uk
Feedback
STPM RANDOM NOTES

STPM RANDOM NOTES

Відкрити в Telegram

Nk tanya apa ii boleh dm @azrulhfzz Tiktok @roysnak4flat

Показати більше
5 938
Підписники
+1524 години
+2417 днів
+31030 день
Архів дописів
Repost from INFO STPM

+1
SKEMA SAINS SUKAN- S3 2024.pdf1.66 KB

letak ja utk secure markah

Selalunyaa org tk letak contoh/kesan

Assalam, ni cth cara buat esei pam isi, Huraian, contoh & kesan Cth : Antara manfaat yang diperoleh oleh Malaysia hasil hubungan diplomatik dengan negara jiran termasuklah (meningkatkan ekonomi negara)*isi*. Hal ini dikatakan demikian kerana berlakunya (aktiviti import dan eskport antara negara)*huraian*. Sebagai contoh , berlakunya (aktiviti eksport buah - buahan seperti durian ke negara china)*contoh*. Kesannya,(ekonomi negara kekal stabil)*Kesan*

Tarikh peperiksaan STPM 2025: STPM S3: 20-28.1.2026 STPM U1: 3-10.2.2026 STPM U2: 12-26.2.2026 Tarikh peperiksaan STPM 2026: STPM S1: 21-28.1.2026 STPM S2: 29.6-6.7.2026 STPM S3: 17-26.11.2026 STPM U1: 30.11-7.12.2026 STPM U2: 10-17.12.2026

minggu ni cikgu ade buat kelas percuma pengajian am boleh join group cikgu ye

untuk 07, gp ni ckg ii yg buat

yg req recheck hritu dh dpt result belom?

Salam

EXAMS COUNTING DAYS 🫶🏻 86 days before sem 3 📝 87 days before sem 1 📝 100 days before U1 📝 109 days before U2 📝

ASEAN Bangkit, Asia Tenggara Mampan! 💪🏻 🫱🏻‍🫲🏼 Dengan semangat perpaduan, ASEAN digesa memperkukuh pelaksanaan Visi 2045
ASEAN Bangkit, Asia Tenggara Mampan! 💪🏻 🫱🏻‍🫲🏼 Dengan semangat perpaduan, ASEAN digesa memperkukuh pelaksanaan Visi 2045 — membina rantau yang inklusif, lestari dan berdaya tahan. 🌿 Dari ekonomi hingga tenaga, kerjasama ASEAN adalah kunci masa depan rantau yang gemilang. #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #TaatSetia #JabatanPenerangan

SS SEM 3

SAINS SUKAN SEM 3

Nota SS 👆👆

NOTA PAM SEM 1 ( silibus lama dan baru still boleh guna )

+3
PA ( topik 2 - konsep dan ciri negara be.pdf5.04 MB

Repost from INFO STPM
“Tingkatan 6 sepatutnya menjadi peluang kedua buat kamu. Jika tidak mampu memberikan komitmen, jangan sia-siakan masa di sini.” Itulah mukadimah yang aku sampaikan apabila diminta oleh Tuan Pengetua untuk berkongsi pengalaman dalam sesi dialog bersama pelajar Semester 3 yang gagal dalam peperiksaan Semester 1 dan 2. Aku benar-benar terkejut dan kecewa apabila mendapat tahu seramai 25 orang pelajar memperoleh gred C- dan ke bawah daripada 71 calon subjek Bahasa Melayu. Lebih mengejutkan, enam orang daripada mereka gagal dalam kedua-dua semester. Sesuatu yang aku rasa tidak sepatutnya berlaku. Aku baru sebulan berada di sini. Banyak perkara yang masih asing. Sukatan STPM dan SPM memang jauh berbeza. Setiap hari aku belajar untuk memahami dan menguasai topik yang baharunya agak mencabar. Berbeza benar dengan pengalaman aku sendiri ketika bergelar pelajar Tingkatan 6, 17 tahun dahulu. Dulu, kami belajar selama dua tahun sebelum menduduki peperiksaan STPM. Sekarang sistemnya berasaskan semester. Aku tidak kata ini lebih mudah, tetapi secara logiknya, sistem semester sepatutnya memberi kelebihan kepada pelajar. Sekurang-kurangnya, mereka berpeluang memperbaiki keputusan Semester 1 atau 2 sekiranya kurang memuaskan. Lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini, segala maklumat berada di hujung jari. Nota, latihan serta modul semuanya boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua. Berbeza dengan zaman aku dahulu. Rujukan utama hanyalah guru dan buku. Guru cuma ditemui di sekolah, manakala buku pula tidak semua mampu miliki. Sewaktu mengajar di aliran perdana, aku sering berkata kepada pelajar yang gagal setiap kali keputusan diumumkan ; “Jika kamu gagal Bahasa Melayu SPM, kamu tiada beza dengan orang yang tidak bersekolah..” Tadi, aku ulang perkara yang sama kepada pelajar Tingkatan 6 yang gagal. Aku sedar, ada antara mereka yang masuk Tingkatan 6 bukan atas kehendak sendiri. Namun, alangkah ruginya jika peluang ini tidak dimanfaatkan sedangkan mereka hanya selangkah lagi menuju universiti. Berdasarkan pemerhatian, ada tiga sebab utama pelajar tidak dapat menyerlah di Tingkatan 6. 1. Gangguan – media sosial, permainan video dan seumpamanya. 2. Sikap – tidak bersungguh, kurang fokus, tiada matlamat yang jelas. 3. Kerja sambilan – seperti Grab dan sebagainya yang mengganggu tumpuan belajar. Apa pun alasannya, rugi besar jika sudah berada di Tingkatan 6 tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh. Tiada jalan mudah untuk berjaya, namun usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Kalau malas berusaha, janganlah mengharap hasil yang baik. Aku berharap sesi dialog tadi sedikit sebanyak dapat menyedarkan pelajar-pelajar itu. Mereka masih punya peluang untuk mengulang Semester 2 dan memperbaiki diri di Semester 3. Suka untuk aku akhiri dengan kata-kata guru Bahasa Melayu aku dahulu, yang masih segar dalam ingatan: “Sedikit pengorbanan kamu pada hari ini akan menentukan siapa kamu 40 tahun akan datang.” — Cikgu Amiza

WACANA BM SEM 3