Koleksi Informasi
Відкрити в Telegram
Pelbagai Maklumat Dari Dalam Dan Luar Negara https://ouo.io/I9dsQk
Показати більше8 043
Підписники
-924 години
-337 днів
-10530 день
Архів дописів
8 043
Mulai 1 Julai 2026 ni, dah tak ada lagi siaran RTM kat Astro. TV1 , TV2 dan Okey semua ni akan hilang. Puncanya kerana..
Kos sewaan yang meningkat.
Astro tak nak kurangkan sewa. RTM rasa terbeban. Begitulah yang dilaporkan.
Keputusannya, RTM angkat kaki.
Rundingan akhir mengenai penamatan ini dilaporkan melalui pekeliling rasmi bertarikh 11 Mei, sekali gus mengakhiri kerjasama penyiaran yang telah terjalin sejak tahun 1996.
Maksudnya dah 30 tahun RTM bersama dengan Astro. Lama juga tu.
Tapi Begitulah. Sedangkan perkahwinan pun ada pasang surutnya, inikan TV. Kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya.
8 043
😋😌🤓 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣
https://t.me/+jBYVGawKls80NDFl
😌😋😌 😚😚😌😌😌
https://t.me/+X0xs6ahTCvU4MzU9
😋😋😚😋 😉😋😌😋😌😚
https://t.me/KoleksiAsianMovieV2
🤓😌😋😋😉😌😚 😌😌😚😚😌
https://t.me/TeraboxChannelmovie
8 043
Kisah seorang ahli syurga....Insya-Allah
Dia datang seperti biasa,
dengan langkah yang tidak pernah culas menuju rumah Allah.
Dia membuka pintu masjid sebelum azan berkumandang,
memastikan cahaya menyala untuk para jemaah.
Dia hamparkan sejadah,
membaca ayat suci dengan suara yang tenang.
Dia tidak tahu…
itulah kali terakhir tangannya menyentuh pintu rumah Allah.
Dia tidak tahu…
itulah kali terakhir suaranya mengalunkan Kalamullah.
Namun Allah memilihnya pergi
dalam keadaan paling indah.
Pergi ketika sedang berkhidmat untuk agama,
di tempat yang paling dicintai orang beriman.
Satu pemergian yang membuat ramai berkata,
“Beruntungnya dia…”
Kematian yang dicemburui.
8 043
[4/5/2026 12:23 PM] Jentera Berat:
[9/5/2026 12:01 PM] Jentera Berat: Tak sempat naik platform stesen, dua wanita maut dirempuh kereta api
New Delhi: Dua wanita maut selepas dirempuh kereta api ketika mereka cuba menaiki platform di Stesen Bakhtiyarpur di Bihar, Isnin lalu, lapor MustShareNews.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, rakaman video tular menunjukkan mangsa yang membawa beg sedang bergegas melintas landasan untuk menaiki platform stesen.
Beberapa orang awam yang berada di lokasi cuba membantu dengan menarik mangsa menaiki platform stesen manakala penumpang lain menjerit memberi amaran selepas menyedari kereta api semakin hampir.
Bagaimanapun, mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa sebelum kereta api berkenaan merempuh mereka di antara gerabak dan platform stesen.
Mangsa dikenal pasti sebagai Intar Devi, 62, dan anak saudaranya, Sangeeta Devi, 45, yang meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah.
Menurut laporan media tempatan, Intar berada di stesen berkenaan untuk menghantar anak saudaranya sebelum mereka memutuskan untuk melintas landasan secara haram.
Kereta api terbabit, Farakka Express, dilaporkan sudah diberi pelepasan oleh pihak stesen untuk melalui kawasan berkenaan pada waktu kejadian.
Susulan insiden tragis itu, operasi kereta api di stesen berkenaan dihentikan sementara bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat dan siasatan dijalankan.
