uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

PPGB2.0

PPGB2.0

Відкрити в Telegram

Channel ini menyediakan bahan² berkaitan PPGB2.0 untuk guru baru dan dokumen² berkaitan perkhidmatan sebagai guru 😉

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу PPGB2.0

Канал PPGB2.0 (@ppgb2) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 47 133 підписників, посідаючи 3 823 місце в категорії Освіта та 626 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 47 133 підписників.

За останніми даними від 20 листопада, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на 133, а за останні 24 години на -6, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 19.56%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 12.21% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 9 222 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 5 756 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 5.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
“Channel ini menyediakan bahan² berkaitan PPGB2.0 untuk guru baru dan dokumen² berkaitan perkhidmatan sebagai guru 😉”

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 21 листопада, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Освіта.

47 133
Підписники
-624 години
-47 днів
+13330 днів
Архів дописів
PPGB2.0
47 133
Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Surat edaran dah keluar ye, kuatkuasa 1 Januari 2027. 1
+1
Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Surat edaran dah keluar ye, kuatkuasa 1 Januari 2027. 1. Kelayakan keseluruhan Cuti Bersalin bergaji penuh dinaikkan daripada 360 hari kepada 490 hari sepanjang perkhidmatan. 2. Kadar kelayakan bagi setiap kelahiran dinaikkan drpd 90 hari kepada 98 hari. 3. Tempoh Cuti bersalin Mandatori masih 60 hari. 4. Cuti Menjaga isteri bersalin (di bawah CTR Kelompok) masih terhad kepada 5 kelahiran sepanjang perkhidmatan. Alhamdulillah rezeki. Tapi takde FAQ la surat edaran ni. MyPPSM pun belum ada perubahan. Mungkin akan menyusul nanti. Follow 🔵 @ppgb2
21 лист, 05:57

PPGB2.0
47 133
Khas Untuk Penjawat Awam! Rebat sehingga RM 21,000 untuk Proton e.MAS 7 🚗⚡ ✅ Rebat sehingga RM21,000 ✅ FREE WALLBOX CHARGER
Khas Untuk Penjawat Awam! Rebat sehingga RM 21,000 untuk Proton e.MAS 7 🚗⚡ ✅ Rebat sehingga RM21,000 ✅ FREE WALLBOX CHARGER ✅ BOLEH TRADE IN Dah lama teringin nak tukar kepada kereta elektrik yang moden dan jimat? Bayangkan pulang kerja setiap hari dengan kereta yang senyap, selesa dan menjimatkan. 😍👏🏻 Saya boleh bantu semak kelayakan anda dan uruskan loan sampai lulus, senang dan cepat. DANIAL e.MAS QA GLOBAL SDN BHD 📲 Klik WhatsApp sekarang untuk info & semakan kelayakan: www.wasap.my/60137660521/NakInfoPromosiProtoneMas
20 лист, 23:42

PPGB2.0
47 133
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) didakwa menjadi antara faktor menyebabkan guru disiplin bimbang untuk mengambil tindaka
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) didakwa menjadi antara faktor menyebabkan guru disiplin bimbang untuk mengambil tindakan terhadap pelajar bermasalah kerana berisiko berdepan aduan dan tindakan tatatertib. Klik link: https://www.utusan.com.my/berita/2026/11/sispaa-punca-masalah-disiplin/ Betul ke cikgu-cikgu..? 😅 Follow 🔵 @ppgb2
19 лист, 06:33

PPGB2.0
47 133
📅 Tarikh penting pelaksanaan Sistem Amaran Awal (EWS)! Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum ber
📅 Tarikh penting pelaksanaan Sistem Amaran Awal (EWS)! Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat ujian akan dijalankan bagi memastikan sistem ini bersedia untuk menyampaikan amaran kecemasan kepada orang awam. Berikut merupakan tarikh penting yang perlu anda ketahui: 📌 19 November 2026 – Ujian Teknikal 📌 23 November 2026 – Ujian Simulasi 📌 29 November 2026 – Ujian Seluruh Negara 📌 Selepas pengujian – Operasi Penuh, tertakluk kepada pengesahan kesiapsiagaan sistem. Ikuti perkembangan terkini EWS melalui saluran rasmi MCMC. #MCMC #EWS #SistemAmaranAwal
19 лист, 06:25

