uz
Feedback
MDS UiTM SHAH ALAM SESI SEPTEMBER 2026

MDS UiTM SHAH ALAM SESI SEPTEMBER 2026

Kanalga Telegram’da o‘tish

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, group ini ditubuhkan bagi tujuan penyebaran maklumat secara terus kepada mahasiswa baharu terima kasih!

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
4 529
Obunachilar
-724 soatlar
+1217 kun
+24530 kun
Postlar arxiv
PANDUAN PENGAKTIFAN AKAUN MICROSOFT 365 PELAJAR UiTM.pdf2.89 MB

AHAD | 20 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PANDUAN DAFTAR MASUK KE PLATFORM UFUTURE] Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa semua mahasiswa UiTM perlu membuat daftar masuk ke platform UFuture bagi mengakses kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan digital yang disediakan oleh pihak universiti. Untuk makluman, UFuture merupakan platform yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Minggu Destini Siswa (MDS) bagi tujuan menjawab modul-modul yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, bersama-sama hebahan ini disertakan Panduan Daftar Masuk ke Platform UFuture sebagai rujukan kepada semua mahasiswa. Mahasiswa disarankan untuk membuat daftar masuk lebih awal dan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam panduan bagi memastikan akses ke platform dapat dilakukan dengan lancar sepanjang MDS berlangsung. Kerjasama dan perhatian semua mahasiswa berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SESI SEPTEMBER 2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

Tatacara Login UFUTURE Dan Menjawab Modul Di UFUTURE.pdf2.18 MB

AHAD | 20 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PERINGATAN PEMATUHAN SAHSIAH RUPA DIRI (SRD) BAGI MAHASISWA BAHARU (MB)] Dimaklumkan bahawa pihak Koordinator Sahsiah, Disiplin, Sukan dan Keselamatan ingin menegaskan akan pematuhan Sahsiah Rupa Diri (SRD) sepanjang tempoh Minggu Destini Siswa (MDS) dan semasa berada dalam kawasan kampus. Mahasiswa Baharu (MB) hendaklah memendekkan rambut bagi siswa, mengemaskan rambut bagi siswi. Pemakaian pula hendaklah sopan dan kemas serta bersesuaian dengan sahsiah diri. Dilarang sama sekali mengenakan pakaian atau perhiasan yang mengelirukan jantina, memakai pakaian terlalu ketat, mewarnakan rambut dengan warna mencolok pandangan, serta bertindik. MB yang gagal mematuhi garis panduan SRD boleh dikenakan amaran, atau berdepan tindakan tatatertib universiti. Komitmen penuh daripada MB dalam menjaga sahsiah rupa diri amatlah ditekankan agar imej dan keharmonian universiti terjaga. Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SESI SEPTEMBER 2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

AHAD | 20 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN MAHASISWA BAHARU (MB) YANG TERLIBAT DENGAN MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk perkara di atas, berikut merupakan kumpulan Mahasiswa Baharu (MB) yang terlibat dan tidak terlibat dengan Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026: MB yang Terlibat dengan MDS: - Pelajar Baharu ambilan Sesi September 2026 - Pelajar penerapan Pra-Diploma ke Diploma - Pelajar lepasan Asasi - Pelajar ACCA MB yang Tidak Terlibat dengan MDS: - Pelajar penerapan Diploma ke Ijazah Sarjana Muda Sehubungan dengan itu, semua Mahasiswa Baharu yang terlibat dengan MDS Sesi September 2026 dimohon untuk cakna terhadap segala hebahan dan pemakluman rasmi yang akan disampaikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SESI SEPTEMBER 2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

