Ramalan W Daus ( 2025 )
Відкрити в Telegram
4 473
Підписники
-224 години
-397 днів
-11330 день
Архів дописів
rayuan tingkatan 6 sudah dibuka bagi calon yang tidak berjaya kelayakan pada first session
sejarah tahun ini k2 more to f4 bukan f5 lagi so focus la dekat f4 sikit
yang nak sambung asasi dekat ipts min kasi some information iya , you wajib sambung degree di sana no ke ipta macam ipta boleh ubah ,
asasi is the real fast track but when you continue to degree , you need to complete 4 years ngam ngam rather than diploma that they have skipping one year
plot twist : did u guys know that sijil asasi tidak laku + theres no skipping a year ( skip 2 sem ) like lepasan diploma
min baru tahu
🇲🇾 PROGRAM TINGKATAN ENAM KAMPUS UNIVERSITI
📢 Peluang eksklusif untuk lepasan SPM 2024!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Tingkatan Enam Kampus Universiti secara rintis bersama dua universiti awam terkemuka:
🏛 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
🏛 Universiti Sains Malaysia (USM)
✨ Program ini akan memberi pengalaman pembelajaran dalam suasana kampus universiti sebenar, dengan pengurusan dan kebajikan murid di bawah seliaan KPM.
🗓 Tempoh Program:
Selama 18 bulan
📅 Pengambilan pertama bermula pada 10 Jun 2025
🎓 Bilangan Tempat:
UKM: 100 tempat
USM: 60 tempat
💰 Yuran Pengajian:
📌 TIADA yuran pengajian dikenakan
💳 Yuran Lain:
Murid hanya perlu bayar yuran minimum yang ditetapkan oleh pihak universiti (contohnya: yuran asrama dan kesihatan)
🏫 Penginapan:
📌 Kemudahan asrama DISEDIAKAN dan DIWAJIBKAN dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak universiti
Program UKM – pengurusan & kebajikan bawah Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz
Program USM – pengurusan & kebajikan bawah Kolej Tingkatan Enam Desa Murni
🎯 Laluan Pengajian Lanjutan:
📌 Berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan
📚 Kumpulan Pakej Mata Pelajaran:
🔬 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Bidang Sains:
1. Pengajian Am, MUET, Chemistry, Physics, Mathematics
2. Pengajian Am, MUET, Chemistry, Biology, Mathematics
Bidang Sains Sosial:
1. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah
2. Pengajian Am, MUET, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Ekonomi
🔬 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Bidang Sains:
1. Pengajian Am, MUET, Chemistry, Physics, Mathematics
Bidang Sains Sosial:
1. Pengajian Am, MUET, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Ekonomi
⚽ Kokurikulum:
Murid WAJIB menyertai aktiviti kokurikulum merangkumi:
📝 Kelab / Persatuan
👮🏽♀Pasukan Badan Beruniform
🥎 Sukan / Permainan
📌 Murid juga akan terlibat dalam aktiviti jaringan bersama pihak universiti sebagai tambahan pengumpulan markah kokurikulum (PAJSK)
📍 Negeri Layak Mengikut Universiti:
🟡 UKM:
Pelajar dari Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
🟢 USM:
Pelajar dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
Syarat Am Permohonan:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Lepasan SPM 2024 yang telah menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam
✅ Lulus SPM 2024
✅ A dalam Bahasa Melayu
✅ Minimum 5A dalam SPM
✅ Minimum markah PAJSK: 80
📌 Syarat Khusus:
Bidang Sains:
🎟 B minimum dalam Bahasa Inggeris
🎟 A minimum dalam Chemistry, Biology/Physics, dan Mathematics T
Bidang Sains Sosial:
🎟 A minimum dalam Geografi & Sejarah; atau
🎟 A minimum dalam Pengajian Perniagaan, Perakaunan & Ekonomi
📢 Peluang terhad – rebutlah tempat anda segera!
Sesuai untuk pelajar cemerlang yang ingin rasai dunia kampus lebih awal, dalam bimbingan terus oleh KPM dan universiti ternama!
Permohonan boleh dilakukan di
🔗 https://sst6.moe.gov.my
Tarikh Permohonan :
📆 19 Mei - 25 Mei 2025
Semakan keputusan permohonan pada 3 Jun 2025
📲 Kongsi maklumat ini kepada adik, sepupu, rakan atau anak murid yang layak!
Sumber: MOE
Pesanan ikhlas: Concerned UM Indian Graduates (CUMIG) & Tamil Language Society UM
#iptamy1stchoice
#TingkatanEnamKampusUniversiti
#KPM
#UKM #USM
#PeluangEmasSPM2024
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