PPGB2.0
47 133
Orang ramai disaran mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing sebagai persediaan menerima amaran kecemasan menerusi
Orang ramai disaran mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing sebagai persediaan menerima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal (EWS) yang sedang dilaksanakan secara berfasa. Sistem ini menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran kecemasan dihantar serentak kepada telefon yang serasi di kawasan tertentu, tanpa perlu memuat turun aplikasi, mendaftar atau melanggan sebarang perkhidmatan. Telefon apa yang boleh menerima amaran EWS? Menurut panduan awal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), keperluan minimum ialah: 📱 iPhone: iPhone 11 dan model lebih baharu dengan iOS 27.2 ke atas 📱 Android: Android 12 ke atas 📱 Huawei: EMUI 16 ke atas Apa yang perlu anda lakukan? ✅ Kemas kini sistem operasi telefon kepada versi terkini yang tersedia. ✅ Mulakan semula telefon selepas kemas kini. ✅ Pastikan tetapan Amaran Kecemasan diaktifkan, jika berkenaan. Bagaimana pula dengan ujian pada 19 November? MCMC menjelaskan bahawa demonstrasi dan ujian yang dijalankan hari ini hanya melibatkan ujian teknikal dalaman di bangunan MCMC, Cyberjaya, bukannya ujian amaran kecemasan secara meluas kepada orang ramai. Ujian pada skala lebih luas akan dilaksanakan secara berfasa. EWS bertujuan mempercepat penyampaian amaran kecemasan kepada penduduk di kawasan yang berisiko, sekali gus membantu mereka mengambil tindakan keselamatan lebih awal. Apabila menerima amaran kecemasan, sentiasa peka terhadap maklumat rasmi dan ikuti arahan pihak berkuasa. #BernamaNews Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Kementerian Komunikasi Fahmi Fadzil
19 лист, 06:25

PPGB2.0
47 133
𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Un
𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan akademik di UKM: Kekosongan Jawatan Akademik seperti berikut; 1. Pensyarah Universiti (DS13) – Tetap/Kontrak 2. Pensyarah Universiti (DS11) – Sementara 3. Guru Bahasa (DG9) – Tetap Permohonan dibuka; Tarikh Buka Iklan: 19 November 2026 (Khamis) Tarikh Tutup Iklan: 25 November 2026 (Rabu) Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi melalui pautan di https://appsmu.ukm.my/kerjaya Pertanyaan & Keterangan Lanjut: Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2 Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor E-mel: upjakademik@ukm.my #VacancyUKM #Tekad57 #UniversitiKebangsaanMalaysia #ImanIlmuAmal #UKM #UKMSharing
19 лист, 06:20

PPGB2.0
47 133
✈️ Penjawat awam yang bercuti ke luar negara, tahu tak premium insurans perjalanan boleh dituntut semula tertakluk pada syara
✈️ Penjawat awam yang bercuti ke luar negara, tahu tak premium insurans perjalanan boleh dituntut semula tertakluk pada syarat JPA? Kemudahan ini meliputi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, sementara atau kontrak (contract of service). Tanggungan Kerajaan terhad kepada diri pegawai sahaja, sekali setiap tahun kalendar, dengan tempoh perlindungan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh perjalanan. Sebelum berlepas, dapatkan kelulusan perjalanan dan beli perlindungan daripada syarikat berlesen yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Pastikan amaun perlindungan memenuhi ketetapan JPA serta serahkan salinan sijil perlindungan kepada Ketua Jabatan. Untuk tuntutan bayaran balik, lengkapkan Borang Lampiran SR.2.4.1(C), sertakan resit asal dan kemukakan kepada Ketua Jabatan. Kadar premium yang ditanggung mengikut kawasan serta tempoh perjalanan dalam jadual JPA; jumlah bayaran balik tidak semestinya meliputi keseluruhan premium yang dibayar. Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan PBT, pemakaian tertakluk kepada penerimaan pihak berkuasa masing-masing. Simpan panduan Malaysia Mendidik ini dan semak dengan unit pentadbiran jabatan sebelum membuat tuntutan. 📄 Sumber: JPA, MyPPSM Ceraian SR.2.4.1 dan lampiran berkaitan. #MalaysiaMendidik #PenjawatAwam #InsuransPerjalanan #TuntutanPremium #UrusanPersendirian
19 лист, 02:50