Anggota Pasukan Perlindungan Kereta Api (RPF) dan Polis Kereta Api Kerajaan (GRP) kemudian mengumpulkan mayat mangsa sebelum perkhidmatan disambung semula kira-kira 30 minit kemudian.
Pihak berkuasa sudah menghantar mayat kedua-dua mangsa ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat bagi tindakan lanjut mengikut prosedur undang-undang.
Pegawai Penyiasat RPF, Jawahar Lal memaklumkan bahawa siasatan serta prosedur undang-undang oleh pihak polis kereta api sedang giat dijalankan berhubung kes berkenaan.
Kejadian itu turut mencetuskan gesaan daripada penduduk setempat supaya jambatan pejalan kaki dibina segera bagi mengelak kejadian sama berulang di stesen yang sibuk itu.
Artikel Harian metro
#infosemasa
8 043
Insiden tembakan berlaku ketika Trump hadiri majlis di Washington
26 April 2026, 9:22am
WASHINGTON: Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghadiri majlis di sebuah hotel.
AFP memaklumkan beberapa bunyi letupan kuat dilaporkan, sebelum tetamu panik dan berlindung di bawah meja.
Pasukan taktikal bersenjata kemudian dikerahkan ke pentas utama
yang menempatkan Trump, sebelum beliau dibawa keluar dari lokasi.
Insiden itu berlaku ketika majlis makan malam koresponden White House sedang berlangsung dan sebelum Trump dijadualkan berucap.
Pihak berkuasa dilaporkan telah mengepung Washington Hilton Hotel dengan helikopter keselamatan berlegar di ruang udara bagi melakukan pemantauan keselamatan.
Perkhidmatan Rahsia AS memaklumkan, suspek telah ditahan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Motif kejadian belum didedahkan.
Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
8 043
+3
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
13 April 2026 09:06am
KOTA BHARU - Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi Isnin.
Wanita berusia 57 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.40 pagi.
Sebelum itu Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
#sinarharian
#infosemasa
8 043
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
12 April 2026 05:39pm
KOTA BHARU – Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15, yang belajar di sekolah yang sama memberitahu dia dimaklumkan kejadian itu berlaku selepas adiknya selesai menunaikan solat Zohor.
“Saya berada di luar sekolah sambil menunggu rakan untuk pulang bersama.
“Kemudian ada rakan datang beritahu adik dilanggar sebuah kereta di depan surau sekolah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) di sini pada Ahad.
Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia terus memeluk jenazah adiknya yang ketika itu berada di tangga surau.
Ujarnya, dia dimaklumkan kereta yang melanggar adiknya itu diparkir di depan surau tersebut.
Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, memberitahu mangsa ialah anak ketiga daripada empat beradik dan dua anaknya bersekolah di sekolah yang sama.
Katanya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dihubungi adik iparnya sambil menangis dan meminta dia ke sekolah berkenaan.
“Tiba di sana saya melihat anak sudah terbaring kaku dan ditempatkan di surau. Ketika itu saya sangat terkejut dan tergamam melihat jenazah anak,” katanya.
Menurutnya, pihak sekolah memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia.
“Namun, tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah berhubung kejadian lanjut termasuk siapa yang melanggar anak saya.
“Arwah ialah anak ketiga dan kesemua anak saya tinggal bersama adik ipar selepas kematian isteri sejak lima tahun lalu,” katanya.
Beliau memberitahu, sejak kematian isteri, mereka sekeluarga akan berjumpa dua kali seminggu di rumah adik iparnya.
Ujarnya, jenazah anak perempuannya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas selepas selesai bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
8 043
+4
Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia
11 April 2026 02:28pm
PETALING JAYA – Seorang anggota tentera berpangkat prebet yang sebelum ini dilaporkan parah akibat dipukul di kem disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di Temerloh pada pagi Sabtu.
Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 pagi.
Bapanya, Rosafindi Tambi Chik, 49, memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Damai Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan.
