uk
Feedback
Score A+ together

Score A+ together

Відкрити в Telegram

make sure if nak share something from this group , letak credit ! since february 2023 owner @hiddoublea

Показати більше
8 406
Підписники
-724 години
-427 днів
-35130 день
Архів дописів
LAST LAST [KATA SENDI NAMA "TERHADAP"] Kata sendi nama “terhadap” (1) Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. (2) Kata sendi nama "terhadap" lazimnya disalah guna untuk menggantikan "tentang". (3) Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama "terhadap" sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang.  Contohnya: 1. Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. ✅ Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil kepada anak buahnya. ❌ Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil tentang anak buahnya. ❌ 2. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. ✅ Tanamilah rasa belas kasihan tentang binatang. ❌ Tanamilah rasa belas kasihan kepada binatang. ❌ 3. Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. ✅ Jangan bersikap biadab kepada orang tua. ❌ Jangan bersikap biadab untuk orang tua. ❌ 4. Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya elok dicontohi. ✅ Kasih sayang Mariam kepada ibu bapanya elok dicontohi. ❌ Kasih sayang Mariam tentang ibu bapanya elok dicontohi. ❌ 5. Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar terhadap kotoran dan bahan pewarna. ✅ Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar kepada kotoran dan bahan pewarna. ❌ Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar pada kotoran dan bahan pewarna. ❌ 6. Air bersifat lengai terhadap logam adi. ✅ Air bersifat lengai kepada logam adi. ❌ Air bersifat lengai pada logam adi. ❌ 7. Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. ✅ Kajian kepada beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. ❌ Kajian tentang beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik.❌ 8. Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya. ❌ Ketua pejabat itu sentiasa curiga tentang kejujuran anak buahnya. ✅ Ketua pejabat itu sentiasa curiga akan kejujuran anak buahnya. ✅ Ketua pejabat itu sentiasa curiga kepada kejujuran anak buahnya. ❌ 9. Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung. ❌ Penghulu itu mengambil berat terhadap orang kampung. ✅ Penghulu itu mengambil berat  akan orang kampung. ✅ Penghulu itu mengambil berat terhadap kepada orang kampung. ❌ 10. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kesejahteraan rakyat. ❌ Kerajaan sentiasa memberikan perhatian tentang kesejahteraan rakyat. ✅ Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada kesejahteraan rakyat. ❌ Kerajaan sentiasa memberikan perhatian pada kesejahteraan rakyat. ✅ SUMBER ILMU: Tatabahasa Dewan

Ni je nota untuk harini,min sempat taip ni je harap membantu☺️

photo content
+4

photo content
+5

photo content

Seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat. ❌ Seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat. ✅ ➡️ membincangkan ialah kata kerja transitif (memerlukan objek).. selepas membincangkan kena terus letak objek ➡️ objek 👆🏻 : masalah Nenek menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad SAW kepada cucunya. ❌ Nenek menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW kepada cucunya ✅ Nenek bercerita tentang kisah Nabi Muhammad SAW kepada cucunya. ✅ Ibu bapa prihatin tentang pelajaran anak-anak di sekolah. ✅ Mereka berbincang tentang masalah negara. ✅. Jangan ubah SATU PON PERKATAAN CUMA Link semua kekalkan. Guna fonts. ADA SIMBOL Aesthetic

Peribahasa lebih sesuai dimasukkan secara sisipan. Contoh : Masyarakat tidak boleh mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Contoh : Ibu bapa perlu menerapkan budaya menabung kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bak tak boleh duduk di awal ayat ‼️ Bak kata pepatah ❌ , bak kata pepatah ✅ Hati-hati guna pepatah sebab bukan semua peribahasa tu pepatah.. ada juga bidalan dll.. Nak selamat, guna je persis peribahasa / bak peribahasa. Tapi lebih selamat masukkan je terus peribahasa secara sisipan

