Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Kanalga Telegramāda oātish
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Ko'proq ko'rsatishMamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
1 866
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-47 kun
-630 kun
Postlar arxiv
https://www.facebook.com/share/1Cg9tJhcCJ/?mibextid=wwXIfr
Jom sama-sama jadi asbab suasana media sosial yang lebih indah.
Mari penuhkan ruangan komen platform tersebut dengan aura kasih sayang, adab & selawat š¤
Demi Cintaā¦
dan rasa yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Momen BBB 1.0 dan 2.0 ini masih segar di ingatan kami. Dan inilah suasana yang ramai mahu ia dihidupkan semula.
Di tengah budaya hedonisme yang semakin menenggelamkan nilai dan maruah manusia,
BBB 3.0 mahu hadir membawa sebuah naratif berbezaā¦
hiburan yang beradat,
budaya yang diangkat,
dan jiwa yang kembali mengenal cinta Rasulullah ļ·ŗ
Agar Bukit Bintang bukan hanya dipenuhi hiburan,
tetapi juga dipenuhi selawat,
akhlak dan kasih sayang sesama manusia.
Mungkinkah ia bakal terealisasi?
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Lagi 9 hari menuju Bukit Bintang Berselawat 3.0
Sedia?
š¬ MV rasmi BBB 3.0 akan dilancarkan sebentar lagiā¦
š„ Bila ia dilancarkan nanti,
ayuh kita sama-sama sebarkan dan hidupkan gelombang ini.
āMuhammad For Allā
āIslam For Allā
āHiburan Beradatā
āBudaya Diangkatā
Mereka mungkin tidak memahami bait selawatā¦
tetapi mereka dapat merasai kedamaian, kasih sayang dan keindahan yang terpancar š¤
Inilah suasana yang pernah hidup di Bukit Bintang Berselawat yang laluā¦
Saat jalan yang biasanya dipenuhi kesibukan duniaā¦
bertukar menjadi ruang mengingati Nabi Muhammad ļ·ŗ
Kadang-kadangā¦
akhlak, cinta dan suasana itu sendiri sudah cukup menjadi dakwahā¦
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Ini antara momen yang kami terima sewaktu BBB 2.0 dahulu dan ia mengajar kami satu perkara besar.
Pada awalnya, pakcik ini mempunyai persepsi yang sangat negatif terhadap Nabi Muhammad ļ·ŗ.
Namunā¦
apabila dijelaskan tentang kasih sayang Baginda, akhlak Baginda, dan bagaimana Rasulullah ļ·ŗ sangat mencintai manusia tanpa mengira bangsa dan latar belakangā¦
air matanya mengalir.
Dia mula bertanya.
Dia mahu tahu lagi.
Di situlah kami sedarā¦
Kadang-kadang,
manusia bukan membenci Islam.
Mereka cuma belum pernah benar-benar mengenali Rasulullah ļ·ŗ.
Sebab itu BBB bukan sekadar program.
Ia adalah ruang memperkenalkan cinta, rahmat, dan akhlak Nabi Muhammad ļ·ŗ kepada masyarakat.
Mungkinā¦
masih ramai lagi di luar sana yang sedang menunggu untuk dikenalkan kepada Baginda.
š¤
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Bayangkanā¦
Di tengah hiruk-pikuk Bukit Bintang,
ada manusia berselawat.
Ada yang mengajak dengan lembut.
Ada yang mendengar dengan tenang.
Ada yang mungkin baru pertama kali melihat indahnya Islam.
Mungkinā¦
inilah cara hati disentuh,
tanpa dipaksa.
Mungkinkah bakal terealisasi?
š¤
#BukitBintangBerselawat
#IslamForAll
#MuhammadForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#TanyaJawabBBB
š¤š»Ada apa-apa boleh ditolong atau nak turut sama membantu?
Bantu kami dengan sokongan anda ā¤ļø
Sebarkan hashtag ini dan gunakan dalam konten kalian :
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
š Pin location : Bukit Bintang
Dan jangan lupa hadir beramai-ramai pada 16 Mei ini.
