uz
Feedback
Masri's Channel

Masri's Channel

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu, nasihat, dan sekali-sekala iklan produk yang saya jual.

Ko'proq ko'rsatish
3 110
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-17 kunlar
-1430 kunlar
Postlar arxiv
Puasa 9 Muharram ‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Ayyu Yaum Yusomu Fi ‘Asyura, hadis no: 1134] 3- Usah cemari bulan mulia ini dengan dosa. Shaikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Tharifi berkata: الأشهر الحرم ذو القعدة وذو الحجة ومحرم ورجب، Bulan-bulan haram adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab. المعصية والطاعة فيهن أعظم من غيرهن (فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ) Kemaksiatan dan ketaatan di dalam bulan-bulan tersebut lebih besar daripada di bulan-bulan lain. Firman Allah: "Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu pada bulan-bulan tersebut" [Al-Tawbah : 36]. وإذا عظمت المعصية فيهن فالطاعة أعظم. Apabila kemaksiatan menjadi besar di dalam bulan-bulan haram, maka ketaatan lebihlah besar. #MMMR

Ada Apa Dengan Bulan Muharram? 1- Ia merupakan salah satu 'bulan Haram'. عَنِ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ ‏ Abu Bakrah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Zaman telah beredar sebagaimana keadaannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Setahun itu ialah dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan haram: Tiga yang berturut-turut iaitu: Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Al-Muharram, dan bulan Rejab pula yang berada antara Jamadil AKhir dan Sya’ban [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’I al-Khalq, hadis no: 3197] إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ‌ۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡ‌ۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬‌ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ (٣٦) Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (Al-Tawbah : 36) 2- Apakah amalan yang perlu dilakukan dalam bulan Muharram? Secara umumnya, kita digalakkan membanyakkan amal ibadah dalam bulan-bulan haram. Khususnya pula, dalam bulan Muharram terdapat dalil-dalil khusus untuk membanyakkan puasa di dalamnya. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏”‏ ‏.‏ Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram, hadis no : 1163] Lebih-lebih lagi kita digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Puasa 10 Muharram/Asyura Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Puasa hari ‘Asyura, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Istihbab Siyam Tsalasah Ayyam Min Kulli Shahr wa Sawm Yaum ‘Arafah wa ‘Asyura wa al-Isnain wa al-Khamis, hadis no: 1162]

Rabu ni cuti Maal Hijrah kan? Kita akan adakan seminar online berkaitan keibu bapaan. Seminar online selama 2 jam ini akan me
Rabu ni cuti Maal Hijrah kan? Kita akan adakan seminar online berkaitan keibu bapaan. Seminar online selama 2 jam ini akan membedah karya kecil Shaikh Abdul Razzaq al-Badr yang bertajuk: عشر ركائز في تربية الأبناء yang bermaksud 10 Asas Dalam Mendidik Anak-Anak. Apa yang akan peserta perolehi? Apakah yang akan diperolehi oleh peserta 1- Terjemahan dalam B. Malaysia buku '10 Asas Dalam Mendidik Anak-Anak' dalam format PDF. 2- Menghadiri seminar secara live melalui Medium Google Meet atau Youtube Live, dan boleh berinteraksi dengan pembentang secara terus ketika seminar. 3- Akses kepada rakaman seminar. Hari: Rabu 17 Jun 2026 Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi Medium: Gmeet dan Youtube Live. Pembentang: Mohd Masri bin Mohd Ramli. Daftar di sini -> https://forms.gle/LWE2YipQkKMSxYLv7

Kelas sesi bulan Jun akan mula minggu depan insyaAllah. Sirah kita dah masuk tahun 6 hijrah. Daftar di sini 👇🏻 https://forms.gle/dx6yy85KMvJREtpY7

photo content

Insya-Allah malam ini kita akan masuk sesi ke 20 Surah al-Ahzab. Kita masuk ayat ke 57: إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَر
Insya-Allah malam ini kita akan masuk sesi ke 20 Surah al-Ahzab. Kita masuk ayat ke 57: إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا ‎﴿٥٧﴾ Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menghinakan. Malam ini kelas pertama bulan Mei. Daftar di pautan ini. https://forms.gle/dPc3KcUkeh6Vws9c9

