uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+37 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐–๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ฆ Pagi tadi, saya bersama sahabat saya YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof dalam satu sesi Forum yang membincangkan topik Retrospektif dan Pemetaan Jalan ke Hadapan bersama para penjawat awam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin. Dalam sesi ini, saya telah berkongsi pencapaian yang telah kita capai bersama sepanjang tiga tahun di bawah Kerajaan MADANI di mana ianya merupakan satu perjalanan yang penuh cabaran, tetapi juga sarat dengan hasil dan kemajuan yang memberi manfaat kepada rakyat. Saya amat menghargai sesi seperti ini kerana ia membuka ruang terus kepada kami di peringkat kepimpinan negara untuk menjelaskan hala tuju, dasar serta usaha yang sedang digerakkan, terus kepada penjawat awam yang menjadi tulang belakang pelaksanaan di lapangan. Saya turut melontarkan beberapa pandangan untuk kita gerakkan bersama termasuk keperluan memperkukuh peranan penjawat awam sebagai penggerak utama penyampaian dasar, mempercepatkan ๐‘ก๐‘–๐‘š๐‘’-๐‘ก๐‘œ-๐‘‘๐‘’๐‘™๐‘–๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ฆ, serta memperkasa budaya ๐‘ข๐‘๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘™๐‘™๐‘–๐‘›๐‘” melalui penguasaan AI, data, ekonomi dan hal ehwal global agar perkhidmatan awam kekal kompetitif, responsif dan relevan dalam dunia yang semakin pantas berubah. Saya berharap sedikit perkongsian pengalaman dan wawasan yang disampaikan tadi dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan tekad dan berintegriti. Insya-Allah, bersama-sama kita akan terus menggerakkan negara ke arah masa depan yang lebih maju, stabil dan sejahtera. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Av94sgZUD/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR88tJ4krlC/?igsh=MWd2bXcyNnBwYm16cA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1997555390620581983?t=oPHbsb4j8ZIT-PHd4yhVQQ&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR89HCPD8UA?xmt=AQF0kPVxKiYrTXGq9QggnLSkbTujy-yS-fIwWttsaZhKPrCvZZFpVxWn-tp710G7XiSYxCk&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ Industri halal terus mencatat prestasi cemerlang apabila menyumbang 7.94% kepada KDNK bernilai RM118.17 bilion. Nilai eksport meningkat kepada RM50.74 bilion dengan penyertaan 1,525 syarikat pengeksport. MIHAS @ Shanghai 2025 pula mencipta rekod transaksi RM3.2 bilion, mengatasi sasaran asal dan menegaskan kedudukan Malaysia sebagai hab halal global. Ini bukti bahawa industri halal semakin diyakini dunia. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #IndustriHalal #HalalMalaysia #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1AZeGvwg85/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR8yDViEg9E/?igsh=bWU3ZjZ5OWVndTg2 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997531613199315370?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR8yE-_j-ga?xmt=AQF06Upzk-2lxJ6PPgFo4Puz_fcF5CZ_ru7xeaDkHBemE9CxqNz_CnH3sn0F2qSJwo8tyBVo&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

โ€Ž โ€Žุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุข ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽูฐุฌูุนููˆู†ูŽ Pagi ini, kita menerima perkhabaran duka mengenai pemergian seorang tokoh agama yang amat dihormati di negara ini, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, bekas Imam Besar Masjid Negara. Pemergian Allahyarham meninggalkan kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia. Sepanjang hayatnya, Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, tetapi juga sebagai seorang pendidik, mursyid dan tokoh al-Quran yang mencurahkan ilmunya tanpa jemu. Khidmat beliau sebagai hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa turut mengangkat martabat negara di mata dunia. Allahyarham adalah insan yang lembut tutur katanya, tinggi ilmunya dan besar jasanya dalam memartabatkan al-Quran, ilmu dan dakwah. Keperibadian beliau akan kekal menjadi contoh sepanjang zaman. Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin. โ€ŽุฃูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู Al-Fatihah. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17opkXTtVz/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR8rNDMkjEI/?igsh=ZjU0azN6NTBvbjRs ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997517556941291908?s=46 ๐Ÿ“ฑThread https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR8r9tGj5Ng?xmt=AQF01kt3FIjLmodnJdM3NtGP5_mD6eGj7pb5b4ovZZgZde_6fdoHcVmyR7mec9UTI6NaLBM&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฒ๐š ๐’๐š๐ข๐ง๐  Pembangunan ekonomi desa terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Program Gate to Global telah membuka laluan eksport dengan potensi jualan lebih RM123 juta, sementara Wakaf MARA MADANI pula telah mengumpul dana mencecah RM58 juta bagi memperkasa sosioekonomi Bumiputera. FELCRA kini menghasilkan 1.5 juta ayam setahun melalui kompleks ternakan moden, manakala inisiatif RISSMART memperluas akses pasaran dengan jualan sehingga RM150,000 di setiap lokasi. Ekonomi desa kini bukan lagi di pinggiran, tetapi ianya sedang menuju arus perdana. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/16T2kyMgW8/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR8kTvekiEi/?igsh=MXRkYXQyNnFsOHNxOQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997501393415090493?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR8kVY8j3ZY?xmt=AQF0UVpsy7muRknKiaDsRTUGLOUrLyqgGm1JrV1sc9--0L1Mv4oxEpkAOK1eV9oCT7NRjuAK&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐…๐ž๐ฌ๐Œ๐šโ€™๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‘๐š๐ข๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐จ๐จ๐ค ๐จ๐Ÿ ๐‘๐ž๐œ๐จ๐ซ๐๐ฌ Malam tadi, saya hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Festival KEMAS 2025 (FesMaโ€™25) di MAEPS Serdang, yang turut diserikan dengan acara kemuncak Grand Finale Akademi Alpha Gen Talents@KEMAS. Allahuakbar, sebak dan terharu rasanya apabila melihat wakil anak-anak TABIKA KEMAS dari seluruh negara membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu lancar, merdu dan penuh keyakinan. Inilah impian yang pernah saya titipkan beberapa tahun lalu agar pendidikan awal kanak-kanak tidak hanya berorientasikan akademik, tetapi bertunjang kepada nilai, adab dan cinta terhadap al-Quran. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KEMAS yang telah menjadikan impian ini satu kenyataan. FesMaโ€™25 kali ini turut mencatat sejarah apabila 2,540 kanak-kanak telah menyertai Majlis Khatam Perdana Pra Tahfiz, sekali gus melakar rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Ini ialah satu pencapaian besar yang membuktikan kekuatan ekosistem pendidikan KEMAS dan potensi luar biasa generasi kecil kita hari ini. Hari ini merupakan hari terakhir FesMaโ€™25. Kepada ibu bapa dan keluarga yang berada berdekatan, saya jemput untuk hadir ke Dewan A, MAEPS Serdang kerana banyak aktiviti menarik menanti dan insya-Allah, pasti menjadi kenangan manis buat anak-anak anda. Jemput hadir beramai-ramai! #FesMa25 #KEMAS #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1C4f7s5kNU/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR8WlK5kqZy/?igsh=eGJzaTZxNnZuZDVn ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997471425347883153?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR8WnD5j0EF?xmt=AQF0Et32kl9kfNTaYdPbK9b1NcickkFt7-aYcjglL_0yiPdz52Z8uk3V51eBeNjJCSqepzBL&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง Pendidikan awal terus diberi keutamaan. Program Pra-Tahfiz KEMAS kini telah melahirkan 123,435 huffaz cilik, manakala TABIKA Tunas Istimewa mula membuka ruang pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan bakal berkembang kepada 132 TABIKA menjelang 2027. Di bawah JAKOA pula, seramai 1,349 pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pengajian ke IPT sejak 2023. Setiap anak yang kita bimbing hari ini adalah harapan negara pada hari esok. Insya-Allah, KKDW akan terus memastikan setiap pintu pendidikan dibuka seluas-luasnya, agar lahir generasi masa depan yang lebih berilmu, berakhlak dan berdaya saing. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/14PaKg1urmY/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR7HCZ0k2Kt/?igsh=MThwNW5jcWlqN2Rmbg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997296385486700721?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR7HEd-D1oT?xmt=AQF0-9qKCyKKLcB65qb6Vc7Szq3lMzOLYYKQhqSL2ApA6j7A_harlJxNUVBfdb3IlED74HQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐‘๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐๐ข ๐…๐ž๐’๐Œ๐€โ€™๐Ÿ๐Ÿ“ Saya turut tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar ke Festival KEMAS 2025 (FeSMaโ€™25) yang turut berlangsung meriah di dewan bersebelahan. Dari jauh lagi sudah kedengaran suara gelak tawa anak-anak dan keriuhan pengunjung yang sedang beraktiviti di sini. Di FeSMaโ€™25, kemeriahannya juga tidak kurang hebatnya. Reruai penuh dengan aktiviti menarik, hasil kreativiti warga KEMAS, jualan komuniti dan ruang interaktif yang sentiasa dikerumuni pengunjung. Sempat saya berjalan dari satu reruai ke reruai yang lain, bertegur sapa dengan para pengunjung dan melihat sendiri keterujaan anak-anak kecil yang seronok menyertai aktiviti yang disediakan. Kepada yang belum berkesempatan hadir, saya jemput untuk datang bersama keluarga. Jika ada anak kecil, lagilah seronok sebab ada banyak aktiviti yang pasti menceriakan mereka. FeSMaโ€™25 ini akan berlangsung sehingga jam 6 petang esok di Dewan A, MAEPS Serdang. Jemput hadir beramai-ramai! #FeSMA25 #KEMAS #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1EeAwzr4vj/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR6086Dk77q/?igsh=aG52enVjeGRqbG91 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1997256747019272231?t=4zG62rcWh1EQkRjdG_KP3w&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR61Twmjywr?xmt=AQF0hbyscfRNSSMErJfPIioLHT9W985nlsqqRAvGUfjd2oq4wl2Hq0ibWmUnJMcoFuQ4Hg6G&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐€๐ค๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š Dalam tempoh tiga tahun ini, lebih RM7.7 bilion telah dilaburkan untuk menyediakan kemudahan asas luar bandar termasuk jalan, air, elektrik dan prasarana sosial agar rakyat desa dapat menikmati kehidupan yang lebih moden dan setara. Melalui Program PPRS pula, lebih 10,000 rumah telah dibina atau dibaik pulih, memberikan kediaman yang lebih selesa dan selamat kepada keluarga yang memerlukan. Inilah wajah pembangunan desa yang kita perjuangkan bersama. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1KmVmkqLXK/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR6vlMWk2b3/?img_index=1&igsh=b3JqMGR3N243azl1 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997244692690612452?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR6vmk4Dz97?xmt=AQF0MjlevMYJxno76uQoySb1nTQQw9Yx7frX1QTq4G6AB6S1Z3UBYxAO_LM7hg0um5VD-ng&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐Š๐ƒ๐–: ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š, ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐’๐ž๐ก๐š๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ฃ๐ข๐ฐ๐š Masih segar dalam ingatan saya, ketika awal tahun lalu saya menyuarakan hasrat supaya KKDW mengadakan Hari Keluarga, sekadar satu impian kecil untuk kita berkumpul sebagai satu keluarga besar. Alhamdulillah, hari ini impian itu menjadi nyataโ€ฆ dan lebih meriah daripada apa yang saya bayangkan. Sejurus saya melangkah masuk ke dewan MAEPS pagi tadi, suasananya hidup dengan gelak tawa anak-anak dan warga KKDW yang hadir bersama keluarga masing-masing dengan berpakaian โ€˜Retro Kampungโ€™ yang sungguh kreatif.. ada yang saya lihat siap bawa props sendiri. Alhamdulillah, hari ini kita semua berkumpul, bekerjasama, bersaing dalam aktiviti santai, tapi yang paling utama adalah kita dapat berkenalan, bersembang dan mengeratkan hubungan sebagai satu keluarga besar KKDW. Kerja tetap kerjaโ€ฆ tapi sekali-sekala begini kita raikan kebersamaan, reset minda dan isi semula semangat. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KKDW yang hadir. Kalianlah nadi kementerian ini. Setiap hari kalian bekerja dengan penuh komitmen, dan hari ini adalah hari untuk kita menghargai antara satu sama lain sebagai satu keluarga besar. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi kekuatan kita untuk melangkah ke tahun hadapan dengan lebih yakin dan lebih bersedia bagi menghadapi cabaran baharu. Terima kasih, keluarga besar KKDW. Kalianlah kekuatan saya. #HariKeluargaKKDW2025 #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17VkeVHxNq/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR6f8MJE79J/?igsh=MXMwcHdva2x2Zmw3MA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1997210575483687412?t=xMBixJzsV8jP7zH_iFrjdg&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR6gZkwDwrI?xmt=AQF03hbfofSnY57-L61bBzQ05fOknT0lcE_Jnwntj4AycPdtpoxrZvTx_VbMtkQY8zZAOCnk&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ ๐“๐•๐„๐“, ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง TVET terus menjadi agenda nasional yang membuka peluang masa depan anak muda negara. Tahun ini, kadar kebolehpasaran graduan meningkat kepada 95.1%, manakala kemasukan pelajar melonjak kepada lebih 212,000 orang. Ini merupakan satu isyarat jelas bahawa keyakinan terhadap TVET semakin kukuh. Penubuhan Suruhanjaya TVET Negara yang dipersetujui Jemaah Menteri pula bakal menyatukan standard, penyelarasan dan hala tuju seluruh ekosistem TVET negara. Insya-Allah, seluruh usaha ini akan menjadikan TVET sebagai pilihan utama dan pemangkin tenaga mahir masa depan negara. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #TVETMalaysia #JomPilihTVET #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FX72v4JN4/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR6a-nRk6vE/?igsh=aHd0Y2RmajUyaW4w ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997199542174069094?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR6a_wxD4cO?xmt=AQF0YF8ztFKoLoXbAD9Gz6jk8V0Sq42jdAKSxplYgkqkAFo6kMyx3q4pmj-xoX6ddfdnMH0&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐“๐ข๐ ๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š, ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Alhamdulillah, genap tiga tahun saya diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan memimpin agenda pembangunan desa di seluruh negara. Sepanjang tempoh ini, pelbagai cabaran telah ditempuhi, namun setiap satunya membuka ruang untuk kita melakar perubahan yang memberi makna kepada kehidupan rakyat. Segala usaha, dasar dan langkah kerja yang digerakkan selama ini hanyalah untuk memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. Syukur Alhamdulillah, banyak kejayaan telah berjaya dicapai bersama dan semuanya terhasil melalui sokongan padu seluruh warga KKDW, agensi, rakan kementerian dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan penuh iltizam demi memastikan lebih banyak kemajuan dapat kita jayakan bersama. Perjalanan kita masih jauh, tetapi tekad kita tetap utuh. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfK2Y1NK/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DR6FeqFEweD/?igsh=MTdmY2p2bjh4bWZ6Zg== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1FXDksUmxk/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/38QclBkByCE?si=a2exzE2_5rEf0BTk ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐’๐ž๐ ๐š๐ฅ๐š ๐๐ฎ๐ฃ๐ข ๐๐š๐ ๐ข ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐–๐“ 5 Disember 2025, genap tiga tahun saya menggenggam amanah untuk berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Tiga tahun yang sarat dengan cabaran, penuh dengan pengalaman baharu dan Alhamdulillah, banyak pencapaian yang membawa makna kepada rakyat serta negara. Sepanjang tempoh ini, tumpuan saya hanyalah satu iaitu untuk memastikan setiap dasar, setiap keputusan dan setiap langkah kerja benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Daripada memperkukuh ekosistem pembangunan desa, mengangkat pendidikan TVET, memperkasa ekonomi bumiputera, mengembangkan industri halal, memodenkan pengurusan bencana sehingga menyantuni komuniti luar bandar di seluruh negara, semuanya digerakkan dengan iltizam bahawa tiada siapa harus tercicir dalam arus kemajuan negara. Segala pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu daripada seluruh jabatan yang saya kemudi, warga KKDW, agensi-agensi di bawahnya, rakan-rakan kementerian, kepimpinan negara dan pastinya rakyat Malaysia yang terus percaya kepada usaha yang sedang kita jalankan. Terima kasih atas kepercayaan dan doa yang tidak pernah putus. Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Perjalanan ini masih panjang dan masih banyak yang perlu kita jayakan bersama. Moga Allah SWT terus memandu langkah kita untuk memastikan Malaysia melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang maju, bermaruah dan sejahtera. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1A9wsGmhXo/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR5xxXXE-q0/?igsh=MWRwbnNjbmE3ZGc1bw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997108775908728913?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR5xye4D_8z?xmt=AQF0vF8kLNUcJRecCCSCiRjrR1yQzQYNbVqdLGFqefpPSKGWp8bO_6Jg0SzOxYVfhOB0Spx1&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ Hari ini di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, saya hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat saya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Suasana yang tenang namun sarat dengan rasa sebak menggambarkan betapa besar kasih dan penghargaan masyarakat Sabah terhadap jasa serta pengabdian beliau sepanjang hayat. Saya turut bersama sahabat dan para jemaah menunaikan solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Semoga segala kebaikan, keberanian dan baktinya terus menjadi inspirasi kepada kita semua. Al-Fatihah. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfTjgLuE/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DR4JMzdkkO5/?igsh=bnRpejYzMW43cGh2 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1Abi8K4cLc/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/H9XejzOeGIw?si=h34ovVJMZ6Yzj6Ee ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ Hari ini, di bumi Sabah yang menjadi gelanggang perjuangannya sekian lama, saya hadir dengan hati yang hiba dan langkah yang terasa sayuโ€ฆ untuk memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat saya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, suasana sebak yang menyelimuti para hadirin seakan-akan menggambarkan betapa besar kasih rakyat Sabah terhadap beliau. Ramai yang datang bukan sekadar untuk mengiringi jenazahโ€ฆ tetapi untuk mengirimkan doa, menitipkan rasa cinta dan penghargaan atas seluruh bakti seorang pejuang yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam berbakti. Saya dan kepimpinan tertinggi UMNO berdiri bersama, menunaikan solat jenazah dengan dada yang sarat. Sarat dengan kenangan, dengan rasa hormat dan dengan doa seolah-olah mahu memegang sekejap masa yang sedang menangisi pemergiannya... Allahyarham pergi ketika perjuangannya tidak pernah surut. Beliau pergi dengan hati yang masih memikirkan rakyat, masih memikirkan Sabah, masih memikirkan amanah yang dipikulnya. Semangatnya yang tegas, keberaniannya yang tidak pernah goyah dan kesetiaannya yang tidak pernah retak tetap hidup dalam hati kami yang mengenali beliau. Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat. Tetapi UMNO kehilangan seorang pejuang. Dan Sabah kehilangan seorang anak watan yang tidak pernah berhenti mencintai tanah kelahirannya. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan yang dimuliakan. Terima kasih, sahabat. Terima kasih atas setiap jasa, setiap langkah, setiap perjuangan yang kau tinggalkan untuk kami teruskan. Al-Fatihah... ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1Gcr5SQiMv/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR32MArEgiL/?igsh=N3Jsbm16YW5kdnhh ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1996837019360940426?