study with eynnoll
Відкрити в Telegram
looking for personal online tutor? well, Im here🙋♀️ @eynnoll pakej subjek STPM ainnul : sejarah, bahasa melayu, sains sukan, pengajian am currently studying at UPSI; AT58-Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Показати більше2 218
Підписники
-124 години
-127 днів
-3930 день
Архів дописів
2 218
📢 HEBAHAN PROGRAM FORUM HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA 🇲🇾
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS) UPSI akan menganjurkan Program Forum Harmoni Dalam Kepelbagaian Kaum di Malaysia yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Samsudin bin Suhaili, Penyelaras Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia (KESUMA), Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.
📅 Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 malam – 11.00 malam
💻 Platform: Google Meet dan FB Live
PENYERTAAN SECARA PERCUMA‼️
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang kepentingan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia serta memperkasakan peranan mahasiswa sebagai agen perpaduan negara.
🎖️ Kelebihan Penyertaan:
✅ Mata CHAMP disediakan
✅ E-Sijil Penyertaan diberikan kepada peserta
📝 Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/BdvwfN6tapLUCxfD6
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, berkongsi pandangan dan bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa.
✨ Jom sertai kami dan jadilah sebahagian daripada usaha membina Malaysia yang lebih harmoni!
“Mahasiswa Penggerak Wawasan”
#PPMas25/26
#PersatuanPengajianMalaysia
#MahasiswaPenggerakWawasan
#FakultiSainsKemanusiaan
#UPSI
2 218
hello, nak tanya ada tak siapa2 yg dapat interview edu UUM ? korang ada dapat email tempat interview tak?
2 218
assalammualaikum hi korang. anyone yg nak beli template iv UPSI boleh pm ainnul. rm2 je
2 218
‼️SEDANG BERLANGSUNG‼️
📍 [ Bengkel Penulisan Akademik dengan Bantuan AI 🤖 ]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ingin meningkatkan kemahiran penulisan akademik dengan lebih sistematik dan efektif? Jom sertai Bengkel Penulisan Akademik dengan Bantuan AI 🤖 yang sedang berlangsung sekarang!
📍 Link Google Meet:
https://meet.google.com/jrz-msqb-vno
📍 Link Facebook live:
https://www.facebook.com/100063690805591/videos/1523316289340441/
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu bersama panel jemputan dan para peserta lain 📚✨
#PPMas25/26
#PersatuanPengajianMalaysia
#MahasiswaPenggerakWawasan
#FakultiSainsKemanusiaan
#UniversitiPendidikanSultanIdris
2 218
link pendaftaran ni bagi lepasan stpm/student stpm;
bahagian no matriks isi nombor ic
bahagian course dan fakulti letak ( — ) sahaja
2 218
untuk lepasan stpm yg tengah tunggu result upu ni pun sangat digalakkan join. korang dapat sijil (bole bawa masa iv nanti) and nanti sambung study korang tak terkial2 nk buat assignment mcm mna dh🥺
2 218
assalammualaikum hi koraang! for student stpm/lepasan stpm/mahasiswa uni seluruh Malaysia, jemputlah sertai Bengkel Penulisan Akademik dengan Bantuan AI ni esok. sangat berguna untuk korang buat assignment atau FYP nanti😍
2 218
[Bengkel Penulisan Akademik dengan Bantuan AI]🤖
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) akan menganjurkan program Bengkel Penulisan Akademik dengan Bantuan AI🤖. Bengkel ini dapat membantu peserta memahami teknik penulisan akademik yang sistematik dan berkualiti dengan pendedahan penggunaan AI dalam menghasilkan penulisan lebih efektif. Bengkel ini juga dapat membantu Mahasiswa/i khususnya penghasilan Projek Tahun Akhir (FYP) dengan lebih mudah dan cepat. Butiran program adalah seperti berikut:
📆 TARIKH: 31 Mei 2026 (Ahad)
⏰ WAKTU: 8:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari
📍TEMPAT: Secara atas Talian (Zoom)
💵 YURAN: PERCUMA
Link Pendaftaran:
https://forms.gle/WfoHdhJ8qEMPHgmy6
Sebarang pertanyaan:
Wahida (0142661382) Fatin (0194522684)
#PPMas25/26
#PersatuanPengajianMalaysia
#MahasiswaPenggerakWawasan
#FakultiSainsKemanusiaan
#UPSI
2 218
Repost from INFO STPM
SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2026/2027
Calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan, boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada :
18 Mei 2026 (ISNIN)
UPSI https://kemasukan.upsi.edu.my/
UTHM https://admission.uthm.edu.my/offer/
UiTM https://pengambilan.uitm.edu.my/
UMS https://smp.ums.edu.my/semakanums
UKM https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah
UM https://kemasukan.um.edu.my/
UPM https://study.upm.edu.my/
USIM https://etasjilv2.usim.edu.my/
USM https://pohon.usm.my
UTM https://myintake.utm.my
UUM https://www.uum.edu.my/kemasukan
UNIMAS https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
UIAM https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
UniSZA https://www.unisza.edu.my/tawaran/
Jangan lupa follow Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!
#UPUOnline #LepasanSTPM #ProgramPendidikan #BahagianKemasukanPelajarIPTA #JabatanPendidikanTinggi
#KPT
2 218
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami daripada pelajar UPSI yang sedang menjalankan satu tugasan bertajuk *AMALAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA DALAM BILIK DARJAH: KAJIAN TERHADAP STRATEGI GURU DALAM MENANGANI PERBEZAAN ETNIK DALAM KALANGAN PELAJAR* di bawah kursus *KPS3023 SOSIOLOGI PENDIDIKAN, UPSI.* 👩🏻🏫
Kami berharap anda dapat meluangkan sedikit masa sekitar dua hingga tiga minit untuk menyelesaikan kajian ini . Tiada jawapan yang ditakrifkan sebagai betul ataupun salah. Semua maklumat dan jawapan yang anda berikan di bawah *Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)* dan hanya digunakan untuk tujuan kajian akademik.
Pelajar boleh menenakan link yang tertera : [ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdWKZxjtaelME9FnJBv3F_fqTFm64pLqZYy1UX6_1d7Lb3EAQ/viewform?usp=sharing&ouid=118437242270696287887 ]
Diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengakses dan melengkapkan maklumat yang berkenaan melalui pautan yang disertakan.
Kerjasama anda amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
2 218
assalammualaikum korang. nak minta tolong jawab soal selidik kitorang ni. untuk yang lepasan stpm dan stpm tahun semasa. thank you🫶🏻
2 218
Repost from INFO STPM
+1
PENGUMUNAN KEPUTUSAN STPM 2025
Keputusan Sem 3
Tarikh: 19 Mei 26
Masa: 10 pagi
Portal: https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTS3/
Keputusan U1
Tarikh: 20 Mei 26
Masa: 10 pagi
Portal: https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTU1/
Keputusan U2
Tarikh: 21 Mei 26
Masa: 10 pagi
Portal: https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTU2/
Permohonan Rayuan Keputusan S3
Tarikh: 19 Mei hingga 23 Mei (11:30pm)
Portal permohonan: https://mecea.mpm.edu.my/STPM_SSP3/
Bayaran adalah RM50 satu kertas
Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas 23 Mei
Portal semak keputusan: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/keputusan.php
Keputusan U1 & U2 TIDAK BOLEH BUAT RAYUAN‼️‼️‼️
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
