uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
365
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+27 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‰-๐Š๐Ž๐Œ Hari ini saya telah menerima kunjungan hormat daripada Datoโ€™ Ismail bin Yusop, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di pejabat saya di Putrajaya. Pertemuan ini memberi ruang untuk saya menzahirkan penghargaan atas peranan yang telah dimainkan dalam mendekatkan dasar Kerajaan kepada rakyat. Semoga segala usaha dipermudahkan dan peranan besar ini akan terus digalas dengan baik demi memastikan agenda negara dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CUb6uL7cR/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_cdcOWwRh ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1973655545631613279?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPTIfEED2YH?xmt=AQF0RE5KHmXlLKak5ttfSgYGwX7aB1WFUeMTvejpGX-Udg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐๐ž๐ฐ ๐™๐ž๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š Saya kongsikan momen pertemuan bersama The Hon. Todd McClay, Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Pertanian dan Perhutanan New Zealand di Putrajaya. Pertemuan ini bukan sekadar lawatan balas terhadap kunjungan saya ke New Zealand pada Julai lalu, tetapi juga mencerminkan hubungan persahabatan erat dan kukuh di antara Malaysia dan New Zealand, yang memfokuskan kepada peluang kerjasama halal, perdagangan dua hala, dan kerjasama serantau. Insya-Allah, hubungan strategik ini akan terus diperkasa demi manfaat rakyat kedua-dua negara. #MalaysiaNewZealand #PembangunanDesa #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDTP47Bv/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_w0SaFS6- ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1FZDozmEJv/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/CYBTcKdaor8?si=m7cZ74Pkl8twJlp8 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐จ๐ฅ๐ข๐๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐€๐’๐„๐€๐: ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š ๐ค๐ž ๐…๐ข๐ฅ๐ข๐ฉ๐ข๐ง๐š Saya merakamkan simpati mendalam terhadap rakyat Filipina berikutan gempa bumi berskala 6.9 magnitud yang melanda Wilayah Cebu pada lewat malam semalam. Gegaran kuat ini telah meragut puluhan nyawa, mencederakan ratusan mangsa serta menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di wilayah yang terlibat. Laporan awal menunjukkan kerosakan infrastruktur yang amat serius, termasuk runtuhan separa dan kerosakan pada bangunan kediaman serta komersial. Malah, Archdiocesan Shrine of Santa Rosa de Lima di Daanbantayan, sebuah struktur bersejarah berusia ratusan tahun, turut mengalami keruntuhan separa. Gangguan bekalan elektrik juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan manakala jalan raya, jambatan dan infrastruktur kritikal lain turut rosak teruk dengan anggaran awal nilai kerosakan keseluruhan mencecah USD45.7 bilion. Sehubungan itu, sebagai negara jiran dalam ASEAN, Malaysia bersedia menghantar Pasukan SMART bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Filipina sekiranya terdapat permintaan dan keperluan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya melihat langkah ini dapat menzahirkan komitmen Malaysia terhadap solidariti serantau ASEAN serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat digerakkan segera demi menyelamatkan nyawa dan memulihkan kehidupan mangsa bencana di negara tersebut. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakyat Filipina terus dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan Ilahi dalam menghadapi ujian besar ini. Semoga setiap usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan, setiap mangsa yang terjejas mendapat pembelaan, dan negara Filipina kembali pulih dan membina semula kehidupan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku. Kredit Foto : AFP #MalaysiaFilipina #GempaBumi #SMART #NADMA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1B6RQkZxRw/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BA-6XWnTWU ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1973357693026050089?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPRBIxJD6N1?xmt=AQF0JznO8mGeMMSutarqZOtHS9vPhN1hrr3afz6PqttSuw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ Sejak penubuhannya pada 1 Oktober 2015, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menjadi tunjang utama dalam menguruskan bencana di Malaysia. Tidak kira banjir, tanah runtuh, ribut, jerebu dan juga pandemik, NADMA sentiasa berada di barisan hadapan, menyelaras pelbagai agensi dan tenaga sukarelawan demi keselamatan rakyat. Hari ini, bersempena ulang tahun ke-10 NADMA, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga NADMA atas dedikasi dan kecekalan mereka. Sepuluh tahun ini bukanlah satu perjalanan yang mudah, namun semangat "Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama" telah membuktikan bahawa kita mampu berdiri teguh ketika diuji. Saya sentiasa mendoakan semoga NADMA terus diperkukuh sebagai benteng kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran bencana di masa depan, insya-Allah. #10TahunNADMA #NADMA #BKN2025 #SentiasaSiagaBencanaTerjaga ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1Xe2jkHaTn/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG : https://www.instagram.com/p/DPQo0w8kvdL/?igsh=MXE3OTBpdGxrNWs5Nw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1973304579791135131?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPQpEfAD-zM?xmt=AQF0MzN0DRbjf4QyzOkMPco9aFY7JRToJvSDkD_ENPwnIQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

