Official Parents SMKTK
Відкрити в Telegram
1 192
Підписники
-124 години
+17 днів
-1730 день
Архів дописів
Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani, dikongsikan surat Hari Jaya Waris SMK Telok Kumbar. Pihak sekolah menjemput semua Ibubapa & waris untuk hadir ke sekolah bagi membincangkan prestasi akademik Penggal 1 Tahun 2026. Terima kasih
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 11 September – 22 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
*Teks Bahasa Malaysia*
📢 Ibu Bapa dan Kanak-Kanak di Pulau Pinang – Kami Ingin Mendengar Pandangan Anda!
MBPP dan MBSP, dengan sokongan UNICEF Malaysia, menjemput ibu bapa/penjaga serta kanak-kanak berumur 10–17 tahun untuk menyertai satu tinjauan mengenai pengalaman kanak-kanak di Pulau Pinang.
🔗 https://www.surveymonkey.com/r/languageselection
⏱️ Mengambil masa 10–15 minit
🏫 Sebanyak 10 buah sekolah akan dipilih secara rawak, dan setiap sekolah akan menerima RM1,000 untuk melaksanakan projek sekolah atau komuniti yang diterajui oleh kanak-kanak.
Mohon kongsikan tinjauan ini dengan rangkaian dan komuniti anda. Terima kasih.
TINJAUAN_IBU_BAPA_DAN_KANAK_KANAK_INISIATIF_BANDAR_MESRA_KANAK_KANAK.pdf6.50 KB
Dimaklumkan bahawa Koperasi SMKTK akan mengadakan Kempen Jualan Susu Subsidi Kebangsaan Farm Fresh bagi menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid.
🗓 Tarikh Jualan: 19 – 25 Jun 2026
📍 Tempat: Kiosk Koperasi SMKTK
⏰ Waktu: Waktu rehat sekolah
Pilihan produk dan harga promosi:
🥛 Susu Strawberry UHT (200ml) – RM1.50
🥛 Susu Coklat UHT (200ml) – RM1.50
🥛 Moola Choco Malt (100ml) – RM1.00
Kelebihan produk:
✅ Susu berkualiti dan berkhasiat
✅ Membantu membekalkan tenaga untuk pembelajaran dan aktiviti harian
✅ Menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan murid
Ibu bapa yang berminat boleh membekalkan wang secukupnya kepada anak-anak untuk membuat pembelian semasa tempoh kempen.
Stok adalah terhad dan jualan tertakluk kepada ketersediaan stok.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
"Minum Susu, Hidup Sihat, Prestasi Hebat!" 🥛✨
Unit Koperasi SMKTK
*TINDAKAN SEGERA*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
PENGISIAN SOAL SELIDIK BERKAITAN IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP PENGOPERASIAN SEKOLAH BAGI PENYEDIAAN KERTAS PEMBENTANGAN SEKTOR PENDIDIKAN DALAM MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA (MTEN)
YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras maklumat berkaitan impak krisis tenaga global terhadap pengoperasian sekolah. Perbincangan bersama-sama Kementerian Ekonomi pada 3 Jun 2026 telah menetapkan kertas cadangan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) perlu diserahkan kepada pihak urus setia Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 18 Jun 2026.
3. Sehubungan dengan itu, bagi penyediaan kertas cadangan tersebut, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mendapatkan input daripada pihak pengetua/guru besar, pengusaha kantin dan ibu bapa/penjaga selewat-lewatnya pada 5 Jun 2026 (Jumaat) melalui soal selidik di pautan berikut:
a.
Soal selidik Pengetua/Guru Besar
https://bit.ly/4viUN8u
b.
Soal selidik Pengusaha Kantin
https://bit.ly/4voGnUi
c.
Soal selidik Ibu Bapa/Penjaga
https://bit.ly/43ciKCs
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Dr. Azizah binti Hamid (azizah.hamid@moe.gov.my) di talian 03-88846391/0125193083.
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan terima kasih.
Sekian.
BPSH - KPM
Salam dan selamat sejahtera,
Mohon bantuan dan kerjasama rakan PKHEM untuk maklumkan kepada murid SPM 2025 yang tidak menekan butang TERIMA tawaran Tingkatan Enam Sem 1/sesi 2026, tarikh akhir cetakan surat tawaran oleh PPD hanya sehingga *5/6/2026, Jumaat pukul 12.00 tengah hari* sahaja.
Sila bawa bersama salinan ic dan slip keputusan SPM.
-Tiada urusan rayuan kemasukan ke tingkatan enam bagi yang tidak menerima tawaran.
Terima kasih.
Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2026/2027:
🗓 22 MEI 2026 (JUMAAT)
🕑 12.00 TENGAH HARI
HINGGA
🗓 31 MEI 2026 (AHAD)
🕑 5.00 PETANG
Semakan Melalui:
1. http://upu.mohe.gov.my
2. Aplikasi UPUPocket
3. Aplikasi MyGOV
Dengar sehingga habis apa yang Bang Jieb nak sampaikan ya!
Jangan lupa follow 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!
Tuan/Puan,
TINJAUAN AWAL BERKAITAN MINAT MURID UNTUK TINGGAL DI ASRAMA SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, Unit Pengurusan Asrama Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan satu tinjauan awal bagi mengenal pasti tahap minat dalam kalangan murid di Negeri Pulau Pinang untuk tinggal di asrama SMK Tinggi Bukit Mertajam.
3. Tinjauan ini akan dilaksanakan mulai 6 Mei 2026 hingga 20 Mei 2026.
4. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dipohon untuk memastikan semua murid untuk menyertai tinjauan ini melalui pautan berikut: https://forms.gle/XizYNmh95SRi1dREA
5. Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
📢 MAKLUMAN PESERTA
STEAM DRONE EXPLORATION CAMP 2026
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kepada semua pelajar yang telah mendaftar / ingin mendaftar, mohon perhatian:
💰 Bayaran penyertaan: RM165/pelajar
👉 Bagi yang belum membuat bayaran, diminta untuk menyelesaikan bayaran secepat mungkin bagi mengesahkan tempat anda.
⚠️ Tempat adalah terhad dan hanya peserta yang telah membuat bayaran penuh akan disahkan penyertaan.
📌 Tarikh tutup pendaftaran: 22 Mei 2026
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
📲 Pn. Noor Sarfina
Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih. 🙂
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berikut merupakan poster bagi perjumpaan *Kelab & Persatuan kali ke-6* pada esok hari, Rabu (6.5.2026).
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