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR32NtZD_Ag?xmt=AQF0IK35nZWkQOYf4_QFeK9KMWzWfgOpinnPvQzXyjzu82XwXbcd35iDOidoWAdISbp60bI&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐๐˜๐€ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“ โ€Žุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ Ya Allahโ€ฆ Luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ini. Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat sejati yang begitu dekat di hati, seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah. Sukar untuk saya mencari kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini. Yang tinggal hanyalah doa, mengiringi segala kenangan dan kebaikan yang telah beliau tinggalkan buat kami di dunia ini. "๐‘Œ๐‘Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž, ๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข๐‘›๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘œ๐‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž, ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘™ ๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž, ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž๐‘ก ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž, ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘ข๐‘Ÿ๐‘›๐‘–๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘›๐‘–๐‘˜๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘ ๐‘ฆ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘”๐‘Ž-๐‘€๐‘ข ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘–..." Kami di seluruh saf kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan seluruh rakyat khususnya di Negeri Sabah berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dilimpahi keampunan, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta beramal soleh. Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga kalian semua dikurniakan ketabahan, ketenangan dan kekuatan dalam melalui saat yang amat berat ini. โ€Ž ุฃูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู Al-Fatihahโ€ฆ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FpcYgWBzc/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR244URkjtH/?igsh=MzdldHN4MHA2NGpp ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1996702300451352731?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR25Mc3Ez4L?xmt=AQF0FChIspVLiU7W73yz3jbZQ6xgRk9p9qJLN_sD-jRhonosgBSeULWP_NfcDx4XNI19WD8&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Seterusnya di Parlimen, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara bagi memperkukuh hala tuju dan penyelarasan ekosistem TVET. Antara keputusan utama yang dicapai hari ini ialah penubuhan Jawatankuasa Interim Data Raya TVET sebagai struktur penyelarasan nasional yang lebih berautoriti dalam pengurusan data. Langkah ini membolehkan Kerajaan melaksanakan ๐‘‘๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž-๐‘‘๐‘Ÿ๐‘–๐‘ฃ๐‘’๐‘› ๐‘‘๐‘’๐‘๐‘–๐‘ ๐‘–๐‘œ๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘” dalam perancangan TVET termasuk penyelarasan kursus, kurikulum dan unjuran pasaran kerja. Ia juga bagi memastikan kesinambungan pembangunan Data Raya TVET di bawah RMKe-13 untuk meningkatkan kecekapan pemantauan serta impak program latihan. Mesyuarat turut meneliti kemajuan pelbagai inisiatif seperti Hi-TVET, program techno-huffaz, pencapaian di Worldskills ASEAN, TVET Penjara Malaysia serta program GiatMARA yang terus meningkatkan kebolehpasaran dan pendapatan peserta. Keseluruhannya, keputusan hari ini menegaskan komitmen Kerajaan untuk membina ekosistem TVET yang lebih bersepadu, kompetitif dan berpaksikan masa depan. Dengan kerjasama kementerian, agensi dan rakan industri, kita akan memastikan TVET kekal menjadi pilihan utama anak muda dan pemacu pembangunan modal insan negara. Insya-Allah. #TVETMalaysia #MajlisTVET #PembangunanModalInsan #DataRayaTVET #KemahiranMasaDepan #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17oWXQv95R/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR1s9ReEpKR/?igsh=MTh4Y3RrM2l1dnFzNA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1996535394473832744?t=Ti1hQPwaOfvEeBm2f0pkQQ&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR1tKDij-oy?xmt=AQF0VVB9kLwha3Wp773txDWVmrJoeB51RTnwfQccQjxBSDUvNy5lZEVGtTtxOp3kvJoTUvm8&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara hari ini, yang turut menyaksikan pelancaran Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026โ€“2030. Kerangka ini menjadi halatuju penting merangkumi 17 bidang keutamaan serta 102 inisiatif yang akan digerakkan bersama pelbagai kementerian. Mesyuarat juga meneliti isu gelandangan, termasuk keperluan memperkenalkan undang-undang baharu menggantikan Akta Orang-Orang Papa 1977. Pendekatan yang lebih berperikemanusiaan diperlukan agar intervensi menjadi lebih tersusun dan memberi kesan yang nyata. Kami turut membincangkan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan penipuan dalam talian yang mencatatkan kerugian hampir RM800 juta sehingga April 2025. Kerajaan akan memperkukuh usaha pencegahan dan kerjasama antara agensi demi melindungi masyarakat. Saya berharap agar pelaksanaan dasar-dasar sosial dapat diperkukuh melalui kerjasama erat semua pihak, demi membina masyarakat Malaysia yang lebih sejahtera dan inklusif. #MajlisSosialNegara #DasarSosialNegara #PTDSN #KesejahteraanRakyat #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CoMYGCN7W/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR1mzU7Ep3a/?igsh=MXh6NG1pdzExMG44Ng== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1996521861816205624?t=fdvhhGWHW6c-iRLuDwrffA&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR1nArcj_CA?xmt=AQF0QQp3_mvFkjN0Btpq14gQCHwYfq49vCqByeUf3yi4JqJ70E63EU6mHB3ohnFU8P2mLQeL&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐“๐ข๐ ๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š๐ซ ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐Š๐ƒ๐– Tiga tahun lalu, saya melangkah masuk ke KKDW dengan satu tekad bahawa desa mesti dimajukan, rakyat luar bandar mesti diangkat dan kementerian ini harus menjadi nadi kemakmuran negara. Alhamdulillah, hari ini apabila saya menoleh ke belakang, saya melihat satu perjalanan yang luar biasa. KKDW bukan sekadar melaksanakan projek, tetapi berjaya membina ekosistem kehidupan yang mengubah wajah desa dan membawa makna kepada jutaan rakyat. Sepanjang tiga tahun ini, keyakinan negara terhadap KKDW semakin kukuh. Peruntukan meningkat saban tahun daripada RM11.04 bilion kepada RM12.04 bilion tahun hadapan. Ini merupakan satu pengiktirafan besar bahawa pembangunan desa kini berada di landasan strategik yang tepat. Dengan 42 Game Changers yang telah mencapai pelaksanaan melebihi 95%, serta 7,000 usahawan baharu yang berjaya dilahirkan dengan nilai jualan mencecah RM1.77 bilion, kadar kebolehpasaran graduan TVET KKDW pula terus cemerlang. Dalam masa yang sama, agenda pembangunan infrastruktur dan perumahan turut menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila lebih 10,000 unit rumah PPRS telah dibina dan dibaik pulih, 310km Jalan Perhubungan Desa serta 157km Jalan Luar Bandar berjaya disiapkan, selain pembekalan elektrik dan bekalan air bersih kepada ribuan rumah di seluruh negara. Semua kejayaan ini hadir daripada kerja keras seluruh warga KKDW, daripada pegawai di ibu pejabat hingga petugas lapangan di pedalaman. Kalianlah tulang belakang transformasi ini. Terima kasih atas segala keringat dan pengorbanan. Moga Allah SWT terus memberkati perjalanan ini dan memberi kekuatan untuk kita terus berkhidmat dengan tekad yang utuh. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16S1TvVMVD/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DR1TtBEErx9/?igsh=cGY4NHUwZm5iN3dj ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1996480034807119898?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR1Tzm6D8Uf?xmt=AQF0fyeGDo36zKpqW5JfwN6VvnykMamw63ilotp0k90aGvbTXLCMDT_nvsl_kq1m3hfOCzk&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

com/@ahmadzahidhamidi/post/DRzFC6CDym9?xmt=AQF0jKFMj7UzaYGf76Ja9eQDQBkiN-OFupjUY4nG9fU1bztpBO_3I9b_xiYm13XNqYtaKuCy&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ÿ‘ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Hari ini genap tiga tahun Kerajaan Perpaduan dibentuk pada saat negara suatu ketika berdepan ketidaktentuan politik dan ekonomi serta keperluan mendesak untuk memulihkan kestabilan nasional. Dalam tempoh tiga tahun ini, Kerajaan MADANI walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran berjaya menetapkan semula haluan negara, memulihkan keyakinan rakyat dan mengembalikan fokus kepada agenda pembangunan jangka panjang yang lebih inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, keutamaan kami adalah untuk memastikan pembangunan desa tidak tertinggal, malah diangkat sebagai pemacu utama pertumbuhan negara. KKDW telah menstruktur semula ekosistem pembangunan desa dengan pendekatan yang lebih strategik, bersepadu dan berimpak. Usaha ini diterjemahkan melalui pelaksanaan infrastruktur asas merangkumi jalan, air, elektrik, kemudahan sosial dan prasarana desa. Lebih RM7.7 bilion telah digerakkan dalam tempoh tiga tahun bagi merapatkan jurang pembangunan bandarโ€“desa dan memastikan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan moden yang setara. Pada masa yang sama, transformasi modal insan melalui pendidikan TVET menunjukkan keberhasilan yang kukuh. Kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 95.1% daripada 9.45% tahun sebelumnya, manakala kemasukan pelajar melonjak kepada 212,022, menandakan keyakinan yang semakin tinggi terhadap TVET sebagai laluan kerjaya utama anak muda Malaysia. Program Pra-Tahfiz KEMAS telah melahirkan 52,000 huffaz cilik, manakala TVET MARA dan TVET Teknopreneur telah melahirkan lebih 800,000 pelajar berkemahiran. Seramai 420 pelajar Orang Asli kini melangkah ke universiti - suatu pencapaian tertinggi dalam sejarah pentadbiran negara. Ekonomi desa turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan. MARA, RISDA dan FELCRA berjaya melahirkan 7,000 usahawan baharu, menjana 15,000 peluang pekerjaan dan mencatat nilai jualan melebihi RM1.77 bilion. Malaysia turut mengukuhkan kedudukannya dalam industri halal global melalui MIHAS@Shanghai 2025, yang menghimpunkan 200 reruai, 250 syarikat dan merekodkan transaksi lebih RM3.2 bilion, selari dengan aspirasi Halal Industry Master Plan 2030. Dalam aspek kesiapsiagaan bencana, JPS kini mengoperasikan 1,798 stesen hidrologi telemetri, 197 kamera pemantauan, serta 36 model ramalan banjir di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang menggunakan pendekatan hidrodinamik dan sebanyak 614 siren amaran banjir awal turut dipasang di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan makluman segera kepada penduduk. Kerajaan juga dalam usaha untuk memperkasa Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 yang dibangunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada tahun lalu dengan pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan selain menggesa Kerajan Negeri untuk membangunkan Strategi dan Pelan Tindakan Pengurangan Risiko Bencana Peringkat Negeri sebagai rangka kerja komprehensif untuk menjadikan Malaysia lebih selamat, lebih berdaya tahan dan lebih bersedia menghadapi perubahan iklim ekstrem. Kesemua pencapaian ini membuktikan bahawa kestabilan politik ialah prasyarat kepada kemajuan, dan bahawa agenda pembangunan desa serta pendidikan TVET adalah komponen strategik dalam mendaya Malaysia menjadi negara yang lebih makmur, sejahtera dan berdaya saing. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja, penjawat awam dan rakyat Malaysia atas kepercayaan yang berterusan kepada Kerajaan Perpaduan. Insya-Allah, amanah ini akan terus kami galas dengan penuh tanggungjawab agar Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai negara yang stabil, makmur dan dihormati. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1bB8JTEgA1/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DRzE1zdEjDq/?igsh=MXBxMnVyaXp4ZG1nYw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1996165156561207488?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.