โณ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ! ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ bakal menemui anda! ๐Ÿ“… 10 - 12 Oktober 2025 โฐ 9.00 pagi - 6.00 petang ๐Ÿ“ Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ dibawakan dengan konsep โ€œ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง: ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ขโ€, platform inklusif yang menghubungkan pendidikan, industri, komuniti dan teknologi. Pelbagai pengisian menarik menanti anda! ๐Ÿ”บPameran & Demonstrasi ๐Ÿ”บKreativiti & Inovasi ๐Ÿ”บPertandingan Kemahiran ๐Ÿ”บTeknousahawan ๐Ÿ”บRakan Strategik & Kerjaya ๐Ÿ”บKomuniti & Servis Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi! ๐Ÿš€ #KKDW #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #PejuangDesa #EkspoTVET #TVET ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18tRiawTYg/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAkcOZrHVz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1973208884388282729?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPP9bSMj2N_?xmt=AQF0rcUm5bve0RfNqI4uBvTqs3pPEjc0q7mHHwuhsftgTg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menganjurkan ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ pada ๐Ÿ๐ŸŽ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ di ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก ๐‚๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž (๐ˆ๐‚๐‚), ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐‘๐ข๐๐ณ๐ฎ๐š๐ง. Pelbagai pengisian menarik menanti anda! ๐Ÿ”บPameran & Demonstrasi ๐Ÿ”บKreativiti & Inovasi ๐Ÿ”บPertandingan Kemahiran ๐Ÿ”บTeknousahawan ๐Ÿ”บRakan Strategik & Kerjaya ๐Ÿ”บKomuniti & Servis Masuk adalah PERCUMA! ๐Ÿ—“๏ธ Tandakan kalendar anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk alami sendiri dunia TVET penuh inspirasi! โœจ #KKDW #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #PejuangDesa #EkspoTVET #TVET ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1UHu4VGBaD/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BBPQGbMWKi ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/cD2tiPQylzo?si=sTyTy6pxxL-tdh2d ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐”๐ฌ๐š๐ก๐š ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก Saya telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Encik Muhammad Faiz bin Fadzil di pejabat saya di Putrajaya. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami membincangkan isu-isu yang dekat dengan kehidupan nelayan, khususnya soal subsidi diesel, cabaran nelayan masa kini, serta keperluan melihat potensi industri ๐‘‘๐‘œ๐‘ค๐‘›๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘š agar hasil laut dapat memberi pulangan yang lebih baik. Saya turut menekankan kepentingan TVET dalam kalangan anak-anak nelayan, khususnya dalam bidang pembaikan kapal dengan melibatkan GiatMARA dan UniKL (MIMET). Insya-Allah, usaha ini dapat membuka peluang kemahiran dan kerjaya baharu buat generasi muda nelayan. Dalam masa yang sama, cadangan penggunaan tenaga solar di jeti nelayan juga turut dibincangkan. Saya percaya dengan kerjasama erat ini, agenda pemerkasaan nelayan akan dapat diperkukuh demi masa depan yang lebih terjamin. Insya-Allah. #LKIM #NelayanMalaysia #PerikananNegara #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1JgE229n8c/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAVD_Q75By ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972967657239724480?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPOPvcZj_Nx?xmt=AQF0-K90YtM-gpnXepOhYOw_egsa6NwYqZllunxzKUI7Ag&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐Š๐Ž๐๐ƒ๐„๐’๐€@๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š: ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š, ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ Saya kongsikan rangkuman pelancaran IKONDESA@Putrajaya, platform baharu untuk mengangkat produk desa ke peringkat yang lebih tinggi. Inilah usaha kita membawa hasil keringat anak desa ke jantung pentadbiran negara dan seterusnya ke mata dunia. Semoga IKONDESA menjadi pencetus rezeki baharu untuk usahawan desa serta memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar. #IKONDESA #ProdukDesaCitarasaDunia #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDvW93gf/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/BASRSJNjms ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1ENHF22E3V/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/Gw-zjUx1u9M?si=Wc_oyjRKpDUyKbL3 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š Saya memulakan hari ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Parlimen Bagan Datuk bersama kementerian, agensi