PPGB2.0
47 133
Cuti bukanlah hak mutlak yang boleh diambil sesuka hati. Sebaliknya, cuti merupakan kemudahan yang diperuntukkan oleh Kerajaa
Cuti bukanlah hak mutlak yang boleh diambil sesuka hati. Sebaliknya, cuti merupakan kemudahan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada penjawat awam, tertakluk pada peraturan dan kelulusan yang berkuat kuasa. Setiap permohonan cuti perlu mengambil kira kepentingan perkhidmatan dan kelancaran urusan organisasi. Dalam menikmati kemudahan yang diberikan, tanggungjawab terhadap amanah dan tugas yang dipikul tidak seharusnya diketepikan. Justeru, fahami peraturan, patuhi prosedur dan gunakan kemudahan cuti dengan penuh tanggungjawab. Sumber : FB Unit Integriti KPM Follow 🔵 @ppgb2
18 лист, 20:58

PPGB2.0
47 133
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan memberikan kerjasama penuh kepada PDRM bagi memastikan siasatan menyeluruh da
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan memberikan kerjasama penuh kepada PDRM bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak. Menurut kenyataan Fadhlina Sidek, CCTV berhampiran kawasan kejadian disahkan berfungsi dengan baik dan rakamannya telah diserahkan kepada polis. Beberapa pentadbir serta guru diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu siasatan, manakala Jemaah Nazir diarahkan meneliti pengurusan dan pematuhan tatacara keselamatan sekolah. Bantuan psikososial turut diberikan kepada warga sekolah yang terkesan. Murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan pula dibenarkan pulang pada Jumaat, 20 November 2026. KPM menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap kecuaian atau pelanggaran tatacara keselamatan sekiranya terbukti melalui siasatan. Semua pihak diseru menghormati privasi keluarga dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan. Malaysia Mendidik merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Dalam suasana penuh kesedihan ini, elakkan spekulasi dan penyebaran maklumat yang belum disahkan. Sumber: Kenyataan YB Fadhlina Sidek di Facebook. #MalaysiaMendidik #KPM #KeselamatanSekolah #HormatiPrivasi #HentikanSpekulasi
18 лист, 20:51

PPGB2.0
47 133
Selamat maju jaya buat semua calon yang akan menduduki ujian mendengar dan peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia bagi
Selamat maju jaya buat semua calon yang akan menduduki ujian mendengar dan peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2026 Semoga semua calon sentiasa tenang, fokus, dan dipermudahkan segala urusan untuk menjawab soalan dengan cemerlang. #SPM2026 #7TerasKPM #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #TaatSetia #PendidikanNadiNegara
18 лист, 04:22

PPGB2.0
47 133
17 NOVEMBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) BAKI 880 CALON SIMPANAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PENGA
17 NOVEMBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) BAKI 880 CALON SIMPANAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PENGAMBILAN 2025 AKAN DITAWARKAN PELANTIKAN SEBELUM 14 DISEMBER 2026 Tahun Ini, Tahun Kita “Guru Bitara Nadi Negara” #7TerasKPM #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #PendidikanNadiNegara #RPM20262035
18 лист, 03:56

PPGB2.0
47 133
Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027. 📌 Imbas kod QR atau layari laman web di ba
Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027. 📌 Imbas kod QR atau layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut: https://www.moe.gov.my/kurikulum-persekolahan-2027 Tahun Ini, Tahun Kita “Guru Bitara Nadi Negara” #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #KemPendidikan #PendidikanNadiNegara #RPM20262035
18 лист, 03:55

PPGB2.0
47 133
Pelaporan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Untuk makluman, pelaporan MPT4 adalah bermula pada 29 November 2026 hingga 4 Di
Pelaporan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Untuk makluman, pelaporan MPT4 adalah bermula pada 29 November 2026 hingga 4 Disember 2026. #MatriksPembelajaran #MPT4 #7TerasKPM #MalaysiaMadani #PendidikanManusiawi #TaatSetia
17 лист, 05:36

PPGB2.0
47 133
🏫 SMKA, SBP, MRSM, Kolej Vokasional atau sekolah harian — mana yang sesuai untuk anak? SMKA menggabungkan akademik dengan pe
🏫 SMKA, SBP, MRSM, Kolej Vokasional atau sekolah harian — mana yang sesuai untuk anak? SMKA menggabungkan akademik dengan pengajian Islam dan Bahasa Arab. SBP menyediakan pendidikan dalam suasana berasrama penuh, manakala MRSM di bawah MARA memberi penekanan kepada bidang STEM. Kolej Vokasional pula menawarkan pembelajaran melalui teori dan amali, dengan laluan Sijil Vokasional Malaysia serta peluang menyambung diploma jika memenuhi syarat. Sekolah harian menawarkan kurikulum kebangsaan dengan pilihan mata pelajaran mengikut penawaran sekolah. Semasa memilih, dengar juga pandangan anak. Pertimbangkan minat, cara belajar, kesediaan tinggal di asrama, lokasi dan keperluan keluarga. Setiap laluan mempunyai kekuatan dan peluang untuk anak berkembang. Simpan perbandingan ini untuk berbincang bersama keluarga. Anak anda lebih berminat dengan laluan yang mana? 😊 Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, MARA dan Portal MyGovernment. #MalaysiaMendidik #PilihanSekolah #PendidikanMalaysia #SekolahMenengah #IbuBapa
17 лист, 00:13

