cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

The Thinkers

- Pengajian Islam, Agama, Falsafah-Pemikiran, Feqah, Tasawwuf - Al-Quran, Hadith - Dakwah, Fikrah, Isu² Sosial, Kemasyarakatan - Disiplin Ilmu lain : Undang-undang, Ekonomi, Sejarah, dsb - Analisis Ulasan Politik, Isu² Semasa, Kenegaraan ©️TheThinkers

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
596
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
-530 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Jangan pakai apss kiblat di phone korang untuk tentukan arah kiblat. . Ada rakan-rakan anglers yang bertanya kenapa saya tak pakai apss kiblat di phone untuk tentukan arah kiblat? Kan lebih mudah? . Ada banyak situasi saya menunjukkan di depan mata mereka sendiri banyak kiblat mereka terpesong semasa solat apabila menggunakan apss kiblat. Lebih teruk lagi ada kiblat terpesong lebih dari 5 darjah. Banyak tu sebenarnya. . Sebab apa benda ni berlaku? Sebab apss kiblat memerlukan line internet untuk berfungsi dengan baik berbanding apss kompas yang dah memang built in dalam phone masing-masing tanpa memerlukan internet. . Bila kita bermusafir jauh dari line internet, sukar untuk kita nak dapatkan bacaan yang tepat kalau pakai apss kiblat. Banyak kali dah terkena sebelum ini. . Untuk pengetahuan korang 1 darjah terpesong nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan Kaabah sebenar . Kaki pancing ni kita selalu bermusafir. Kadang kala kita berada jauh dari surau dan masjid. Solat tetap wajib kita kena laksanakan walau apa pun situasi. . Nak tengok matahari, tengok bintang bukan tak boleh, itu ilmu lain dan tak semua orang mahir. Kadang kala duduk di dalam hutan yang ada kanopi tebal di atas kepala, susah kita nak cari panduan lagi-lagi pada waktu malam. . Cara mudah dan lebih tepat yang saya cadangkan kepada kaki-kaki pancing atau outdoor adalah dengan menggunakan kompas sebenar di phone bukannya kompas di apss kiblat. . Arah di dalam darjah adalah 292 darjah. Ingat angka ni sampai mati !!! untuk anda yang nak solat di mana-mana sahaja kawasan di Malaysia. Kalau di luar negara atau anda terlupa, anda boleh gunakan apps kiblat untuk nak dapat bacaan nombor sahaja seperti di gambar 2. . Dah dapat bacaan degree seperti di gambar 2 tu, korang onkanlah apss kompas sebenar (gambar 1) dan carilah arah degree yang telah dinyatakan. . Untuk mereka yang lebih advance di dalam penggunaan kompas & anda ada kompas prismatik, gunakan 5191 mil / atau nak mudah 5190 mil sebagai arah rujukan ke Kaabah dari Malaysia. . Mencari arah kiblat setepat mungkin adalah tanggungjawab kita apabila nak menunaikan solat. Kita usahakanlah dengan cara yang terbaik. Sama ada solat kita diterima Allah atau tidak, itu bukan urusan kita. Buat sebaik mungkin adalah di dalam kawalan kita. . Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu anda semasa bermusafir dan semasa berada di outdoor serta lapangan memancing. . FBA - Play The Game Better
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Dengan penuh rasa dukacita, kami warga Universiti Malaya ingin mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Dr. Syed Husin Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2024 (Sabtu) bersamaan 23 Zulhijah 1445H. Allahyarham merupakan pengasas Jabatan Antropologi dan Sosiologi serta mantan Profesor di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Allahyarham Dr. Syed Husin Ali merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa dan memberi sumbangan besar kepada bidang akademik dan pembangunan masyarakat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan rakan-rakan, tetapi juga kepada seluruh warga Universiti Malaya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
Hammasini ko'rsatish...
