uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
365
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+27 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐ˆ๐๐ž๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฆ๐š๐ข ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ข๐ค๐ข๐ซ ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ข๐ฉ๐ญ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง Usai menyempurnakan Majlis Perasmian Ekspo TVET@KKDW, saya meneruskan perjalanan ke UiTM Seri Iskandar bagi merasmikan Festival Idea Perak 2025 - sebuah inisiatif yang menghimpunkan idea, inspirasi dan gagasan baharu sebagai pemacu kemajuan negeri serta negara. Saya percaya, kemajuan sesebuah negara tidak hanya dibina melalui kekuatan fizikal atau sumber alam, tetapi melalui kekayaan minda dan keupayaan rakyatnya mencipta perubahan. Festival ini menjadi wadah penting untuk melahirkan generasi pemikir dan pencipta masa depan. Di sinilah lahirnya daya fikir kritikal, keberanian mencabar norma, serta ilham yang mampu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar untuk masyarakat. Perak memiliki potensi besar untuk menjadi hab ilmu dan inovasi negara. Dengan ekosistem pendidikan yang luas, bakat muda yang berkualiti serta sokongan daripada pelbagai institusi dan agensi, negeri ini mampu melahirkan lebih ramai pencipta teknologi, penggerak ekonomi baharu dan usahawan berdaya saing. Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan, institusi pendidikan, industri dan komuniti, Festival Idea Perak akan menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih banyak gagasan besar yang membentuk masa depan Malaysia sebagai negara yang berdaya fikir, berdaya cipta dan berdaya saing di peringkat global. #FestivalIdeaPerak2025 #GelombangIdeaNasional #UiTMSeriIskandar #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19hhConY3p/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPqq2dnEpTJ/?igsh=ZDFuYmNvMDQ5MHps ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976968703125471392?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPqrX4ZD2Td?xmt=AQF01NrgGheJxG2P_LxeGMzdikl4279IwrIjbcqBV4W1wg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค: ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง๐š ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š, ๐€๐ค๐ญ๐š ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐†๐ข๐  & ๐•๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Belanjawan 2026 terus memperkukuh pembangunan desa melalui penambahbaikan prasarana sekolah agama rakyat, tahfiz dan pondok berdaftar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Pada masa sama, komitmen terhadap ekonomi gig diteruskan menerusi pelaksanaan Akta Pekerja Gig yang memperkukuh perlindungan sosial serta memberi galakan kepada tenaga kerja sektor ini agar terus berdaya saing. Belanjawan tahun ini turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan pelbagai inisiatif promosi, acara dan aktiviti kebudayaan bagi memperkukuh sektor pelancongan dan membuka lebih banyak peluang ekonomi di peringkat akar umbi. #Belanjawan2026 #Huffaz #AktaPekerjaGig #VM2026 #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1DGGyhV81F/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.facebook.com/share/p/1DGGyhV81F/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976951657323020359?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPqkPh8D_ka?xmt=AQF0ASqWcgOaDgkHgYsGEHiGgujRCeBF82a2kvSPFoJmPQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค: ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐ฌ๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š & ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š Belanjawan 2026 turut menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan projek tebatan banjir serta usaha memperkukuh kesiapsiagaan bencana. Pada masa sama, tumpuan turut diberikan kepada pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan peluang terus terbuka luas untuk generasi masa hadapan. #Belanjawan2026 #EkonomiBumiputera #PengurusanBencana #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Be1Cdsc16/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPqSV-IkhaE/?img_index=1&igsh=MWFhdmZ2eWdudGU1MA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976914570842456278?