Imam Ibnu al-Qayyim berkata: Perbezaan darjat amalan di sisi Allah Ta‘ala adalah bergantung kepada perbezaan yang ada dalam hati, seperti iman, keikhlasan, kecintaan (kepada Allah) dan perkara-perkara yang mengikutinya. Amalan yang sempurna akan menghapuskan dosa secara sempurna, manakala amalan yang kurang (sempurna) maka penghapusannya juga adalah sekadar mengikut kadar tersebut. (al-Wabil al-Sayyib) تَفاضُلُ الأعمال عند الله تعالى بِتفاضُلِ ما في القلوب من الإيمان، والإخلاص، والمحبة وتوابعها، وهذا العمل الكامل هو الذي يكفِّر تكفيرًا كاملًا، والناقصُ بِحَسَبِه. #MMMR

Berdoalah kepada Allah agar kita dicukupkan dengan rezeki yang halal. اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ. “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada (bergantung kepada) selain-Mu.” عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ: إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ مُكَاتَبَتِي فَأَعِنِّي، قَالَ: أَلاَ أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ، قَالَ: قُلْ: اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ. Daripada ‘Ali ra bahawa seorang hamba yang membuat perjanjian untuk menebus dirinya datang kepadanya lalu berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menunaikan bayaran pembebasanku, bantulah aku.” ‘Ali berkata: “Mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimah yang telah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepadaku? Sekiranya engkau mempunyai hutang sebesar Gunung Ṣīr sekalipun, nescaya Allah akan melunaskannya daripadamu.” Beliau berkata: Ucapkanlah (doa di atas). [Jami' al-Tirmidhi, Hasan Gharib]. #MMMR

Malam ini kita sambung huraian al-Asma' al-Husna. Kita akan bincangkan nama Allah al-Kabir dan al-Mutakabbir. Bagaimana ya nak beramal dengan nama ini? 9.00 malam di gmeet, dan youtube live. Nak sertai? Sesiapa yang belum mendaftar, boleh lakukan di pautan berikut: https://forms.gle/qkMuusdY6uNGU3Z19

Malam ini kita masih berada pada tahun ke 4 hijrah. Telah berlalu kisah pengkhianatan yang memakan korban para sahabat yang dihantar sebagai guru agama kepada mereka yang konon-konon nak belajar pasal Islam. Dua peristiwa, tragedi al-Raji', dan Bi'r Maunah. Malam ini kita akan sambung lagi siri sirah kita, kali ini pengkhianatan Yahudi Bani Nadir. Insya-Allah malam ini siri ke 37 Tadabbur Sirah Nabawiyyah. Siapa nak sertai boleh daftar di pautan di bawah. https://forms.gle/qkMuusdY6uNGU3Z19

*Jom puasa enam!* عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Abu Ayub al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1991] Terdapat banyak faedah melakukan puasa enam di bulan Syawal. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyenaraikan beberapa faedah tersebut: *1) Mendapat pahala puasa setahun* *2) Menyempurnakan kekurangan pada puasa Ramadhan* *3) Petanda puasa Ramadhan diterima Allah* *4) Tanda bersyukur kerana berjaya beribadat di bulan Ramadhan* Tatacara Melakukan Puasa Enam Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan. [al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab]. Jika seseorang itu mempunyai qadha Ramadhan, bolehkah dia berpuasa 6? Ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Mazhab Syafie membenarkannya jika dia mempunyai hutang Ramadhan kerana uzur seperti haidh, musafir dan lain-lain kerana mereka yang mempunyai uzur boleh melewatkan qadhanya selagi mana sebelum Ramadhan seterusnya. Jika dia tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sengaja tanpa uzur, tidak boleh dia berpuasa sunat kerana dia perlu segera menyelesaikan qadha puasanya. Bolehkah jika menggabungkan niat puasa qadha dan puasa sunat. Ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Sebahagian ulama menyatakan ia dibenarkan. Ada yang tak membenarkan. Walaupun begitu yang lebih sempurna adalah diasingkan 2 ibadah itu. Wallahua'lam. #MMMR