𓆩📘𓆪 ꒰ 𝐍𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈 ꒱ ˗ˏˋ✨ Edisi A Bahasa Melayu SPM ✨ˎˊ˗ ╭───────꒰ 🪷 1. 𝐉𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈 🪷 ꒱───────╮ 🌸 i. “ialah” → digunakan jika di hadapannya kata/frasa nama atau kata/frasa kerja. 🌿 ii. “adalah” → digunakan untuk kata/frasa adjektif dan kata/frasa sendi. ╰────────────────────────────╯ ╭───────꒰ ⚠️ 2. 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 ꒱───────╮ 💠 i. “ialah” hanya boleh diikuti kata/frasa nama 🚫 Salah: Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang. Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan. ✅ Betul: Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang. Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan. ✿────────────────────────────✿ 💠 ii. “adalah” hanya boleh digunakan untuk kata/frasa adjektif & sendi 🚫 Salah: Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik. Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang. Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia. ✅ Betul: Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik. Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang. Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia. ✿────────────────────────────✿ 💠 iii. “kata nafi” (‘tidak’, ‘bukan’) hanya boleh digandingkan dengan “adalah” 🌷 (dan “adalah” boleh juga ditiadakan dalam ayat) 🚫 Salah: Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali. Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya. Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. ✅ Betul: Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali. Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya. Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya. Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. ✿────────────────────────────✿

🍃 1. Kesalahan: “saling tuduh-menuduh” 🚫 Ali dan Abu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. ✅ Ali dan Abu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. ✧ “Tuduh-menuduh” sudah membawa maksud saling, jadi tak perlu ditambah lagi. ─────────────────────────────── 🌸 2. Kesalahan: “saling bantu-membantu” 🚫 Penduduk Kampung Parit Jabar saling bantu-membantu dalam segala hal. ✅ Penduduk Kampung Parit Jabar saling membantu dalam segala hal. ✧ “Bantu-membantu” sendiri sudah membawa makna saling membantu. ─────────────────────────────── 🩵 3. Kesalahan Hukum Diterang dan Menerang (DM) 🚫 Ibu menghidangi kami sepinggan goreng pisang. ✅ Ibu menghidangi kami sepinggan pisang goreng. ✧ Dalam hukum DM, yang diterang = pisang 🍌, yang menerang = goreng 🔥. ─────────────────────────────── 🌷 4. Kesalahan penggunaan “ianya” 🚫 Nina tidak hadir ke sekolah kerana ianya demam. ✅ Nina tidak hadir ke sekolah kerana ia/dia demam. ✧ “Ia” dan “nya” tak boleh hadir bersama kerana kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga. ─────────────────────────────── 💠 5. Kesalahan penggunaan “oleh” 🚫 Bola itu ditendang oleh saya. ✅ Bola itu ditendang oleh dia. ✧ “Oleh” hanya menerima kata ganti nama diri ketiga seperti ia, dia, beliau, mereka, nya. ─────────────────────────────── 🌾 6. Kesalahan penggunaan “pendalaman” 🚫 Kawasan-kawasan pendalaman di Johor akan dimajukan mulai tahun hadapan. ✅ Kawasan-kawasan pedalaman di Johor akan dimajukan mulai tahun hadapan. ✧ Pendalaman = proses menjadikan sesuatu mendalam. ✧ Pedalaman = kawasan terpencil / jauh dari bandar. ─────────────────────────────── 💫 ꒰ BEZA “PADA” & “KEPADA” ꒱ 🌼 PADA → digunakan untuk masa, tempat, benda konkrit & abstrak 📖 Contoh: Dia dilahirkan pada tahun 2008. Sifat garang ada pada anjing jiran saya. Ibu menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. 🌿 KEPADA → digunakan untuk manusia, haiwan, pecahan, perubahan keadaan 📖 Contoh: Kemalangan itu mesti dilaporkan kepada pihak polis. Para peserta telah diagihkan kepada lima kumpulan. ─────────────────────────────── 🌸 ꒰ BEZA BARU / BAHARU / BHARU / BAHRU ꒱ 🩷 BARU / BAHARU (kata sifat) → digunakan dalam konteks masa atau benda baharu. 📖 Contoh: Tahun baru / baharu Rumah baru / baharu 🌼 BARU (kata bantu) → menunjukkan masa yang baru berlaku. 📖 Contoh: Baru sampai Baru-baru ini 🌺 BHARU / BAHRU (nama khas) → hanya digunakan dalam nama tempat. 📖 Contoh: Kota Bharu Johor Bahru ✧ Ejaan ini diwartakan rasmi, jadi tidak boleh diubah suai.