Terdahulu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas dipercayai dipukul oleh seorang anggota berpangkat koperal dalam kejadian pada 31 Mac lalu.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati berkaitan tugasan pembersihan stor senjata.
Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) didakwa menggunakan kekerasan terhadap tujuh anggota lain di Kem Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun bertindak menampar dan menumbuk mangsa di bahagian muka serta perut.
Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati suspek turut memukul, menendang dan menyerang mangsa di beberapa bahagian badan.
Beliau turut memaklumkan bahawa enam lagi anggota berusia antara 19 hingga 22 tahun berada di lokasi kejadian ketika insiden tersebut berlaku.
Artikel : Sinar Harian
8 043
Penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan
Kota Bharu: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan kejadian di hadapan Restoran Pok Dik, Jalan Sultan Yahya Petra di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 12.41 tengah malam itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima laporan berkaitan kemalangan membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal pada 1.10 pagi.
Katanya, sebelum kejadian, pemandu kereta memandu dari arah Wakaf Siku menghala ke Kubang Kerian.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipercayai dalam keadaan laju dan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan menghala Kubang Kerian sehingga terlanggar seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di bahu kiri jalan.
"Pada masa sama, kereta berkenaan terbabas lalu terlanggar empat kenderaan yang diparkir di bahu kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-7752315.
"Pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas," katanya.
Disiarkan pada: April 5, 2026 @ 9:23am
Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Artikel➡️ Harian Metro
#infosemasa
8 043
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu positif dadah, alkohol
29 Mac 2026, 7:10pm
Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan, di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang.
“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Akibat pelanggaran, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30-an telah tercampak ke atas sebuah kenderaan lain, sebelum disahkan meninggal dunia,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, hasil pemeriksaan air kencing mendapati, pemandu terbabit positif dadah dan alkohol.
“Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda hingga RM100,000 serta lesen memandu digantung serta merta,” jelasnya.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Terdahulu, kemalangan maut itu tular di media sosial yang memaparkan kenderaan dipandu suspek meluru memotong, sebelum merempuh mangsa hingga menyebabkannya tercampak ke atas sebuah lagi kenderaan di lokasi kejadian.
Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
Brutal channel 👇
https://t.me/BRUTAL_CHANNEL
https://t.me/BRUTAL_CHANNEL
LINK CHANNEL VIP BRUTAL 🔴⚠️❌
https://t.me/+CpuBYMkyV604MjQ1
https://t.me/+CpuBYMkyV604MjQ1
8 043
Kecoh di Mexico bila kematian Nemesio Oseguera Cervantes, atau El Mencho, mencetuskan gelombang keganasan berskala nasional.
Nemesio Oseguera Cervantes, lebih dikenali sebagai El Mencho, berasal dari negeri Michoacán dan mula terlibat dalam dunia jenayah sejak usia muda sebelum naik dalam hierarki kartel Mexico.
Beliau pernah bekerja di Amerika Syarikat sebagai buruh ladang sebelum dideportasi, pengalaman yang kemudian membentuk kefahamannya tentang pasaran dadah rentas sempadan.
El Mencho membina reputasi sebagai penguatkuasa yang kejam dan strategik, sebelum menubuhkan serta mengembangkan Jalisco New Generation Cartel (CJNG) menjadi antara kartel paling berkuasa di Mexico dalam tempoh sedekad.
Di bawah kepimpinannya, CJNG berkembang pantas melalui gabungan keganasan ekstrem, disiplin dalaman yang ketat, kawalan wilayah strategik dan penguasaan rantaian dadah sintetik seperti fentanyl, menjadikannya sasaran utama kerajaan Mexico dan Amerika Syarikat serta simbol kebangkitan kartel generasi baharu yang lebih agresif dan terdesentralisasi.
Sebagai tokoh paling berpengaruh dalam Jalisco New Generation Cartel (CJNG), kejatuhannya bukan sekadar kehilangan seorang ketua, tetapi runtuhnya paksi kuasa yang selama ini mengawal rantaian dadah, pemerasan dan intimidasi di banyak wilayah.
Tindak balas segera kartel menunjukkan bahawa operasi masih berjalan dan keupayaan untuk melumpuhkan kehidupan awam kekal ada.
Gelombang serangan merentas sekurang kurangnya 13 negeri, termasuk sekatan jalan, pembakaran kenderaan dan gangguan pengangkutan awam, ialah strategi klasik kartel untuk menghantar mesej.
Tujuannya dua hala, mengugut negara agar tidak mengulangi operasi serupa dan menenangkan rangkaian dalaman bahawa autoriti kartel belum hancur. 
Dalam logik jenayah terancang, demonstrasi keganasan selepas kehilangan pemimpin adalah “insurans reputasi” bagi mengekalkan ketakutan dan kepatuhan.
Dari sudut keselamatan negara, kemenangan taktikal ini membawa risiko strategik. Sejarah Mexico menunjukkan penyingkiran bos besar sering memecahkan kartel kepada puak puak kecil yang lebih sukar dikawal dan cenderung bertindak lebih ganas.
Fragmentasi meningkatkan persaingan wilayah, menaikkan kadar serangan rambang dan memanjangkan kos keselamatan kepada kerajaan serta komuniti setempat.
Bagi pentadbiran Presiden Claudia Sheinbaum, ujian sebenar bermula selepas operasi. Tekanan awam dan antarabangsa menuntut ketegasan berterusan, bukan sekadar kejayaan simbolik.
Jika tekanan tidak konsisten, kitaran lama berulang: satu bos tumbang, keganasan meletus, dan struktur jenayah muncul semula dengan wajah baharu yang lebih tidak terkawal.
8 043
Baru-baru ini tular seorang pendakwah terkenal disyaki bersubahat menyalahguna kuasa meluluskan kira-kira RM600 ribu sebagai balasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pendidikan dan dakwah.
Ini bukanlah sekadar isu audit biasa tetapi satu tamparan hebat buat dunia dakwah apabila melibatkan tokoh yang sering menjadi inspirasi anak muda iaitu Ustaz Mohamad Yaakob Yusra.
Seringkali kita melihat perkembangan pesat sesebuah institusi Islam dengan rasa kagum namun bila kita dalami kemelut yang berlaku di sebalik tabir MADAD ini barulah kita sedar betapa beratnya amanah dalam menguruskan harta awam.
1. Kuasa Yang Disalahguna
Kisah ini mula menarik perhatian apabila SPRM menjalankan siasatan terhadap kelulusan bayaran berjumlah RM600,000 yang dibuat sekitar September 2018.
Bayaran tersebut didakwa diluluskan sendiri oleh suspek utama tanpa persetujuan rakan kongsi lain, menggunakan kedudukan yang ada untuk kepentingan tertentu.
2. Penyelewengan Jutaan Ringgit
Bukan itu sahaja siasatan bertambah serius apabila muncul dakwaan penyelewengan dana yang lebih besar, dianggarkan mencecah RM1.3 juta.
Wang tersebut didakwa dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi. Lebih memilukan siasatan juga menjurus kepada kelulusan pembelian sebuah rumah bernilai RM500,000 yang melibatkan Ketua Jabatan Kewangan individu yang disyaki mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.
3. Teka-Teki Resit E-Book
Antara perkara yang paling menimbulkan tanda tanya adalah kaedah pengumpulan dana. Sebahagian penderma mendakwa mereka menerima resit pembelian e-book atau produk digital selepas membuat sumbangan.
Persoalan mula timbul adakah ini satu bentuk perniagaan atau derma ikhlas?
Ketelusan akad dan tadbir urus kewangan inilah yang kini berada di bawah mikroskop pihak berkuasa.
4. Kos Operasi vs Amanah
Kita tidak menafikan MADAD adalah pusat yang hebat dengan masjid 24 jam, akademi e-sport dan pelbagai khidmat kebajikan.
