uk
Feedback
meh study !

meh study !

Відкрити в Telegram

stpm batch 07 !

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
9 443
Підписники
+2024 години
+2757 днів
+1 31830 день
Архів дописів
photo content

photo content

https://forms.gle/Xsgo4wPWyQ9fMKh77 yang dah trial boleh fill ye untuk kegunaan ramai and share kepada lain yang dah trial : ) .

Repost from N/a
KEYWORDS PENTING GEOGRAFI ✨ cr: @studywithyumiy
KEYWORDS PENTING GEOGRAFI ✨ cr: @studywithyumiy

photo content

cr tiktok : @ahmadolman
+5
cr tiktok : @ahmadolman

Pelancongan lancong - kata dasarnya apa Pelancong - mendukung maksud lancongan - tiada kalau kita lihat dengan jelas morfem terikat terbahagi tidak boleh dipisahkan mana - mana morfem dan morfem yang dipisahkan tidak boleh mendukung makna Pelancongan - bukan morfem terikat terbahagi

syarat morfem terikat terbahagi , kata dasarnya apabila membentuk morfem terikat terbahagi perlu diambil kedua - dua morfem jika salah satu kata terbentuk melalui morfem terikat terbahagi bermakna kata tersebut bukan morfem terikat terbahagi - contoh : perasaan morfem terikat terbahagi - per - - an perasa - ada maksud rasaan - tiada maksud jika perasaan itu digugurkan salah satu morfem yang terdapat dan membentuk makna , ia bukan morfem terikat terbahagi . Kata yang terbentuk daripada Morfem terikat terbahagi yang betul : Pertanian Pertani - tiada maksud tanian - tiada maksud bermakna jika menggabungkan morfem per -an akan mendukung makna dan membentuk kata yang terdiri daripada morfem terikat terbahagi . Sedikit penjelasan / jika saya salah boleh beritahu saya .

ramai dekat sini yang jawab pelancongan

1. Realisme Maksud: Aliran seni yang menggambarkan kehidupan harian manusia, alam sekitar dan situasi sebenar secara tepat serta realistik tanpa unsur fantasi atau khayalan. Pelukis memberi perhatian terhadap bentuk, warna dan suasana yang sama seperti keadaan sebenar. 2. Impresionisme Maksud: Aliran seni yang menumpukan kesan cahaya, warna dan suasana yang dilihat oleh pelukis pada sesuatu masa. Pelukis biasanya menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan untuk menunjukkan perubahan cahaya dan keindahan alam semula jadi. 3. Post Impresionisme Maksud: Aliran seni yang berkembang daripada impresionisme tetapi lebih menekankan emosi, bentuk dan gaya peribadi pelukis. Pelukis menggunakan warna yang lebih kuat dan teknik tertentu untuk menyampaikan perasaan serta idea mereka. 4. Fauvisme Maksud: Aliran seni yang menggunakan warna-warna terang, garang dan tidak semula jadi untuk meluahkan emosi pelukis. Aliran ini lebih mengutamakan ekspresi perasaan berbanding gambaran objek yang tepat dan realistik. 5. Ekspresionisme Maksud: Aliran seni yang menekankan luahan emosi, perasaan dan pengalaman dalaman pelukis secara spontan. Pelukis sering menggunakan bentuk yang diubah suai dan warna yang kuat bagi menunjukkan tekanan, kesedihan atau kegembiraan. 6. Kubisme Maksud: Aliran seni yang memecahkan objek kepada bentuk-bentuk geometri seperti kubus, segi tiga dan silinder. Pelukis memaparkan sesuatu objek daripada pelbagai sudut pandangan dalam satu karya untuk menghasilkan imej yang unik dan abstrak. 7. Surealisme Maksud: Aliran seni yang berasaskan mimpi, imaginasi, fantasi dan alam bawah sedar manusia. Pelukis menghasilkan karya yang pelik dan luar biasa untuk menunjukkan dunia khayalan yang tidak dapat dilihat dalam kehidupan sebenar. 8. Seni Pop Maksud: Aliran seni yang mengambil inspirasi daripada budaya popular seperti iklan, komik, televisyen dan barangan harian. Aliran ini menggunakan warna terang dan imej moden bagi menarik perhatian masyarakat. 9. Pasca Modenisme Maksud: Aliran seni yang menggabungkan pelbagai media, teknologi dan idea moden dalam penghasilan karya seni. Pelukis bebas menggunakan teknik tradisional dan digital untuk menghasilkan karya yang kreatif, unik dan mengikut perkembangan semasa. 10.Abstrak Ekspresionisme Maksud: aliran seni moden yang menekankan luahan emosi, perasaan dan imaginasi pelukis melalui bentuk abstrak. Aliran ini tidak menggambarkan objek secara nyata atau realistik, tetapi menggunakan garisan, warna dan sapuan berus secara bebas untuk menyampaikan emosi. Pelukis menghasilkan karya secara spontan dan kreatif supaya penonton dapat merasai perasaan yang ingin disampaikan dalam lukisan tersebut

bm stpm sem 2 : Dr . Suriati Zakaria

Contoh soalan aliran seni pop Credit: Zurianis Aryani
Contoh soalan aliran seni pop Credit: Zurianis Aryani

Contoh soalan pengkaryaan (lukisan) dan soalan hiasan dalaman. Credit: Putri
+1
Contoh soalan pengkaryaan (lukisan) dan soalan hiasan dalaman. Credit: Putri

Repost from N/a
🩷 TIPS GEOGRAFI SEM 2 STPM :- 1. Faham teknik menjawab. - Baca soalan betul ii. - Highlightkan mana Fakta, mana Huraian. - Wajib kenal pasti kata kunci untuk setiap soalan. cth : jelaskan,bagaimana,sejauh manakah. - Jawab soalan berdasarkan markah cth : 12markah (6 isi=6 perenggan) 13 markah (4 isi + 1kesimpulan = 5 perenggan) 2. Kalau soalan tanya "Cadangkan/Berikan langkah" @ berkaitan dgn ni. Wajib ada ni :- • Memperbanyakkan • Meningkatkan • Mempergiatkan • Memperkasakan • Memperluaskan • Memperbaiki • Memodenkan 3. Kalau soalan tanya tentang "aktiviti manusia" ingat PPPPPP. • Pertanian • Perlombongan • Perindustrian • Pembalakan • Perikanan • Pengangkutan 4. Kalau soalan tanya "terhadap alam sekitar fizikal" ingat BLAH. • B-biosfera (flora@fauna) • L-litosfera (tanah) • A-atmosfera (udara) • H-hidrosfera (air) 5. Cara jawab mengikut Kata Kunci Soalan :- •Bagaimanakah... = fakta+proses+kesan •Jelaskan/Huraikan... = fakta+huraian •Nyatakan... =fakta •Sejauhmanakah... =bagi faktor yang ada dalam soalan dulu kemudian baru bagi faktor lain 6. Memahami konsep. • awak perlu faham konsep/definisi untuk setiap tajuk yang awak belajar bukan setakat hafal sahaja tetapi perlu MEMAHAMI. • bila awak faham konsep, awak boleh kaitkan dengan apa yang wujud dipersekitaran awak sebab geografi ni berkaitan dgn bumi kita. • bila awak dah faham konsep, keluarlah soalan apa pun awak boleh jawab dengan mudah, walaupun soalan tu diubah ayatnya, awak still boleh jawab sebab awak dah memahami konsep. 7. Imagine & Lukis. • ilmu geografi ni awak perlu ada imaginasi yang tinggi. • contoh tajuk SUNGAI. • boleh tak awak imagine SUNGAI tu macam mana ? ha kalau tak boleh lagi imagine tu awak kena belajar imagine. awak tengoklah gambar sungai banyak banyak sampai bila orang sebut je SUNGAI terus awak boleh terbayangkan SUNGAI tu. • bila awak dah bayangkan, awak transfer apa yang ada dlm otak awak tu dlm kertas, profil sungai ada tiga peringkat ha lukis. dengan cara ni awak boleh tahu peringkat hulu, tengah, hilir sebab awak dah bayangkan dia. 8. Tips tambahan :- • baca soalan banyak kali, jangan baca sekali je sebab soalan dia agak tricky. • baca soalan sampai habis. jangan baca separuh, awak tgk senang lepastu main jawab je. soalan minta kesan kemarau terhadap alam sekitar fizikal, tapi sebab awak baca separuh awak terus letak kesan kepada alam sekitar manusia. ha kan ? kecuaian awak tu boleh menyebabkan markah hilang. • buat nota ringkas (fakta+huraian ringkas). • pembahagian masa tu penting. time exam nanti cuba jawab soalan esei dulu, sebab banyak student tak sempat buat esei sebab dah habiskan banyak masa kat soalan struktur. kesannya, dorang banyak hilang markah 🥹. ✨ CADANGAN PEMBAHAGIAN MASA:- GEOGRAFI 2 ( 2JAM 15MINIT) • BAHAGIAN A - 55 minit • BAHAGIAN B - 35 minit • BAHAGIAN C - 35 minit ada baki masa 10 minit - boleh semak balik soalan - semak balik jawapan - tambah fakta/contoh - check balik kehendak soalan Semoga tips Geografi Sem2 ini dapat membantu rakan-rakan batch 07 yang akan menjalani peperiksaan percubaan STPM Semester 2 (2026) 🥰🤲🏻 cr: @studywithyumiy

+5
A2 APRESIASI.pptx1.05 MB

#seni

nota sejarah
+1
nota sejarah

Repost from N/a
BAHASA MELAYU. untuk definisi/konsep, kita batch pertama untuk silibus baru, jadi soalan ni memang akan masuk. -definisi morf
BAHASA MELAYU. untuk definisi/konsep, kita batch pertama untuk silibus baru, jadi soalan ni memang akan masuk. -definisi morfologi -definisi sintaksis korang perlu hafal ni sahaja, "ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan (penggolongan/konstruksi) (kata/ayat)." hanya perkataan yang dalam kurungan je yang korang perlu tukar, selebihnya ayat dia sama je korangg. untuk soalan ni biasanya 2markah. so jangan bazirkan peluang untuk dapat markah ni tauu 🥹🫶🏼