SERUAN KEPADA KAUM BAPA/SUAMI. BAWA ANAK & ISTERI PI SOLAT RAYA. Bila baca komen kaum Hawa yang sebut ada suami/ayah suruh mereka tak pi solat raya, duduk rumah siap juadah untuk tetamu, ada pula yang tak sempat siap sebab dok siapkan anak dan layan suami sampai tak sempat pi masjid solat raya. Maka untuk lelaki² umat Nabi Muhammad SAW, bacalah hadis ini: عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى : الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ ” ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ : ” لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا “Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?” Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Eidain, hadis no : 890] Bawaklah anak dan isteri pergi solat raya. Jika anak ramai, sebahagian isteri pegang, sebahagian suami pegang. Jika takut anak meragam, masuk bila nak dekat mula solat raya. Lepas tu habis solat, boleh bawa anak keluar. Lagi elok jika sambil layan anak tu dengar khutbah, jika tak, boleh terus balik. Itu lagi elok daripada tak bawa anak isteri pi solat raya. Ziarah menziarahi tu adat yang baik. Tapi jika sampai kerana nak rai adat sampai tak sempat laksana SUNNAH yang sunat muakkad, maka adat tu perlu diubah, bukannya tinggalkan sunnah. Suami yang baik pasti memudahkan isterinya beribadah. Janganlah biar isteri terkontang-kanting pagi tu buat semua benda sampai tak sempat siap pi solat raya. Tak jatuh maruah seorang suami siapkan anak, mandikan anak, pakaikan baju raya kat anak. Suami, makan pagi raya tu tak perlu cerewet sangat nak itu nak ini sampai isteri pagi² tu sibuk nak masak itu ini. Bagi simple je. Memang sunnah makan sebelum solat raya. Apa yang nabi saw makan? عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ “ ‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, hadis no : 906] Simplekan nabi saw? Nanti lepas balik solat, makanlah yang lain. Pagi raya tu bagi mudah untuk kita dan anak isteri pi solat raya. Suami budiman, jika kita tak nak bawa anak isteri pi masjid solat raya sebab takut 'fitnah', maka lebih patut tak bawa anak isteri ziarah menziarahi waktu raya, atau melayan tetamu. Lebih banyak 'fitnah' berbanding pi solat raya. Jika pakaian dan perhiasan anak isteri tak patuh syariah, pakai wangi² kuat sampai tersebar luas baunya, suami/bapa memanglah berhak tak bagi pi masjid. Tapi jangan pula lepas tu boleh pula keluar dengan anak isteri pergi beraya dalam keadaan mereka tak patuh syariah. Kan pelik tu? Pi solat raya, paling koman mereka akan pakai juga telekung untuk solat kalau pakaian mereka tak patuh syariah. Kalau pi beraya, tidaknya mereka nak pakai telekung. Takkan tempat lain kurang 'fitnah' berbanding pi solatkan. Seruan saya ni agar kaum lelaki yang merupakan kaum keluarga memimpin anak isteri berhari raya ikut SUNNAH. Ini perayaan agama Islam, maka kena utamakanlah apa yang Nabi saw ajar berbanding adat budaya. Jika isteri tak dapat pergi kerana tak sihat, jaga orang sakit, atau ada anak autistik yang tak sesuai dibawa, maka ingatkan isteri untuk solat raya di rumah. Ayuh suami, jadi lelaki yang ikut SUNNAH! #MMMR

photo content

Malam ini adalah malam ke 27 Ramadhan. Gandakan ibadah kerana malam ini merupakan antara malam yang berpotensi besar menjadi malam al-Qadar. Ubay bin Ka’ab radiallahu ‘anhu berkata: وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ ، إِنَّهَا لَفِي رَمَضَانَ يَحْلِفُ مَا يَسْتَثْنِي ، وَوَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ ، هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا ، هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ ، وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا ” . Demi Allah yang tiada yang berhak disembah selainNya. Sesungguhnya ia (iaitu malam al-Qadar) berlaku pada bulan Ramadhan. Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui di malam yang mana. Ia adalah malam yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami menghidupkannya. Ia adalah malam yang kedua puluh tujuh. Petandanya ialah matahari akan terbit pada siang hari tersebut dengan cerah tetapi ia tidak panas terik [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 762] #MMMR