pelaksana dan pihak teknikal di Putrajaya. Mesyuarat ini memberi ruang bagi meneliti projek-projek utama serta memastikan setiap pelaksanaan berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih efektif. Bagi saya, pemantauan berterusan adalah kunci bagi memastikan setiap projek memberi manfaat sebenar kepada rakyat. Dalam pelan pembangunan di Bagan Datuk, antara projek yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan serta penaiktarafan jalan utama Parit 1 hingga Parit 10 yang menghubungkan Jalan FT69, Bagan Datuk. Selain itu, pembinaan kuarters guru untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bagan Datuk kini sedang dalam proses pra-pelaksanaan. Saya juga menekankan supaya perancangan Bandar Baharu Bagan Datuk, Taman Perindustrian dan projek Fishery dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Saya turut menerima pembentangan Pelan Induk Pelancongan Daerah Bagan Datuk yang bakal membuka peluang pembangunan dalam sektor pelancongan. Antara cadangan yang diketengahkan termasuk mengangkat Masjid Tuminah Hamidi sebagai destinasi โ€œIslamic Tourismโ€, pembangunan Dataran Niaga Pekan Simpang Tiga, serta penyediaan papan tanda arah ke lokasi pelancongan utama. Saya mengharapkan pemantauan berterusan khususnya oleh Pejabat Daerah bagi memastikan pelaksanaan projek di lapangan berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira melihat usaha pembangunan ini terus digerakkan demi kesejahteraan rakyat di kawasan ini. Insya-Allah, dengan komitmen semua pihak, agenda pembangunan di Bagan Datuk akan terus diperkukuh dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat. #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19bPQvYhEU/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_4tcitEjA ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972934521525059654?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPOAm2gj-io?xmt=AQF0LAoiH-KUzYuzVnMzT6pNN5X6Bk_aOQIZOAu3rvCeZQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ’๐ŸŽ ๐Ž๐ฑ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ ๐’๐ญ๐ฎ๐๐ข๐ž๐ฌ Memenuhi undangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ke Majlis Santapan Istimewa sempena meraikan Ulang Tahun ke-40 Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) di Kuala Lumpur malam tadi. Menjunjung kasih Tuanku atas undangan yang penuh makna ini. Patik sentiasa mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan dan keberkatan berpanjangan kepada Tuanku serta mendoakan semoga OCIS terus cemerlang sebagai institusi ilmu yang mengangkat martabat Islam di persada dunia. Insya-Allah. #OCIS40 #OxfordCentreForIslamicStudies ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1GBB8S6ZjW/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAcdFURLyO ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972851476855935027?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPNa0S9j8jJ?xmt=AQF0F_TZwFjuwjD7ay8dHJkOra_EITJBRqrOG3GX43XUwQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ข๐›๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฉ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐š๐ค๐š๐ซ Saya kongsikan rangkuman majlis di DBP Kuala Lumpur, di mana enam Ensiklopedia Ilmu dilancarkan serta watikah penterjemah dan pentashih Ensiklopedia Hadis Nilai (Mawsuโ€˜ah Ahadith al-Qiyam). Tahniah kepada semua yang telah menjayakan inisiatif ini dan semoga ianya dapat memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta menjadi warisan berharga buat generasi akan datang. #DewanBahasadanPustaka #BahasaJiwaBangsa #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDWpQb2L/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/BAN7CMuDOY ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1B3gk5GGJj/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/ScbnXraCD08?si=n-OxpEnJXdNNufJr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ณ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ข ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐๐ข ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐€๐ฅ-๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐”๐ข๐“๐Œ Petang tadi, saya bersama isteri meluangkan masa di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA untuk menziarahi saudara kami yang sedang menerima rawatan di sana. Dalam ruang waktu yang ada, saya turut berkesempatan untuk menyantuni beberapa pesakit yang sedang dirawat dan menitipkan doa agar mereka segera diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Semoga setiap daripada mereka dikurniakan kekuatan dan kesembuhan yang segera insya-Allah. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1JumQn4KEo/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/p/BAPHK6hqK5 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972640690254569966?