PPGB2.0
47 133
SESI INTERAKSI PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN PENDIDIKAN SEKOLAH TERINTANG AMBILAN TAHUN 2027 Bahagian Tajaan Pendidik
SESI INTERAKSI PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN PENDIDIKAN SEKOLAH TERINTANG AMBILAN TAHUN 2027 Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan sesi interaksi bagi membantu pemohon mendapatkan maklumat berkaitan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Pendidikan Sekolah Terintang Ambilan Tahun 2027. Permohonan dibuka mulai: 📅 17 – 19 November 2026 ⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari ⏰ 3.00 petang – 5.00 petang 💻 Sesi dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet. 🔗 Pautan Google Meet: https://meet.google.com/meet/qmi-zkqc-mnq 📌 Imbas kod QR pada poster untuk menyertai sesi interaksi. Tahun Ini, Tahun Kita "Guru Bitara Nadi Negara" #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #KemPendidikan #PendidikanNadiNegara #RPM20262035
16 лист, 03:58

PPGB2.0
47 133
Datang lewat atau pulang awal tanpa kebenaran juga boleh menjadi isu tatatertib, walaupun kita hadir bekerja pada hari itu. P
Datang lewat atau pulang awal tanpa kebenaran juga boleh menjadi isu tatatertib, walaupun kita hadir bekerja pada hari itu. Penjawat awam perlu berada di tempat bertugas pada waktu yang ditetapkan dan merekodkan waktu masuk serta pulang. Jika kecemasan menyebabkan kita terlewat atau perlu pulang awal, maklumkan kepada penyelia secepat mungkin dan mohon kebenaran mengikut tatacara jabatan. Bagi urusan cuti sakit, serahkan sijil yang sah. Meminda butiran sijil atau mengemukakan sijil palsu juga boleh membawa kepada tindakan tatatertib. Poster ini menghimpunkan lima contoh berkaitan kehadiran bertugas. Boleh kongsikan sebagai peringatan bersama di tempat kerja. Rujukan rasmi Jabatan Audit Negara⁠ www.malaysiamendidik.net MALAYSIA MENDIDIK Follow 🔵 @ppgb2
15 лист, 00:30

PPGB2.0
47 133
Cikgu-cikgu Bahasa Inggeris yang nak keputusan cepat dan pilihan paling murah boleh ambil ujian Edusynch. https://cefr.edusyn
Cikgu-cikgu Bahasa Inggeris yang nak keputusan cepat dan pilihan paling murah boleh ambil ujian Edusynch. https://cefr.edusynch.com/login Follow 🔵 @ppgb2
13 лист, 08:26

PPGB2.0
47 133
13 NOVEMBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) BERHUBUNG STATUS PELANTIKAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDID
13 NOVEMBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) BERHUBUNG STATUS PELANTIKAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN CONTRACT OF SERVICE LANTIKAN 2023 Tahun Ini, Tahun Kita “Guru Bitara Nadi Negara” #7TerasKPM #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #PendidikanNadiNegara #RPM20262035
13 лист, 08:23

PPGB2.0
47 133
PELAKSANAAN UJIAN AMALI SAINS SPM 2026 Calon diingatkan untuk hadir mengikut tarikh, hari dan sidang yang ditetapkan serta me
PELAKSANAAN UJIAN AMALI SAINS SPM 2026 Calon diingatkan untuk hadir mengikut tarikh, hari dan sidang yang ditetapkan serta mematuhi arahan sepanjang pelaksanaan Ujian Amali Sains SPM 2026. Semoga semua calon dipermudah urusan dan memperoleh kejayaan. #SPM2026 #7TerasKPM #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #TaatSetia
12 лист, 02:06

PPGB2.0
47 133
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG) TAHUN 2026 #mpm #menjanapentaksiranjitu
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG) TAHUN 2026 #mpm #menjanapentaksiranjitu
12 лист, 01:59