. وَإِذَا كَانَ الْأَمْرُ هَكَذَا فَيَنْبَغِي أَنْ يَتَحَرَّاهَا الْمُؤْمِنُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ جَمِيعِهِ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” { تَحَرَّوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ } وَتَكُونُ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ أَكْثَرَ . وَأَكْثَرُ مَا تَكُونُ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ كَمَا كَانَ أبي بْنُ كَعْبٍ يَحْلِفُ أَنَّهَا لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ . Oleh yang demikian, maka hendaklah seorang yang beriman mencari malam al-Qadar itu pada keseluruhan sepuluh malam akhir Ramadhan sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Carilah ia pada sepuluh malam akhir Ramadhan. Ia lebih kerap berlaku pada malam tujuh akhir Ramadhan. Ia juga lebih sangat kerap terjadi pada malam dua puluh tujuh sebagaimana Ubay bin Ka’ab bersumpah ia terjadi pada malam dua puluh tujuh. #MMMR

Malam ini malam 26 Ramadhan Adakah boleh terjadi lailatulqadar pada malam ini? Jawapan: Menurut Ibn Taimiyyah boleh, apabila dilihat pada hadis Abu Bakrah radiallahu 'anhu yang berbunyi: ” الْتَمِسُوهَا فِي تِسْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي سَبْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي خَمْسٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي ثَلَاثِ أَوَاخِرِ لَيْلَةٍ “ Abu Bakrah radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah (Lailatul Qadar) pada sembilan malam yang berbaki, atau tujuh malam yang berbaki, atau lima yang berbaki, atau tiga malam yang berbaki. [Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Sawm, hadis no : 723, hasan sahih] Ibn Taimiyyah berkata kiraan malam ganjil boleh dikira daripada awal Ramadhan, atau boleh juga dikira bermula daripada hari akhir Ramadhan. Jika dikira daripada hujung Ramadhan; - jika Ramadhan 30 hari. Maka; malam 9 akhir = 22 Ramadhan malam 7 akhir = 24 Ramadhan malam 5 akhir = 26 Ramadhan malam 3 akhir = 28 Ramadhan. - jika Ramadhan 29 hari. Maka ia akan jatuh pada malam ganjil, sama seperti apabila dikira daripada awal Ramadhan. Apakah kesimpulannya? Kesimpulannya, gandakan usaha ibadah pada semua malam sepuluh akhir Ramadhan tidak kira malam ganjil atau genap. Kata Ibn Taimiyyah: وَإِذَا كَانَ الْأَمْرُ هَكَذَا فَيَنْبَغِي أَنْ يَتَحَرَّاهَا الْمُؤْمِنُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ جَمِيعِهِ Oleh yang demikian, makan hendaklah seorang yang beriman mencari malam al-Qadar itu pada keseluruhan sepuluh malam akhir Ramadhan. Teks Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa: لْحَمْدُ لِلَّهِ ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ هَكَذَا صَحَّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : ” { هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ } . وَتَكُونُ فِي الْوِتْرِ مِنْهَا . لَكِنَّ الْوِتْرَ يَكُونُ بِاعْتِبَارِ الْمَاضِي فَتُطْلَبُ لَيْلَةَ إحْدَى وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ خَمْسٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ تِسْعٍ وَعِشْرِينَ Segala puji bagi Allah. Malam al-Qadar itu berlaku pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan. Inilah yang sahih daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di mana baginda bersabda: Ia berada pada sepuluh akhir Ramadhan, dan ia berlaku pada malam yang ganjil daripadanya. Akan tetapi malam ganjil boleh dikira bermula daripada awal, maka ia adalah malam dua puluh satu, malam dua puluh tiga, malam dua puluh lima, malam dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan. وَيَكُونُ بِاعْتِبَارِ مَا بَقِيَ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” { لِتَاسِعَةٍ تَبْقَى لِسَابِعَةٍ تَبْقَى لِخَامِسَةٍ تَبْقَى لِثَالِثَةٍ تَبْقَى } . فَعَلَى هَذَا إذَا كَانَ الشَّهْرُ ثَلَاثِينَ يَكُونُ ذَلِكَ لَيَالِيَ الْأَشْفَاعِ . وَتَكُونُ الِاثْنَيْنِ وَالْعِشْرِينَ تَاسِعَةً تَبْقَى وَلَيْلَةُ أَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ سَابِعَةً تَبْقَى . Ia juga boleh dikira daripada jumlah malam yang berbaki sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: pada sembilan malam yang akhir, atau tujuh malam yang akhir, atau lima yang akhir, atau tiga malam yang akhir. Oleh yang demikian, apabila bulan Ramadhan itu mempunyai tiga puluh hari, maka malam-malam akhir ini akan berlaku pada malam yang genap, iaitu malam dua puluh dua yang mana ia merupakan malam sembilan akhir Ramadhan, malam dua puluh empat yang mana ia adalah malam tujuh akhir Ramadhan. وَهَكَذَا فَسَّرَهُ أَبُو سَعِيدٍ الخدري فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ . وَهَكَذَا أَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الشَّهْرِ . وَإِنْ كَانَ الشَّهْرُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ كَانَ التَّارِيخُ بِالْبَاقِي . كَالتَّارِيخِ الْمَاضِي Inilah yang dihuraikan oleh Abu Sa’id al-Khudri dalam sebuah hadis yang sahih. Inilah juga yang di lakukan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan. Seandainya Ramadhan tersebut mempunyai dua puluh sembilan hari, maka hari-hari akhir akan sama dengan hari-hari ganjil jika dikira dari awal Ramadhan.