Hakikatnya pendapat Imam al-Syafie yang melarang bacaan al-Quran untuk di mati itu ada pentahkikan maksudnya. Ulama Syafi'iyyah berpegang bahawa pahala bacaan al-Quran sampai kepada si mati. Qadhi Hussain berkata pahala akan sampai jika kita membawa "أوصل اللهم ثواب ذلك.....". Semua ini disebut dalam kebanyakan kitab syarahan Minhaj al-Talibin. Ini yang dipegang oleh orang Melayu. Sedikit yang saya sebutkan itu, bagaimana tradisi khidmat kepada kitab-kitab turath fikah mazhab Syafie dipelihara oleh ulamanya. Kerana itu, di mana-mana pun ilmuan Syafie berada bersama-sama kelompok Syafi'iyyah, mereka akan menfatwakan perkara yang sama. Yang difatwakan di Mesir, pada keseluruhannya sama seperti di Jordan, Yaman, Nusantara (kecuali tempat dan organisasi tertentu). Sayangnya, tradisi berkitab khusus dan khidmat kepadanya tidak menjadi kegemaran Salafiyyah-Wahhabiyyah di Nusantara. Mereka lebih gemar bertenggek di atas kitab-kitab fikah mazhab Syafie dan kitab-kitab hadis silam yang kebanyakannya dikarang oleh ulama Syafi'iyyah. Dalam hal membangunkan kitab, saya menyeru ilmuan Salafiyyah Malaysia-Indonesia-Thailand mengikuti usaha Sheikh Muhammad Bin Salih al-'Uthaymin (2011 M) yang menghasilkan seumpama hasyiah iaitu al-Sharh al-Mumti' 'ala Zad al-Mustaqni, karangan Musa al-Hijawi (978H) yang meringkaskan kitab al-Muqni', karya Ibn Qudamah (670 H). Alhamdulillah, sekurang-kurang Salafiyyah-Wahhabiyyah di Saudi ada kitab yang bernuansakan mazhab Hanbali. Apabila ada kitab, sifat ekstrimisme dapat dikawal. Sama ada menggunakan kitab fikah mazhab Hanbali atau tarjihan sendiri, yang penting dengan ada kitab khusus, masyarakat awam akan tahu bahawa pengajaran fikah mereka adalah berasaskan ijtihad dan tafsiran Salafiyyah sendiri. Barulah mudah orang ramai membezakannya dengan pengajaran mazhab Syafie. Selagi tidak ada kitab, selagi itulah akan berkumandang "ini yang sahih menurut sunah Rasulullah", "ini yang kuat dari segi dalil sunah", "Ini menyalahi sunah Rasulullah" atau "Ini amalan nenek moyang Melayu, bukannya anjuran sunnah" dan seumpamanya. Apa yang menjadi persoalan dalam pembukuan fikah Salafiyyah atau whatever nama yang mereka suka, adakah mereka sanggup mencipta buku fikah sendiri?. Mungkin mereka mampu tetapi satu persoalan lain muncul, adakah kitab fikah mereka itu akan dihormati dan dijadikan pegangan majoriti umat Islam di Malaysia. Malah adakah sesama Salafiyyah-Wahhabiyyah akan bersetuju dengan kompilasi fatwa tersebut. Sangkaan saya ini mungkin boleh dibatalkan setelah ada kitab khusus yang menunjukkan keadaan berbeza. Saya mendoakan semoga ilmuan Salafiyyah-Wahhabiyyah mempertimbangkan cadangan ini. Kita akan sama-sama menunggu kemunculan kitab fikah ulung bermanhaj Salafi. Semoga mudah penganut Salafiyyah-Wahhabiyyah junior menghadamnya. Jika tidak, mereka hanya mampu forward maklumat kopipes rakan-rakan aliran mereka dengan pertanyaan-pertanyaan out of date yang kita pun sudah lama tinggalkan. Tolonglah ambil maklum saranan ini! Semoga Allah merahmati kita semua. Dr. HK 28.6.2024
Hammasini ko'rsatish...
