cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

#BroSyariefShares

A brother that loves to share.. 🤓 << linktr.ee/brosyarief >>

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
2 779
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-47 kunlar
-630 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

#PesanTuhan Utamakan adab dengan Allah & Rasul-Nya. ‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ”Wahai orang-orang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya. Bertaqwalah kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui!” [al-Hujurat(49):1] #BSS Ibrah kalam-Nya: Adab interaksi dengan Tuhan & Rasul sangat mustahak. Sentiasa utamakan pesan perintah & larangan wahyu. Jangan dahulukan apapun maklumat yang tidak jelas sumbernya, apatah lagi kata-kata rekaan insan yang tak lepas dari salah silap. ‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
4
Photo unavailableShow in Telegram
Let us expand our network of iman Just for the sake of Allah #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
#PesanNabi Jom puasa sunat awal Zulhijjah ‎كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ #BSS “Dahulu RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - selalu berpuasa pada 9 hari awal bulan Zulhijjah, hari ‘Asyura (10 Muharram), 3 hari di setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan & hari Khamis” [HR Abu Dawud. Dinilai sahih oleh al-Albani] Hikmah pesannya: Tampunglah kekurangan amal wajib dengan amal sunat. Antaranya, puasa sunat awal Zulhijjah bermula Sabtu ini (8 Jun 2024) - Ahad (16 Jun 2024). Kita zahirkan cinta kita kepada RasululLah - saw - dengan mengikut sunnah hebat ini. <<t.me/brosyariefshares>> ‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
👍 2
#NotaTadabburBSS Hidup ni sekali ni je.. enjoy la! Firman Allah swt, وَقَالُوۤا۟ إِنۡ هِیَ إِلَّا حَیَاتُنَا ٱلدُّنۡیَا وَمَا نَحۡنُ بِمَبۡعُوثِینَ “Mereka mengatakan: Kehidupan yang ada, hanya di dunia ini. Kita tidak akan dibangkitkan kembali." [al-An'am(6):29] Kata Imam at-Tabari (w.310H), وهذا خبر من الله تعالى ذكره عن هؤلاء المشركين، العادلين به الأوثان والأصنام، الذين ابتدأ هذه السورة بالخبر عنهم #BSS Ayat ini merupakan makluman daripada Allah ta'ala, menyebutkan tentang orang-orang musyrikin, yang menyekutukan-Nya dengan berhala; di mana surah ini bermula dengan berita tentang mereka sendiri. Beliau juga menambah, يُخْبِرُ عَنْهُمْ أَنَّهُمْ يُنْكِرُونَ أَنَّ اللَّهَ يُحْيِي خَلْقَهُ بَعْدَ أَنْ يُمِيتَهُمُ، وَيَقُولُونَ: لَا حَيَاةَ بَعْدَ الْمَمَاتِ، وَلَا بَعْثَ وَلَا نُشُورَ بَعْدَ الْفَنَاءِ. Allah menceritakan bahawa mereka menolak hakikat bahawa Allah akan menghidupkan semula semua makhluq selepas mematikan mereka. Mereka mendakwa: Tidak ada kehidupan lain lagi selepas kematian. Begitu juga, tiada kebangkitan semula selepas semua telah hancur. #BSS فَهُمْ بِجُحُودِهِمْ ذَلِكَ وَإِنْكَارِهِمْ ثَوَابَ اللَّهِ وَعِقَابَهُ فِي الدَّارِ الْآخِرَةِ، لَا يُبَالُونَ مَا أَتَوْا وَمَا رَكِبُوا مِنْ إِثْمٍ وَمَعْصِيَةٍ Dalam keadaan berterusan mengingkari (hakikat kebangkitan) dan menolak wujudnya ganjaran dan hukuman oleh Allah di akhirat, mereka jadi tidak peduli apa yang mereka lakukan di dunia, malah tidak peduli melakukan dosa & maksiat. لِأَنَّهُمْ لَا يَرْجُونَ ثَوَابًا عَلَى إِيمَانٍ بِاللَّهِ وَتَصْدِيقٍ بِرَسُولِهِ وَعَمَلٍ صَالِحٍ بَعْدَ مَوْتٍ، Ini kerana mereka tidak mengharapkan sebarang balasan pahala selepas kematian, hasil dari beriman kepada Allah, meyakini utusan-Nya dan melakukan amal soleh. وَلَا يَخَافُونَ عِقَابًا عَلَى كُفْرِهِمْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَسَيِّئٍ مِنْ عَمَلٍ يَعْمَلُونَهُ. #BSS Mereka juga tidak takutkan hukuman azab Allah kerana kufurnya mereka kepada Allah dan Rasul-Nya, apatah lagi kerana buruknya perbuatan yang mereka lakukan (di dunia). [Tafsir at-Tabari] Faedah: Selamatkan diri dari bersikap jahil dan memperdaya diri sendiri mengganggap dunia ini hanya kehidupan sekarang, tanpa ada kebangkitan dan pembalasan. <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
#FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS Pengurusan jenazah bayi pra-matang Ibn an-Naqib al-Misri menyebutkan, 'Bayi pra-matang (belum 6 bulan dalam kandungan), jika dia lahir dalam keadaan menangis atau menggigil, maka (apabila dia mati) jenazahnya diuruskan seperti jenazah dewasa (mandi, kafan, solat dan kebumi). Jika dia tidak menangis atau menggigil (ketika lahir) dan usianya dalam kandungan mencapai 4 bulan (dan cukup sifat), maka dia dimandikan (kemudian kafan & kebumi) tanpa perlu disolatkan. Jika bayi itu tidak sampai 4 bulan dalam kandungan (dan tidak sempurna sifatnya), maka ia hanya wajib dikebumikan sahaja (& sunat dibalut dengan kain sebelum dikebumikan. Boleh juga dimandikan - jika perlu). [Umdatus Salik wa 'Uddatun Nasik] *maklumat dalam kurungan adalah terjemahan nota kaki oleh pentahqiq, Sy. Majid al-Hamawi. #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
#FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS Harta boleh jadi penyelamat atau penghancur.. Ibn Rejab al-Hanbali berpesan, ‘Harta ini bagi orang yang menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah dan membelanjakannya di pelbagai jalan kebaikan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, ia akan menjadi sebab yang membawa dia sampai kepada Allah (di syurga nanti). Manakala harta bagi orang yang membelanjakannya dalam urusan maksiat kepada Allah, malah menggunakannya untuk mencapai tujuan yang haram atau harta itu membuatkan dia sibuk dari ketaatan; maka ia menjadi sebab putusnya hubungannya dengan Allah. #BSS Sebagaimana Abu Sulaiman ad-Darani pernah mengingatkan: ‘Dunia menjadi hijab dari (mendapat rahmat) Allah, bagi para musuh-Nya; dan ia (juga boleh) menjadi tunggangan untuk sampai kepada Allah, bagi para wali-Nya.’ Maha Suci Tuhan yang menjadikan dengan satu hal ini (yakni: harta) menjadi punca seseorang itu bersambung atau terputus hubungannya dengan Tuhan.’ [Lathoif al-Ma’arif] <<t.me/brosyariefshares>> ‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
#BroSyariefShares

