cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

✨🔔حلاوة الايمان🔔✨

ــــ لتيه اکن هيلڠ ، منفعة اکن ککل ـــــ Moga Allah dan Rasul redha perjalanan dakwah kecil ini.🤍

Більше
Рекламні дописи
5 025
Підписники
-424 години
-67 днів
-730 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступне
"Setiap ujian yang Allah swt beri, dalam masa yang sama Allah swt juga pelihara kita sebenarnya. Semua kita di uji dengan pelbagai ujian tetapi sebenarnya kita dalam keadaan baik sahaja" "Kita tetap kena bersyukur dan terus memohon kepada Allah swt agar di keluarkan daripada ujian itu dengan doa, zikir dan sebagainya" USTAZ MOHAMAD MOQTI
Показати все...
17
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكِ وَحُسْنِ عِبَادَتِكِ “Ya Allah, tolonglah aku supaya sentiasa ingat padaMu, dan sentiasa bersyukur kepadaMu, dan sentiasa mengelokkan ibadat kepadaMu”
Показати все...
9
Фото недоступне
إنا لله وانا اليه راجعون 🤲🏻 Jom 5 minit sama-sama kita luangkan untuk sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah untuk arwah 🤲🏻 AL-FATIHAH ( DIBACA ) Semoga Arwah ditempatkan bersama orang soleh dan semoga urusan Akhirat arwah dilancarkan , diringankan Hisab di yaumul Akhirat. AAMIIN YA ROBBAL ALAMIN 🤲🏻
Показати все...
1
Фото недоступне
Hormat & Taat: Ibrah Ibadah Korban • 7 Jun 2024, Jumaat • Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Muslimin & muslimat dijemput hadir.
Показати все...
Berhati-hati dalam berkata-kata antara orang yang “ada” dengan orang yang “tiada” contoh : Kita orang yang Ada Duit , bersembang dengan orang yang Tiada Duit. Jadi, berhati-hati dalam Bercakap jangan kita berbual sampai tak sedar kita dah buat orang yang tiada apa yang kita ada itu Terasa Hati dengan kita. Terkadang , kita rasa kita bercakap tu biasa sahaja dan tenang sahaja, tapi orang yang mendengar itu hatinya lembut dan boleh menyebabkan dia Terasa Hati dengan ucapan kita. MAKA, DITEGASKAN SUPAYA BERHATI-HATILAH KITA DALAM BERBICARA KERANA TERKADANG DENGA KATA2 INI BOLEH MEMBUNUH DIRI SENDIRI & MEMBUNUH ORANG LAIN 📌 والعياذ بالله 🤲🏻😭 Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati : 3/6/2024 | Baba Amirul Amin Ibnu Idris | ✍🏻 Admin
Показати все...
12
QOSIDAH DARI AZ-ZAHIR 🤍 https://vt.tiktok.com/ZSYr5bwEX/ Dengar Qosidah untuk tambah kecintaan ubati kerinduan jangan sekadar ikut nafsu dan jangan sampai hanyut dilalaikan pula🌹
Показати все...
3
Фото недоступне
Assalamualaikum, sapa ii yang nak dengar Qosidah dari Hadroh Az-Zahir di Maulid Akbar Darul Ehsan Berselawat semalam, boleh pergi tengok video di tiktok Admin (@bent.azlan) Semalam sempat la rec sikit, dah siap edit masuk draft semua, nanti kita post satu ii ❤️ Banyakkan Selawat ! ❤️ ALLAHUMMA SOLLI A’LA SAYYIDINA MUHAMMAD ☝🏻 Jangan lupa hadir kelas Ilmu Fardhu Ain ! Beryahanana - yahana jugaa kelas fardhu ain jangan abaikan jangan lupa ☝🏻🫰🏻
Показати все...
12👍 1
Begitu lah Rasulullah saw , orang sakiti Nabi tapi Nabi berdoa kepada mereka dan mereka menjadi orang yang mencintai Nabi Muhammad saw. Seperti mana, Saidina Umar Al-Khattab yang dulunya ingin membunuh Nabi sebelum memeluk Islam, dengan berkat doa Nabi Muhammad saw doakan hidayah, Saidina Umar menjadi orang kanan Nabi yang membela Nabi sampai lah beliau wafat. USTAZ MOHAMAD MOQTI Pengajian selepas Isyak Kitab As-Syifa 26 Mei 2024/ 17 Zulkaedah 1445
Показати все...
7🥰 3
Фото недоступне
"Doa yang ikhlas itu pasti Allah makbulkan.Berdoalah, itu adalah sunnah dan akhlak Rasulullah saw" Perkara yang paling penting yang kita kena minta ( berdoa) setiap hari adalah hidayah. Minta lah (doalah) hidayah kepada anak-anak kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran kita, minta hidayah pada semua.. Itu adalah doa Rasulullah saw, ikutlah Rasulullah saw. Bila kita ini suka minta hidayah pada orang lain, Maka hilanglah dalam hati kita ini hasad dengki, hilanglah rasa benci kepada orang lain.. semuanya akan hilang... Berkata HABIB OMAR, Bagi orang yang suka sakiti kamu, - Di setiap sujud terakhir kita, sebut namanya dalam hati kita, minta Ya Allah beri lah hidayah dan masukkan lah dia dalam syurga Insya Allah. Allah makbulkan doa kamu, kamu dengan dia akan jadi kawan yang baik.
Показати все...
7🥰 1
Nasihat Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki حفظه الله تعالى: ▪️ Jangan hina pendosa. ▪️ Jangan rasa hebat bila berbuat ketaatan. ▪️ Jangan rasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan. ▪️ Jangan putus asa dari mohon keampunan. ▪️ Sentiasa bersangka baik. ▪️ Sentiasa melihat aib diri sendiri. ▪️ Sentiasa tanam sifat malu kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. ▪️ Sentiasa memohon taufiq dan hidayah kepada ALLAH supaya diberikan cinta kepada Ketaatan. InsyaAllah Taala,bersama kita muhasabah.. 🤲🏻
Показати все...
5🥰 1