https://www.facebook.com/share/8hLkjENAKynidUcN/?mibextid=oFDknk MASALAH KONFLIK SALAFIYYAH-WAHHABIYYAH DI MALAYSIA BOLEH DIKURANGKAN DENGAN ADANYA KITAB KHUSUS BUAT MEREKA Dengan lafaz Basmalah, saya sampaikan pandangan ini kepada ilmuan Salafiyyah & Wahhabiyyah. Ketegangan yang mereka sering timbulkan dalam fikah (begitu juga akidah) di mana-mana ialah kerana mereka tidak mempunyai kitab-kitab khusus sebagaimana tradisi turath fikah berjalan dalam mazhab Syafie (sebagai perbandingan). Apa yang berlaku ialah, mereka menempek di atas kitab-kitab mazahib (contohnya mereka guna al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i) lalu menimbulkan tasykik (keraguan) terhadap fatwa-fatwa mazhab dengan melakukan "tarjih" berdasarkan yang paling kuat menurut sangkaan mereka. Akhirnya penuntut yang over-excited dengan mereka akan merasakan puak Salafiyyah-Wahhabiyyah ini berdalil atau kelihatan ilmiah. Walhal ini adalah jenayah ilmiyyah yang tidak pernah dilakukan oleh ulama-ulama empat mazhab iaitu mengajar kitab mazhab Syafie tetapi merumuskan fatwa yang menyalahi iktimad fuqaha Syafi'iyyah. Saya tumpukan aspek fikah supaya lebih mudah pembaca faham dan senario yang sama juga berlaku berlaku dalam bidang akidah dan tasawuf. Jika ada kitab khusus, mudah untuk kita sama-sama membaca dan membuat koreksi terhadapnya. Problemnya ialah mereka suka guna kitab hak milik orang lain. Seperti mana guna kitab al-Ibanah untuk isbatkan Imam Abul Hasan al-Asy'ari berfahaman seperti mereka sedangkan Imam agung itu menjadi ikutan ulama-ulama Asya'irah sepanjang zaman. Itu sekadar contoh. Justeru itu, saya amat menggalakkan ilmuan Salafiyyah-Wahhabiyyah bergabung usaha untuk membangunkan buku fikah khsusus ala-ala al-fiqh al-manhaji a'lal manhaji al-salafiy. Kalau berani, guna terus al-fiqh al-manhaji a'lal manhaji al-wahhabiy. Tarjihlah atau talfiqlah mana-mana fatwa daripada khazanah fikah mazhab ASWJ yang ada dengan dalil dan hujahan yang kalian rasakan kuat. Mulakan kitab itu dengan ringkas dalam bentuk "MATAN". Kemudian susuli ia dengan SYARAHAN berdalil pula. Jika tidak cukup, tambahkan pula dengan HAWASYI yang menjelaskan maksud-maksud tidak jelas sebelum itu. Dengan cara ini, Salafiyyah-Wahhabiyyah akan sibuk dengan pembangunan fikah mereka sendiri tanpa melakukan khianat ilmu terhadap kitab-kitab mazhabi. Cuba lihat bagaimana khidmat ulama Syafi'iyyah terhadap fatwa-fatwa Imam al-Syafie dan mujtahid Syafi'iyyah (Ashabul Wujuh) diriwayatkan sepanjang zaman. Misalnya fatwa Imam al-Syafie (204 H) ditulis, disaring dan diriwayat oleh al-Buwayti (231 H), al-Muzani (264 H) dan al-Rabi' (270 H). Mukhtasar al-Muzani disyarah oleh Imam al-haramain al-Juwayni (478 H) dalam Nihayatul Matlab. Kitab ini diringkas pula oleh al-Ghazali (505 H.) dalam al-Basit >al-Wasit >al-Wajiz. Seterusnya kitab al-Wajiz dikhidmati pula oleh Imam al-Rafi'i (623 H) dalam dua karya utama iaitu Fathul Aziz dan al-Muharrar. Kemudian datang selepasnya Imam al-Nawawi (676 H) mengkhidmati Fathul Aziz dalam karyanya Rawdhatut Talibin, dan al-Muharrar dalam karyanya Minhaj al-Talibin. Ketika Imam al-Nawawi wafat, Ibn Taymiyyah (661-728 H) berusia 15 tahun. Seterusnya kitab Minhaj al-Talibin Imam al-Nawawi yang berbentuk matan (yang lazimnya tanpa disertakan dalil sebagaimana matan-matan lain) disyarah oleh ramai ulama Syafi'iyyah mutakhirin seperti al-Azra'i (783H), al-Mahalli (864H), Ibn Hajar al-Haytami (974 H.), al-Syirbini (977 H) dan Syamsuddin al-Ramli (1004 H.). Kitab-kitab hawasyi daripada jaluran syuruh Minhaj al-Talibin pula banyak selepas itu di samping jaluran Rawdhat al-Talibin (sila rujuk salasilah kitab-kitab Syafi'iyyah yang saya lampirkan). Kerana itu, kita akan dapati perkembangan fatwa sejak zaman Imam al-Syafi'i sehingga ke hari ini ditangani dengan harmoni tanpa menyebabkan pergaduhan dalam kalangan pengikut mazhab tersebut (juga dalam mazhab-mazhab lain). Penganut Salafiyyah selalu mendakwa kenapa orang Melayu tidak mengikut fatwa Imam al-Syafie yang melarang amalan tahlil (mereka la yang kata). Walhal mereka yang keliru.