Namun kos operasi yang mencecah ratusan ribu sebulan bukanlah lesen untuk membelakangkan prosedur kewangan.
Siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 ini membuktikan bahawa integriti tidak boleh dikompromi walaupun atas nama agama.
5. Netizen Terbahagi Dua
Sekarang ni netizen terbahagi kepada dua. Ada yang menganggap ini adalah cubaan menjatuhkan institusi Islam yang tengah naik dan cemburu dengan kejayaan MADAD.
Namun dalam masa yang sama timbul persoalan besar tentang ketelusan tadbir urus terutamanya isu sumbangan orang ramai yang ditukar menjadi resit pembelian e-book.
Adakah ini sekadar masalah prosedur teknikal atau memang ada udang di sebalik batu?
Kita mengharapkan siasatan ini dijalankan dengan setelus mungkin. Janganlah dek kerana kes ini, ramai pihak lain yang benar-benar ikhlas berjuang untuk ummah dipandang serong oleh masyarakat.
Kita juga berharap agar perhatian SPRM tidak tertumpu pada institusi atau individu Muslim sahaja.
Mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang yang menggunakan dana awam secara tidak betul mestilah dibawa ke muka pengadilan demi keadilan semua.
Kes ini masih dalam proses siasatan dan kita perlu adil memberikan ruang kepada pihak berkuasa. Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah.
Amanah orang ramai adalah hutang yang paling berat untuk dipikul di akhirat kelak. Jangan biarkan harta dunia menjadi tembok yang memenjarakan integriti serta mencalarkan maruah agama kita.
Ini adalah ujian besar buat Ustaz Yaakub Yusra dan MADAD jika benar tidak bersalah, moga diberikan pembelaan serta keadilan yang sewajarnya.
Nota :
Sebahagian maklumat dalam penulisan ini dirujuk daripada perkongsian di saluran YouTube Detektif Mat Despatch.
8 043
SPRM TAHAN 11 PEGAWAI PENJARA TERBABIT RASUAH WANG PERLINDUNGAN
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 pegawai penjara kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada keluarga banduan sebagai “wang perlindungan”. Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai berlaku antara tahun 2020 hingga 2025 dengan jumlah bayaran antara RM2,400 hingga RM45,000. Wang rasuah dipercayai dipindahkan ke akaun bank milik isteri suspek atau orang tengah. Kesemua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an direman antara tiga hingga lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
8 043
SPRM dedah yang mereka berjaya gagalkan percubaan memindahkan RM2.4 juta wang tunai yang dikaitkan dengan siasatan kartel perolehan tentera!
Ni wang tunai ya! Cash! RM 2.4 juta!
SPRM berjaya gagalkan cubaan ni sebab mereka biasanya dah pantau pergerakan individu berkepentingan, sama ada melalui maklumat risikan, pemantauan fizikal atau maklumat dalaman.
Bila cubaan pindah dibuat, pegawai terus serbu dan jumpa wang tunai berkenaan sebelum sempat disorokkan.
Percubaan ni dikatakan nak alih wang ni dari satu rumah ke rumah lain. Ini bukan jumlah kecil dan jelas bukan duit simpan bawah bantal, sebab bila siasatan dah berjalan, percubaan alih wang tunai biasanya tanda panik iaitu orang dalam dah rasa tekanan dan cuba “selamatkan” apa yang sempat.
Lebih serius, kes ni libatkan puluhan syarikat, pengarah-pengarah, serta dakwaan rasuah kepada pegawai kanan tentera untuk kontrak bernilai tinggi sejak 2023.
Bila duit tunai ditemui, reman dikeluarkan, dan rangkaian syarikat mula dibongkar, ini menunjukkan siasatan dah masuk fasa keras.
Soalannya sekarang bukan lagi sama ada kartel wujud atau tidak, tapi sejauh mana duit awam dah bocor, dan siapa sebenarnya yang paling atas dalam rantaian ni.