A brother that loves to share.. 🤓 << linktr.ee/brosyarief >>

👍 1
Dia bertanya kepada Buhaym: Apa pandanganmu tentang sahabatmu? Buhaym menjawab: Dia sebaik-sebaik teman. Banyak berzikir kepada Allah. Selalu membaca al-Quran. Mudah menangis. Sangat penyabar dengan kekurangan temannya. Semoga Allah mengganjarimu dengan kebaikan. [Lathoif al-Ma'rif] Menarikkan kisah ni? <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
🥰 1
Haji mabrur tu apa? #FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS Diringkaskan pesan Ibn Rejab al-Hanbali, katanya: فمغفرة الذنوب بالحجّ، ودخول الجنّة به مرتب على كون الحجّ مبرورا. Tawaran pengampunan dosa & kemasukan ke syurga bagi orang yang menunaikan haji, hanya akan diperoleh bagi haji yang mabrur. وإنما يكون مبرورا باجتماع أمرين فيه: Haji itu dinilai mabrur apabila dua perkara ini terpenuhi: أحدهما: الإتيان فيه بأعمال البرّ؛ والبرّ يطلق بمعنيين: 1.0 Usaha melakukan amal kebaikan ketika haji. Kebaikan di sini secara umum merujuk kepada 2 makna: أحدهما: بمعنى الإحسان إلى #BSS الناس 1.1 Berbuat ihsan kepada orang lain. والمعنى الثاني: مما يراد بالبرّ فعل الطّاعات كلّها وضدّه الإثم. 1.2 Melakukan segala bentuk ketaatan. الأمر الثاني مما يكمل به برّ الحجّ: اجتناب أفعال الإثم فيه؛ من الرّفث والفسوق والمعاصي 2.0 Menjauhi perbuatan dosa; berkata kotor, melakukan kejahatan dan berbuat maksiat. #BSS [Lathoif al-Ma'arif] Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah poin 1.1 di mana mabrurnya haji juga melibatkan kualiti interaksi sesama insan, ketika bermusafir ke Mekah, ketika menunaikan haji dan apabila pulang dari Mekah. Antara kisah yang menarik disebutkan Ibn Rejab, katanya: وترافق بهيم العجليّ - وكان من العابدين البكّائين - ورجل تاجر موسر في الحج، Buhaym al-'Ijli (seorang ahli ibadah yang kuat menangis) dipasangkan dengan seorang usahawan yang kaya untuk bermusafir menunaikan haji. #BSS فلمّا كان يوم خروجهم للسّفر بكى بهيم حتى قطرت دموعه على صدره، ثم قطرت على الأرض. وقال: ذكرت بهذه الرّحلة الرحلة إلى الله، ثم علا صوته بالنّحيب، فكره رفيقه التاجر منه ذلك، وخشي أن يتنغّص عليه سفره معه بكثرة بكائه. Pada hari mereka berangkat untuk bermusafir, Buhaym menangis sehingga bercucuran air mata sampai ke dadanya, lalu berderai jatuh ke tanah. Katanya: Aku sedar perjalanan ini sebagai perjalan kepada Allah, lalu suara esak tangisnya menjadi semakin kuat. Kawannya tersebut mula merasa tak selesa dengannya dan dia bimbang Buhaym akan menyukarkan perjalanannya kerana dia banyak menangis. فلمّا قدما من الحجّ جاء الرجل الذي رافق بينهما إليهما ليسلّم عليهما، فبدأ بالتاجر فسلّم عليه، وسأله عن حاله مع بهيم، Namun, apabila mereka pulang dari haji, agen yang mempertemukan mereka berdua pergi bertemu mereka masing-masing. Dia pergi berjumpa dengan si peniaga terlebih dahulu. Dia pun memberi salam dan bertanyakan bagaimana keadaan dia dengan Buhaym? فقال له: والله ما ظننت أنّ في هذا الخلق مثله، كان والله يتفضّل عليّ في النفقة وهو معسر وأنا موسر، ويتفضّل عليّ في الخدمة وهو شيخ ضعيف وأنا شابّ، ويطبخ لي #BSS وهو صائم وأنا مفطر. Dia menjawab: Aku tak sangka ada orang sepertinya. Demi Allah, dia sering mendahulukan aku bila berbelanja, sedangkan dia miskin dan aku kaya. Dia juga selalu utamakan aku dalam pelbagai urusan bantuan sedangkan dia yang tua & lemah, sedangkan aku masih muda. Dia turut suka masak untuk aku, sedangkan dia berpuasa dan aku tidak berpuasa. فسأله عمّا كان يكرهه منه من كثرة بكائه؟ فقال: ألفت والله ذلك البكاء وأشرب حبّه قلبي حتّى كنت أساعده عليه، حتى تأذّى بنا الرّفقة، ثم ألفوا ذلك، فجعلوا إذا سمعونا نبكي بكوا، ويقول بعضهم لبعض: ما الذي جعلهما أولى بالبكاء منّا والمصير واحد؟ فجعلوا والله يبكون ونبكي. Agen itu bertanya lagi tentang asalnya dia membenci Buhaym banyak menangis. Dia menjawab: Demi Allah, aku dah terbiasa dengan tangisan dia sehingga hati aku sendiri mula menyukainya dan aku sendiri ikut menangis bersamanya. Sehinggakan ahli rombongan lain pula yang terganggu dengan kami. Kemudian, mereka pula terbiasa dengan tangisan kami berdua. Sehinggakan apabila mereka mendengar kami menangis, mereka pula menangis sambil tertanya-tanya: Apa yang membuatkan mereka lebih cepat menangis sedangkan kita lalu perjalanan yang sama? Akhirnya, demi Allah, mereka menangis dan kamipun menangis. #BSS ثم خرج من عنده فدخل على بهيم، فسلّم عليه، وقال له: كيف رأيت صاحبك؟ قال: خير صاحب، كثير الذّكر لله، طويل التّلاوة للقرآن، سريع الدّمعة، متحمّل لهفوات الرّفيق، فجزاك الله عنّي خيرا. Agen itu pun meninggalkannya lalu pergi bertemu Buhaym dan memberi salam kepadanya.
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
#FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS Hak siapa yang kau utamakan? Ibn Rejab menukilkan riwayat tentang seorang lelaki menceritakan pengalamannya bermusafir menunaikan haji. Di hujungnya riwayat tersebut, dia menyebutkan: ‘Aku menyedari bahawa seseorang yang mendahulukan hak Allah berbanding kehendak hawa nafsu dan keselesaan dirinya, nescaya dia akan meraih kebahagiaan dunia & akhirat. Adapun jika sebaliknya, dia mengutamakan kepuasan dirinya berbanding hak Tuhannya, maka dia akan berdepan dengan kesengsaraan dalam hidupnya di dunia & di akhirat.’ [Lathoif al-Ma’arif] <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
#NotaTerjemahanBSS al-Bayhaqi (w.458H) menukilkan riwayat daripada asy-Syafi’e (w.204H) selepas ditanya perihal hati, lalu dia berpesan: ’Siapa yang mahu Allah bukakan & terangkan hatinya, dia mestilah (1) meninggalkan sikap sibuk menyebut perkara yang tidak bermanfaat untuk dirinya, (2) meninggalkan dosa-dosa, (3) menjauhi maksiat, (4) menyediakan apa-apa amalan yang disembunyikan khas hanya diketahui antara dia dan Allah. #BSS Jika dia melakukan hal-hal ini, Allah pasti akan membuka hikmah ilmu untuknya, yang akan menyibukkan dirinya dari perkara lain (yang tidak bermanfaat). Hakikatnya, (bersiap untuk) mati itu saja, sangat banyak kesibukannya.’ [Manaqib asy-Syafi’e] #BroSyariefShares
Hammasini ko'rsatish...
👍 5
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.