Hammasini ko'rsatish...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Photo unavailableShow in Telegram
"Sebahagian para fuqaha’ yang pakar sejak mutaakhir ini telah mengeluarkan fatwa pengharaman secara total bagi apa jua bentuk interaksi dengan musuh walaupun memberikan makanan. Salah satu fatwa tersebut adalah fatwa ulama’ besar mazhab Maliki di Al-Azhar pada waktu tersebut iaitu Syeikh ‘Alish yang mengharamkan rakyat Jaza’ir daripada menghulurkan makanan, daging dan haiwan ternakan kepada tentera Perancis yang menjajah tanah air mereka, dan ini adalah sesuatu hal yang sangat maklum di dalam agama Islam." Baca artikel penuh di bawah: https://muis.org.my/2024/06/fatwa-terkini-badan-ulama-palestin-berkaitan-hukum-boikot-syarikat-zionis/ ⁧-------------------------------------------- Ikuti juga telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh FB MUIS : https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/ YouTube MUIS : https://bit.ly/muisTV Tiktok MUIS : https://bit.ly/TTmuis #FatwaUlama #MuafakatImuwanIslam
Hammasini ko'rsatish...
https://www.facebook.com/share/p/PL5fEfdBP3PLXwHr/?mibextid=oFDknk Hari ni rasa kecewa dan terkilan dengan khatib yang juga jadi imam. Hari ni di KL hujan sejak sebelum solat Jumaat. Dalam 12:45 hujan reda dan jemaah boleh gerak ke masjid. Alhamdulillah. Di waktu khutbah pertama, hujan sedikit renyai. Masuk khutbah kedua hujan mula lebat dan semakin lebat. Ramai orang diluar berpusu2 cuba nak masuk elak basah. Bunyi di luar kuat dan mustahil khatib tak dengar. Tapi dia terus membaca khutbah ikut teks. Doa khutbah pulak kemain panjang seoalah diluar tu cuaca sangat indah dan kering. Saya lihat ada yang di luar dah mula basah. Saya pun bangun ajak yang berdiri dipintu untuk masuk dan duduk dicelah2 jemaah. Tak payah ikut garis saf. Disini ada satu masalah berwarisan turun temurun. Masa dengar khutbah, kenapa kena duduk ikut garis saf? Semua tengah mendengar khutbah. Tak ada yang solat sunat. Ruang cukup luas tapi lengang sebab terlalu ‘patuh’ dgn tradisi duduk atas garis saf. Hanya masa solat sahaja ikut garis saf. Masa dengar khutbah, masuk dan duduk je lah mana2 yang kosong. Ini kena ubah. Tamat dua khutbah, jemaah bangun untuk solat. Punya banyak ruang kosong bila semua bangun tapi yang dibelakang mcm susah nak berganjak isi ruang depan. Sampai nak kena panggil. Ada yang berdiri tegak buat donno. Ada jugak yang boleh panggil orang belakang dia untuk isi rusng di saf depan dia tapi dia sendiri tak gerak. Apa punya fe’el ni? Imam mula solat. Disini satu lagi masalah. Diluar hujan lebat, ada jemaah yg terpaksa solat samada ditimpa tempias hujan malah ada yang solat dalam hujan. Yang di dalam selesa lah tapi diluar kebasahan. Imam sepatutnya memendekkan bacaan dan menyegerakan solat. Tapi imam baca perlahan-lahan kemudian surah panjang, Al A’la dan Al Ghasyiyah dengan perlahan dan terlalu berhati2. Sedangkan diluar ada jemaah bersolat dalam hujan. 3 perkara disini: 1. Khatib harus perihatan dengan suasana diluar masjid. Jika ada jemaah solat diluar dan cuaca terlalu panas atau hujan, pendekkan khutbah tanpa kompromi dengan 5 rukun khutbah. Jangan rasa terlalu selesa di dalam sedangkan ada jemaah yang tak selesa. 2. Jika cuaca diluar tak mengizinkan, pendekkan surah dan baca dengan sepantas mungkin tanpa jejaskan bacaan. Sebagai imam, pasti tahu apa nak buat. 3. Jemaah pula, ruang masjid luas, bila dengar khutbah, duduklah dimana2 diruang masjid. Garis makmum di karpet atau simen tu hanya untuk sewaktu solat berjemaah supaya garis lurus dan ada ruang untuk rukuk. Selain solat, duduklah dimana2 pun. Ramai terpaksa duduk luar sebab yang duduk didalam duduk ikut garis saf. Kadang2 masa dengar kuliah atau ceramah pun kena duduk ikut garis jugak. Kena ubah mentaliti ni. Allah maha mengetahui dan mengerti.