SELASA | 15 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA MAHASISWA BAHARU] Merujuk kepada perkara di atas, semua Mahasiswa Baharu (MB) dimohon untuk mengambil perhatian terhadap makluman berikut. Pemimpin Mahasiswa (PM)/Fasilitator akan menghubungi anda secara individu untuk mengumpulkan semua mahasiswa dalam Kumpulan WhatsApp Rasmi. Kumpulan ini diwujudkan bagi menyalurkan maklumat rasmi serta memudahkan segala urusan sepanjang Minggu Destini Siswa (MDS). Oleh itu, semua MB dinasihatkan untuk; 1. Menyemak mesej peribadi Whatsapp anda secara berkala. 2. ⁠Pastikan anda hanya menyertai kumpulan WhatsApp rasmi yang dianjurkan oleh jawatankuasa MDS. 3. ⁠Elakkan daripada menyebarkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali. Kerjasama dan tindakan semua Mahasiswa Baharu (MB) amat dihargai. Sekian, terima kasih. JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SESI SEPTEMBER 2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

✨1 HARI LAGI MENUJU MINGGU DESTINI SISWA✨ Esok, lembaran baharu bakal dibuka. 👀 Wajah-wajah baharu, semangat yang baharu dan
✨1 HARI LAGI MENUJU MINGGU DESTINI SISWA✨ Esok, lembaran baharu bakal dibuka. 👀 Wajah-wajah baharu, semangat yang baharu dan seribu satu cerita bakal mengisi perjalanan Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026. Semua sudah bersedia? Kerana selepas ini, perjalanan kita bermula. ⛰️ MDS 2026 — See you at the peak! #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

⛰️ 2 HARI LAGI MENUJU MINGGU DESTINI SISWA Setelah sekian lama dinantikan, Minggu Destini Siswa (MDS) kembali lagi! ✨ Bersedi
⛰️ 2 HARI LAGI MENUJU MINGGU DESTINI SISWA Setelah sekian lama dinantikan, Minggu Destini Siswa (MDS) kembali lagi! ✨ Bersedia untuk satu pengalaman yang bakal dipenuhi dengan warna-warni kehidupan mahasiswa, kenangan baharu dan momen yang akan dikenang. Satu permulaan. Satu perjalanan. Satu legasi. MDS Sesi September 2026 — let the story begin. #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

✨ MINGGU DESTINI SISWA KEMBALI LAGI! ✨ Sebuah perjalanan baharu bakal bermula, membawa semangat, pengalaman dan cerita yang a
✨ MINGGU DESTINI SISWA KEMBALI LAGI! ✨ Sebuah perjalanan baharu bakal bermula, membawa semangat, pengalaman dan cerita yang akan menjadi sebahagian daripada sebuah legasi. ⛰️ Bersiap sedia, UiTM! Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 bakal kembali untuk membuka lembaran baharu dalam perjalanan mahasiswa. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi." Are you ready to begin the journey? 👀 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

JUMAAT | 18 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU UiTM SHAH ALAM SESI SEPTEMBER 2026] Dahulu bertatih mencari cahaya, Kini berdiri mengukir nama, Menuju puncak gagah berjaya, Legasi terpatri sepanjang zaman. Dengan penuh rasa sukacita, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada seluruh Mahasiswa Baharu (MB) yang telah melangkah ke alam pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), khususnya di UiTM Shah Alam. Selamat datang ke sebuah perjalanan baharu yang pastinya akan dipenuhi dengan pelbagai pengalaman, cabaran, pembelajaran serta kenangan yang bermakna. 🌟 Semoga semua MB dapat menyesuaikan diri dengan baik, memanfaatkan setiap peluang yang tersedia, serta membina jaringan persahabatan yang baik sepanjang berada di UiTM. MPP UiTM Shah Alam sentiasa komited untuk menjadi wadah suara mahasiswa serta membantu dalam perkara berkaitan kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan mahasiswa. Akhir kata, selamat datang ke keluarga besar UiTM Shah Alam! Semoga perjalanan anda di bumi UiTM dipermudahkan dan menjadi satu pengalaman yang penuh makna. Selamat datang, mahasiswa baharu! 💙 Sekian, terima kasih. Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung. Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPPrihatin #30MPPCakna