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPqSpTED-p4?xmt=AQF0DaLkFnMvGVmHX3GEgosW4PpMhOUHZ7L6_bm6BOp6xQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐–๐ข๐ซ๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Semalam, kita telah mendengar pembentangan Belanjawan 2026 yang sekali lagi membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkasa agenda TVET sebagai teras pembangunan negara. Komitmen yang ditunjukkan melalui peningkatan peruntukan TVET kepada RM7.9 bilion serta pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu jelas memperlihatkan keyakinan Kerajaan bahawa masa depan pekerjaan adalah berasaskan kemahiran. Seiring dengan semangat itu, hari ini saya telah merasmikan Ekspo TVET@KKDW 2025, sebuah platform anjuran KKDW yang menghimpunkan pelbagai institusi, industri dan agensi bagi mempamerkan keupayaan TVET dalam membentuk tenaga mahir yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Apa yang paling menggembirakan saya ialah melihat ekspo ini disambut dengan kehadiran ramai anak muda, termasuk pelajar sekolah dan pelajar tahfiz. Pemandangan ini memberikan keyakinan bahawa kesedaran terhadap pentingnya kemahiran semakin mekar dalam jiwa generasi masa depan. Insya-Allah, KKDW akan terus memainkan peranan dalam memacu ekosistem TVET negara, termasuk melalui peluasan laluan akademik sehingga ke peringkat ijazah dan pascasiswazah, program TVET GIG untuk ekonomi digital, serta inisiatif TVET Tahfiz bagi menggabungkan ilmu agama dan kemahiran teknikal. Semua ini adalah sebahagian daripada usaha untuk melahirkan tenaga kerja berdaya saing, pencipta peluang dan penggerak ekonomi baharu negara. Saya yakin, dengan semangat dan iltizam bersama ini, kita akan melihat TVET bukan hanya sebagai satu pilihan pendidikan, tetapi sebagai mata wang masa depan yang mampu menjulang maruah bangsa dan membawa Malaysia ke pentas dunia. Insya-Allah. #TVETMalaysia #EkspoTVET2025 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ADmuxrYB9/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BBv4GBSzMG ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976923709219967371?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPqW2TNj2Pe?xmt=AQF0pfJa6Bvn2MbEIi_VSHd4UHfvU7dPeIrQUOuk1LVtwQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค: ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐“๐•๐„๐“ Belanjawan 2026 memperlihatkan kesinambungan usaha Kerajaan dalam memperkukuh agenda TVET, selaras dengan keperluan kemahiran masa hadapan berasaskan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Melalui pelaksanaan program digital dan AI yang turut melibatkan pelajar tahfiz dan pondok, inisiatif ini membuka ruang baharu dalam pembangunan tenaga mahir seimbang antara ilmu teknikal dan nilai spiritual. Insya-Allah, langkah ini akan terus memperkukuh ekosistem TVET negara, melahirkan modal insan berdaya saing dan memacu kemajuan desa serta negara ke arah kemakmuran yang inklusif. #Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #TVET #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/14MD4HaQtrX/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPqCWTaEtFz/?igsh=MTBjd3NqeGI2NDB4Yw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976879334083461393?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPqCtr9D_h_?xmt=AQF0ICtmsLpDfapAMy0hhxn-ELetSVGWDWoO-4zMjTtknQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค: ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Kerajaan atas peruntukan Belanjawan 2026 yang disalurkan kepada agensi-agensi di bawah KKDW. Peruntukan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan KKDW dalam memperkasa komuniti desa, memperluas peluang ekonomi, memperkukuh pendidikan dan mempertingkat kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Insya-Allah, dengan iltizam yang tidak pernah luntur, KKDW akan terus menjadi pemangkin perubahan dalam memajukan desa, meningkatkan taraf hidup rakyat sekali gus menyumbang kepada kemakmuran negara. #Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19jkJGHKnC/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPpyNT8kqNg/?img_index=1&igsh=MWQya3BuemIyMXlqNw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976844381442457663?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPpyZtDj9UA?xmt=AQF0u4XEpd5p2MoYsV4sGwzH4WPjyyDKe_lfd6RKouY2hg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก, ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ Saya kongsikan rangkuman suasana pembentangan Belanjawan 2026 yang mencerminkan komitmen Kerajaan untuk terus memperkukuh ekonomi negara dan memelihara kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, setiap perancangan dan inisiatif yang digariskan akan menjadi pemangkin kepada kemakmuran bersama demi Malaysia MADANI. #Belanjawan2026 #ParlimenMalaysia #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUkASgpW/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/_tcbV-_cG ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/r/1CUJQ7Rcwk/ ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค: ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก Pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini menjadi satu lagi detik penting dalam perjalanan negara menuju kemakmuran inklusif, khususnya bagi komuniti desa yang terus menjadi fokus utama KKDW. Peruntukan sebanyak RM12.4 bilion kepada KKDW bagi tahun 2026 menunjukkan peningkatan sebanyak RM0.44 bilion atau 3.69% berbanding tahun 2025. Ia menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa agenda pembangunan desa secara inklusif, mampan dan seimbang di seluruh negara. Fokus KKDW kekal teguh untuk memastikan setiap sen dimanfaatkan dengan penuh berhemat demi meningkatkan kesejahteraan penduduk desa melalui pelbagai program pembangunan, ekonomi dan keusahawanan luar bandar. #Belanjawan2026 #ParlimenMalaysia #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/19bCukx7Ci/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPoZwKlEoJG/?img_index=1&igsh=MWQyMXg3ZnZmaG8yeA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976649523066720691?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPoaItNj8Ou?xmt=AQF07o4AWgqb8tl-wmwoYpmASv-DUWGZRI8YyywFiwu6Pw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim yang jelas membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh ekonomi negara dan membina masa depan Malaysia yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif. Saya amat menghargai kepercayaan dan sokongan Kerajaan yang telah meningkatkan peruntukan untuk KKDW kepada RM12.4 bilion bagi tahun 2026, meningkat 3.69% berbanding tahun sebelumnya. Insya-Allah, peruntukan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh jaringan prasarana asas luar bandar, meningkatkan taraf hidup masyarakat desa serta memperluas peluang ekonomi yang lebih inklusif. Perhatian turut diberikan kepada usaha memperkasa modal insan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif TVET, pengukuhan pendidikan tahfiz dan pondok, serta program kemahiran dalam bidang strategik yang relevan dengan keperluan masa depan. Dalam masa yang sama, kesiapsiagaan negara menghadapi bencana turut dipertingkatkan, manakala industri pelancongan diperkukuh sebagai pemacu penting kepada pertumbuhan ekonomi baharu negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Insya-Allah, Belanjawan 2026 akan menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat, memajukan desa, memperluas peluang pendidikan dan pekerjaan, serta memastikan Malaysia kekal berdaya saing di pentas global. #Belanjawan2026 #ParlimenMalaysia #KKDW #DesaMADANI #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19VYx9sLcF/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAfqPnkqCh ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976623205134774605?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPoOTbnD5sd?xmt=AQF0j4-3YUtU7WsXA0X10GisgBwqQZH2GAE2VjgizDLQwg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐„ ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ! ๐Ÿš€ Alami sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi di ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ yang bermula hari ini! ๐Ÿ“… 10 - 12 Oktober 2025 โฐ 9.00 pagi - 6.00 petang ๐Ÿ“ Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ adalah platform inklusif yang menghubungkan pendidikan, industri, komuniti dan teknologi. Pelbagai pengisian menarik menanti anda! ๐Ÿ”บPameran & Demonstrasi ๐Ÿ”บKreativiti & Inovasi ๐Ÿ”บPertandingan Kemahiran ๐Ÿ”บTeknousahawan ๐Ÿ”บRakan Strategik & Kerjaya ๐Ÿ”บKomuniti & Servis โ€œ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง: ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ขโ€ #KKDW #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #PejuangDesa #EkspoTVET #TVET ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1JgFTRvRCM/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BADFZuScrO (collab) ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976490577706484187?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPnRzcOj3VE?xmt=AQF0uFZGPRQEzfZGKzOjU-PNenGp4I-NMAP64bLMoCJ6xg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ž๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Kerajaan MADANI atas sokongan padu yang telah diberikan kepada KKDW melalui Belanjawan 2025. Peruntukan sebanyak RM11.96 bilion yang diterima sebelum ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasa agenda Desa MADANI. Setiap sen peruntukan itu diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif nyata yang memajukan komuniti desa, memperkukuh ekonomi rakyat dan menambah baik infrastruktur luar bandar. Insya-Allah, KKDW akan terus komited melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam memastikan setiap dasar dan program Kerajaan memberi manfaat langsung kepada rakyat di seluruh pelosok negara. Petang ini, kita akan menyaksikan pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen Malaysia yang pastinya bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Justeru, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mengikuti pembentangan ini dan mendoakan agar Belanjawan 2026 terus membawa kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia, insya-Allah. #Belanjawan2026 #KKDW #PejuangDESA #DesaMADANI #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BM9UYsejZ/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DPnE0IEktDU/?igsh=YW55cnhzcDV6cHc1 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976463000916926622?