Hammasini ko'rsatish...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

https://www.facebook.com/share/rGkfthZpBaX8qm6b/?mibextid=WC7FNe SIRI 1: MEMPERKASAKAN MAZHAB SYAFI’IE HAKIKI. KHUTBAH JUMAAT DALAM BAHASA MELAYU TIDAK BOLEH PANJANG BERJELA: Tahniah Negeri Johor dan Muftinya. Alhamdulillah dan tahniah kerana memperkasakan Mazhab Al-Shafi’ie melalui khutbah Jumaat. Ianya disampaikan beserta tawabi’ dalam Bahasa Melayu dengan tempoh singkat tidak melebihi kadar sukut yang diharapkan dengannya tidak memutuskan muwalat (kesinambungan) khutbah sekaligus tidak mencacatkan keabsahan solat Jumaat kerana tidak diputuskan dengan sela masa yang lama. Jika panjang tawabi’ dalam bahasa selain Arab melebihi kadar sukut, maka nescaya ia memutuskan muwalat ق ل kerana disamakan dengan diam yang lama سم على منهج maka itu mencacatkan kesinambungan khutbah dan keabsahan solat Jumaat menurut yang muktamad م ر. Sebelum ini, Negeri Pahang juga sudah mula melazimi pandangan muktamad berkenaan Khutbah Jumaat di negeri itu. Semoga dapat terus diperkasakan Mazhab Al-Shafi’ie di seluruh negara berkenaan Khutbah Jumaat ini. Hikmah asbab COVID-19, tawabi’ Khutbah Jumaat diringkaskan. Khutbah panjang berjela pun orang tidur keluar air liur basi, bercanggah dengan matlamat Syarak. Wallahu’alam. ____\\______ Tawabi’: Ceramah dicelah rukun-rukun Khutbah. Muwalat: Kesinambungan antara khutbah dan solat Jumaat yang tidak boleh diputuskan dengan sela masa yang melebihi kadar sukut. Sukut: Tempoh solat sunat dua rakaat yang paling ringkas 3 hingga 5 minit. ____\\______ ع ش على م ر: ويجب وفاقا لمر أن محله إذا لم يطل الفصل بغير العربي وإلا ضر لإخلاله بالموالاة كالسكوت بين الأركان إذا طال بجامع أن غير العربي لغو لا يحسب، لأن غير العربي لا يجزي مع القدرة على العربي فهو لغو أهـ سم على منهج PENJELASAN BAGI PENDAPAT YANG MENYALAHI MUKTAMAD: Terdapat pandangan segelintir Fuqaha’ yang secara zahirnya dilihat bercanggah dengan pendapat muktamad mazhab berkenaan masalah ini. Kalam Sheikh Bujairimi, Sheikh Ali Shabramallisi, dan Sheikhul-Islam Zakariyya Al-Ansari hendaklah diihtimal dan difahami sebagai disyaratkan Bahasa Arab hanya pada segala rukun khutbah dan bukan pada tawabi' sebagai syarat sah khutbah. Maka, ibarat Sheikhul-Islam menunjukkan bahawa Bahasa Arab pada selain rukun, iaitu pada tawabi', tidak menjadi syarat sah khutbah. Begitu juga, mendatangkan tawabi' tidak menjadi syarat sah khutbah. Perkara ini berdasarkan kaedah mazhab kita: النفي اذا توجه الى المقيد بقيد يصدق بانتفاء القيد والمقيد جميعا وبانتفاء المقيد فقظ وبانتفاء القيد فقط Maksudnya secara kasar, apabila penafian itu ditujukan kepada perkara yang terikat dengan syarat, maka ternafilah syarat dan perkara yang terikat sekaligus, atau hanya perkara yang terikat, atau hanya syarat sahaja. Oleh itu, maksud Sheikhul-Islam dan Sheikh Bujairimi berkenaan petikan “Bahasa Arab pada selain rukun khutbah, iaitu pada tawabi', tidak menjadi syarat sahnya khutbah” mengesahkan