PENJODOH BILANGAN 1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan. 2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. 3. Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya. Penjodoh Bilangan dan Penggunaan: baris: Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya batang: Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya biji: Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya cucuk: Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya das: Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam ekor: Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya gugus: Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya ikat: Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya jambak: Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya keping: Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya ketul: Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya laras: Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya lembar: Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya pasang: Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya sikat: Untuk pisang ulas: Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya utas: Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Perkataan seperti > kalangan kumpulan rombongan gerombolan barisan deretan jemaah sekawan rangkaian gugusan dan banyak lagi perkataan seperti ini merupakan perkataan yang sudah terkandung makna `banyak’, yakni melibatkan lebih daripada satu orang, benda, perkara dan sebagainya. Kita selalu tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang mengikutnya. Contohnya: 1. … sekawan burung-burung …❎     … sekawan burung …  ☑️ 2. ... sekumpulan pelajar-pelajar sekolah rendah … ❎     ... sekumpulan pelajar sekolah rendah … ☑️ 3. Senarai nama-nama peserta ...❎      Senarai nama peserta ... ☑️

╭─────────────✦⋆。˚⋆。✦─────────────╮ 🌷 SIMPULAN BAHASA 🌷 ╰─────────────✦⋆。˚⋆。✦─────────────╯ ✿ Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan ✿ Air tangan – hasil kerja tangan seseorang ✿ Anak buah – pengikut / rakyat / orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga ✿ Anak bujang – anak lelaki yang belum berkahwin ✿ Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu ✿ Ayam tambatan – orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan ✿ Berhati walang – bersedih, hiba, dukacita, gelisah, suram ✿ Besar hati – bangga dan gembira ✿ Buah fikiran – pendapat ✿ Bulat hati – lurus hati / bersungguh-sungguh ✿ Bulat kata – sudah mencapai kata sepakat ✿ Hati terbuka – perasaan senang hati untuk menerima sesuatu ✿ Kera sumbang – orang yang hidup dengan mengasingkan diri ✿ Langkah seribu – melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan ✿ Lapang dada – perasaan sabar / berasa senang ✿ Lupa daratan – tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya ✿ Membawa diri – menjauhkan diri / mengembara ✿ Memerah keringat – bekerja keras ✿ Menabur bakti – membuat jasa ✿ Menambat hati – menarik dan memikat perasaan ✿ Menara gading – tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti ✿ Menghulur tangan – memberi pertolongan ✿ Murah hati – suka memberi bantuan ✿ Orang berada – orang kaya ✿ Otak cair – pandai ✿ Pasang telinga – mendengar dengan teliti ✿ Permata hati – orang kesayangan ✿ Rambang mata – rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu kumpulan yang banyak ✿ Sekangkang kera – tanah yang sedikit dan tidak luas ✿ Tanah air – negara tempat kelahiran ✿ Tangan terbuka – sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain ✿ Titik peluh – hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang lain ✿ Tulang empat kerat – kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal ╭─────────────✦⋆。˚⋆。✦─────────────╮ 🌼 Simpulan bahasa bukan sekadar frasa, tapi cerminan akal & budaya bangsa. 🌼 ╰─────────────✦⋆。˚⋆。✦─────────────╯

MENGHADIAHKAN atau MENGHADIAHI? Menghadiahkan Bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa. Contoh: ibu menghadiahkan baju itu kepada saya.  Menghadiahi Bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang. MeN...i menerima objek bernyawa Contoh: Ibu menghadiahi saya baju itu.