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPnFWVSj-Ds?xmt=AQF0_sBIJ5eN8GcG9ROfLt0bLh9r_5tlivPxfJ6lDeRhbg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ฌ๐ญ๐ข๐š๐๐š๐ญ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐‘๐ž๐ฉ๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ค๐ข๐ฌ๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š Saya kongsikan rangkuman Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan TYT Muhammad Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Republik Islam Pakistan ke Malaysia di Dataran Putra, Putrajaya. Lawatan ini menzahirkan semangat persaudaraan serta komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama. #MalaysiaPakistan #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BBQX7tXMNK ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/19wt9Nd8D9/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/lQKdNaQAm58?si=A7USpA8zzFNspyLa ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Bahasa Melayu merupakan lambang maruah dan kedaulatan bangsa. Ia adalah bahasa jiwa yang mengikat sejarah, membina pemikiran dan menzahirkan jati diri rakyat Malaysia. Justeru itu, Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025 diadakan sebagai wadah untuk memperteguh iltizam seluruh warga Malaysia dalam menjulang bahasa kebangsaan ini. Saya berbesar hati menyempurnakan perasmian konvensyen ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah institusi yang lahir daripada perjuangan membangunkan ilmu bangsa dan kekal menjadi benteng pendidikan nasional. UiTM membuktikan bahawa bahasa Melayu bukan penghalang kemajuan, tetapi jambatan hikmah yang membina martabat bangsa. Saya menghargai komitmen UiTM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kementerian Pendidikan Tinggi atas penganjuran konvensyen ini yang menghimpunkan ahli akademik, penggubal dasar dan mahasiswa untuk bersama membangunkan ekosistem bahasa kebangsaan yang dinamik. Saya menaruh harapan agar konvensyen ini menjadi pencetus kepada Gerakan Nasional Bahasa Melayu yang merupakan satu kebangkitan baharu untuk mengembalikan roh bahasa sebagai bahasa ilmu, bahasa ekonomi dan bahasa diplomasi dunia. Insya-Allah. #Konvensyen152 #BahasaMelayu #BahasaKebangsaan #UiTM #DBP #KPT ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BDmXJNwS3/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAR3gTDDbO ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976220036798062596?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPlW2yEj8ys?xmt=AQF0VZCKEAqFzf_fbJZlQZGZKmHE_JguP-cL5u21aoT9Hw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐”๐๐š๐ซ๐š ๐๐ข ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง Pagi ini di Parlimen, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Datoโ€™ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris. Pertemuan ini membuka ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan beliau tentang keupayaan semasa pertahanan udara negara, termasuk perbincangan mengenai kesiapsiagaan pertahanan udara serta usaha berterusan untuk memperkukuh kebajikan warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Saya menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan warga TUDM yang sentiasa berkhidmat dengan penuh disiplin dan dedikasi dalam memastikan ruang udara negara terus aman dan berdaulat. Semoga TUDM terus maju sebagai benteng pertahanan udara yang unggul dan menjadi kebanggaan tanah air. #TenteraUdaraDirajaMalaysia #TUDM #PertahananNegara #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/14N5oEbWRJ7/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_ldlGKUGd ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1976180896819708135?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPlE5QvDyuu?xmt=AQF0vJRNElK1nRHRDN9KrCHN8jo-g_w6vpOhBEXhuCfpRA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐˜๐๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ: ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง Saya kongsikan momen sempena Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Peringkat Negeri Johor di Stadium Tertutup Arena Larkin yang menghimpunkan ribuan anak muda penuh semangat dan bercita-cita tinggi. Inisiatif ini menjadi platform penting melahirkan generasi belia berilmu, berdaya saing dan berjiwa besar serta bersedia mencipta masa depan mereka sendiri demi kemajuan bangsa dan negara. #SkuadYPM #YPM #MARA #KKDW #BeliaJohor #PejuangDesa #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/BBFf_fDYJL ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/17642TvAmB/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/yT9g0NGVkis?si=SjJtpSpFiHWkTRQW ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐†๐š๐›๐ž๐ง๐จ๐ซ ๐๐š๐ง๐ค ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š Saya memulakan tugas hari ini di Parlimen dengan mengadakan pertemuan bersama Datuk Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam ruang masa yang ada, kami sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa ekonomi negara serta inisiatif memperkukuh ketahanan kewangan rakyat, terutamanya dalam konteks pembangunan luar bandar dan peluang ekonomi baharu. Insya-Allah, kita akan terus mencari jalan terbaik untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang secara inklusif dan mampan sekali gus memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat. #BankNegaraMalaysia #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16LLY2uGBi/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAHD5qp0wo ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975811110847848567?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPicqnXj065?xmt=AQF0ggWvkOl6iVJN9cPjhEF5U-QiZkySB-3jNdyEX7VXHw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

โณ ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โ€œ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง: ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ขโ€ Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi di ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐จ ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“! ๐Ÿš€ ๐Ÿ“… 10 - 12 Oktober 2025 โฐ 9.00 pagi - 6.00 petang ๐Ÿ“ Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan Masuk adalah percuma. Jumpa di sana! #KKDW #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #PejuangDesa #EkspoTVET #TVET ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17fxig9RNh/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_zNzpL73z ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975738070982087133?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPh7jkvDzLm?xmt=AQF0by1-pRO8R8DO04ChsU9MZEUhSpS7fTVPARQSdDC9wQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ž๐ ๐š๐ฌ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐š๐๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐๐ข ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 di Kuala Lumpur sekali lagi membuktikan peranan Malaysia sebagai peneraju dalam memperkukuh agenda keselamatan sosial global. YAB Perdana Menteri menegaskan pendirian tegas Malaysia menentang penindasan, khususnya terhadap Palestin, serta menyeru solidariti bersama demi keamanan dan keadilan sejagat. #WSSF2025 #ForumKeselamatanSosialDunia2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUYTB2t7/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/_uUa14Z-4 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1ADmqVwdWD/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/TvdaG1kFgPM?si=aINmIeru5qqNZJzQ ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ• Dari Parlimen, saya terus ke Putrajaya bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Mesyuarat ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan dan penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara terus berjalan lancar serta memberi manfaat langsung kepada rakyat. Saya juga sempat meninjau reruai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang mempamerkan replika Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) serta mendengar taklimat mengenai pelaksanaan pelbagai program yang akan dijalankan sepanjang bulan Oktober ini bersempena dengan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN2025). Insya-Allah, komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan terus menjadi tonggak kekuatan dalam memastikan pembangunan negara yang seimbang, selamat dan berdaya tahan. #MesyuaratMBKM #NADMA #BKN2025 #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17HphDc48m/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BBdC0XZgL5 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975501438098030911?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPgP6REj66-?xmt=AQF0oW_FfX4O4UKUnFfBNTx21MrqUNY_0D_6f7wHq-x42A&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ข ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง Hari ini di Parlimen, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam Haji Jaffar. Kunjungan ini merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-23 awal tahun lalu dan saya melihatnya sebagai satu pertemuan yang memperkukuh hubungan baik serta kesinambungan kerjasama erat antara kepimpinan negara dan institusi pertahanan tanah air. Dalam pertemuan ini, kami sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara, khususnya dalam memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus berada di tahap tertinggi. Secara peribadi, saya amat menghargai komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara. Saya sentiasa mendoakan semoga Angkatan Tentera Malaysia terus kekal sebagai benteng utama tanah air yang disegani, dihormati dan sentiasa siap siaga dalam apa jua keadaan. #AngkataTenteraMalaysia #ATM #PertahananNegara #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1637vufpng/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/p/_dz1weTGi ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975467446489264502?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPgAdKFD8kp?xmt=AQF0zg3dz8K-XbfhQbrhhZjYuGE89776WMZHJmu65q-3Ig&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel