cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

WASIAT NUSANTARA

Telusuri Wasiat Para Pewarisnya. Kembalikan Jati Diri mu. Jati Diri berTauhid berMakrifat kepada Allah swt & Ihsan Cinta sesama Insan. Itulah kekuatan Terawal & Terakhir.

Більше
Рекламні дописи
2 193
Підписники
+724 години
+267 днів
+14130 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sabda Rasulullah ﷺ, "Sekiranya ditangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut." [Hadis Riwayat Imam Ahmad] . Firman Allah surah Al-Isra ayat 44: تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." 🍂 Wasiat Nusantara
Показати все...
04:29
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Peranan Syeikhul Islam (Mursyid) yang tersurat memelihara yang Tersirat. 🍂 Wasiat Nusantara
Показати все...
29.39 MB
RAJA MANDALIKA ISLAM SEBAGAI TANDA SEBUAH KEBIJAKSANAAN SEORANG KHALIFAH? --- Merungkai misteri Batu Bersurat Terengganu (BTT). Batu Bersurat Terengganu (BTT) suatu monumen menandakan Daulah Islam Timur Jauh, Nusantara telah wujud sebelum 1303 Masihi (702 H) di Terengganu lagi berdasarkan penulisan jawi yang sempurna dan hukum hakam yang dipahatkan. Penggunaan Bahasa Melayu kuno pada Batu Bersurat Terengganu juga menunjukkan bahawa yang mengarahkan (Khalifah) penulisan batu tersebut sudah begitu lama berasimilasi dengan Tanah Nusantara. Pada sekitar 1300 Masihi juga, banyak wilayah yang diberi nafas baru dengan Nur Islam. Dalam Catatan Negarakertagama, Terengganu pada zaman itu dibawah pemerintahan Majapahit. Merujuk kepada genealogy India, Raja Mandalika biasa digunakan sebagai Gelar Raja dalam Pemerintahan Chudasama Dynasty yang wujud sekitar zaman 1200 Masihi di Gujerat. Pada sekitar tahun yang sama juga banyak dibuka Dinasti-dinasti Islam kecil di India yang bernaung di bawah Khalifah Abbasiyah. Antara yang masyhur adalah Dinasti Ghaznawiyah. Wilayah pentadbirannya melebar dari Gujerat sehingga Khurasan. Kebijaksanaan pemerintah (Khalifah) menggunakan nama Mandalika sebagai suatu istilah yang biasa difahami masyarakat dibawah pengaruh Hindu Majapahit sebelum ini. Namun, disebabkan ketika itu adalah zaman pemurnian sistem beraja maka gelar Raja Manda Lika Islam digunakan, sebagai Wazir Sri Paduka Tuhan (Khalifah) membuka wilayah baru menjadi Tapak Tauhid serta perlaksanaan Hukum Islam yang seterusnya. Gelar Dato' Mandalika/ Mendulika/ Mendika Akhir Zaman Sultan Jelebu pernah digunakan oleh Moyang Salleh yang diberi Mohor oleh Sultan Johor untuk mengesahkan pemerintahan beliau ke atas Wilayah Jelebu pada awal abad ke 18 Masihi. Ini menunjukkan pengaruh penggunaan gelar Mandalika dalam pemerintahan istana. Dewan Bahasa dan Pustaka memberi definisi Mandalika itu sebagai wakil Raja/ Gabenor/ Amir. Posisi ini tidak asing dalam susunan pemerintahan sejak zaman Rasulullah ﷺ. Wujudnya posisi ini menunjukkan kewujudan seorang Khalifah yang memimpin. Konsep Pemerintahan Islam memurnikan pemerintahan Beraja di Nusantara. Disebalik seorang Raja Mandalika, adanya seorang Khalifah yang menggunakan gelar Sultan, di sebalik seorang Sultan adanya Sultanul Auliya. —Peneliti Sejarah Wasiat Nusantara Sumber :- 1. Chudasama Dynasty 2. Genealogy, Archive, Image, Interpreting Dynastic History in Western India, c.1090-2016 3. Dinasti Kecil Timur Baghdad 3. Syair Negarakertagama 4. Kisah Moyang Salleh Jelebu 5. Dewan Bahasa dan Pustaka
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Batu Bersurat Terengganu Sumber gambar: Ganupedia
Показати все...
BismillahirRahmanirRahim Hari menjelang hari. Rahsia semakin menunjukkan diri. Seolah - olah ada sesuatu petunjuk yang diberi. Kebenaran semakin terserlah. Kebenaran ini tidak dapat diselindung untuk selamanya. Pendedahan konspirasi dan penipuan dunia semakin terbongkar. Kini ahli-ahli sejarahwan telah menemui ribuan surat yang dikirimkan kepada Khalifah Uthmaniyah dari raja-raja Melayu. Segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Ini jelas membuktikan bahawa hubungan Uthmaniyah-Melayu bukanlah satu ikatan yang lemah; sebaliknya ia adalah akar umbi di antara satu sama lain dalam bidang agama, kebudayaan dan juga hubungan kekeluargaan. Kerajaan Melaka pada waktu itu sedang menjadi satu kuasa besar baru di Nusantara dan menjadi sayap kiri kepada pemerintahan Turki Uthmaniyah. Walaupun jarak memisahkan kedua-duanya, mereka bersatu dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama. Kedua-dua negara ini mempunyai hubungan budaya, agama dan sejarah yang kuat. Uthmaniyah memainkan peranan yang penting di Kepulauan Melayu dalam menyebarkan agama Islam dan membantu bangsa Melayu mempertahankan diri mereka menentang penjajahan Eropah dan seterusnya pengaruh negatif (dalam erti kata lain anti-Islam) Apabila dikaji selidik kita akan dapati bahawa kisah kerajaan Uthmaniyah yang telah berjaya menjadi satu kuasa besar dunia yang bermaruah lagi dihormati, tidak banyak diceritakan. Hakikat ini telah diselindung oleh lipatan sejarah. Soalannya, mengapakah semua ini harus disembunyikan dari pengetahuan umum? Itulah muslihat musuh-musuh Islam yang sedang berusaha sedaya upaya untuk memecah belahkan umat Islam. Beginilah sifat kafir laknatullah dari sejak turun temurun mendendam agama Islam yang melihat Islam mengancam agama mereka. Mereka mula memutar belitkan fakta sejarah dan tamadun dunia Islam demi mencapai agenda tersendiri. Sesungguhnya sejarah dapat mengubah dunia, disebabkan itulah kita harus mengkaji dan membersihkan sejarah-sejarah Islam yang sengaja digelapkan oleh musuh-musuh agama ALLAH. Islam akan kembali gemilang di mana sahaja nanti sekiranya seluruh ummah bersatu. Allah swt memberi panduan melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah." Apabila masing-masing atau semua pihak berpegang teguh dengan tali Allah maka itu dinamakan perpaduan. Duduklah di manapun, di mata angin mana, di bukit, di gunung, di lembah dan di pantai, di hutan rimba, di bulan atau di bintang, selagi semuanya berpegang kepada tali Allah yang satu maka ia akan selamat. —Syaikh Lokman Effendi Hz
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
INSTITUSI KESULTANAN DAN ZAWIYAH Oleh: Al-Fakir Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah Abstrak Makalah ini membincangkan berlaku perubahan institusi pemerintahan dari konsep Dewaraja kepada Sultan ZillulLah fi Ard (bayangan Allah di atas permukaan bumi, iaitu Khalifah Allah), apabila Islamisasi tersebar di Nusantara (Alam Melayu). Pemerintahan Institusi Kesultanan Melayu telah mewarisi kaedah pemerintahan Qanun para Khalifah Dawlah Uthmaniyyah, iaitu Sultan Melayu yang sentiasa di dampingi oleh para Shaykh al-Islam bersama zawiyah (tekke)nya. Zawiyah pimpinan Shaykh al-Islam turut terlibat dalam pemerintahan Institusi Kesultanan Melayu secara tidak langsung. Perbincangan yang menggunakan pendekatan sejarah dan beberapa manuskrip ini menemukan bahawa kebajikan, pendidikan, penyelidikan, penerbitan, jaringan, muamalah (ekonomi) dan penasihatan harus dikembalikan kepada peranan zawiyah yang dipimpin Shaykh al-Islam (mufti) yang bertaraf mursyid di bawah tanggungjawab dan kelolaan Sultan sebagai ZillulLah fi Ard (bayangan Allah di atas permukaan bumi, iaitu Khalifah Allah), di setiap negeri di seluruh Malaysia. Rumusan penemuan perbincangan tersebut bahawa harus menwujudkan peranan dan fungsi Shaykh al-Islam (mufti) bersama dengan zawiyahnya bagi terus menerus meningkatkan dan mengekalkan kewibawaan Institusi Kesultanan Melayu yang berpandukan pemerintahan Qanun. Sumber : Mohd Syukri Yeoh Abdullah. (2018). Institusi Kesultanan Dan Zawiyah. Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Kepimpinandan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara, Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🍂 Wasiat Nusantara https://t.me/wasiatnusantara
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🍂 Wasiat Nusantara
Показати все...
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.