uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
363
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar
Postlar arxiv
๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐‘๐’๐Œ ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง, ๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atas pencapaian yang amat membanggakan. Prestasi tahun ini amat memberangsangkan apabila seramai 13,779 calon berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi luar biasa para pendidik, serta doa dan sokongan berterusan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak. Sebagai individu yang menggalas amanah terhadap MARA, saya amat berbangga dengan pencapaian seramai 7,636 calon SPM daripada 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terus mencipta kecemerlangan termasuk 80 orang calon MRSM yang berjaya memperoleh semua A+ dalam peperiksaan SPM 2025. Lebih membanggakan, keputusan SPM 2025 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.067 dengan 100% calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut. Sebanyak 5 buah MRSM berada dalam kelompok teratas terbaik secara keseluruhan, mengatasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah-sekolah harian lain di seluruh negara. Alhamdulilah, ini menjadi bukti jelas bahawa MRSM kekal sebagai institusi peneraju kecemerlangan pendidikan negara. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan MRSM sebagai penanda aras kecemerlangan, khususnya dalam melahirkan bakat-bakat dari luar bandar yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat nasional, malah berpotensi untuk menembusi pentas global. Hari ini, kita turut menyaksikan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila 4 pelajar Orang Asli berjaya memperoleh keputusan 9A, manakala seramai 114 pelajar mencatat keputusan cemerlang 5A ke atas, meningkat daripada 87 pelajar pada tahun lalu. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan JAKOA bersama pelbagai agensi dalam memperkasa pendidikan komuniti Orang Asli, dengan memastikan setiap pelajar mendapat perhatian serta peluang yang saksama tidak kira di mana mereka berada. Tambahan itu, hasil pelbagai inisiatif berterusan Kerajaan, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata berdasarkan Gred Purata Kebangsaan (GPK). Kementerian akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan luar bandar, termasuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif agar setiap pelajar dapat mencapai potensi terbaik mereka. Apa jua keputusan yang diperoleh, ia bukan penamat tetapi permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih besar. Kerajaan telah menyediakan pelbagai laluan pendidikan, sama ada melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, mahupun melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Melalui institusi seperti TVETMARA, GIATMARA dan lain-lain, para pelajar kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk meneroka potensi diri melalui ekosistem UP_TVET yang lebih tersusun dan menyeluruh. Hari ini, TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya telah menjadi arus perdana baharu dalam membina tenaga kerja mahir, berpendapatan tinggi serta relevan dengan keperluan industri masa hadapan. Malah, seramai 53.9 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan TVET. Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua calon SPM 2025. Gunakan peluang yang terbentang untuk memilih laluan yang selari dengan minat dan potensi anda. Saya yakin, andalah generasi pelakar perubahan yang akan membina Malaysia yang lebih maju, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di pentas dunia. AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah 31 Mac 2026 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18HmFgyqeN/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWinBKGkmbX/?igsh=amdkcGcxNjFtbHhr ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038883614553968667?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.

๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Dengan penuh kesyukuran atas nikmat Syawal yang kembali menyapa, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk menjemput seluruh masyarakat, khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 seperti butiran berikut: ๐Ÿ“… Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H โฐ Masa: Bermula jam 8.00 malam ๐Ÿ“ Tempat: Dewan Datoโ€™ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk Marilah kita raikan Syawal ini dalam suasana penuh ukhuwah dan kegembiraan. Kehadiran anda amat dialu-alukan dan pastinya menyemarakkan lagi kemeriahan majlis ini. Jumpa di Bagan Datuk, insya-Allah. #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1G7LmxDvqP/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWh-3rdElUe/?igsh=MTQyemxqODRiaHFqeg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038799193423360104?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWiAIoTj6U8?xmt=AQF0bx4Ks2ZrDwAQDHRdhw45smU4rsfDywT4NdlpNWT9pJzSAqNDoAFgmMGxxAsrIpgAGI4&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก & ๐’๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Pagi ini pasti ramai yang sedang berdebar menanti keputusan SPM masing-masing. Buat 413,299 calon yang telah menduduki peperiksaan SPM 2025 di seluruh negara, walau apa jua keputusan yang bakal diterima, take it with an open heart. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang. Yang penting, percayalah you have done your best! Jangan lupa zahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapa, penjaga, keluarga serta guru-guru yang sentiasa menyokong dan membimbing sepanjang perjalanan anda. Kejayaan yang dikecapi hari ini juga merupakan hasil doa dan pengorbanan mereka. Saya doakan yang terbaik buat semua anak-anak SPM 2025. Teruskan melangkah ke hadapan.. Choose your path wisely. Insya-Allah, TVET sentiasa membuka ruang untuk anda membina masa depan. All the best! #SPM2025 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18DCy2V3VP/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWhyao7khrU/?igsh=Z3o2ZXByaG1hdnZj ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038768399879422367?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWhyWOaARyE?xmt=AQF02sSpNiLzOGnL0lq4cgRzbkRw5edNQIt3Mq93gMSqXiJ-0Fj0LsqNodeBL8VSN_v1N6_Y&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa ke Putrajaya pada hari ini. Alhamdulillah, dalam kesempatan tersebut, patik berpeluang mempersembahkan pandangan serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, khususnya melibatkan negeri Perak. Perbincangan turut menyentuh aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan, yang memperlihatkan kecaknaan serta keprihatinan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dalam memperkukuh kemajuan negeri dan membangunkan potensi rakyat secara menyeluruh. Patik amat menghargai limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat, sekali gus mencerminkan peranan penting institusi diraja dalam mendukung agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Patik mendoakan semoga Duli Yang Teramat Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam memayungi rakyat dan negeri. Insya-Allah. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1KK6AMrp2T/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWgGxSeEsg8/?img_index=2&igsh=MWxvbGFqc3QyaWdn ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2038531782048666035?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWgGxDej0q3?xmt=AQF0vBHZz6R818-NfB2TtYwD41nSnafp953N-fbElSjgvdlVSmX0zwISoa9hCq4MnHprLN1F&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ— Saya kongsikan rangkuman ketika Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 bersama kepimpinan negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara. Sambutan ini menjadi simbol penghargaan kepada komitmen dan dedikasi pasukan keselamatan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menjaga kesejahteraan rakyat. #HariPolisKe219 #PDRM #PolisdanMasyarakatBerpisahTiada #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuwVrvR7/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWV4MmaSFew/?igsh=MWtlbHMzcWt6Y3Zvcg== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1BQcZuZm5B/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/fqTmkX-8DQY?si=awmdtJwEWzc1J1gu ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐ข ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ Tatkala saya melangkah masuk ke PULAPOL Kuala Lumpur tadi, banyak kenangan lama kembali bermain di fikiran. Di sinilah saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana amanah besar digalas dengan penuh disiplin dan keikhlasan. Pengalaman semasa berkhidmat sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri suatu ketika dahulu benar-benar membentuk kefahaman saya tentang erti pengorbanan seorang anggota polis. Hari ini, saya mengiringi YAB Perdana Menteri ke Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 bagi menghargai jasa serta peranan besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara. Bagi warga PDRM, tugas ini bukanlah pilihan tetapi satu tanggungjawab. Mereka berdiri di hadapan rakyat ketika diperlukan, menjadi benteng keselamatan dalam pelbagai situasi termasuk cabaran baharu dalam dunia digital hari ini. Apa yang kita nikmati hari ini tidak datang dengan mudah. Ia dibina melalui disiplin dan pengorbanan yang berterusan, diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga PDRM. Sampaikan salam Aidilfitri saya kepada seluruh warga PDRM dan keluarga anda semua yaa. #HariPolisKe219 #PDRM #PolisdanMasyarakatBerpisahTiada #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1CZ6yQAgLt/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWTVrBXkmXk/?igsh=dWkxNXpjcHY4MTB3 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2036734901337399465?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWTVpvZj79Y?xmt=AQF0fpaCrebL2qgaC-IJVFPy-cTFhn1jRP1ISCYw91F8OIDeZ8HV2SE7dxI7YhhSTW05d00&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐“๐„๐ ๐“๐ž๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐‚๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ, ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง Walaupun masih dalam suasana Aidilfitri, Kerajaan tetap komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Pagi tadi, saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa serta implikasinya terhadap ekonomi dan keselamatan negara. Dalam mesyuarat ini, tumpuan diberikan kepada tekanan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat serta langkah-langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara. Kerajaan juga turut memberi penekanan terhadap keterjaminan bekalan tenaga negara melalui usaha mempelbagaikan sumber serta meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan. Dalam suasana yang mencabar ini, semangat kebersamaan menjadi kekuatan kita untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan. Insya-Allah, segala perkembangan akan terus dipantau dengan rapi dan disampaikan secara telus kepada rakyat. #MTEN #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/174NPbUTxW/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWTNxt7klyW/?igsh=bG5hZTNnbHd4dmF4 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2036717658121642443?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWTN80Lj8ae?xmt=AQF09jXrf3_7NjG3WLPKo0Gjo_mWqT4suCJ-GPOuadx1sVC7bMD6prjU2wcwAd4YvIPqaDFG&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐š๐œ: ๐–๐š๐ฌ๐ฉ๐š๐๐š ๐‚๐ฎ๐š๐œ๐š ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ญ๐ฎ Berdasarkan kenyataan rasmi MET Malaysia yang dikeluarkan pagi tadi, Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei ini, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026. Sepanjang tempoh ini, negara dijangka mengalami cuaca tidak menentu termasuk ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Keadaan ini berpotensi mengakibatkan kejadian banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh. Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan berisiko serta peka dengan maklumat dan amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Elakkan berada di kawasan lapang ketika ribut, jauhi pokok besar dan struktur tidak kukuh serta berhati-hati di kawasan yang berpotensi berlaku takungan air. Insya-Allah, semua agensi berkaitan berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sama-sama kita utamakan keselamatan diri dan keluarga. Sumber: MET Malaysia #PeralihanMonsun #METMalaysia #KesiapsiagaanBencana #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1GhwBkyVwc/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWTCMvpkhZH/?img_index=2&igsh=NTVueTlid2NwMjlo ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2036692128450146565?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWTCO3Rj2CF?xmt=AQF0gbapgIpK5D8wXzHvoK-TqCupotzYHuQeV8gFNK3IkiCBn9qoR8qbNgyPeSmpof1Umus&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ— Selamat menyambut Hari Polis ke-219 saya ucapkan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai Menteri yang pernah menerajui Kementerian Dalam Negeri, saya amat memahami cabaran serta tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap anggota PDRM. Ia bukanlah tugas yang mudah. Ianya menuntut keberanian dan pengorbanan yang tinggi. Namun amanah ini terus digalas dengan penuh komitmen demi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Dalam masa yang sama, kekuatan pasukan ini turut terbina daripada hubungan yang erat dengan masyarakat. Kepercayaan dan kerjasama inilah yang menjadi asas kepada keselamatan yang kita nikmati hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga PDRM atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga anda semua terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalankan amanah ini. Insya-Allah, kita jumpa sebentar lagi di PULAPOL KL yaa. โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€ #HariPolisKe219 #PolisdanMasyarakatBerpisahTiada #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Cn3CxQ9tX/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWS8HnEEmCJ/?igsh=MWZmejllbmI1dmY5eA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2036678918128709775 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWS8WWYj8s4?xmt=AQF09LQ07VuC3TZnjIQI5G6Xi0HIQZy96dus77_4D29d2qiAxuTy3UP5WgSEQMDD18_m5fs&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐ค๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ’ Tidak semua wira berada di hadapan lensa. Ada yang bergerak senyap, hadir ketika diperlukan dan beredar tanpa mengharapkan perhatian. Begitulah yang dapat saya lihat pada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Alhamdulillah, hari ini 24 Mac 2026, genap 74 tahun perjalanan APM sebagai pasukan yang sentiasa siapsiaga setiap kali rakyat memerlukan sama ada dalam situasi bencana, kecemasan mahupun saat getir yang tidak dijangka. Saya melihat sendiri bagaimana anggota-anggota ini turun ke lapangan, membantu tanpa banyak bicara dan melaksanakan amanah dengan penuh disiplin. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga APM atas segala khidmat yang dicurahkan kepada rakyat dan negara. Selamat Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-74. Teruskan berkhidmat dan berbakti untuk negara tercinta. #HUTPA74 #APM #PertahananAwam #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18KW9kmvgi/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWQLZCCEtZG/?igsh=MW5rd3F5aWxseGN1Mw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2036290331084464610 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWQLpVkj8N9?xmt=AQF0Gc3iGJwmtEYj5d8pgMoZ6lsqV2J8rpbqKgsqg5ONjXUqoSu0TWlzGoXFQp80JoRGE_0&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Taโ€™zim, Yang di-Pertuan Agong. Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah. Daulat Tuanku. Sembah takzim daripada patik bersama seluruh ahli keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18DL8my5HT/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWNnVm1km12/?igsh=MTZ0c3VicnpmcmM1cg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2035929673805500915?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWNndacD8U_?xmt=AQF0rsI_2rgTsHO1Y4eYZcaYXhciSosuQH34087xtHe_b0P9PRO6HBNCQ1BTAgRUaYGkCR2b&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐„๐ฌ๐จ๐ค Setiap ramalan cuaca yang kita dengar, setiap amaran yang dikeluarkan, semuanya membawa satu tujuan iaitu untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara. Hari ini, bersempena Hari Meteorologi Sedunia 2026, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi, khususnya warga Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) atas komitmen mereka dalam memantau, menganalisis dan menyampaikan maklumat cuaca secara berterusan kepada kita. Dengan tema โ€œPemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esokโ€, peranan meteorologi menjadi semakin penting dalam memastikan setiap langkah yang diambil hari ini mampu melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan. Terima kasih saya ucapkan atas dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semoga segala usaha ini terus dipermudahkan, insya-Allah. Selamat Hari Meteorologi Sedunia 2026. #HariMeteorologiSedunia2026 #METMalaysia #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CMWSHBGm1/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWNS1TFShKQ/?igsh=MXFvOTI0NTVobzZzNg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2035885595294322725?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWNS002CVhu?xmt=AQF0wmkj6Vn_QXYF5jVc3JSW0rVdZCYvUlzvdaXv2x7s6HMJsI0A0pMNfzJM4xwyLdWJIYj0&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Di pagi Syawal yang mulia hari ini, saya berkesempatan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, diiringi YAB Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri. Khutbah bertajuk โ€œSyawal: Bangkit Daripada Ujian, Bersatu Dalam Keimananโ€ yang disampaikan sebentar tadi mengajak kita untuk terus memperkukuh kesatuan, menghindari perpecahan serta memelihara keamanan dalam masyarakat. Alhamdulillah, Syawal ini juga turut mengajak kita untuk kembali kepada fitrah dengan hati yang lebih tenang dan lebih menghargai erti kebersamaan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Daulat Tuanku! #Aidilfitri1447H #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18T7QhoFeN/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DWI3mFdEmD_/?img_index=3&igsh=YTN1aWwyb3A3cDlp ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2035261476299317326?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWI3o1Ij4xD?xmt=AQF0lbGCo90yA0EJcSMFtVyd80_ziC6qazRt4G0F-5mYnjoyxrsDALR0q4Y84AuaE0SVBvk&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Raikanlah hari kemenangan ini bersama keluarga dan insan tersayang. Inilah saatnya untuk kita memperbaharui tekad, memperbaiki hubungan serta saling bermaafan dengan hati yang tulus. Pada masa yang sama, marilah kita terus mendoakan saudara-saudara kita di Palestin dan di beberapa negara Timur Tengah yang sedang berhadapan dengan ketidakstabilan akibat konflik. Semoga keamanan dan kesejahteraan segera dikurniakan buat mereka. Dalam suasana penuh kesyukuran ini, hargailah keamanan yang kita nikmati. Ia bukan sekadar anugerah, tetapi amanah yang perlu kita pelihara. Justeru, perpaduan hendaklah terus diperkukuhkan agar kita dapat melangkah seiring dan berganding bahu membina masa depan negara yang lebih