Captain Gazze Azri
Відкрити в Telegram
High Flyers Circle is here! 🛫 https://linktr.ee/captaingazzeazri
Показати більше4 513
Підписники
-124 години
-77 днів
-3130 день
Архів дописів
4 513
Berapa kos untuk jadi Pilot?
RM400,000?
RM500,000?
Atau sebenarnya lebih daripada itu?
Ramai ingat nak jadi juruterbang cuma perlu bayar yuran flying school.
Hakikatnya, kos sebenar jauh lebih besar jika anda tidak merancang dari awal.
Berikut antara kos yang perlu anda ambil kira:
Yuran Flying School
Ini merupakan kos terbesar. Bergantung kepada program dan negara, jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Uniform & Peralatan
Uniform, headset, flight bag, iPad/EFB, buku-buku penerbangan, chart dan pelbagai keperluan latihan.
Medical Examination
Untuk menjadi juruterbang, anda perlu lulus pemeriksaan kesihatan Class 1 Medical dan memperbaharuinya secara berkala.
Penginapan
Jika belajar jauh dari rumah, sewa bilik atau asrama juga perlu dimasukkan dalam bajet.
Kos Sara Hidup
Makan, pengangkutan, minyak, internet dan keperluan harian sepanjang tempoh latihan.
Yuran Peperiksaan
Ground school exam, flight test, licence issuance dan pelbagai caj pentadbiran.
Type Rating
Sesetengah laluan kerjaya memerlukan anda membayar Type Rating sendiri.
Kosnya juga bukan sedikit. Dalam banyak keadaan, ia boleh mencecah hampir suku juta ringgit.
Hidden Costs Yang Ramai Tak Sedar
• Repeat flight jika tidak lulus.
• Extra flying hours.
• Renewal lesen dan medical.
• Penginapan tambahan jika latihan tertangguh kerana cuaca atau penyelenggaraan pesawat.
• Pengangkutan pulang ke kampung.
• Insurans dan pelbagai kos kecil yang akhirnya menjadi besar.
Jadi macam mana nak rancang kewangan?
Buat bajet penuh dari hari pertama.
Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 10% hingga 20%.
Fahami semua kos sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.
Jangan bergantung kepada ayat, “Nanti fikir kemudian.”
Sepanjang kerjaya saya, saya telah melihat ramai pelajar yang sangat berbakat tetapi tidak berjaya mencapai impian menjadi juruterbang.
Bukan kerana mereka tidak pandai.
Tetapi kerana duit habis di tengah jalan.
Impian menjadi juruterbang bukan sekadar memerlukan minat.
Ia juga memerlukan perancangan kewangan yang betul.
Jadi, fikir-fikirkan.
4 513
https://www.flyhighbeawesome.com/ebook-panduan-jadi-pilot
Salam.
Promotion RM20 off untuk belian Ebook Panduan Jadi Pilot.
Masukkan code di checkout:
EBOOK20
Sah sehingga 8hb Jul 2026 saja.
🛫
4 513
Ramai ingat student pilot cuma belajar terbang. Hakikatnya, 90% kerja berlaku di darat. Inilah dinamakan preparation.
Kalau sebelum terbang, paginya akan mula check keadaan weather. Sesuai ke tak nak buat latihan. GH ke, navigation ke. Atau test sendiri.
Kalau ok, nak kena plan untuk flight tu pula.
Apa plan sortie tu.
Flight plan.
Module.
Training apa.
Bila dah ready, akan ke kapal.
Di situ nak pastikan our ride ni selamat untuk perform segala rutin yang akan kita plan nanti.
Habis flight, bukanlah masa nak rileks dan santai. Kalau betul nak jadi pilot yang baik dan cepat hebat, kita kena sentiasa belajar daripada apa yang dah dibuat masa fly tadi.
Post flight de-brief kena betul-betul go thru. Ambil nota apa yang instructor tegur. Kalau fly solo, cuba ingat good dan bad points yang boleh dibaiki masa next flight.
Kemudian, jangan stop belajar. Kemaskan lagi ilmu teori. Kalau perlu tanya, cari mereka yang power. Senior ataupun batchmates yang lebih baik.
Banyak lagi ye benda nak difikirkan. Nampak saja seronok jadi student pilot ni.
Ya, kalau bermula dengan mindset dan rutin yang bagus sejak jadi student pilot, esok lusa masuk dunia airlines, saya pasti korang akan jadi pilot yang hebat.
All the best ok.
4 513
Ok, inilah peluang yang saya cerita tempoh hari.
Kepada adik-adik lepasan SPM yang memang berkelayakan dan ada impian jadi Pilot, boleh apply ok?
Bukan senang nak dapat full cadetship Frozen ATPL ni tau!
Kepada yang lain, kalau tak layak, jangan risau.
Banyak cara lagi.
Kalau nak saya share mana-mana peluang macam ni, boleh isi borang dalam ruang komen.
Or DM saya!
Ada rezeki, saya email terus.
