita... tak mahu melihat , apa yang perlu kita lihat. Dan kerana kita, tak mahu menerima , apa yang perlu kita terima. Namun.. dalam kehidupan, tidak wujudnya kebetulan. Yang ada.. hanyalah takdir dari Tuhan.
Hammasini ko'rsatish...
Buat maksiat ni penat. Sangat penat. Penat sebab terpaksa menipu diri sendiri dengan cakap, "Aku okay la.." "Aku seronok la.." Padahal hati kita tak tenang pun. Kalut, serabut, stress. Penat juga sebab selalu sangat bertarung dengan nafsu sendiri. Hati rasa nak berubah, tapi nafsu paksa jangan berubah. Akhirnya kita akur dengan nafsu, kita pilih untuk terus buat dosa dan maksiat. Penat. Kan? So, mulakan dengan langkah pertama. Macam mana? Ambil wuduk dan solat. Atau istighfar sebanyak yang mungkin sambil fikirkan dosa2 yang kita dah buat. Moga kita jumpa secebis ketenangan dalam air mata yang mengalir.
Hammasini ko'rsatish...
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1445H Jika kita belum mampu menyembelih binatang Qurban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan egoisme dalam hati kita Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim. Sebahagian salaf menyebut: ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa. Imam Hasan Al-Basri rahimahullah  berkata; كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya. Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya. تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Hammasini ko'rsatish...
💙 Apapun yang kita lakukan dalam hidup. Ingatlah, kehidupan kita ini suatu ibadah. 💙 Luruskan niat. Lakukan dengan ikhlas. 💙 Inshaa Allah, usaha kita takkan pernah sia-sia. 💙 Kalau kita mendongak ke langit, jangan lupa tunduk ke bumi, 💙 Kalau kita berada di depan, jangan lupa menoleh ke belakang. 💙 Kerana langit itu impian, bumi itu kenyataan. 💙 Yang di depan itu tantangan dan yang di belakang adalah pengajaran. 💙 Dalam riwayat At-Tirmidzi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah; يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ 💙 Wahai zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.