cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

JAKIM

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
18 652
Obunachilar
+1124 soatlar
+867 kunlar
+4030 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Photo unavailableShow in Telegram
Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha 1. Bermula selepas timbulnya matahari pada 10 Zulhijjah. Kadar timbul matahari boleh dikira selepas selesainya solat sunat hari raya Aidiladha dan dua khutbah yang tidak terlalu panjang. 2. Jika sembelihan dibuat sebelum waktu ini, ia tidak dikira sebagai korban dan hanya dikira sebagai sedekah sahaja (sembelihan untuk mendapat daging semata-mata). 3. Waktu sembelihan korban adalah selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari tasyrik berakhir setelah terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika dilakukan selepas itu, ianya tidak dikira sebagai korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata. 4. Sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan korban dan tidak sempat melakukannya dalam hari-hari tasyrik, maka dia wajib melakukan korban tersebut walaupun tempohnya sudah tamat. Korban tersebut dikira sebagai qada dan qada tidak gugur dengan berlalunya waktu. Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Lafaz Takbir Raya
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Pembahagian Daging Korban Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya. PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT 1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya 1/3 fakir dan miskin 1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT. Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM
Hammasini ko'rsatish...
00:32
Video unavailableShow in Telegram
2.87 MB
Photo unavailableShow in Telegram
Pastikan tidak ketinggalan untuk dengarkan Drama Khas Hari Raya Aidiladha 1445H | 2024 "Erti Ibadat Korban", di aifm pada 10 Zulhijah 1445H bersamaan 17 Jun 2024 (Isnin) pukul 10:05 pagi. Anda juga boleh mendengar siaran menerusi aplikasi rtmklik. 记得不要错过收听在 爱FM 2024年6月17号(星期一),上午10点05分播出的哈芝节特备广播剧-宰牲的含义。您也可以透过RTMKLIK应用程序来收听。 #aidiladha #penyiaranjakim #rtm #radiortm #aifm
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha Jenis-Jenis Takbir Raya Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya. Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu. Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah. Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain. Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah “Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير” (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR Tarmizi, 3585) Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Gandakan Ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid di 10 Awal Zulhijjah Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung lagi disukai oleh Allah SWT amalan padanya berbanding 10 hari ini (awal Zulhijjah), maka perbanyakkanlah padanya dengan ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid. [Hadis Riwayat Ahmad, 5446]
Hammasini ko'rsatish...