cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

PMLS Azam Ramli

Boleh Dapatkan Panduan Lengkap IFLK Yang Saya Tulis

Більше
Малайзія12 665Мова не вказанаЗОЖ2 455
Рекламні дописи
7 770
Підписники
+2524 години
+697 днів
+35530 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

"Seperkasa Mana Badan Firaun?" Firaun dalam filem dan buku-buku selalu digambarkan sebagai gagah perkasa. Patung-patung mereka pula dibentuk kurus dan tegap semata-mata. Namun, hakikatnya barangkali bertentangan dengan yang kita gambarkan. Itu semua ialah gambaran dan illusi bohong yang cuba mengaburi kalian dari realiti dunia. Jangan tertipu kerana faktanya barangkali berbeza… Kebanyakan mereka gemuk dan mengalami obesiti. Ini dapat dibuktikan apabila saintis melakukan pemeriksaan ke atas mayat para firaun, mereka menemui bukti bahawa firaun-firaun ini tidak sihat dan terlebih berat badan, bahkan menghidapi penyakit kencing manis lagi! Antara yang menjadi bahan kajian ialah Permaisuri Hatshepsut yang dianggap salah satu pemerintah agung Mesir Purba. Walaupun ukiran dan lukisan pada sarkofagus (sejenis keranda menyimpan mayat firaun) mengambarkannya kurus dan seorang yang bertubuh idaman ahli sukan, namun bukti menunjukkan dia sebenarnya obes, malahan mengalami keguguran yang teruk. Kenapa boleh jadi macam ni sekali? Jawapannya terletak pada diet makanan orang Mesir Purba yang terdiri daripada bir, wain, roti dan madu yang kandungannya tinggi dengan gula. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan perut, pinggang, peha dan dagu dua lapis para firaun dalam sejarah. Entah apa pulak nanti di masa depan, bila orang arkeologi mengkaji tinggalan Tamadun Malaysia, tentu mereka akan membuat kesimpulan lagi teruk memandangkan diet kita ialah melantak roti canai di kedai mamak jam 3 pagi! Kredit: Helmi Effendy
Показати все...
👍 11 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
ROTI PUTIH 1. Kalori 100g Roti putih mempunyai kalori paling tinggi berbanding nasi putih, nasi perang dan roti wholemeal iaitu sebanyak 267kkal. 2. Serat Mengandungi serat yang paling rendah berbanding makanan karbohidrat yang lain iaitu cuma sebanyak 2g serat dalam 100g roti putih. 3. Indeks Glisemik Roti putih menjuarai Nilai Indeks Glisemik iaitu 75 berbanding roti wholemeal 74, nasi putih 73, nasi merah 55. 4. Proses Roti putih melalui pemprosesan yang paling banyak berbanding makanan karbohidrat yang lain. 5. Nutrien Roti putih mengandungi kandungan nutrien perlu yang paling rendah kerana telah melalui banyak proses. 6. Karbo 100g Roti putih mengandungi karbohidrat sebanyak 49g. Semua di atas itu kita panggil 6 Jahanam Kawan-kawan. Jangan Makan 😀 - Abang Tembikai Starter Kit PMLS: https://viral.penmerah.co/PanduanLengkap-PMLS
Показати все...
👍 9 6
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Boleh makan ni kalau teringin nak makan Mi https://s.shopee.com.my/8KUovpgwBl
Показати все...
👍 1
06:50
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Bolehkah Makan Buah?
Показати все...
16.93 MB
👍 10
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Показати все...
👍 6
Nasi Lebih Teruk Dari Gula 1. Nasi Akan Bertukar Menjadi Gula Tak kira nasi putih, perang, paraboiled, lemak, kebal, herba, dll, makan satu mangkuk nasi ibarat makan 10 sudu teh gula. 2. Menaikkan Bacaan Gula Dalam Darah Tak sampai setengah jam selepas makan nasi, bacaan gula dalam darah akan meroket naik seolah telah makan gula. 3. Tiada Antioksidan Nasi langsung tiada antioksidan untuk menghalang sebarang oksida yang dia bawa masuk sekali ke dalam badan kita. 4. Tiada Serat Serat akan membuat perut cepat kenyang tak perlu makan banyak. Nasi tiada serat maka kita makan banyak pun belum kenyang. 5. Tiada Rasa Kalau gula, rasanya manis, cuba telan satu sudu teh gula, kita takkan mampu telan lagi untuk sudu yang kedua. Tapi nasi, rasanya tawar, kita boleh makan sampai 5 mangkuk. Satu mangkuk bersamaan 10 sudu teh gula, bayangkan kalau 5 mangkuk. 6. Makanan utama Gula bukan makanan utama, sikit-sikit saja ditemui dalam air minuman, kuih, kudapan. Tapi nasi ialah makanan utama. Pagi nasi lemak, tengah hari nasi berlauk, petang cendol pulut, malam nasi goreng kampung. Bayangkan berapa sudu teh gula sebenarnya kita telah makan pada satu hari itu. Itu belum lagi di setiap kali makan nasi itu akan oder juga teh tarik, milo ais, abc, laicikang, bertambah lagi gula. Masih Mahu Makan Gula? - Abang Tembikai
Показати все...
👍 23 1😱 1