✨📘 FORMAT & NOTA RUMUSAN TERKINI (30 MARKAH) 📘✨ ╭───────────────╮ 🌿 01 : Pendahuluan (2 markah) ╰───────────────╯ 💡 Contoh ayat: › Rumusan membincangkan (fokus 1) dan (fokus 2). › Rumusan membincangkan (fokus 1), (fokus 2) dan (fokus 3). 📌 Tips: Tulis satu ayat sahaja. Jangan tambah ayat lain. Gunakan kata kunci daripada soalan (contohnya “punca”, “langkah”, “kesan”). --- ╭───────────────╮ 🌿 02 : Isi Tersurat (16 markah) ╰───────────────╯ 🧠 Panduan cari isi: Cari kata kunci: punca / kesan / kebaikan / langkah / keburukan Ambil isi utama sahaja, tanpa huraian atau contoh. 8 isi = 16 markah (2 markah setiap isi) 📝 Contoh isi: Sistem e-pembayaran menjimatkan masa pengguna. Pengguna boleh memantau kewangan secara sistematik. Transaksi menjadi lebih mudah dan cepat. --- ╭───────────────╮ 🌿 03 : Penutup / Kesimpulan (2 markah) ╰───────────────╯ 💬 Formula penutup: ➡️ Kesimpulannya, + (tema/topik) + perlulah / hendaklah / wajar + ... agar ... ✅ Contoh betul: > Kesimpulannya, penggunaan sistem e-pembayaran hendaklah dimanfaatkan agar ekonomi negara lebih maju. ❌ Elak ayat seperti: > Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggunakan sistem e-pembayaran agar... 📌 Nota penting: Gunakan ayat pasif. Jangan sebut “pihak” dalam ayat kesimpulan. Mesti ada tema + cadangan/harapan/kesan positif. --- ╭───────────────╮ 🌿 04 : Bahasa (10 markah) ╰───────────────╯ ✨ Penilaian bahasa berdasarkan: Tatabahasa (ayat gramatis) Kosa kata tepat Ejaan betul Susunan isi teratur Laras bahasa formal dan tidak berulang ╭───────────────╮ 🌿 PECAHAN MARKAH RUMUSAN (30 MARKAH) ╰───────────────╯ Komponen Markah Pendahuluan 2 Isi tersurat (8 isi × 2 markah) 16 Penutup 2 Bahasa 10 Jumlah 30 markah --- ╭───────────────╮ 🌸 CONTOH RUMUSAN LENGKAP 🌸 ╰───────────────╯ > Rumusan membincangkan kebaikan sistem e-pembayaran, keburukan sistem e-pembayaran dan langkah-langkah menggalakkan masyarakat menggunakan sistem e-pembayaran. > Antara kebaikan sistem e-pembayaran ialah sistem ini lebih menjimatkan masa pengguna. Selain itu, pengguna juga dapat memantau rekod pembayaran dan kewangan mereka secara sistematik. Seterusnya, pengguna tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak. > Antara keburukan sistem e-pembayaran ialah pengguna terdedah kepada penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, masyarakat juga akan jadi lebih boros berbelanja. Di samping itu, urusan transaksi boleh tergendala akibat gangguan Internet. > Antara langkah untuk menggalakkan masyarakat menggunakan e-pembayaran ialah kerajaan telah melaksanakan program e-PENJANA bagi merancakkan perbelanjaan digital. Selain itu, kempen Pembayaran Tanpa Tunai turut diperkenalkan di beberapa agensi kerajaan. > Kesimpulannya, penggunaan sistem e-pembayaran hendaklah dimanfaatkan agar ekonomi negara lebih maju. 📎 (119 patah perkataan) Kesimpulan rumusan yg terbaru, jangan letak pihak Kesimpulannya, semua pihak ... haruslah .... agar...... ❌ Terus letak tema selepas ayat kesimpulan Kesimpulannya, (tema/topik) perlulah diamalkan/diaplikasikan... agar.... ✔️ gunakan ayat pasif untuk kesimpulan

𝑭𝒐𝒓 𝑩𝑴 𝒆𝒙𝒂𝒎 ✒️ ❌ 𝐃𝐨𝐧’𝐭 𝐮𝐬𝐞 𝐥𝐢𝐪𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐞𝐧𝐬 𝐨𝐫 𝐜𝐨𝐫𝐫𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐪𝐮𝐢𝐝. ❌ 𝐍𝐨 𝐠𝐞𝐥/𝐢𝐧𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐬 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐬𝐩𝐫𝐞𝐚𝐝. ✅ 𝐀𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐰𝐫𝐢𝐭𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐪𝐮𝐞𝐬𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐧𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐨𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐋𝐄𝐅𝐓 𝐬𝐢𝐝𝐞. ✅ 𝐒𝐭𝐢𝐜𝐤 𝐭𝐨 𝐁𝐋𝐀𝐂𝐊 𝐏𝐄𝐍 — 𝐨𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥, 𝐜𝐥𝐞𝐚𝐫, 𝐩𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥. ✅ 𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐡𝐚𝐧𝐝𝐰𝐫𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐔𝐒𝐓 𝐛𝐞 𝐧𝐞𝐚𝐭, 𝐜𝐥𝐞𝐚𝐫, 𝐚𝐧𝐝 𝐫𝐞𝐚𝐝𝐚𝐛𝐥𝐞. — :・゚✧:・゚✧ SPM examiners said many poor results were caused by bad handwriting. They get stressed, tired, and moody after reading hundreds of messy papers. When your handwriting buruk☺️ the examiner literally throws it to the side sbb nk mark last. By then, they’re sleepy, annoyed, and out of patience. So guess what? Your marks suffer even if your ideas are good. 💬 BM Paper 1 (Karangan) is marked holistically ; meaning overall impression matters. If your handwriting is neat, structured, and clean, it gives an instant good impression. 💌 Examiners are human too , they love beauty. Just like people are drawn to a pretty face, they’re drawn to beautiful writing. When your handwriting is neat and pleasant, it makes them happy. And when the examiner’s happy ✨𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘬𝘴 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘴𝘩𝘪𝘯𝘦✨