Mungkin dengan satu posting daripada kita, menjadi asbab cahaya gelombang selawat ini sampai kepada lebih ramai hati š¤
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
šØ POSTER RASMI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 šØ
Akhirnya yang dinanti tiba āØ
Inilah poster rasmi Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Satu gelombang yang menghimpunkan masyarakat di tengah kota⦠membawa selawat, budaya, warisan dan cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam suasana yang penuh hikmah dan adab.
š Bukit Bintang, Kuala Lumpur
š 16 Mei 2026 (Sabtu)
š 9.00 malam ā 10.30 malam
Antara pengisian :
⢠Perarakan Selawat
⢠Sajak Warisan Jiwa
⢠Lagu Patriotik
⢠Persembahan Budaya & Tari Silat
⢠Zikir, Selawat & Doa
Kita angkat :
⨠Hiburan Beradat
⨠Budaya Diangkat
⨠Muhammad For All
⨠Islam For All
Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti ā¤ļø
Mari hidupkan malam kota dengan selawat.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
JEMPUTAN MEDIA & RAKAN STRATEGIK
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
āHIBURAN BERADAT, BUDAYA DIANGKATā
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0 dengan penuh hormat ingin menjemput pihak media, stesen radio, rakan industri, penggiat seni serta rakan strategik untuk bersama-sama menyokong dan memeriahkan penganjuran Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Program ini membawa sebuah naratif masyarakat yang positif melalui tema:
āHiburan Beradat, Budaya Diangkatā
dengan mengetengahkan pendekatan yang menyatukan elemen selawat, budaya, seni dan nilai kemasyarakatan dalam suasana yang harmoni serta penuh adab.
Bukit Bintang Berselawat 3.0 turut membawa mesej besar:
āMuhammad For Allā
āIslam For Allā
sebagai simbol kasih sayang, perpaduan dan kesejahteraan yang bersifat menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.
Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sokongan dan kerjasama pihak media dalam membantu menyebarkan hebahan, liputan serta kesedaran masyarakat terhadap inisiatif ini.
Segala bentuk sokongan, kolaborasi dan penyertaan amat dihargai dalam menjayakan usaha memperkasakan budaya, nilai dan keharmonian masyarakat melalui pendekatan yang positif dan berimpak.
Sekian, terima kasih.
SEKRETARIAT
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TanyaJawabBBB
š Flow pergerakan macam mana?
Segala laluan masuk, keluar serta susunan kawasan sedang dalam proses penyelarasan oleh pihak pengurusan.
š¢ Maklumat rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui platform rasmi BBB.
⨠Mohon hadir dengan sabar, tertib dan memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
š§ļø Kalau hujan macam mana?
Program berjalan seperti biasa, tertakluk kepada keadaan semasa.
ā Disarankan membawa payung atau raincoat
š Pakai kasut yang sesuai & selesa
š Ikuti arahan serta pengumuman semasa di lokasi
Hujan bukan penghalang, selawat tetap berjalan dengan penuh adab š¤
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
š Nak solat Isyak macam mana?
Digalakkan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu di Masjid Asy-Syakirin KLCC atau surau berdekatan sebelum bergerak ke lokasi program.
⨠Didahulukan yang wajib, diperindahkan dengan selawat.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
š Nak datang lebih mudah & tenang?
Digalakkan menggunakan LRT / MRT / Monorel bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan akses ke lokasi program.
šRancang perjalanan lebih awal supaya kehadiran lebih selesa & bermakna.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
šØāš©āš§āš¦ Keselamatan keluarga adalah keutamaan.
Jika keadaan terlalu sesak atau menimbulkan kebimbangan, sebaiknya tidak membawa anak kecil.
Hadir dengan tenang, jaga yang tersayang š¤
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
Terkini hashtag pilihan untuk digunakan :
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
Ayuh Sebarkan!
#TanyaJawabBBB
āProgram besar⦠mesti bercampur?ā
Soalan ini valid. Dan kami ambil serius.
Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan sekadar acara,
ia adalah usaha membina hiburan beradab dalam ruang awam.
Kami telah dan akan terus perkemaskan :
⢠Pengasingan laluan lelaki & perempuan
⢠Zon penempatan berbeza
⢠Kawalan petugas (usher) di lokasi
⢠Peringatan adab sepanjang program
BBB 2.0 telah membuktikan
kawalan boleh dibuat dengan lebih tersusun & terjaga.
Dan untuk BBB 3.0,
kami tambah baik lagi dari segi pengurusan & pemantauan.