BOLEH MAKAN NASI ASALKAN BERSEDERHANA, BENARKAH BEGITU? Saya ada seorang kawan yang badan saiz besar. Saya pernah menegur dan menasihati supaya dia kurangkan makan nasi (nasi ialah gula). Dia jawab yang dia sebenarnya makan nasi sebenarnya tak banyak pun. Saya faham sebab saya juga pernah mengalaminya, saya sendiri pernah berbadan sangat besar. Masa tu, memang saya rasa saya makan nasi sikit je. Tapi, bagi orang badan besar, portion yang dia kata sikit itu sebenarnya banyak. Dan bagi orang yang berbadan besar, nasi yang sangat sedikit saja pun sudah sangat tidak baik untuk dia sebab 'nasi' yang sudah 'berkumpul' dalam badan dia pun sudah berlebihan. Gunakan yang berlebihan ini dulu, masuk lagi walaupun cuma sebiji nasi hanya akan menambahkan simpanan lagi. Nasihat saya itu berlalu begitu saja. Kawan saya itu telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Jadi perlu difikirkan dan dinilai semula, jika berat badan anda sedang naik, ketahuilah bahawa ia akan naik lagi dan lagi. Jika berat saja naik tidak mengapa tapi yang kita tidak mahu ialah penyakit-penyakit juga sedang mengintai. Dalam tak sedar penyakit sebenarnya sudah ada, berkumpul sedikit demi sedikit, sampai masa jika kita bernasib baik, dia akan 'membunyikan loceng' tapi jika kita tidak bernasib baik, loceng ini akan terus meletup dan pecah. Slogan Biarlah Gemuk Asalkan Sihat adalah satu slogan yang salah kerana Gemuk itu sendiri pun sudah satu penyakit. Bukan Gemuk sahaja. Overweight. Perut buncit. Perut boroi. Hitam-hitam di tengkuk, leher, ketiak. Itu semua tanda penyakit sudah mula bersarang. Berasal dari boleh makan Nasi (dan lain-lain gula) secara SEDERHANA. Jika belum mula buang NASI, mulakanlah sekarang. Terima Kasih. ===============================
Показати все...
👍 19 2
01:15
Відео недоступнеДивитись в Telegram
2.36 MB
👍 16 2👏 1
Cara pengiraan kolestrol di hospital sudah tidak relevan. Kerana sebenarnya High Level LDL ada fungsi yang baik untuk badan kita iaitu membawa keluar Trigliserida dari badan. Berikut ialah cara pengiraan tahap kolestrol yang lebih baik untuk kita kirakan sekiranya melakukan ujian darah Fasting Lipid Profile. Data HDL, LDL dan Trigliserida ini kita akan perolehi setiap kali menjalankan ujian darah. Pengiraan yang lebih baik untuk kita ambil perhatian: 1. Remnant Cholestrol Count: Pengiraan ini ialah untuk mengetahui jumlah baki kolestrol paling kecil dalam badan kita yang berpotensi untuk menjadi masalah (penyumbatan) sekiranya berlaku inflamasi. Cara pengiraannya = Total Cholestrol tolak LDL tolak HDL. Anda akan dapat jumlahnya. Sekiranya jumlah Remnant Cholestrol di bawah 0.6, anda di julat kurang risiko, dan jika di bawah 0.4, anda di julat Tiada Risiko. Atas 0.6, anda perlu berjaga jaga. 2. TG÷HDL: Pengiraan ini ialah untuk mengetahui risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Ia juga sama relevan seperti pengiraan di atas. Caranya = Trigliserida dibahagi dengan HDL. Sekiranya jumlahnya di bawah 0.4, anda tiada risiko. Korang jugak boleh saja tengok sekali imbas keputusan tu, dan tengok pada Triglyceride/Trigeliserida (TG). Kita nakkan jumlah TG tu bawah dari 0.8 atau 0.6. Itu menandakan paras lemak dalam darah berada dalam julat yang sihat. Bacaan Trigliserida akan tinggi jika kita makan karbohidrat. Berkenaan HDL, nombor di atas 1.2 menandakan julat HDL yang sangat baik. CONTOH: Untuk dua orang seperti dalam keputusan ujian darah (gambar) iaitu orang A dan orang B. Jangan tengok LDL dan Total Cholesterol tapi kira semula mengikut cara kira yang diberi tadi untuk mengetahui tahap Kesihatan orang A dan orang B. Jika ikut cara kira kolesterol yang diamalkan di hospital, keterangan ialah seperti berikut: Orang A: LDL - 7.81 Total Cholesterol: 10.13 Status: Tidak Sihat, Kolesterol Tinggi Orang B: LDL: 4.20 Total Cholesterol: 6.9 Status: Lebih Sihat dari A, Kolesterol lebih rendah Tapi jika ikut pengiraan yang diberi di awal tadi: Orang A: Remnant Cholesterol: 10.13- 7.81-2.02= 0.3 TG÷HDL: 0.67÷2.02 = 0.33 Status: Sangat Sihat, Tiada Risiko Cardiovascular. Orang B: Remnant Cholesterol: 6.9-4.20-1.75=0.95 TG÷HDL: 2.1÷1.75= 1.2 Status: Sangat Tidak Sihat, Berisiko untuk Penyakit Cardiovascular (jantung,strok) Kesimpulan: Buat Ujian Darah, dapatkan Bacaan Remnant Cholesterol dan TG÷HDL anda untuk mengetahui tahap sebenar Kesihatan anda. PS: Jika anda memang tak faham baca tulisan dan pengiraan di atas, tak perlu baca dan tak perlu fahamkan, cuma ambil tindakannya sahaja iaitu 'AMALKAN PMLS DENGAN SEGERA'‼️ Rujukan: Buku Kolesterol Pokcik Nak dapatkan buku ni, kat sini: https://viral.penmerah.co/Panduan-Lengkap-PMLS
Показати все...

14👍 10
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.