ADAKAH PARA SAHABAT BERPUASA DALAM PERANG BADAR? Imam Ibnu Rajab berkata: Kemudian puasa Ramadan diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Maka itulah Ramadan pertama yang dipuasai oleh Nabi ﷺ, dan kaum Muslimin turut berpuasa bersama Baginda. Kemudian Nabi ﷺ keluar untuk mengejar kafilah dagang Quraisy yang datang dari Syam menuju ke Madinah pada hari Sabtu, ketika telah berlalu dua belas malam daripada bulan Ramadan.... Teruskan membaca http://mohdmasri.com/adakah-para-sahabat-berpuasa-ketika-perang-badar/

*KETIKA BERPUASA ADALAH WAKTU MUSTAJAB DOA* Ayat ini berada di tengah-tengah ayat puasa. Ayat 183-185 Allah menceritakan tentang puasa. Ayat 186 tiba-tiba Allah bercerita tentang doa. Ayat 187 Allah menyambung kisah puasa. Ini menunjukkan bagaimana rapatnya ibadah puasa dan doa. وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186) Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahawasa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah : 186] BERDOALAH! Imam Ibn Majah dalam Sunannya, dalam Bab Orang Yang Berpuasa Tidak Ditolak Doanya. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa orang yang dizalimi. يَرْفَعُهَا اللَّهُ دُونَ الْغَمَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، Allah akan mengangkat doa itu ke atas awan pada hari kiamat, وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، dibuka untuknya pintu-pintu langit, وَيَقُولُ: بِعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ" Allah berkata: Demi kekuasaanKu, Aku akan Membantu kamu walau selepas tempoh yang lama. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Siyam, no: 1752, Al-Arna'ut berkata: Hadis Hasan Insya-Allah]. Daripada 'Abdullah bin 'Amr r.a, Nabi s.a.w bersabda: "إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak ketika berbuka puasa. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Siyam, no: 1753, Al-Arna'ut: Isnadnya hasan]. #MMMR

Malam ini sesi ke 30 al-Asma al-Husna. Akan membincangkan nama Allah al-Qabidh al-Basith. Siapa nak join? Klik pautan di bawah: https://forms.gle/jXTpUZXBkna5QBAK6