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPL7BpFD71S?xmt=AQF0u9g1MHWg3ZGdYklCAx5Uit0heZboImPFzflX4oZwNw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ณ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ข ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐…๐š๐๐ณ๐ฅ๐š๐ง ๐๐ข ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š Saya sempat menziarah Saudara Fadzlan, salah seorang staf daripada pejabat saya yang kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat serangan jantung. Saya doakan semoga beliau segera diberikan kesembuhan oleh Allah SWT dan kembali sihat seperti sediakala. Aamiin. Saya mohon juga kepada rakan-rakan yang membaca ini untuk kita bersama titipkan doa buat beliau dan keluarga agar diberi kekuatan menghadapi ujian ini. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1B7MihpGT7/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_fkrGADjg ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972594861296722120?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPLmK53Dz-7?xmt=AQF0FR4FmRG15O1U73cNjq4pjkRuLFCnG02EWP0R7I9TIw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ˆ๐๐…๐‘๐€ - ๐“๐ข๐ฆ๐จ๐ซ ๐‹๐ž๐ฌ๐ญ๐ž ๐๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฒ๐š๐ง๐ฒ๐š Alhamdulillah, selesai sudah Program Latihan Antarabangsa INFRA - Timor Leste 2025 yang berlangsung dari 23 hingga 28 September 2025. Sepanjang hampir seminggu, seramai 10 pegawai Kerajaan dan pemimpin komuniti Timor Leste telah menimba pengalaman berharga di Malaysia, baik dari perkongsian dasar pembangunan desa, pengukuhan TVET di GIATMARA, keakraban bersama komuniti Homestay Dorani di Sungai Besar, sehinggalah menutup perjalanan di Putrajaya. Syukur Alhamdulillah kerana ilmu dan pengalaman Malaysia dalam membangunkan desa kini turut menjadi rujukan serantau. Ini membuktikan bahawa usaha kita bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat sendiri, malah dikongsi bersama sahabat serantau. Saya amat menghargai kerjasama erat semua pihak yang menjayakan program ini termasuk Kerajaan Timor Leste, Kedutaan Besar Malaysia di Dili, KKDW, INFRA, INTAN, MOTAC, UNFPA, GIATMARA serta komuniti homestay. Sumbangan dan sokongan anda semua telah menjadikan program ini begitu bermakna. Semoga hubungan erat Malaysia-Timor-Leste ini terus berkembang sekali gus membuka ruang kerjasama baharu serta membawa manfaat besar kepada pembangunan desa yang lebih inklusif dan lestari. Insya-Allah. โ€œMembitara INFRA, Memaju Desa.โ€ #MalaysiaTimorLeste #INFRA #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1EVu8FLrig/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BABOxTxjDy ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972579668797898809?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPLfQhaj2VU?xmt=AQF0o2v9u2qpi9txbr1LkB2-3yg98yX8if85Zp-XWY6CtA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ž๐ ๐š๐ฌ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐š๐๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐๐ข ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š Pagi tadi saya berpeluang mengiringi YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah acara antarabangsa yang menghimpunkan delegasi global untuk memperkukuh agenda keselamatan sosial. Dalam ucaptama, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa keadilan sosial sejagat tidak akan tercapai selagi kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dibiarkan berterusan. Malaysia berdiri teguh mengecam penindasan ini dan akan terus memperjuangkan keamanan serta hak asasi manusia di pentas dunia. YAB Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan terhadap keberanian para sukarelawan flotila ke Gaza yang menjadi simbol solidariti antarabangsa menentang penindasan. Ia mencerminkan suara bersama dunia untuk menuntut hak rakyat Palestin dan menolak kekejaman tanpa kompromi. Insya-Allah, Malaysia akan terus konsisten membawa suara rakyat tertindas, sambil mengukuhkan peranan negara sebagai peneraju dialog, solidariti dan kerjasama antarabangsa demi masa depan yang lebih adil dan aman. #WSSF2025 #ForumKeselamatanSosialDunia2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1JVAbEX7wp/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAZi5hx4av ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972565572878733360?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPLZCKCj5CY?xmt=AQF0TD-M2FmUEXJEQhv-EW4BXPOQfoOpTcGt09_nhW1szw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-56 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Patik dengan penuh takzim menjunjung kasih serta mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati Allah SWT, berada dalam lindungan Ilahi, dikurniakan kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. Daulat Tuanku. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CEH3j3GTV/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/p/_ZbW-GTMn ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1972543746442183126?t=wYvlEsEMlIhv6tHPvsBXIg&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPLOx1REvn6?xmt=AQF09RNtbR2Fj0Mw28BLIl2-hfaJIGWx5cFGUig0ZpMXkg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐„๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐‚๐ž๐ค๐š๐ฉ ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ Saya kongsikan momen di Global Halal Summit (GHaS) 2025 di MITEC, yang turut dihadiri delegasi antarabangsa dan penggiat industri. Malaysia terus diberi kepercayaan sebagai peneraju industri halal dunia dengan transformasi ekosistem halal yang lebih cekap, inklusif dan berdaya saing. #GHaS2025 #HalalMalaysia #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDtHE9xS/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/_bMQh_sKE ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1YsvroyWxL/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/hZXXVaSFp2Q?si=s8ZQQbLX3xvhWlGA ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Bersama-sama kita terus menadah tangan berdoa buat saudara-saudara kita serta delegasi Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla. Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberikan keselamatan kepada mereka dalam perjuangan ini. Insya-Allah. #GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara #BreakTheSiege #NusantaraForGaza ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FY5gPsW6y/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_5HitYf8T ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972185874881511624?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPIrFh-kg6z?xmt=AQF0RjphRAnVlmfiC0YrehO9gQPzXcIIHurwmSlS6WD-ww&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐ฌ๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ (๐๐Š๐) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Sejak tahun 2016, NADMA telah menjadikan bulan Oktober sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN). Insya-Allah, tidak lama lagi saya akan melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025. BKN dianjurkan bukanlah bertujuan untuk meraikan sebarang bencana, tetapi untuk mengarusperdanakan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi sebarang risiko, khususnya menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL). Penganjuran ini berfungsi sebagai pemangkin bagi meningkatkan kesedaran rakyat dan memupuk penglibatan menyeluruh ๐‘Šโ„Ž๐‘œ๐‘™๐‘’ ๐‘œ๐‘“ ๐บ๐‘œ๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก dan ๐‘Šโ„Ž๐‘œ๐‘™๐‘’ ๐‘œ๐‘“ ๐‘†๐‘œ๐‘๐‘–๐‘’๐‘ก๐‘ฆ agar kita benar-benar bersedia menghadapi kemungkinan yang mendatang. Antara matlamat BKN ialah: - Meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana. - Menghebahkan langkah-langkah mitigasi yang dilaksanakan Kerajaan. - Menekankan bahawa pengurusan bencana adalah tanggungjawab bersama. Walaupun bencana tidak dapat dielakkan, namun risikonya boleh diurus dan kesannya mampu diminimumkan sekiranya kesiapsiagaan diperkukuh dari semasa ke semasa. Justeru, marilah kita bersama menyemai kesedaran, memperkukuh kesiapsiagaan dan membudayakan sikap berjaga-jaga dalam setiap lapisan masyarakat. โ€œSentiasa siaga, bencana terjagaโ€ #NADMA #BKN2025 #SentiasaSiagaBencanaTerjaga #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1GMpEc6QUT/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPIZNjWkspD/?igsh=MTV3NG1ydTZvcnV1dg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1972145275985973500?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPIZ3ZeDyi4?xmt=AQF0nBxuWEREPtLskJOjyGEbRWMgcNqUYAcIQNQwDVN50Q&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐๐‘๐ˆ๐’๐Œ๐€) ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ค๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ Dari Kota Kinabalu, saya meneruskan perjalanan ke Padang Pekan Kota Belud bagi bersama para pekebun kecil sekali gus menyempurnakan Program RISDA MADANI (PRISMA) Sabah 2025, sebagai wadah memperkasa pekebun kecil di negeri ini. Melalui PRISMA, pelbagai inisiatif digerakkan bagi meningkatkan produktiviti kebun getah, memperluas pasaran produk desa melalui RisSMart, serta membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk keluarga luar bandar. Saya turut berkongsi bahawa Kerajaan Persekutuan melalui KKDW dan RISDA telah memperuntukkan sebanyak RM44.42 juta bagi membangunkan lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah dan RM67.62 juta di bawah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025 melibatkan lebih 84,000 penerima pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini. Sebagai tanda kebersamaan Kerajaan Persekutuan dengan rakyat negeri Sabah, saya turut menyempurnakan penyampaian Sumbangan CSR Yayasan RISDA @ Bencana dengan nilai keseluruhan berjumlah RM73,000.00 yang disalurkan kepada 600 orang penerima berupa sumbangan tunai dan barangan makanan asas, khusus untuk para pekebun kecil serta keluarga yang terkesan akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini. Saya berharap PRISMA Sabah 2025 ini akan menjadi pemangkin kepada ekonomi desa yang lebih berdaya saing, inklusif dan makmur. Melalui Aspirasi Desa MADANI, kita mahu memastikan jurang pembangunan antara bandar dan desa terus dirapatkan, agar rakyat luar bandar turut menikmati arus pembangunan negara secara adil dan saksama. #PRISMASabah #PRISMA2025 #RISDA #KKDW #PejuangDesa #DesaMADANI #SabahMajuJaya ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BHtC8uCzJ/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAS5VugUlu ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1971848411231277553?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPGS2S6jx1Z?xmt=AQF0qkeVJ-XQOWt002AwOwO7xV99rw5oBEjVu59_PwtoZg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel