cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Fakhri Fadzli

Arkib perkongsian di media sosial. Twitter : twitter.com/fakhrifadzli Instagram : instagram.com/fakhrifadzli Terima kasih kerana sudi mengikuti. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
1 324
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Sangka baik. ✨
Показати все...
Pandang ... dan pandang Kata Imam Ibn Hazm: “Pandanglah pada sudut harta, kedudukan dan kesihatan kepada orang yang lebih rendah daripadamu, dan padanglah pada sudut agama, ilmu dan kelebihan kepada orang yang lebih atas daripadamu.” - Mudawah al-Nufus, m/s 43. t.me/fakhrifadzli
Показати все...
Kaum Nabi Ibrahim menyifatkan baginda: قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ Mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda dipanggil Ibrahim, mencelanya". [21:60] Mereka sifatkan فتى dalam bentuk nakirah (unspecified). “Budak entah dari mana” Tetapi Allah ketika menyifatkan baginda: إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً “Sesungguhnya Ibrahim ialah UMAT .. ” [16:20] Walaupun baginda berseorangan. Maka yang harus kita pedulikan pada akhirnya adalah siapa kita pada pandangan Allah. Bukan kita pada pandangan manusia. t.me/fakhrifadzli
Показати все...
Promosi Mengenang HAMKA Sempena bulan kelahiran tokoh ilmuwan Nusantara ini, @jejaktarbiah mengadakan promosi mengenang HAMKA. Bermula 15/2 - 21/2. Diskaun sehingga 15% bagi setiap pembelian kombo dan penghantaran percuma. 1) Pratempah Kenangan-Kenanganku di Malaya Tatkala Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, HAMKA menulis buku ini untuk meraikannya. HAMKA mencurahkan harapannya dan merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi dan kenangannya. 2) Box Novel HAMKA Novel terbaik karangan HAMKA: 1) Di Bawah Lindungan Kaabah 2) Merantau ke Deli 3) Angkatan Baru 4) Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck RM97. Harga asal RM115. Box HAMKA JT 10 karya HAMKA terbitan @jejaktarbiah + 1 risalah HAMKA. RM220. Harga asal rm280. 5) Box Biografi HAMKA Ayah ditulis oleh anak HAMKA dan Nambo HAMKA ditulis oleh cucu HAMKA. Pengalaman peribadi mereka hidup bersama HAMKA memberikan perspektif yang menarik tentang tokoh ini. Tekan: bit.ly/kenangHAMKA #kenangHAMKA
Показати все...
PROMOSI MENGENANG HAMKA

Doa para nabi sederhana tetapi mendalam. Musa a.s. ketika berada dalam posisi terendah dalam hidupnya memohon من خير (apa apa sahaja kebaikan) daripada kurniaan-Nya. Boleh sahaja baginda meminta sesuatu secara khusus tetapi baginda serahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Dengan sepenuh jiwa dan hatinya baginda menyeru: رَبِّ إِنِّي لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَيَّ مِنۡ خَيۡرٖ فَقِيرٞ "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini terhadap sebarang kurniaan yang Engkau turunkan kepadaku sangatlah berhajat." (al-Qasas:24) Wahai Tuhanku, aku ini fakir. Wahai Tuhanku, aku ini terbuang. Wahai Tuhanku, aku ini lemah. Wahai Tuhanku, aku berhajat kepada apa sahaja kurniaanMu. Seolah-olahnya kita mendengar rintihan hati Musa a.s. dan merasai desahannya yang mencari perlindungan daripada teduhan kasih sayang al-Rahman. Apa yang berlaku seterusnya menghibakan kita. Sesungguhnya langit dengan bersegera menyahut rintihan hati yang berharap dan sedang merasa terasing ini. Firman Allah SWT: فَجَآءَتۡهُ إِحۡدَىٰهُمَا تَمۡشِي عَلَى ٱسۡتِحۡيَآءٖ قَالَتۡ إِنَّ أَبِي يَدۡعُوكَ لِيَجۡزِيَكَ أَجۡرَ مَا سَقَيۡتَ لَنَاۚ ف “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.” (al-Qasas:25) Dalam ayat 25 ini digunakan kata hubung ف untuk menunjukkan jawapan terhadap doa itu datang dalam cara yg terpantas, tidak berjeda. Doanya terus dimakbulkan. Bantuan Allah tiba melalui jemputan bapa gadis tersebut untuk membalas budi baginda. Betapa dekatnya bantuan Allah! Begitulah doa para nabi. Hanya beberapa patah perkataan tetapi diucapkan dengan penuh tulus dan pengharapan. Buat hati yang sedang berduka, berdoalah seperti Musa a.s. berdoa dan lihatlah bagaimana bantuan Allah SWT pasti akan tiba. Sesungguhnya Allah SWT Maha Menerima Doa! t.me/fakhrifadzli
Показати все...
Puasa Hari Putih. Esok hari isnin dan bersamaan dengan 13 Rejab iaitu hari pertama hari putih. Jika sesiapa yang ada puasa ganti, boleh ambil peluang. Hari selasa dan rabu jika berpeluang teruskan lagi puasa hari kedua dan hari ketiga hari putih. Ramadan semakin mendekati. _ Puasa 3 Hari Setiap Bulan Kata Abu Hurairah r.a: “Kekasihku SAW berwasiat kepadaku tiga perkara yang aku tidak akan tinggalkan sehingga aku mati; iaitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, solat dhuha dan solat witir sebelum tidur.” - Sahih Bukhari nombor 1178. Terdapat khilaf dalam kalangan ulama tentang bilakah 3 hari yang disunatkan berpuasa pada setiap bulan. Menurut Imam Ibn Battal: 1) Pendapat pertama adalah hari putih; 13,14 dan 15 setiap bulan. Ini diriwayatkan dalam hadis riwayat al-Nasaie nombor 2741. Dinilai hasan oleh al-Albani. Sabda Nabi SAW: “Puasa tiga hari setiap bulan menyamai puasa selama setahun. Hari putih ialah hari ke-13, 14 dan 15.” Antara salaf yang berpuasa pada tiga hari ini ialah Umar al-Khattab, Ibn Mas'ud dan Abi Dhar. Manakala daripada kalangan tabi'in; al-Hasan al-Basri dan al-Nakhai. 2) Pendapat kedua; tiga hari setiap bulan itu tidak ditentukan pada hari yang tertentu. Mereka berpegang kepada zahir hadis yang menyebutkannya secara umum iaitu pada mana mana hari. Ini diamalkan oleh Ali bin Abi Talib, Muaz bin Jabal, Abu Dzar, Abu Hurairah. 3) Pendapat ketiga; tiga hari terawal setiap bulan. Ini diamalkan oleh al-Hasan al-Basri. 4) Pendapat keempat; berpuasa isnin dan khamis. Ini diamalkan oleh Ummu Sulaim, isteri Nabi SAW dan beliau berkata bahawa baginda memerintahkan agar berpuasa seperti itu. 5) Pendapat kelima; diamalkan oleh Aishah r.a.. Beliau berpuasa sabtu, ahad dan isnin. Kemudian bulan seterusnya berpuasa pada selasa, rabu dan khamis. Begitulah seterusnya. 6) Pendapat keenam; berpuasa pada 3 hari terakhir setiap bulan. Ini diamalkan oleh al-Nakhai. Kata Imam Tabari: “Pendapat yang paling tepat di sisiku adalah semua riwayat tentang ini adalah sahih. Tetapi oleh kerana telah sahih juga bahawa baginda memilih untuk orang yang ingin berpuasa 3 hari pada setiap bulan agar berpuasa pada hari putih maka yang lebih tepat adalah dengan memilih apa yang telah dipilih oleh baginda SAW. Walaupun tidak mengapa jika seseorang ingin berpuasa 3 hari pada mana-mana hari yang dia kehendaki kerana ia adalah puasa sunat bukan fardhu.” Lihat: Syarh Sahih al-Bukhari, Imam Ibn Battal, 124/4. Jadi bagi yang ingin mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan maka dia boleh memilih pada hari mana yang dikehendaki sama ada secara berturut-turut atau secara berjarak. Tetapi yang paling afdal adalah untuk berpuasa pada hari putih; 13, 14 & 15. Wallahua'lam. t.me/fakhrifadzli
Показати все...
Sibuk Bukan Halangan Untuk Membaca. Al-Fath bin Khaqan ialah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Mutawakkil. Tetapi kesibukan sebagai menteri tidak menghalang beliau daripada membaca. Beliau sentiasa menyimpan buku di poket jubahnya dan membawanya pergi ke mana-mana. Jika pergi ke tandas atau solat beliau akan membaca sambil berjalan. Begitu juga ketika berjalan kembali. Jika khalifah keluar dari dewan beliau tidak akan membuang masa dan sebaliknya akan terus memanfaatkannya untuk membaca. Begitulah. Sumber: Qimah al-Zaman 'inda al-Ulama'. t.me/fakhrifadzli
Показати все...