makmur. Sempena Syawal yang penuh keberkatan ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan diri serta orang tersayang supaya sambutan hari raya dapat dinikmati dalam suasana yang selamat, sejahtera dan penuh keberkatan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSupYaLoe/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWIJPSHSG_a/?igsh=MWpwdG1sa2JpbHJ5OA== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1C95h18uWf/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/X_KMZxO9uW4?feature=shared ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‘†๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘ข๐‘‘๐‘Žโ„Ž, ๐‘‡๐‘Ž๐‘˜๐‘๐‘–๐‘Ÿ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘’๐‘š๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘”๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘—๐‘–๐‘ค๐‘Ž, ๐‘†๐‘’๐‘˜๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘ ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž, ๐ด๐‘š๐‘๐‘ข๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘‘๐‘– โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘š๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘Ž. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ๐Ÿคฒ๐Ÿป #SalamAidilfitri #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSughvvqt/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWG28ZiyRnQ/?igsh=eG5tdTJkNDRqeHUz ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/17m8Lw1bh4/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐“๐š๐ค๐›๐ข๐ซ ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi momen penuh makna ini dapat dirakamkan di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, yang tersergam indah dan menjadi saksi kebersamaan kita dalam mengagungkan kebesaran Ilahi. Marilah kita bersama-sama meraikan hari kemenangan ini dengan menggemakan takbir, memuji kebesaran-Nya serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. #TakbirRaya #MasjidTuminahHamidi #Aidilfitri1447H #KKDW #PejuangDESA ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSug27Rfe/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWGzfWxSNNi/?igsh=MjRxajhjcnhja2gx ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1E6Ggkm66d/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/8NG4QdUpGSo?feature=shared ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Gema takbir memuji Ilahi, tanda kemenangan setelah sebulan berbakti. Kami di barisan Kepimpinan Tertinggi UMNO Malaysia ingin memanjatkan kesyukuran atas nikmat keamanan yang kita kecapi bersama. Semoga Syawal ini mengukuhkan lagi ukhuwah sesama kita, demi agama, bangsa, dan tanah air tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami semua. ๐ŸŒ™โœจ #UMNO #TakbirRaya #Aidilfitri2026 #BersatuBersetiaBerkhidmat ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSugNTm51/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWGv_xASYHM/?igsh=cGxrNHU5d3E2eThm ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/16PbJdqsrC/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/JZA0FTuN05Q?feature=shared ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya walau di mana jua anda berada. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan serta dilimpahi rezeki yang luas buat kita semua, insya-Allah. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSug8Dv4t/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/19VTAfspjH/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWGpJyWy8Ge/?igsh=MWNuNDh4aGR2MWRibQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2034948607888302255?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWGpMQgERDC?xmt=AQF0UWzl_XWCBPp_ZN-lrZv4vdGqJDMK-XJ-Keo5TKbCkuLA_SlvWSl8AePWYg3e1azx-6s&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐ข๐ฐ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ง๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง Menjelang Pengakhiran Ramadan Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Afif Farhi ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSug1MjTe/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/18W5oxwgmd/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™โœจ Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd. Alhamdulillah, Syawal kembali menyapa kita setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada semua umat Islam, walau di mana jua berada. Dalam kegembiraan menyambut Syawal ini, marilah kita terus menyemai rasa kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus. Hargailah masa bersama keluarga serta insan tersayang. Insya-Allah, saya mendoakan semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. #SalamAidilfitri1447H #SelamatHariRaya1447H #Raya2026 #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSubTX4UR/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/16jtaEWSPq/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DWGbe3_yT3A/?igsh=MXBkMmkxaGlmeWg5bw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2034918649136652711?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWGbYkHAdn9?xmt=AQF0Zw4W5v8Rm5pPyriIrGW47vqknMVGaaP2cH6YEEtlCR9NGf4D2ywuq8xr2xTF5Cx_PriT&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel