meh study !
Відкрити в Telegram
stpm batch 07 !
Показати більшеКраїна не вказанаКатегорія не вказана
9 867
Підписники
+1824 години
+1387 днів
+1 32530 день
Архів дописів
9 872
Repost from STPM 2026 KOHORT BAHARU
PERANAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DALAM PENGUKUHAN INSTITUSI BAITULMAL
9 872
DAH BOLEH TEBUS HARI INI!
Program Baucar Buku MADANI 2026 dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.2 juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) termasuklah pelajar Tingkatan Enam, menerusi peruntukan sebanyak RM221.6 juta, dengan penebusan e-baucar bernilai RM100 seorang akan bermula 1 Julai hingga 31 Okt ini.
Ihsan infografik: Perbadanan Kota Buku
TT: https://www.tiktok.com/@jpte.kebangsaan?_r=1&_t=ZS-
Tele: https://t.me/JPTEKebangsaan
&
https://t.me/+Z4fgU523tFs3NDk1
IG: https://www.instagram.com/jpte_kebangsaan?igsh=MTlwMG84dHVvNnA1eA==
YT: https://youtube.com/@jptekebangsaan?si=AL6PyWbAx1YNCB1q
FB: https://www.facebook.com/share/1U81ivuJBH/?mibextid=wwXIfr
Mudah je, tekan butang follow dan like🫰
#MalaysiaMADANI
#GenerasiMADANI
#ReformasiPendidikan
#KPM
#JPTE
#AspirasiPelajarKeutuhanNegara
9 872
Repost from STPM RANDOM NOTES
Teori kedatangan islam di alam melayu pada abad ke -7 hingga 14 masihi
pendahuluan (2ayat cukup)
- kdtgn islam ke alam melayu merupakan peristiwa penting yang mengubah aspek politik, sosial dan ekonomi masyarakat.
-islam tersebar melalui perdagangan, perkhawinan dan pendidikan .
ISI 1: TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI TANAH ARAB
🌸Islam dibawa secara langsung oleh pedagang dan pendakwah Arab sejak abad ke-7 Masihi.
Teori ini disokong oleh sarjana seperti John Crawford, Thomas Arnold dan Syed Naquib al-Attas.
🌸Catatan China menunjukkan kewujudan komuniti Arab di Sumatera dan Jawa sejak abad ke-7M.
Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu menyatakan raja-raja Melayu menerima Islam daripada pendakwah Arab.
Persamaan mazhab Syafie serta penemuan Batu Bersurat Terengganu (1303M) mengukuhkan teori ini.
🌸Nyatalah bahawa hubungan perdagangan dan dakwah Arab menjadi bukti kuat Islam datang terus dari Tanah Arab.
ISI 2: TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA
🌸Islam dikatakan dibawa oleh pedagang dan ulama dari Gujerat, Malabar dan Benggala.
Teori ini dikemukakan oleh J.P. Moquette dan Snouck Hurgronje.
🌸Batu nisan Sultan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri-ciri seni ukiran Gujerat.
Marco Polo ketika singgah di Perlak pada tahun 1292M mendapati ramai pedagang India Muslim di kawasan tersebut.
Seni bina masjid dan perkembangan tasawuf turut menunjukkan pengaruh India.
🌸Oleh itu, hubungan perdagangan yang aktif menyokong teori kedatangan Islam dari India.
ISI 3: TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA
🌸Islam dibawa oleh pedagang dan masyarakat Muslim China melalui hubungan perdagangan maritim.
Teori ini disokong oleh Emanuel Godinho.
🌸Wujud komuniti Muslim di Canton dan Quanzhou sejak zaman Dinasti Tang.
Pemberontakan di Canton pada tahun 876M menyebabkan ramai Muslim berhijrah ke Palembang dan Kedah.
Seni bina Masjid Kampung Laut dan hubungan Melaka dengan China menunjukkan pengaruh Islam dari China.
🌸Jelaslah bahawa perdagangan dan migrasi masyarakat Muslim China membantu penyebaran Islam di Alam Melayu.
Berikut ialah salinan teks seperti dalam gambar:
ISI 4: TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHAMPA
🌸Islam disebarkan melalui kerajaan Champa yang mempunyai hubungan rapat dengan negeri-negeri Melayu.
Champa menjadi pusat persinggahan pedagang Muslim sebelum ke Alam Melayu.
🌸Penemuan batu nisan Islam di Champa bertarikh 1035M membuktikan kewujudan masyarakat Islam awal.
Migrasi orang Champa Muslim ke Kelantan, Terengganu dan Patani membantu perkembangan Islam.
Persamaan budaya dan hubungan perdagangan mengukuhkan pengaruh Champa.
🌸Oleh itu, Champa turut berperanan sebagai laluan penting penyebaran Islam ke Alam Melayu.
Kesimpulan
-Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku melalui pelbagai saluran dan pengaruh luar.
-Namun , teori dari Tanah Arab sering dianggap paling dominan kerana disokong oleh bukti mazhab, batu nisan, tulisan dan catatan sejarah.
9 872
Repost from STPM STUDY ROOM 🧚♂‼️
*BAB 1*
1) _STRUKTUR MASYARAKAT MAKKAH DAN YATHRIB SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD SAW_
-Kehidupan berkabilah
-Komposisi bangsa Arab di Makkah & Yathrib
-Jurang sosial
-Fahaman asabiah
2) _KETAMADUNAN DAN KETIDAK TAMADUNAN MASYARAKAT JAHILIAH_
-Pemerintahan & pentadbiran
-Ekonomi
-Kesusasteraan
-Agama & kepercayaan
*BAB 2*
1) _CIRI-CIRI MASYARAKAT ISLAM_
-Kepimpinan nabi & rasul
-Pembentukan golongan ansar & muhajirin
-Berpaksi akidah yang esa
-Akhlak amal makruf nahi mungkar
*BAB 3*
1) _KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH_
-Kepentingan politik
-Kepentingan perundangan & kehakiman
-Kepentingan keamanan & keselamatan
-Kepentingan hak & kebebasan warga
*BAB 4*
1) _INSTITUSI KHALIFAH_
-Syarat pelantikan khalifah
-Kedudukan & bidang kuasa khalifah
-Kaedah pelantikan khalifah
-Tanggungjawab khalifah dlm menyebarkan dakwah
2) _SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR_
-Menyelesaikan isu berkaitan kewafatan Nabi Muhammad SAW
-Membanteras golongan ar-riddah
-Pengumpulan ayat-ayat Al-Quran
-Memperkukuh bidang ketenteraan & dasar peluasan kuasa
3) SUMBANGAN UMAR AL KHATTAB
-Pembahagian wilayah
-Pentadbiran undang-undang tanah
-Mengemaskini pengurusan baitulmal
-Penubuhan Majlis Syura
4) _SUMBANGAN UTHMAN AFFAN_
-Pembaharuan dlm sistem pentadbiran
-Memperkasakan pentadbiran wilayah
-Pembangunan ekonomi
-Penyusunan & pembukuan Al-Quran yg standard & rasmi
5) _SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB_
-Pembaharuan dlm pentadbiran
-Menyelesaikan konflik politik scr diplomasi
-Pembangunan ekonomi
-Sumbangan intelektual & keilmuan
*BAB 5*
1) _TEORI KEDATANGAN ISLAM KE DI CHINA_
-Perkahwinan
-Dasar toleransi
-Hubungan diplomatik China dgn Islam
-Peranan pendakwah islam
2) _TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU_
-Teori kedatangan islam dari Arab
-Teori kedatangan islam dari India
-Teori kedatangan islam dari China
-Teori kedatangan islam dari Champa
*BAB 6*
1) _SUMBANGAN UMAR ABDUL AZIZ_
-Mengemaskini pentadbiran institusi baitulmal
-Memperkasa sumber baitulmal
-Memperkasakan dasar ekonomi
-Mengemaskini pengurusan agihan dana baitulmal
2) _PEMERINTAHAN MAHARAJA AURANGZEB_
-Pengukuhan sektor perdagangan domestik & antarabangsa
-Mengemaskini sistem pengurusan ekonomi
-Pengurusan kewangan & sistem mata wang
-Reformasi sistem pengurusan cukai
*BAB 7*
1) _SUMBANGAN IBN SINA_
-Hasil karya perubatan
-Sumbangan bidang anatomi & fisiologi
-Sumbangan bidang psikoterapi
-Penemuan baharu bidang perubatan
2) _SUMBANGAN IMAM GHAZALI_
-Hasil karya falsafah
-Menyelamatkan umat Islan drpd pengaruh falsafah Yunani
-Mengklasifikasi kelompok umat islam yg membahaskan ilmu falsafah
-Mengklasifikasi ilmu falsafah
3) _SUMBANGAN IBN RUSHD_
-Hasil karya falsafah
-Menyemarakkan rasionalisme dlm dunia islam
-Memelihara & memajukan warisan falsafah Yunani
-Sumbangan terhadap pemikiran falsafah barat
*BAB 8*
1) _WIHDAT AL ISLAMIAH_
-Kesedaran politik & pembentukan gerakan nasionalis
-Peranan Jamaluddin al-Afghani
-Penubuhan & matlamat gerakan Wihdat al-Islamiah
-Gerakan Wihdat al-Islamiah melalui media massa & institusi pendidikan
*BAB 9*
1) _KESAN PENGLIBATAN TURKI UTHMANIYAH DALAM PD1_
-Kemerosotan pengaruh politik
-Perubahan dari sistem pemerintahan khilafah kpd republik
-Kehilangan sumber ekonomi
-Kemerosotan akhlak & moral umat islam
*BAB 10*
1) _CIRI-CIRI KERAJAAN TURKI DI BAWAH PIMPINAN KEMAL ATATURK_
-Sekularisasi dalam perlembagaan negara
-Sekularisasi dalam bidang politik
-Sekularisasi dalam bidang ekonomi
-Sekularisasi dalam bidang sosial
2) _PERANAN IBN SAUD_
-Penguasaan sistem perkampungan al-ikhwan
-Pembentukan sistem pentadbiran
-Pelaksanaan dasar peluasan kuasa
-Penguasaan Hijaz
*BAB 11*
1) _GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN_
-Perjuangan dalam bidang politik
-Penubuhan dan kepimpinan ikhwanul muslimin
-Perjuangan dalam bidang ekonomi
-Perjuangan dalam bidang keagamaan dan dakwah
*BAB 12*
1) _FAKTOR TERCETUS KONFLIK ARAB-ISRAEL_
-Penubuhan negara Israel 1948
-Dasar campur tangan & dukungan kuasa barat terhadap Israel
-Kepentingan penguasaan kawasan ekonomi strategik
-Faktor agama & dasar deskriminasi