Namun, ini bukan hanya tentang penganjur.
Ini tentang kita semua.
Datang dengan niat baik.
Jaga adab.
Hormati suasana majlis selawat.
āā Ini bukan sekadar program,
ini usaha membudayakan hiburan beradab dalam ruang awam.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
āTidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.ā
ā Riwayat al-Bukhari & Muslim
Dalam dunia yang semakin hilang rasa kasih dan hormat,
Rasulullah ļ·ŗ mengajar kita tentang cinta sesama manusia.
Bukan cinta yang hanya disebut,
tetapi cinta yang dizahirkan melalui akhlak, adab dan cara kita berinteraksi.
āMuhammad For All.ā
Rahmat Baginda ļ·ŗ adalah untuk semua.
Sebab itu kita hadir di tengah kota
bukan membawa kebencian, tetapi membawa nilai.
Menghidupkan hiburan yang beradat, menjunjung agama sebagai pedoman, dan menyanjung budaya warisan turun-temurun.
š Lagi 10 hari menuju
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
āHiburan Beradat, Hormati Budayaā
š Bukit Bintang, Kuala Lumpur
š 16 Mei 2026 | Sabtu
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
SIARAN MEDIA INI DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 (BBB 3.0)
Bukit Bintang Berselawat 3.0 : Mengajak Kepada Hiburan Beradat, Memurnikan Suasana Masyarakat
Kuala Lumpur, Mei 2026 ā Satu inisiatif berteraskan nilai adat dan budaya, serta ketenangan dan keharmonian akan berlangsung menerusi program Bukit Bintang Berselawat 3.0 yang dijadualkan pada Sabtu, 16 Mei 2026, jam 9.00 hingga 10.30 malam, bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Program ini membawa tema āHiburan Beradat, Hormati Budayaā, dengan tujuan mengajak masyarakat menghayati bentuk hiburan yang lebih beradab, menenangkan serta selari dengan nilai agama dan budaya tempatan.
Wakil penganjuran menjelaskan bahawa pendekatan program ini adalah berlandaskan prinsip :
mengajak, bukan melawan; menenangkan, bukan mengeruhkan.
Sehubungan itu, semua bentuk hebahan dan penglibatan adalah diharapkan dapat dilaksanakan dalam suasana yang berhemah, tanpa sebarang unsur provokasi, ketegangan atau sentimen yang boleh menimbulkan salah faham mana-mana pihak.
āProgram ini bukan bertujuan untuk menimbulkan reaksi atau pertembungan, sebaliknya sebagai satu usaha memurnikan suasana masyarakat melalui selawat, adab dan kebersamaan dalam suasana harmoni,ā menurut wakil tersebut.
Pihak penganjur juga menegaskan bahawa para hadirin digalakkan untuk :
⢠Menjaga adab, tingkah laku dan maruah diri
⢠Berpakaian sopan dan berhemah
⢠Menghormati sesama peserta serta masyarakat sekeliling
⢠Tidak melakukan sebarang provokasi atau tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan
⢠Tidak menghina atau menyinggung mana-mana pihak
⢠Tidak merakam atau menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya
⢠Tidak membawa makanan atau minuman beralkohol
⢠Tidak membawa sebarang senjata atau objek berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan awamā
⢠Menjaga kebersihan dan tidak melakukan sebarang kerosakan
Pendekatan ini diambil bagi memastikan program berlangsung dalam keadaan yang aman, teratur dan harmoni, serta memudahkan urusan semua pihak termasuk pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Program ini turut mengangkat semangat kebersamaan dalam masyarakat dengan menekankan bahawa :
Budaya disanjung, warisan dihormati, dan adab menjadi asas kebersamaan.
Orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi bersama-sama menghidupkan suasana selawat di tengah kota, dalam keadaan yang aman, damai dan penuh keberkatan.
āø»
Maklumat Program :
Bukit Bintang Berselawat 3.0
š Bukit Bintang, Kuala Lumpur
š Sabtu, 16 Mei 2026
š 9.00 ā 10.30 malam
Tema : Hiburan Beradat, Hormati Budaya
āø»
Semoga usaha ini menjadi satu langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih beradab, harmoni dan sejahtera.
Poster Rasmi bakal menyusul
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