📘 Panduan penting supaya karangan kamu nampak kemas, formal & ikut format peperiksaan SPM! 💫 ✦ ˚₊‧❀ 1. Nombor kurang daripada 10 → Tulis dengan perkataan (ejaan penuh). 🩵 Contoh: Azmi membeli dua buah kereta baru berjenama Honda untuk dihadiahkan kepada anak-anaknya. ✦ ˚₊‧❀ 2. Nombor 10 dan ke atas → Tulis menggunakan angka. 🩵 Contoh: Seramai 15 orang pelajar telah menamatkan pengajian mereka dalam jurusan perubatan. ✦ ˚₊‧❀ 3. Jika nombor 10 dan ke atas berada di awal ayat → Tulis dengan perkataan (dieja sepenuhnya). 🩵 Contoh: Enam belas pelajar sekolah yang merupakan mangsa tragedi tanah runtuh telah berjaya ditemui. ✦ ˚₊‧❀ 4. Tahun dan tarikh kalendar → Mesti ditulis dalam bentuk angka. 🩵 Contoh: 4 Ogos 1990 ✦ ˚₊‧❀ 5. Nombor besar (ribu, juta, bilion) → Tulis nombor + unit dalam perkataan. 🩵 Contoh: 12 ribu, 15 juta ✦ ˚₊‧❀ 6. Ukuran Matematik / Sains / Teknik → Gunakan angka + unit ukuran. 🩵 Contoh: 5 liter air, 10 meter kain, 3 kilogram gula. ✦ ˚₊‧❀ 7. Nilai wang (RM / sen) → Gunakan angka. 🩵 Contoh: RM 513,041.22 ✦ ˚₊‧❀ 8. Nilai mata wang genap (boleh ejaan penuh) → Jika nombor bulat atau besar, boleh ditulis dengan perkataan. 🩵 Contoh: Empat puluh ribu ringgit, 50 juta ringgit ───────────────── ⤿ ✦ Credit: @ashawanna9a