hukum yang mantuq iaitu: a) Bahasa bukan Arab pada selain rukun bukanlah syarat sah khutbah (Nafi qaid dan muqayyad). b) Bahasa bukan Arab pada rukun khutbah bukanlah syarat sah khutbah (Nafi hanya pada Muqayyad). c) Bahasa Arab pada yang bukan rukun bukanlah syarat sah khutbah (Nafi hanya pada Qaid). Point (c) membawa maksud “Bahasa Arab pada tawabi' bukanlah syarat sah khutbah” iaitu boleh tidak mendatangkan tawabi' sama sekali dan cukup dengan mendatangkan rukun-rukun khutbah dalam Bahasa Arab. Maka, diihtimal pendapat Sheikhul-Islam tadi bahawa disyaratkan Bahasa Arab hanya pada rukun-rukun dan bukan pada tawabi' adalah sebagai syarat sah khutbah. Dengan cara ini, tiada percanggahan pendapat antara Sheikhul-Islam dengan pendapat Imam Nawawi & Al-Rafi’ie (Shaykhayn) serta Imam Mahalli yang mensyaratkan Bahasa Arab pada segenap rukun-rukun dan tawabi'; mereka mensyaratkan Bahasa Arab pada tawabi' adalah untuk menghasilkan pahala tawabi' dan untuk menghasilkan pahala sunat, kerana mendatangkan tawabi' adalah sunat. -——-
Hammasini ko'rsatish...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Rujukan: Al-Nawawi, Rawdah Al-Talibin, Jilid 1, m/s 418. Al-Ramli, Nihayah Al-Muhtaj, Jilid 7, m/s 82. Al-Mahalli & Hashiyah Qalyubi, Jilid 1, m/s 418. ————————————— Jabatan Agama Islam Negeri Johor Jabatan Mufti Johor SS Dato’ Ahmad Faisal Mohamed Jabatan Agama Islam Pahang Jabatan Mufti Negeri Pahang SF Dato’ ذكي محمد زين Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
Hammasini ko'rsatish...
https://www.facebook.com/share/p/gEY1d3hqamSiwVXJ/?mibextid=oFDknk TASHIH MAFAAHIM 648 Pencerahan 648 JENIS-JENIS DALIL SYAR'IE. 1. Mutaakhir ini ramai yg berbicara tentang dalil. Apabila disebut dalil, yg berada di benak fikiran sebahagian org hanyalah tertumpu kepada alQuran dan hadis sahaja. 2. Sebenarnya dalil-dalil syar'ie yg disepakati oleh mazhab empat yg muktabar ialah ALQURAN, HADIS, IJMAK dan QIAS. 3. Selain dari itu banyak lagi dalil-dalil yg lain yg dijadikan hujah oleh sebahagian mazhab seperti ISTISHAB, MASOLIH MURSALAH, ISTIHSAN, MAZHAB SOHABI, AMAL AHLI MADINAH, ISTIQRA, AL-AKHZ BI AQALLA MA QIIL, URF, dan SADD AL-ZARAIE' 4. Pandangan yg menghadkan dalil hanya kepada alQuran dan hadis sahaja adalah pandangan mazhab al-Zohiri. 5. Kini pandangan al-Zohiri ini tanpa disedari telah menular di kalangan masyarakat Islam, walaupun suatu masa dahulu ia hampir pupus. 6. Pandangan mazhab zohiri yg menghadkan dalil kepada alQuran dan hadis menjadi sebahagian dari punca pertikaian terhadap sebahagian amalan2 masyarakat Melayu sdgkan ianya termaktub di dalam ijtihad2 fuqaha2 berdasarkan qias dan lain-lain. 7. Di antara contoh para fuqaha' berhujahkan Qias ialah melafazkan niat pada solat. Ia diqiaskan kepada lafaz niat Umrah Dan haji yg diriwayatkan di dalam hadis. UKAI Kuliah Syariah, Mujammak Ilmi Aali Damsyiq Syria.
Hammasini ko'rsatish...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.