✨100 𝙆𝙊𝙎𝘼 𝙆𝘼𝙏𝘼 𝙈𝙀𝙉𝘼𝙍𝙄𝙆 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝘿𝙄𝙂𝙐𝙉𝘼𝙆𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙋𝙀𝙉𝙐𝙇𝙄𝙎𝘼𝙉 𝙆𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙉 𝙇𝘼𝙄𝙉-𝙇𝘼𝙄𝙉 ✨ Tip: Jangan guna berlebihan sampai awak sendiri tak faham apa yang awak tulis ok! 1. bermaharajarela = berleluasa 2. menopang dagu = termenung 3. tonggak = asas/dasar 4. aset = sesuatu yang bernilai 5. menuding jari = menyalahkan orang lain 6. waswas = tidak yakin 7. natijahnya = kesannya 8. mencerminkan = melambangkan 9. pornografi = bahan lucah 10. obligasi = semangat 11. impak = kesan 12. tuntasnya = keseluruhannya 13. akur = bersetuju 14. efektif = berkesan 15. imej = penampilan 16. panji = bendera 17. individualistik = mementingkan diri sendiri 18. manipulasi = tindakan 19. emansipasi = hak kebebasan 20. merencatkan = menggagalkan 21. dimonopoli = dikuasai 22.inisiatif = langkah 23. anasir = gejala 24. penggemblengan = penyatuan 25. transisi = perantaraan 26. kaliber = berkeupayaan 27. dasawarsa = satu dekad 28. adaptasi = penyesuaian kepada hasil yang baharu 29. memanifestasikan fikiran = menggunakan idea dengan sebaik-baiknya 30. menukilkan kata-kata = menulis , bercakap tentang sesuatu 31. memberikan impak = menyebabkan 32. rentetan senario itu = kesan fenomena tersebut 33. jika ditelusuri = jika dikaji secara lebih mendalam 34. penyalur ilmu = pemberi banyak pengetahuan 35. alaf baharu = masa terkini 36. mutakhir ini = pasa masa ini 37. seantero = seluruh 38. menikam sanubari = merosakkan perasaan 39. meluaskan horizon pemikiran = meluaskan pandangan 40. menggabungjalinkan elemen = menggunakan pelbagai aspek 41. Merangsang ekonomi = mengaktifkan proses jual beli 42. dana = modal 43. bitara = tiada tandingan 44. simbiosis = dua benda yang saling berkaitan 45. masih bermain dengan fantasi = tidak berfikiran matang 46. mendabik dada = kesombongan akibat kejayaan 47. mengkodifikasikan undang-undang = menyelaras undang-undang 48. kestabilan spiritual dan fizikal = keseimbangan rohani dan jasmani 49. mekanisme kawalan = aspek yang mengawal sesuatu 50. pandangan sarwa = pemikiran biasa 51. menerajui = memimpin , mengetuai 52. mata pencarian = pendapatan 53. kolot = kuno 54. profesion = kerjaya 55. informasi = maklumat 56. integrasi = perpaduan 57. aspirasi = cita-cita , keinginan 58. memudaratkan = memburukkan 59. dinamik = berdaya saing 60. drastik = cepat , pantas , mendadak 61. perisai = pertahanan 62. diagnosis = mengenal pasti 63. pemantauan = pengawasan , pemeriksaan 64. anjakan paradigma = perubahan demi kemajuan atau kebaikan 65. cakna = ambik berat 66. landasan berfikir = cara berfikir 67. masyarakat konvensional = masyarakat umum 68. mengaibkan diri = memalukan diri 69. alma mater = bekas sekolah , universiti , tempat belajar 70. kemapanan fikiran = keteguhan cara berfikir 71. prakarsa = daya usaha , inisiatif 72. bacul = tidak bersemangat 73. badai kehidupan = cabaran hidup 74. inteligensia = kumpulan manusia yang pandai 75. berkongkalikung = bersepakat 76. bukti yang konkrit = bukti yang kukuh 77. praja = kota , negeri 78. rutin harian = kerja yang biasa dilakukan dan hari-hari 79. nawaitu diri = keinginan diri 80. pentas siasah = dunia politik 81. polemik = perdebatan dalam penulisan surat khabar 82. linglung = hilang ingatan 83. falah = kejayaan , kemenangan 84. interpretasi = tafsiran , penjelasan 85. bersilengah = bersikap tidak tahu 86. inisiatif = usaha 87. efektif = berkesan 88. alternatif = pilihan cara 89. integrasi = perpaduan atau penggabungan 90. diskusi = perbincangan 91. rasional = alasan munasabah 92. ijtihad = pendapat 93. ikhtilaf = perbezaan pendapat 94. perspektif = sudut pandangan yang wajar 95. persepsi = pandangan 96. pesimis = suka mengandaikan sesuatu yang buruk 97. optimis = mengandaikan sesuatu yang baik 98. kemaslahatan = kebaikan 99. modal insan = remaja , generasi kini 100. melikwidasikan = membubarkan

SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN TEMA 1 – KERJASAMA (a) bagai aur dengan tebing (b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (d) terendam sama basah, terampai sama kering (e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN (a) bagai lebah menghimpun madu (b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (c) genggam bara api biar sampai jadi arang (d) hati hendak semua jadi (e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT (a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna (b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis (c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan (d) sediakan payung sebelum hujan (e) sudah terhantuk baru tengadah TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK (a) bagai menatang minyak yang penuh (b) anak emas (c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik (d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa) (e) melentur buluh biarlah dari rebungnya TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA (a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (b) rajin usaha tangga kejayaan (c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan (d) kepimpinan melalui teladan (e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru) TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN (a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita (b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya (c) malang tidak berbau (d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari (e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL (a) tak kenal maka tak cinta (b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas (c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (d) biar mati anak, jangan mati adat (e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah TEMA 8:  AMALAN MENABUNG / AMALAN MEMBACA (a) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit (b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis (c) membaca jambatan ilmu (d) ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup (e) bangsa membaca bangsa berjaya TEMA 9: PERSAINGAN / PERJUANGAN / (a) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah (b) sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan (c) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (jangan ambil risiko) (d) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (jangan memandang rendah kebolehan orang lain) TEMA 10: PATRIOTIK / BAHASA KEBANGSAAN (a) biar putih tulang, jangan putih mata (b) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (c) bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan) (d) hilang bahasa lenyaplah bangsa (bahasa kebangsaan) (e) bahasa menunjukkan bangsa (bahasa kebangsaan)

Good mornings

Assalamualaikum and hello lovelies, I'm gonna do a chit chat together to share my journey as a spm student. If you're free, have a moment to join. Time : 8:40pm https://t.me/lifeeyy_english_elevation?livestream=0f5dc7168c165e25d1